Bab 32

Romance Completed 4252

MIA

Aku berdiri depan cermin, sambil betulkan baju kurung raya tahun ni. Ei, selekehnya aku ni. Aku memang selalu macam ni ke? Haih. Patut ke aku tukar baju tahun lepas yang lagi cantik? Ah, malaslah. Tak kuasa aku nak tukar tukar dah.

Agak excited sebab harini...sambutan Hari Raya! Woohoo, yeah sekarang ni aku dekat rumah. Sepatutnya aku dekat asrama, tapi aku balik last Wednesday. Ada hal, so why not lah duduk rumah sampai jumaat je terus. Haha, alasan tak munasabah betul.

"Mia, cepat sikit! Dah lambat ni!" jerit Abah dari ruang tamu. Uish, terkejut aku dengar. Ni baru dari bilik aku tau, belum dari ruang tamu.

Aku cepat cepat ambik beg sekolah yang sememangnya dalam takda pape, lek. Harini tak belajar. Nak sponsor makanan, aku malas. Jangan harap nak suruh aku bawak, apatah lagi masak. Ha kau.

Tapi aku rasa bersalah lah jugak sebab datang tak bawak pape, tapi sesedap hati makan makanan orang lain. So aku suruh abah berhenti kedai runcit, pergi beli air botol besar. Dah cukup.

Sampai je kat sekolah, aku terus pergi ke kelas aku. Terkejut aku bila masuk kelas, cantik gila kot.

Time ni diorang semua tengah susun meja, letak makanan apa semua. Budak lelaki sikit je yang ada. Korang fikir diorang ni nak ke tolong kemas kemas kelas? Ha obviously lah tak. Tau datang time makanan dah tersedia atas meja je adalah. Puih. Except adalah certain pelajar lelaki yang rajin. Haha.

Tapi, aku ada dekat kelas pun bukannya aku tolong sangat pun. So tak patut aku complain pasal budak lelaki tadi. Kahkah.

"Mia, tolong sapu kat depan tu!"

Akhirnya, ada orang perlukan bantuan aku! Cepat cepat aku ambik penyapu dan sapu dekat depan.

Ish, ni habuk je banyak ni. Malas aku nak sapu habuk habuk je. Hish hish. Aku hayunkan penyapu sekali dengan kuat, biar habuk hilang terus.

"Hoi, habuk kena mata aku lah!" tiba tiba Hairi jerit.

Terkejut aku dengar suara dia, sebab budak lelaki yang ada tadi cuma Amin dengan Adam je.

Amin tolong kemas, dia memang rajin mengalahkan perempuan, tapi Adam ni pulak datang kat kelas sekadar nak menyemak je. Dahlah suka buat bising. Complain orang tak buat kerja, padahal dia pun sama je. Eh, macam aku je ni. Hakhak.

So bila terdengar suara dia ni mau tak terkejut aku jadinya. Aku toleh ke tepi, ternampak Zikril tengah gosok gosok mata dia yang masuk habuk agaknya.

Omg, omg omg omg.

Dia pakai baju melayu warna hitam, segak bersampin kemas lagi tu. Serious nampak gila bapak smart doh. Kekacakan dia bertambah 10k harini.

Dan, sejak bila dia pakai spek ni?

HENSEMNYA YA ALLAH.

TAMBAH LAGI 100k kekacakan dia harini.

Dia bukan pakai spek yang biasa tu, tapi spek gaya nerd, which looks really REALLY cute on him. Like, really (really).

"Kenapa pandang aku macam tu?" tegur dia bila nampak muka aku speechless.

Aku geleng kepala. "Ahh... takda pape. Kau nampak..."

"Hensem? I know lah." dia jawab sendiri, muka cute tapi infamous smirk tu mesti ada. Wajib ada dekat muka dia. Maybe sebab tu ramai cair tengok dia. Tak habis habis smirk, konon macho ah tu. (Memang macho pun sebenarnya).

"Boleh tahan perasan jugak eh kau ni." aku menggeleng kepala, sebenarnya dah tahu dah yang dia ni memang dari dulu kuat perasan.

Lepas tu aku terus pergi jumpa Maya. Dah malas aku nak sapu habuk yang bukannya nampak pun dekat lantai ni.

"Maya maya, ni ke sebabnya dia tanya datang tak jamuan nanti?"

Maya mengerutkan kening, tak faham dengan soalan aku. "Sebab apa?"

"Sebab dia nak aku tengok betapa kacak dan comelnya dia dengan spek nerd dia tu. Kan?"

Maya mencebik. "Tolonglah Mia. Syafiq aku berganda hensem daripada Hitam kau tu. Omg nanti kita stalk Syafiq eh? Aku nak tengok dia pakai baju warna apa, mesti kuning sama ngan aku kan, sebab jodoh kitorang kuat. Wuish." kata Maya dengan semangatnya. Aura gatal dia dah muncul balik dah tu. Haih maya maya.

"Kepala hotak kau Hitam. Tolonglah jangan panggil dia tu. Btw kau jelah stalk dia, aku malas."

Maya tergelak. "Apa? Betul kan Hitam? Kata nak sangat bagi nickname dekat diorang berdua tu."

Aku jeling Maya. Dia ni kalau tak perli memang tak sah kan? Haish.

Tiba tiba Maya terpandang dekat luar kelas. Muka bercahaya terus. And I can smell her pervert scent. HAHA.

Tak payah pandang, tahu dah dia mesti nampak Syafiq punya lah.

"Dah Maya, jangan excited sangat." aku tepuk bahu dia. Maya menggeleng kepala. "Tak, Mia. Aku dah lama tak minat dia, kenapa tetiba nampak smart gila ni? DAHLAH PAKAI WARNA SAMA NGAN AKU OMG PAHAL DIA NI." Maya menggoncangkan badan aku banyak kali.

Aku terus pusing belakang, hampir ketawa sebab orang yang dia maksudkan tu ialah Faiq.

Waduh waduh, kenapa pakai sama ngan Maya ni? Jodoh kuat betul lah korang ni. Tbh aku ship diorang berdua ni sejak form one tapi Maya tak kasi aku ship diorang masa form two sebab dia kata dah tak minat. Kononnya. Padahal hari hari aku nampak Maya curi tengok dia. Puiih.

Betul gak apa yang Maya cakap. Faiq nampak smart pulak harini. Pakai songkok, bersampin kemas wuish. Kalau Maya tak suka, kalau Hairi ngan Irfan takda, dah lama aku minat Ayiq ni. HAHA.

Ayiq nampak kitorang, dia lambai pastu tersengih sampai nampak eyesmile dia tu.

Tiba tiba Maya tarik lengan aku, dia heret aku bawak gi luar kelas. Aku ikut dia bukan dengan rela hati tau, tapi sebab dia ni boleh tahan sado orangnya. Junior jongkook agaknya.

"Hoi, kau nak bawak aku gi mana ni?" aku tanya Maya yang tak sudah sudah menarik lengan aku, ni dah sampai kantin dah.

"Aku dah kata tak nak minat dia dah kan, Mia? So jom teman aku cari Syafiq." katanya dengan penuh tekad.

"Okay, tapi lepas kau jumpa dia, nak buat apa?"

"Err.. entah?"

Haih Maya ni. Takda perancangan betullah. "Okay, apa kata kau tegur dia?"

Maya membulatkan mata. "Kau gila apa? Aku mana pernah tegur dia ngek! Dia dahlah form 5, tak pasal pasal aku kena attack nanti."

"So ni lah peluang kau nak tegur dia. Dia mesti pakai smart smart harini. Kau pun dah cantik dah ni."

Maya menggeleng kepala berkali kali. Dia cuma tutup mulut, tahan sengih. Ha, apa kena pulak dia ni?

Aku pusing belakang, nampak dua orang pelajar tengah berjalan dekat kantin.

Ha, panjang umur budak ni. Aku pandang Maya, niat jahat aku dah kemari. Eh, jahat ke? Tak pun kan.

Aku panggil Syafiq, dia pun datang sekali dengan kawan dia yang tinggi lampai tu. Maya pulak dah kaku semacam.

"Ya, ada apa?" dia tanya aku, muka tersenyum. Aku pandang kawan dia tu. "Hm, kitorang nak jumpa Syafiq je. Boleh bagi privacy sikit tak?" aku kata dengan sopan, kang terasa pulak dia ni haha.

Baru je aku nak suruh Maya tegur Syafiq, tiba tiba ada orang panggil kitorang.

"Maya! Mia!" Irfan panggil kitorang.

HENSEMNYA DIA PAKAI BAJU MELAYU WARNA PUTIH. SUCI MURNI JE WAHH. SESUAI DENGAN MUKA DIA YANG PUTIH TU. COMELNYA HENSEMNYA.

"Ada apa?" Maya tanya dia, memandangkan aku tengah kaku tengok dia pakai baju melayu putih. Sampin hitam. Wah wah.

"Ni, Ayiq panggil." dia pandang Ayiq. Ayiq pulak terkejut sebab Irfan tiba tiba tuding dekat dia. "Ahh, diorang panggil. Tolong kemas kelas."

Aik, takkan dari tadi asyik kemas je? Yeke Ayiq ni heheh.

Maya dah mengeluh dan terus tarik aku pergi ke kelas.

"Eh, tapi Syafiq..?" aku tanya Maya, Syafiq nampak terpinga pinga bila tetiba dia ditinggalkan macam tu je. Haha kesian betul.

"Biarlah dia tu. Jom ah tolong kemas kelas." kata Maya, aku cuma ikut dia dari belakang.

Bila sampai je dekat pintu belakang kelas, dia terus goncangkan bahu aku lagi sekali. "OMG MIA KAU NAMPAK TAK DIA PAKAI WARNA SAMA DENGAN AKU? WARNA KUNING CAIR PULAK TU. COMEL JE DIA PAKAI WEH I KENOD."

Ok, Maya is back to normal. Tapi, speaking of pakai warna yang sama, aku tengok baju aku sendiri. Hitam Putih. BONGOK APA NI HAHAHAHAHHAHA k serious aku tak plan pakai hitam putih. Aih lawak pulak sebab Zik pakai hitam, Irfan pakai putih.

Maya perasan aku perhatikan baju aku sendiri, dia pun gelak gila gila. "Serious ke kau tak perasan? Ingat kau saja pakai warna ni. Btw, kau tengok dalam kelas. Makanan dah siap hidang dah, lantai dah bersih, semua dah hias. Apa yang nak ditolongnya? Ayiq ni memang sengaja ke apa?"

Aku menggeleng kepala. "Kau tau tau jelah dia tu." Dalam hati aku tahu Ayiq ni sebenarnya jeles je Maya jumpa Syafiq tadi kahkahkah.

Aku masuk dalam kelas, nak tengok makanan apa yang ada. Spagetti, kek carrot, kek coklat, pasta, cupcakes, dan macam macam lagilah yang buat aku memang terliur. K ni yang tak sabar nak makan ni. Baik aku menetap dekat kelas je, eh tapi nak jugak pergi kelas lain lain. Boleh merasa gak en makanan lain, tak pasal pasal habis sekolah jadi mak mengandung aku kang.

"Mia, jangan makan dulu lah! Tunggu cikgu." tegur Fara. Dia pukul tangan aku. Ei dia ni. Makanan dah elok elok atas meja, kang lalat ada macam mana? Aku ni kira baik hati tau nak telan makanan ni semua. Hahah.

Tetiba Maya datang dekat aku, muka dia macam baru lepas berlari je. Tercungap cungap. Eh, tak perasan pun dia hilang tadi haha.

"Mia... mia.." dia panggil aku, masih lagi tercungap cungap. Aku mengangkat kening, nak bercakap mulut aku tengah kunyah makanan pulak (walaupun fara tegur aku tadi apa aku kesah hahaha).

"Aku terdengar Zik cakap dengan Irfan tadi."

Aku bulatkan mata. Sudah, cakap pasal apa pulak ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience