Bab 17

Romance Completed 4252

IRFAN

Sekarang ni waktu rehat, tapi aku dalam kelas. Lepas rehat nanti latihan sukan pulak.Mengikut kiraan aku, dah takda masa yang sesuai selain sekarang, memandangkan Mia pun ada dalam kelas jugak.

"Mia." aku panggil. Dia cuma lambai tangan dekat aku. Haih, nervous pulak dah aku ni. Tarik nafas, hembus nafas. Takpe, kau boleh buat, fan! Lelaki kena man up sikit. Baru tough. Ceh.

Aku panggil dia lagi, kalini aku suruh dia duduk tempat Zik, depan meja aku.

"Ada apa ni? Ada masalah ke?" Mia tanya, muka dia nampak risau.

Aiseh, ni mesti muka aku nampak nervous gila ni kan? Tenang weh tenang. Bukan nak confess dekat dia pun! Tah macam mana kalau aku confess dekat dia. Kalau. Frozen agaknya.

"Takde ape. Irfan Cuma nak mintak maaf dekat Mia." Okay, aku dah bagitahu. Lega sikit hati aku ni. Fuh, tangan dah tak sejuk. Alamak, kalau dia tak terima maaf aku macam mana? Sejuk balik.

Aku pandang Mia sebab dia tak bagi respon. "Sebab....apa?" dia tanya.

Aku mengeluh, pandang lantai. "Sebab Irfan banyak sangat buat salah dekat Mia. Kalau nak listkan, memang banyaklah. Banyak." aku berhenti kejap, tengok apa respon dia. Dia cuma mengangguk.

"Tapi macam mana Mia boleh still bercakap dengan Irfan, Irfan tak tahu. Tapi..Irfan sangat berterima kasih. Dan nak mintak maaf sebab...perkara lepas."

"Perkara dah lepas. Patut dibiar lepas je. Mia tak kisah pun. Yang penting, Irfan dah berubah kan sekarang ni? Mia pun berterima kasih jugak sebab Irfan pun still nak cakap dengan Mia jugak."

Aku pandang dia, rasa malu menebal diri. Aku dapa t rasakan senyuman yang dia lemparkan sekarang ni sangat ikhlas.

Aku mengeluh. Mia terlalu baik untuk aku. Aku tak patut sakitkan hati dia dulu. Sejak aku dah berhubung dengan dia balik ni, aku selalu rasa takut kalau aku cakap benda yang salah, kalau aku ulang balik kesilapan lama.

"Tapi, Irfan tetap nak mintak maaf." aku tetap berkeras.

Dia tersenyum. "Mia dah lama maafkan Irfan."

ZIKRIL

"Zik, kau masuk apa?" Irfan datang tegur aku. "400m."

"Eh? Serious? Aku masuk sama gak tapi tak nampak kau pun." soal Irfan lagi. "Erm, sebenarnya....aku tak datang latihanlah." aku jawab sambil tersengih. Tak datang maksud aku ponteng. Eh, samalah tu. Tapi tak datang lagi sopan bagi aku. Haha. Apa apa jelah.

Sorry lah Fan, aku memang macam ni. Sports sports ni aku memang dah lama tak layan. So, bila time sukan je biasa lah kalau nampak aku ponteng (jangan ikut perangai aku yang ni, ikut yang baik je tau wahai kengkawan).

Sebab tulah haritu Mia nampak aku dalam kelas. Aku tengah ponteng. Haha. Dia pun ponteng sekalilah tu. Ceh, nak jugak sibuk tiru aku.

Macam mana aku dapat masuk acara? Ni semua sebab diri aku yang terlebih rajin masuk sukan time form 1 & 2. Haih, biasalah. Awal awal, mestilah semangat gila kan. Aku bukan nak batak ke apa, tapi kebanyakan acara yang aku masuk ni, aku biasanya menang. Just saying. Aku ulang, aku bukan nak batak ok, aku sentiasa bersyukur pada Allah setiap kali aku menang. Rezeki aku.

So, cikgu macam dah tetapkan suruh aku masuk. Aku rasa cikgu tahu aku malas nak masuk dah skang ni sebab tu walaupun time pemilihan aku lari lembap, cikgu tetap pilih aku. Hish, baik takyah lari kalau macam tu.

"Latihan lepas ni kau pergi tak?"

Aku cuma tersengih je. Fahamilah maksud muka aku yang dihiasi dengan sengihan comel ini.

"Alah, jomlah weh. Bosanlah takda kau."

"Eh? Alah Ayiq kan ada." Sorry Fan, kakiku terlalu berat untuk memijak rumput basah yang hanya mengotorkan kasut sukanku yang cantik, baru lagi tu.

(author:apa tujuan beli kasut sukan baru yang cantik kalau kau taknak jejak padang. ngek.

zikril: sebab aku perlu tampil kemas bergaya. kena nampak semangat bersukan sikit. heh, kau author apa tahu? tulis cerita pasal aku jela kau tahu. nasib kau buat aku ni handsome. heh)

"Ayiq masuk acara lainlah. Jomlah join. Kalau tak, bersedialah kau untuk kalah dengan aku acara real nanti." dia ugut aku pulak.

Amboi, ugutan macam ni memang tak boleh jadi. Aku bab bab sukan ni memanglah malas, tapi aku pantang bila ada orang kalahkan aku dalam sukan. I'm a bit competitive. Sorry not sorry.

"Okeylah. Aku join ni pun semata mata sebab kau nak kalahkan aku. Heh, jangan haraplah Fan. Takkan berlaku, ingat tu." aku bagi warning dekat dia dalam nada bergurau.

"Ceh, kemain lagi competitive semacam. Tapi selalu ponteng. Pelik pelik je kau ni."

Yang aku tahu, lepas rehat baru start latihan larian. Sekarang ni belum rehat lagipun, boleh aku lepak dalam kelas jap. Kelas tengah aman, tak ramai budak sekarang ni. Yang lain semua pergi tengok latihan.

Baru je aku nak lelapkan mata, aku nampak Ayiq berlari ke arah aku. Haih, hancur plan nak tidur. Tolonglah Ayiq, aku jarang dapat tidur dalam kelas tau tak? Memang muka kau aku cat simen kalau kau kacau aku nak tidur. Aku cepat cepat tutup mata.

"Zikriiiiil, bangunlah." Heh, tak nampak aku pura pura tidur lah tadi tu. Baguslah. Senang sikit aku nak ignore dia. Jaga jaga Ayiq, kau tidur aku cat simen muka kau nanti eh.

"Zik bangunlah aku bosan ni." dia panggil nama aku, siap nyanyi lagi tu. Bosan kebeno budak ni. Sorry lah Ayiq, tapi kau hari hari kacau aku. Bagi aku peluanglah nak tidur kejap pun jadilah. Aku pun nak beauty sleep jugak. Nanti tak handsome dah muka aku ni macam mana? Hoho.

"Zik oh Zik, bangunlah wahai Zik~ Zik yang bajet hot~" Sudah, aku dah siap dengar dia ketuk meja lagi sambil nyanyi. Cepat cepat aku bukak mata.

"Yeah kau dah bangun! Wooo!"

Aku menggeleng kepala. "Aku cuma tak nak dengar kau menyanyi. Serious tak sanggup."

"Kuang hajoo. Kau tak tidurlah tadi?" dia tanya. Aku menggeleng kepala lagi, sambil tersengih sengih. "Aku malas nak layan kau. Nak tidurlah."

Baikkan aku? Aku berkata dengan jujur. Jujur ni penting dalam persahabatan. So kalau nak jadikan aku best friend, memang boleh. Astaghfirullahalazim, berlagak betul aku ni. Padahal selalu jugak aku menipu. Tak baik tak baik. Aku pandang belakang, nampak Irfan dah nyenyak tidur. Cis, dia sedap sedap tidur aku pulak yang kena layan Ayiq. Ayiq tak guna.

"Memandangkan kau dah cakap camtu, jangan harap aku nak kasi kau tidur. Huh, aku nak nyanyi lagu screamo lah. Lagu apa eh?" Ayiq dah siap siap keluarkan kertas dengan pensel nak catit nama lagu dia nak nyanyi. Habislah, parah dah ni.

Aku mengeluh. "Haih, yelah yelah. Aku tak tidur. Tapi tolonglah jangan menyanyi. Aku merayu dekat kau." Aku dah siap siap buat muka simpati lagi ni. Aku tahu mata aku ni besar dan agak...bersinar (HAHA), so aku buat puppy eyes. Dengan harapan dia akan dengar cakap aku.

Ayiq mencebik. "Ish, tak habis habis buat puppy eyes kalau nak apa apa. Tak lakulah kau buat dekat aku. Pi buat dekat Mia sana." Ayiq balas, mengangkat keningnya ke atas dan ke bawah sambil tersengih sengih.

Cis dia ni, tetiba babitkan Mia pulak. Cepuk jugak kang.

"Apahal tak jawab? Oh yeah, kau dengan dia amacam? Dia tahu ke kau suka dia?" Sudah, dah mula dia bukak topik lain. Aku tak jawab, cuma pandang tempat lain je. Serius aku nak elak daripada pandang Ayiq. Nanti dia dapat tahu aku menipu.

"Zik suka siapa?"

Ok, kalini aku pandang empunya suara tu, iaitu orang yang ada dekat belakang aku. Ayiq pun pandang sekali.

"Er...nak tahu ke?" aku tanya balik. Dia angguk laju. Aku pandang Ayiq, nak mintak kepastian. Apa patut aku buat sekarang ni? Irfan mana tahu aku suka Mia pun. Aku yakin dia suka Mia jugak, tapi takkan nak bagitau dia kot.

"Alah, bagitahu jelah. Kau mana pernah cerita pasal perempuan ni. Bagitahu je. Aku tak makan orang pun." dia kata sambil tersengih. Haih, dia ni baik sangatlah. Aku tak boleh. Apa respons dia nanti? Macam jahat je aku suka orang yang sama. Padahal dia suka Mia dulu.

"Mia." Aku pandang Ayiq, terkejut baq hang. Dia pulak yang bagitau.

Ok lah tu. Aku tak sampai hati nak bagitahu Irfan. "Hairi suka Mia?" Irfan tanya lagi, mungkin tak percaya apa yang dia dengar tadi. Muka dia serious terkejut.

"Kau pulak suka siapa?" Ayiq tanya Irfan, cuba tukar topik. Thanks, kau amat berguna pada waktu sebegini. Aku sangat menghargai kau, wahai Faiq. kahkah. Wait, aku serious ni. Sangat menghargai.

Irfan menggaru kepala dan menggeleng kepala. "Eh, takdelah. Aku takda suka sesiapa pun sekarang ni.."

Jawapan tak boleh pakai. Nampak fake sangat. Macam makeup Nicki Minaj. Tebal. Ish aku ni, tetiba nicki minaj pulak dah kenapa.

"Nak menipu. Kau suka Mia jugak kan?"

Ok, wow. Serious aku terkejut kalini. Betul betul terkejut. Selamba badak Ayiq tanya soalan camtu. Dahlah lepas dia tahu aku suka Mia. Round of applause untuk Ayiq for being so brave.

Aku pandang Irfan. Nak jugak tahu betul ke tak. Sibuk jugak aku ni hehe.

Ceh, tengok muka dah tahu betul. Terbeliak biji mata dia dengar soalan Ayiq. Kelu lidah agaknya sebab sampai sekarang tak jawab jawab. Aku pandang Ayiq, dia cuma tersengih sengih je. "Alah, bagitahu je. Kitorang tak makan orang pun." Ayiq kenakan dia balik. Haih, Ayiq ni kadang kadang memang tak guna jugak. Kawan siapa? Kawan aku jugak. Haih haih.

"Macam mana korang tahu..?" dia tanya. Muka dia nampak terkejut gila aku rasa kesian pulak.

"Aku rasa ramai boleh agak.." aku jawab.

"So, kita suka orang yang samalah ni?" Irfan tanya. Aku angguk perlahan. Aku dapat rasakan Ayiq tengah perhatikan kitorang berdua sekarang ni.

Ok, situasi sekarang tak boleh lagi awkward ke apa?

"Sorry." aku cakap. Entah kenapa aku rasa bersalah pulak.

"Patutnya aku yang cakap sorry, mesti kau rasa tak selesa kan? Sebab kau dah tahu." Irfan pulak yang kata.

Kan aku dah kata, dia ni baik. Entah macam mana dia boleh tahan lagi dengan orang macam aku ni.

"Dah dah. Masing masing tak payah mintak maaf. Tak boleh nak buat apa kan sebab perasaan masing masing. Apa yang korang boleh buat sekarang ni adalah bersaing secara sihat." Ayiq mengakhiri moment yang sangat awkward ni.

Betul jugak apa yang dia cakap tu eh. Berguna jugak Ayiq ni. Seimbang lah tu. Tadi tak guna, sekarang berguna.

So, Irfan dah tahu perasaan aku sekarang ni. Perasaan dia pun dah diconfirmkan. Dan dia pun ok je dengan aku. Tak menjejaskan persahabatan kitorang kan, fan? Aku taknaklah hancur friendship hanya sebab seorang perempuan. Tak cool lah macam tu kan.

So kita masih kawan macam biasa kan, fan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience