MIA
Sekarang ni cuti sekolah seminggu. So aku buat apa? Homework? Aha itu kita ketepikan kejap eh.
Aku tengah chat dengan Maya. Seperti kebiasaan, topik kitorang biasanya semua pelik pelik.
Tiba tiba aku dapat notification lain. Aku nampak Adam add aku balik dalam group kelas. Puih lah dia ni.
Dah lama aku quit group tu, baru sekarang dia nak add balik? Ei gedik betul. Aku quit pun sebab diorang semua annoying, asyik asyik send sticker mengarut. Beratus pulak tu! Aha, ni aku dah muncul balik dalam group ni, Zik tanak add aku ke? Eheheh.
Aku tak layan pun group tu. Tak perlu muncul rasanya. Buang masa. Dahlah semua sembang sticker. Menyemak je. So aku sambung chat dengan Maya macam biasa.
Tiba tiba... dekat button contact tu ada noti nombor dua. Ni mesti ada orang add tak pun yang recommended. Lulz, Zik add aku ke? Hehehehe.
Aku tekan contacts, dengan harapan nak tengok dia add. Cis, budak lain yang add rupanya. Hesh. Sedih betul hidup ni.
Aku hempas phone, tetiba bengang dengan diri aku sendiri. Yang aku pun satu, mengharap sangat kenapa? Kan dah kecewa.
Hish, baik aku buat homework. Cuba jadi rajin sikit macam Zik. Cewah. Lepas je siap homework dalam sejam dua gitulah, aku terus tutup buku.
Nak bersiap sebab japgi ada date. Cewah. Nak tahu ke dengan siapa?
Aku buat air, rendam maggi pastu dah siap letak dekat ruang tamu. Bukak laptop, bukak myasiantv. Kenapa korang tanya?
Ha yelah sebab aku ada date dengan healer lah. HAHA (( healer tu korean drama bagi korang yang tak tau. )) . Aku dah janji nak tengok dia harini. Tak baik mungkir janji, lagipun kesian dia tunggu aku lama lama. Haha.
Aku bukak phone, nak update moment.
bye nak date dengan healer ahaks ahaks
Tiba tiba ada lagi noti dekat contacts. Wuish sapa pulak add ni? Hoho Zik ke? Ok jangan mengharap sangat Mia. Watlek je.
OMG SHOOT DIA ADD AKU. YES ZIKRIL ADD AKU !! YAASSS FINALLEH !!
Aku approve, lepastu terus campak phone balik atas sofa. Haha, nak chat dengan dia? Jangan harap.
Memang kat luar aku cakap ngan dia, tapi taknaklah ganggu dia jugak kat wechat. Tak pasal pasal dia naik muak dengan aku. Tak habis habis nak kacau dia. So aku terus sambung date aku dengan kesayangan. Healer lah sapa lagi. Hahaha.
Aku bagitau Maya, Zik add aku. Lepastu dia sibuk pulak nak add dia. Aku bukan taknak bagi tapi kalau aku bagi id dia nanti nampak sangatlah aku ni macam menjual id dia. Huish kesian kan.
So Maya berusahalah carik id dia kat merata tempat. Tanya kawan kawan dia. Lepastu dia jumpalah.
Tu aku tak kisah sangat sebab Maya kan budak hot, ramai je kenal dia. Mestilah senang dia carik en. Plus dengan skill penyiasatan dia tu lagi. Hah. Cewah aku puji dia ni kejap lagi kembang semangkuk lubang hidung dia tu.
Malam tu, Maya chat ngan aku lagi.
Maya: weh zik chat ngan aku hahahaha
Apa ? WHAT? WHAT WHAT WHAT?
Mia: what?! dia chat apa
Maya: dia tanya jumaat depan nanti datang tak
Mia: oh
Mia: kenapa dengan jumaat depan
Maya: ngek kan ada jamuan hari raya. eshh kau ni
Mia: oh okay
Maya: cara dia chat tu baik gila weh
Mia: alah kenapa dia tak chat dengan aku :(
....Omg. Kenapa Zik tanya Maya? Kenapa? Kuciwa hati ini~
JANGAN KATA HYPOTHESIS AKU YANG AWAL HARITU BETUL? ZIKRIL SUKA MAYA KE? O EM GEHH. Boleh jadi jugak kan? I mean, tak heran lah sebab Maya kan cantik, hot pulak tu.
So dia kata orang yang dia suka tu, Maya ke..? Tu sebab ke dia taknak bagitau aku? Tapi kenapa Ayiq kata aku takkan kecewa? Ke dia fikir aku takkan kecewa sebab Zik minat kawan aku sendiri? Ok tu lagi memeritkan. Betul ke semua ni?
Aku termenung sendirian. Ok, this cant be real, right? Kan?
Aku capai remote, alih channel 616. Fuh nasib baik ada cerita gumball. Fav show tu bruh. Tenangkan sikit hati yang bergelora ni. Cewah.
Henfon aku vibrate. Dah malas aku nak check. Takde mood betul.
Aku sambung tengok cerita gumball, serious tak tipu, cerita ni best. sarcasm nombor satu.
Aku pandang phone aku, curious tiba tiba. Kalau ada emergency macam mana? Ha kan? So aku capai phone, tekan password and bukak noti.
Zik send benda yang sama dekat aku. Ok, lega hati ni. Aku hembus nafas lega.
Dah kalau dia send benda yang sama macam dia send dekat Maya, means dia send dekat orang lain jugak ke? Ah pape jelah.
Zikril: salam, jumaat depan datang tak?
Mia: wassalam. tak taulah. kenapa?
Zikril: oh, alah jangan lah tak tau. datang lah
Mia: haha ok mestilah datang. jamuan kot
Zikril: ok.. :)
Mia: kenapa ?
Zikril: aha.. saja tanya
OMG DIA SEND SMILEY DEKAT AKU KE HAHAHAHAHA I KENOD LAH LIKE THIS AIH STOP BEING SO CUTE OMG I CANT
So today marks the day, the day I finally chatted with him and sampai sekarang aku masih tersengih sengih. Walaupun aku tak tau apa motif dia tanya pasal hari jumaat tu. Tapi pape jelah. Hati tengah bahagia sekarang ni. Haha.
Share this novel