"Hoi, apa kau pakai ni?" Maya datang, sergah aku. Aku angkat kepala, pandang dia pelik. "Mende?"
"Dua dua crush kau ada nanti. Ini yang kau pakai?"
Aku mencebik. Ceh, berani kau kutuk sense of fashion aku ye, Maya? "Eleh, biarlah. Tak kuasa aku nak pakai lawa lawa hanya untuk diorang."
Maya menggeleng kepala berkali kali. "Kesian diorang. Lagi lagi Irfan. Dah lama dia tak jumpa kau, naklah dia tengok kau cantik sikit."
Betul jugak tu. Tapi, apakan daya. Kaki terlalu lemah untuk bergerak dan bersiap semula. "Aku pakai ni ok apa."
Maya geleng kepala. "Macam makcik lah gila."
"Makcik with a high fashion sense dan berclass." aku balas sambil dabik dada.
"Tinggi sangat ye sense of fashion kau tu sampai seluar terkoyak kat lutut?" Maya membalas.
Ok, ni betul aku tak perasan seluar terkoyak. Ni mesti seluar haritu. "Alah, ni kena tukar lah ni. Aduh, kacaulah. Tak guna punya Zik."
Wait, apa yang aku cakap ni? Alamak.
"Kenapa......Zikril?" Maya tanya, curiga. Aku geleng kepala laju laju.
"Zikril buat apa dekat kau ngek?" Lagi sekali aku geleng kepala. Malaslah nak cerita.
"Cerita boleh tak ngek?" Terkejut aku dengar. Ni lagi sorang, boleh baca minda orang ke apa?
"Takdalah, aku jatuh. So seluar terkoyak."
"Apa kaitannya Zikril?" Baru aku nak jawab dia potong aku balik. "Dia buat kau jatuh ke?"
Aku angguk. "Ya...basically lah. Dia rampas diari aku so kertasnya terbang, aku pergi kejar dan...jatuh."
Maya tersenyum sumbing. "Wohohoho, sweetnya main kejar kejar. Kau dahlah pendek, dia tinggi. Mesti sweet."
"Suka hati kau je kata aku pendek." aku jeling Maya. Dia boleh selamba buat muka blur. "Apa? Memang kau pendek pun kan? So dia baca tak diari kau tu?"
Aku angguk.
Wait, omg. Omg omg omg omg omg omg.
omg omg omg.
"MAYA, macam mana aku boleh lupa ni?" Aduh, seriouslah, apa aku dah buat? Macam mana boleh lupa? Benda penting kot!
"Lupa apa?"
Aku pandang Maya. "Aku terconfess dekat Zik."
Maya membulatkan mata. "Serieslah?!" Maya menjerit. Aku menepuk dahi. "Dahlah dia baca diari aku....pasal Irfan pulak tu."
Maya pandang aku serious, lepastu ketawa. "Yang kau ni ngek sangat kenapa ha?"
"Dia tahu ke tu pasal Irfan?" Maya tanya lagi. Aku geleng kepala. "Tak, sebab tu lah dia tanya aku suka dia ke."
Maya membulatkan mata dia sekali lagi. "Serieslah?! Kau jawab apa?"
"Itulah yang aku terconfess dekat dia tu. Aku tak sedar pun aku cakap camtu. Pergh, bila ingat balik, selamba badak je aku mengaku, aku rasa muka aku blur kot time tu."
"Kau cakap apa?"
"Aku cakap aku suka dia. Tapi kertas tu bukan untuk dia. Aku tak rasa dia faham maksud aku."
"Dia tak tahu kau suka siapa sebenarnya. Dia tak tahu kertas tu untuk siapa sebenarnya. Dia fikir kau suka dia sorang. Kan?" Maya buat kesimpulan.
"Ha, betullah tu kot."
Maya diam sekejap, lepastu petik jari. "Ha! Aku tahu. Disini dapat kita simpulkan bahawa Zikril adalah seorang yang sangat perasan hot dan disukai ramai. Pft, tolonglah Zik oi. Sedar diri tu sikit."
"Hahaha, ngek lah kau ni Maya." Tergelak aku dengar apa yang Maya cakap.
Share this novel