Bab 20

Romance Completed 4252

MIA

Hari Sukan hari feveret aku walaupun aku malas nak masuk acara sebenarnya. Biarlah aku berlari, at least harini tak belajar. At least dapat bakar lemak sikit en.

Aku tak kisah sangat aku menang ke tak, yang penting aku excited nak tengok Maya menang lompat jauh nanti. Cewah, 'menang'. Macam yakin sangat je dia menang nanti. Takde, kata kata tu kan satu doa. So, aku mendoakan Maya menang lah tu nanti haha.

And, of course lah aku excited nak tengok Hitam dan Putih. Ehem, maksud aku Irfan dengan Zikril. Walaupun tajuk cerita ni Hitam Putih, masih lagi janggal untuk aku panggil diorang sebegitu. Pelik benor bunyinya haha.

Dengar Irfan kata, dia masuk acara larian sama dengan Zikril. Lagi lah semangat aku nak tengok hokhok.

"Maya, buat yang terbaik! Wooo!" aku sorak sorang sorang. Acara aku belum start lagi so why not lah kan sorak untuk Maya. Aku dapat rasakan pandangan pelik yang aku dapat daripada orang sekeliling sebab buat kecoh seorang diri. Ah, peduli apa aku en.

"Maya ke tu?" muncul satu suara tepi aku. Aku mengangguk. "Yep, sorak lah untuk dia." aku suruh. Zik mencebik. "Ish, taknak aku. Aku bukan jenis yang suka memalukan diri sendiri." balasnya. Amboi, ayat kau lagi tajam daripada pedang. Aku yang terasa. Tak guna betul dia ni.

Aduh, tekak kering pulak dok sorak sorak ni. Baik aku beli air jap.

"Kau nak pergi mana?" soal Zik. Eh, tiba tiba je dia ni. Ambik kisah pasal aku pulak. Hek hek. Terharunya. "Beli air jap. Kenapa?"

Dia tengok jam tangan dia, lepastu pandang aku sambil senyum. Aku ulang, senyum. Umum dekat satu sekolah, hati aku rasa nak meletup dah ni. KENAPA PERLU SENYUM. Macam mana aku nak lari nanti? Tak pasal pasal aku lari sambil tersengih sengih. Takpun aku berangan sambil lari lepastu jatuh. Ok, itu memalukan. Harap tak berlakulah nanti.

"Nanti aku lari, sorak untuk aku tau!" dia lambai dekat aku sambil senyum lagi. Kalini nampak gigi dia yang comel tu ahaks.

Oh, shoot. Aku terus pusing belakang dan blah terus. Aku tak balas balik pun apa yang dia cakap tu. Haha. Kejam tak kejam, aku memang kena blah. Nanti aku takleh nak berhenti senyum pulak.

Irfan macam mana pulak? Aduh.

Ha, panjang umur. Orangnya ada tengah sedut air oren tepi longkang ni. Tah kenapa dia duduk tepi longkang ni. Dia nampak aku dan senyum. Alahai, senyum lagi. Masalah betul. Hati aku ni dah macam masuk microwave tau tak. Cair macam coklat dah.

Lepas je aku beli air, aku lalu tepi dia. Dia senyum dekat aku. "Goodluck Mia."

Dan lagi sekali aku blah cepat. Kesian diorang berdua ni haha.

Sorang suruh aku sorak untuk dia. Yang sorang lagi wish goodluck untuk aku. Dua dua aku suka. Tapi, aku sendiri masih tak pasti perasaan aku sendiri..

Ish, abaikanlah. Sekarang ni focus. Aku nak lari nanti. Mesti buat yang terbaik.

"Yo, kau pergi mana?" sergah Maya tiba tiba. Hampir tersedak aku minum air. "Eh, dah habis ke? Cepatnya. Aku baru pergi beli air."

Maya mengangkat bahu. "Entah. Aku lapar ni. Jom makan."

"Wait, kau menang ke tak?" aku tanya. Nervous pulak. Eh, pahal aku nervous pulak? Bukan aku yang masuk pun lahai. Maya hanya tersengih dan tunjuk tanda thumbs up. Cantek ah tu. "Juara bertahan do kau ni. Untung ah kaki panjang."

"Manade, kaki aku normal. Kau je kaki pendek." balas Maya.

Ceh puih haktuih. Mentang mentanglah dah menang, boleh je dia nak kutuk kaki aku. Puih lah Maya.

"Sorry sikit, kaki aku comel. Kau tu bigfoot. Padanlah kau selalu menang en. Kaki kau terlebih sentimeter."

"Poyolah kau. Kaki kau ketot pakai saiz 1. Ada hati nak kutuk aku."

"Of course, sebab kaki aku kaki cinderella. Comel je macam tuannya." Ahaks.

"Cepatlah beli makanan. Aku tunggu ni."

Aku kata, Maya pulak terus meluru ke kantin. Tak pandang aku pun. Dia kalau bab makanan, sampai aku pun tak dilayan. Heh.

Kitorang lepak kejap dekat kantin. Aku punya acara belum start lagi so bolehlah lepak kejap isi perut sikit. Entah bila nak startnya pun aku tak tahu haha.

Aku check jam tangan aku, uish. Lama gak kitorang lepak kat sini. Memang lagi lama lah bila Sara dengan Amy join sekali en. Aku heret Maya pergi padang balik, kot kot takut ada terlepas apa apa.

Lagipun aku tengok tiba tiba je ramai lesap pergi padang. Macam ada sesuatu yang berlaku.

"Weh weh tengok tu!"

"Aisya dah startlah diorang lawan!"

"Jom lah tengok diorang. Dah lama aku tunggu ni."

Amenda yang diorang dok kecoh ni? Bising betul. Sapa yang lawan sekarang ni? Ramai betul tengok. Ni konfirm budak hot ni. Haha.

Aku tarik Maya, ajak dia tengok sekali. Melopong mulut aku bila nampak siapa. Ok, macam mana aku boleh tak tahu ni?

"Maya! Asal aku boleh tak tahu diorang dah start ni?!"

"Alah lek ah, baru je nak mula. Diorang tengah warm up tu." kata Maya bersahaja.

Aku pulak tunggu dengan penuh debaran. Walaupun Zik kata suruh sorak untuk dia, takkan aku tak sorak untuk Irfan jugak kan?

Pening pulak aku nak fikir pilih siapa. Ei, tunggu. Siapa team rumah kuning, iaitu team aku, dialah yang patut aku sorak kan? Ok, set. Aku sorak untuk dia.

Tak sabar nak tengok diorang start ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience