Bab 51

Romance Completed 4252

NOBODY’S POV

"Mia, sekolah tinggal lagi seminggu je. Dah make up your mind?" tegur Sara sebaik sahaja dia duduk di sebelah Mia.

"Pasal apa pulak?"

"Pasal crush kau lah." Amy menyampuk pula.

"Yang mana satu? HAHA." Maya yang duduk di sebelah Mia menyampuk jugak.

"Ha, tulah dia. Kau suka yang mana satu sebenarnya?" soal Sara. Amy mengiyakan soalan Sara. Diorang ni tak ubah macam kembar padahal sebenarnya bukan.

"Entahlah." jawab Mia acuh tak acuh. Dia sebenarnya tengah baca novel author favourite dia tadi, tak pasal-pasal kena kacau dengan beruk-beruk ni.

"Alah, Mia. Jawablah betul-betul!" Amy menggoncangkan bahunya. Makin rimas Mia dibuatnya. Dia bukan tak suka, tapi bila dia rasa nak menyendiri mulalah muncul beruk-beruk ni.

"Dah-dah. Jangan nak kacau aku baca buku. Ok?" Mia kembali menyambung bacaannya.

"Tapi kan Mia..."

"Eshh, diam-diam. Kenapa nak tahu sangat? Bukannya crush aku tu kau pun eii. Nanti aku bagitaulah."

"Tapi just imagine kalau Irfan atau Zik yang nak tahu. Kau nak bagitau ke?"

Mia terdiam seketika sebelum menjawab. "Tak."

"Alah tapi Mia..."

Mia terus bangun dari kerusinya. "Ah, dah-dah. Aku nak blah, korang ni asyik kacau aku je. Chow."

"Mia, jangan tinggalkan aku dengan beruk-beruk ni!!!!" Mia terdengar Maya menjerit sebaik sahaja dia keluar kelas.

/ / / / / /

"Eh, asal kau dekat sini?"

Mia memandang depan, ternampak Ayiq sedang berjalan ke arahnya.

Dia menutup bukunya, nak rehat sekejap. Dalam 100 muka surat jugaklah dia dah baca tadi. Nasib baik dekat taman takda orang lepak, so memang aman damai jelah dia duduk baca novel tadi.

"Saja aku duduk sini. Kenapa?"

Ayiq menggeleng kepala. "Takdelah saja tanya. Kau kan biasanya dengan geng kau."

"Diorang annoying sangat tadi. Aku blah ah." jawab Mia bersahaja.

"Mia aku nak tanya sikit boleh?" soal Ayiq. Mia mengangguk. "Tanyalah."

"Aku tak taulah betul ke tak assumption aku ni, tapi Fakeh pun ada cakap-"

"Fakeh?"

Ayiq mengangguk laju. "Haah. Dia ada cakap Hitam tu sebenarnya Zik."

Mia terus membulatkan matanya dan membuat muka terkejut. "Say what? Macam mana Fakeh boleh ta- i mean, terlibat?"

Ayiq cuma mengangkat bahu sahaja. "Manalah aku tau. Syafiq yang bagitau aku."

Mia terdiam seketika, tangannya menongkat dagu seperti tengah berfikir. "Macam mana .. Fakeh tahu.. Syafiq pun.." dia berkata, tapi lebih kepada diri sendiri sahaja.

"Anyway, betul ke Hitam tu dia?" Ayiq tanya lagi sekali.

"Dia tu siapa?" Mia sengaja buat-buat tak tahu. Ayiq mengeluh berat. "Haish kau ni kan, Mia. Aku rasa kau yang annoying sekarang ni. Just tell us all and kitorang tak tanya lagi dah."

Kalini Mia pula mengeluh. "Yang korang nak tahu sangat ni kenapa? Hal korang ke? Takkan? Aku sendiri malas nak ambik tahu pasal ni so please, just drop it. Okay?"

Ayiq terdiam. Ada betulnya kata kata Mia tu. Siapa dia nak menyibuk hal orang lain kan?

"Sorry, Mia." katanya lalu terus pergi dari situ.

/ / / / /

Mia termenung sambil menongkat dagu, merenung jauh ke satu tempat. Dia terfikir nak mintak maaf dekat kawan-kawan dia nanti. Rasanya dia berkelakuan agak menjengkelkan dan jahat. Sepatutnya dia bagitahu je terus, takdalah diorang semua tertanya-tanya kan?

Dia bangun dan menuju ke kelasnya. Sesampainya di sana, dia nampak Ayiq, Maya, Sara dengan Amy tengah berkumpul dekat meja Maya. Which is next to meja Mia. Bila dia muncul dekat pintu, semua memandang dia.

"Eh, Mia!"

"Hai Mia!"

"Mia, duduk sini dengan kitorang!"

Mia memandang mereka semua dengan curiga. "Okay... this is so weird." katanya tetapi dia tetap berjalan ke tempat duduknya. Sebelum diorang perasan kehadiran Mia, dia perasan yang diorang semua macam tengah berbincang sesuatu yang sangat penting. Semua macam tekun semacam je.

Mia memandang mereka semua. "Korang, aku nak mintak maaf pasal tadi. Aku patutnya bagitau je korang-"

"Eh, tak tak. Patutnya kitorang yang mintak maaf. Lagi-lagi aku dengan Amy. Kitorang sibuk sangat nak tahu pasal hal personal kau. Sorry Mia." terang Sara.

"Aku pun." Ayiq mencelah, sambil tersengih nampak gigi.

Mia tersenyum. "Yelah aku maafkan korang."

"Memandangkan kau dah maafkan kitorang, bolehlah kau bagitahu kitorang kan--" kata Sara tetapi Amy terus memukulnya. "Kau ni memang nak carik pasal ke apa? Dah mintak maaf pastu buat lagi." dia memarahinya.

"Ow sakitlah! Alah kau ni, lek ah. Aku memain je kot. Tu pun tak boleh." Sara mencebik sambil menjeling Amy.

"Alah kau Amy. Acah-acah baik je, padahal dalam hati kau pun nak tahu jugak kan? Kan kan?" Maya tersenyum sinis, Amy pula hanya tersengih macam kera sumbang sebab dah kantoi.

"Okaylah, senang cerita aku bagitau jelah korang eh?"

Semua mengangguk laju nak mendengar jawapan Mia. Tiba-tiba Ayiq bangun dan pergi ke tempat duduknya.

"Jap aku ajak Zik dengan Irfan sekali boleh?" katanya. Mia membulatkan matanya. 'Gila apa dia ni nak ajak diorang?' bisiknya dalam hati. "Ajak jelah sekali. Biar diorang tahu sekali." kata Maya sambil memandang Mia, seperti membaca fikirannya.

Mia tidak memberikan apa apa reaksi, Ayiq anggap dia setuju je so dia pun heret dua orang tu sekali. Zik dan Irfan pula terpinga-pinga tak tahu apa-apa. "Ada apa ni?" tanya Irfan, hairan melihat diorang semua berkumpul.

Ayiq membisik sesuatu kepada mereka berdua. Mereka mengangguk faham mendengar penerangan Ayiq.

Tiba-tiba Mia jadi nervous pulak, yelah mana taknya tak nervous, dua-dua crush dia ada dekat depan dia sekarang ni. Dahlah jadi center of attention diorang semua sekarang ni, lagilah dia nervous. Dia ragu-ragu nak bagitahu ke tak.

Maya nampak yang Mia macam agak tak selesa, so dia pun cakap dekat dia, "Chill lah Mia, kitorang tak kisah pun kau nak pilih siapa, kan korang?" dia memandang yang lain, terutamanya Zik dengan Irfan.

Mia agak lega bila nampak Zik dan Irfan setuju. Muka diorang pun nampak macam tak kisah.

"Okay then, aku sebenarnya taknak pilih Irfan dan Zik. In fact aku taknak pilih sesiapa. And keputusan aku muktamad." kata Mia dengan nada yang serious, mengejutkan mereka semua.

Siapa sangka yang akhirnya dia tak pilih sesiapa? Takda siapa. Sebab tu semua melopong mulut tak tahu nak kata apa sebab semua sangka yang dia akan pilih Zik.

Zikril dan Irfan pun tak tahu nak kata apa. Hairi sebenarnya kecewa sebab harapan dia sebenarnya agak tinggi, tapi dia act cool je. Irfan pulak sebenarnya agak lega sebab dia mati-mati fikir yang Mia akan pilih Hairi.

Tapi lama-lama, diorang berdua tak kisah pun dengan keputusan Mia. Kata Mia, dia nak fokus belajar dulu, lagi-lagi SPM tahun depan. Dia takut kalau dia pilih nanti dia takkan tenang belajar, dia nak banggakan mak bapak dia dulu, dah habis belajar nanti baru dia nak fikir pasal cinta-cinta ni.

T A M A T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience