Bab 13

Romance Completed 4252

MIA

Harini dengan besok ada aktiviti sukan. Disebabkan kebencian dan kemalasan aku nak merelakan diri masuk kawad kaki, terpaksalah aku tunjukkan bakat aku dalam lumba lari. Tu je kot yang aku masuk.

Habis je latihan lumba lari, terus cabut ler aku. Bukan aku sorang tau, of course Maya diheret sekali. Padahal Maya ada latihan lompat jauh. Maya ni boleh tahan aktif dalam bab bersukan ni.

Mula mula cikgu memang marah dengan Maya, tapi muka dia rileks je. Pelik aku. Kalau aku dah kecut dah woi. Tapi dia ni memang pandai pujuk. Pandai berkata kata.

Dia terang kat cikgu, dia kalau tak berlatih pun takpa. Tengok acara nanti je, dia menanglah. Bunyi macam bajet dan berlagak kan? Tak sebenarnya. Tu hakikat. Ceh. Cikgu nak membantah, tapi cikgu sendiri tahu rekod Maya juara lompat jauh tiga tahun berturut turut. Itu belum dikira sekolah rendah lagi.

Maya cakap lagi, dia tak boleh nak buat latihan, nanti bila acara yang betul, dia takut tak dapat buat yang terbaik. Cikgu berkeras jugak, suruh Maya pergi latihan.

Maya kata, "Cikgu tak percaya? Cikgu hantarlah saya pergi latihan. Tengok acara yang betul nanti, dapatlah buktinya. Saya cuma nak yang terbaik untuk rumah sukan saya. Cikgu pun rumah Hijau kan, takkan saya nak kasi orang lain menang kot."

Maka dengan itu, tercongoklah kitorang kat depan kelas. Masalahnya, takda sesiapa pun kat sini. Bosan jugak. Semuanya patuh, pergi latihan. Ceh, kitorang jeke yang malas nak pergi latihan ni? Eleh, takkan punya lah kan.

Aku pandang Maya. "Kita nak buat apa ni?"

Maya pulak tersengih sengih dekat aku. "Apa?" aku tanya, sebab dia tak jawab. Dok tersengih je.

Kalini dia main kening pulak, aku tanya lagi apa, dia tak jawab. Geram pulak aku. Hish.

Aku apa lagi, dah geram aku tendanglah kaki dia.

"Hoi! Pahal tetiba tendang aku ha?" Hah, siapa suruh menggedik sangat? Kan dah kena.

Aku tak jawab, cuma tersengih dekat dia. Biar, balas balik.

Maya mendengus geram. "Yelah yelah, aku terfikir game nyorok nyorok. Nak tak?"

Aku tongkat dagu, tengah pertimbangkan cadangan keanak anakan Maya tu. Aku geleng kepala dalam diam, Maya ni umur dah 16 tahun, tapi mental umur 7 tahun. Kesian aku tengok dia. Maybe sebab tu kot aku jadi kawan dia. Untuk jaga keselamatan Maya, biasalah, budak budak kan selalu je terjatuh sana sini lepastu menangis. Hm, kesiannya Maya.

Sudah, dah menyimpang aku merepek ni. Aku pandang Maya dan geleng kepala. Aku tak setuju dengan cadangan dia. "Habis? Kau ada cadangan lain?"

"Kejar kejar lah baru syok! Nyorok nyorok tak buat chaos kot. Tak adventure lah."

Aku terdiam kejap.

Aku ni pun dua kali lima je dengan Maya. Ada ke patut aku cadangkan kejar kejar? Eh, tapi best apa kan main kejar kejar? Best kot. Childhood memories. Rasanya Maya lagi ok daripada aku. Nyorok nyorok tu setakat orang pergi cari yang tengah menyorok. Suasana mesti senyap sunyi. Dibuatnya jumpa makhluk lain, ha cabut lari pergi padang, kena jugak buat latihan. Kalau kejar kejar ni kita lari sana sini tangkap orang tu, mesti buat bising kot. Takpun menganggu orang nak belajar ke. Ah, lantaklah.

Kejar kejar jugak.

Maya pun dah setuju. See, dua kali lima dengan aku. Kehkeh, dasar mental 7 tahun betul. Aku maybe 9 tahunlah, upgrade sikit daripada Maya. Mana boleh dia tandingi aku kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience