BAB 4

Humor Completed 9352

"Dia kerja dengan kita?" Soal Dean teruja.

"Yes sir! Sebenarnya, dia baru je kena buang kerja tapi, dia pergi interview ni. Z yang interview dia" ujar U sambik tersengih.

"Z? Ish! Mamat ni memang suka bagi aku suspen sorang2" gumam Dean perlahan. Dia geram bila Z sengaja tak beritahu dia apa2. Dah banyak kali dia lakar wajah Fifie dan tunjukkan pada Z dan mustahil Z tak kenal Fifie.

"Jangan bahagia sangat. Hobi, makanan kegemaran, dan banyak lagi aku tak tahu ni. Pergi siasat!" Arah Dean tegas dan team 5 berlari keluar dari pejabat Dean yang serba putih itu dengan segera.

Mereka juga keliru dengan Dean. Kenapa Dean terlalu sukakan warna putih, rumah, pejabat, semua keretanya, syarikatnya, pakaiannya, kasutnya, barang peribadinya, termasuk kucingnya! Ah! Peminat tegar putih!

******

Setelah tiga minggu orangnya membuat siasatan menyeluruh hampir semua perkara tentang Fifie sudah diketahui oleh Dean. Jadi, Dean mampu ukir senyum sampai ke telinga setiap hari sekarang ni. Semua orang pun pelik dengan perangai Dean sekarang tapi bila mereka faham penyakit angau tu, well, mereka terpaksa berdepan dengan satu lagi perangai pelik boss mereka.

"Dia selalu lewat sir. Dia mesti akan lewat setiap hari, at least seminit" ujar C selaku driver tak tetap Dean. Dean tergelak bila C cakap macam tu tapi dia tak kisah pun, dia suka tengok Fifie kelam kabut berlari masuk ke dalam office dan nak punch card. Comel.

Selalunya, Dean boleh bertukar jadi raksasa bila ada orang tak tepati masa tapi bila 'Si Dia' yang selalu lewat dan tak tepati masa, dia rasa comel. Jadi, kajian yang mengatakan cinta tu gila, agak tepat rasanya.

"Bila sir nak take a move?" Soal C berminat. C salah seorang yang agak rapat dengan Dean kerana Dean yang selamatkan dia daripada gangster ketika dia masih kecil dan dia dah anggap Dean seperti abangnya sendiri.

"I will. Soon" dengan sengihan yang hanya Dean faham buatkan C kecut.

Seram.

******

Dean tersengih bila ternampak Fifie yang sedang berlari di dalam pejabat. Nampak sangat kalut nak punch card. Daripada sengihan suara orang tergelak kecil kedengaran pula dan Dean begitu gembira bila orang yang mampu buatkan dia tersenyum terlanggar pintu sebab kalut sangat.

"Dean, kau ni kalau gila bayang pun jangan la sampai gelak sorang2" sapa Z yang berjalan masuk ke dalam pejabatnya sambil masukkan tangan di dalam poket. Dia duduk di kerusi ketuanya dengan tenang dan bukakan dokumen perniagaan.

"Aku tak boleh nak avoid benda ni man. Bila aku nampak dia je aku rasa bahagia" jawab Dean sambil tersengih dan dia alihkan pandangan daripada Fifie.

"Aku boleh nampak cahaya kegembiraan kau dari sini lagi, dah macam spotlight"

"Ha! Kan, macam tu la aku rasa Z" Dean sambung sengih dan pandang luar lagi.

"Business kita macam mana? Kau ni sejak kena virus angau dah jadi lain. Budak2 pun rasa pelik"

"Ala, nak pelik apa? Mereka sepatutnya bersyukur sebab aku dah tak garang macam dulu" jawapan Dean buatkan Z tergelak kecil. Apa yang Dean cakap memang ada betulnya dan memang Dean dah kurangkan marah sejak akhir2 ini.

"Dia single ke Z?" Soal Dean dengan suara perlahan.

Sesiapa yang dengar pasti dapat detect kerisauan yang ada pada Dean. Z tak pasti apa yang dia perlu cakapkan. Fifie bukanlah secantik bidadari ataupun sempurna seperti wanita idaman ramai. Semua orang pun tahu yang dia tu macam mana, kalut tak tentu hala, selalu lewat, mulut pandai menjawab, masak pun tak pandai, penakut tahap dewa, otak kartun dan banyak lagi rasanya.

"Aku tak sure" jawab Z malas.

"Man, kalau dia dah tak single, kalau aku bayar partner dia suruh tinggalkan dia macam mana?" Soalan luar alam Dean buatkan mata Z membesar dengan seluas lautan. Bila Z dah membesarkan matanya sebegitu itu maksudnya Dean dah cadangkan sesuatu yang bodoh. Dean tak pernah takutkan sesiap kecuali Z yang matanya membesar seluas lautan.

"Dean, kau tak maksudkannya" Z berkata sambil mengetap bibir. Lebih kepada menahan suara menjadi tinggi.

"Z, aku nak kahwin dengan dia!" Dean bangun dari kerusi setelah menumbuk meja geram.

"Aku tahu kau dapat semua yang kau nak tapi kau tak boleh lawan apa yang Allah nak" Z masih lagi serius dab dalam suaranya jelas dalam ketegasan yang teramat jadi, Dean berdiam diri dan keluar dari pejabat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience