BAB 19

Humor Completed 9352

"Abang!" Mata Dean terbuka luas saat terbaring dan masih lagi dipukul. Suara Fifie. Dean angkat kepala melihat Fifie yang dipegang kemas oleh seorang lelaki. Dean gigit bibir bengang bila lelaki itu mengasari Fifie.

"LEPASKAN DIA BODOH!!!" jerit Dean kuat kepada Tg. Shakira. Tg. Shakira jadi naik angin bila Dean masih lagi mampu untuk keluarkan suara bila melihat Fifie. Tg. Shakira mendekati Fifie dan menolak kuat kepala Fifie sehingga jatuh terduduk.

Bunyi rantai menegang kedengaran bila Dean cuba untuk mendapatkan Fifie. Fifie menangis saat melihat keadaan Dean yang dirantai. Mimpi dia semuanya benar. Wajah Dean masih lagi sempurna kecuali ada darah di bibirnya dan kesan lebam di sebelah mata. Dean gelengkan kepala, mohon Fifie supaya jangan menangis dan Fifie terus menangis.

"Sayang, shhh"

Dean bersuara lembut dan ukir senyum kepada Fifie. Fifie tahan esakan dan cuba untuk balas senyuman itu. Tg. Shakira bertambah bengan bila melihat adegan romantik itu dan dia menyepak kuat kepala Fifie yang kembali terangkat untuk membalas pandangan Dean. Fifie kembali terbaring di lantai dan mata Dean seakan mahu terkeluar bila melihat semua itu. Bunyi rantai kedengaran lagi dan Dean masih cuba untuk melepaskan diri dan menyelamatkan Fifie.

"Wow! Ada orang marah" Tg. Shakira bersuara sinis dan kejam. Tg. Shakira angkat kakinya dan memijak tepat ke tapak tangan Fifie di mana tersarung cincin perkahwinan mereka di jari manis itu. Fifie berhenti menafas seketika kerana terlalu sakit. Dean masih lagi bergelut dan akhirnya air mata dia mengalir. Tak sanggup melihat keadaan Fifie. Fifie terkejut bila melihat air mata Dean dan Fifie cuba uhtuk berlari ke arah Dean tapi dia dipegang kemas.

"Pegang dia elok2. Aku nak dia nampak aku 'sentuh' suami dia!" Tg. Shakira berjalan ke arah Dean dengan senyuman. Dean mengundur sehingga badannya rapat ke dinding. Dia cuba untuk mengelak daripada disentuh Tg. Shakira tapi bila matanya melihat pisau di leher Fifie dia berhenti. Tangan Tg. Shakira mengusap pipinya lembut dan Dean tak mampu nak menolak dan mengelak.

"DONT. YOU. DARE. TO. TOUCH. HIM!!!" Fifie betul2 marah dan naik angin sehingga wajahnya merah sepenuhnya.

"Sayang, I love you" ucap Dean bila Tg. Shakira semakin berani.

"Jangan tengok sayang" bergetar bibir Dean meminta kepada Fifie, merayu supaya Fifie tak tengok semua yang bakal terjadi.

Dean tutup mata rapat merelakan apa je yang Tg. Shakira bakal lakukan. Setelah beberapa saat, akhirnya, satu bibir menyentuh bibir Dean dan Dean menutup mata semakin rapat, tak merelakan.

"Abang" bila mendengar suara itu ditelinganya mata Dean terbuka luas dan wajah Tg. Shakira berganti dengan wajah Fifie, isterinya. Dean rasa dia terlalu fikirkan Fifie.

Dean terkejut bila melihat Fifie sedang bergelut dengan Tg. Shakira. Otak Dean menjadi tak waras melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya. Setelah beberapa minit Dean disedarkan dengan kewujudan beberapa pegawai polis.

*******

Dean dilepaskan dan Tg. Shakira bersama konconya diberkas. Dean dibawa ke ambulans untuk dirawat. Dia melihat Fifie menuju ke suatu tempat dalam keadaan marah dan Dean ternganga bila melihat Fifie menampar tepat ke pipi kanan Tg. Shakira. Kuat! Kuat gila!!!

"Ni semua rancangan Fifie. Dia yang plan semua ni" Z bersuara mendatar dan bersandar pada ambulan. Dean pandang Z tak percaya.

"Dua minggu dia praktis skill, plan nak jatuhkan Tg. Shakira. Paling mengejutkan,dia pujuk ayah Tg. Shakira, Tg. Rahman untuk berikan tempat persembunyian Tg. Shakira" penerangan daripada Z buatkan Dean rasa dia patut pengsan, tidur atau koma dan bila dia bangun, dia dah lupa semua ni.

Setelah kejadian itu Dean jadi takut untuk berada dekat dengan Fifie dan takut untuk sakitkan hati Fifie. Bila dia tengok cara Fifie lawan dengan lelaki yang badannya tiga kali lebih besar hari tu, buat dia kecut habis.

"Abang, kenapa asyik nak elak Fifie je?" Soal Fifie semakin geram sejak dua hari lepas Dean banyak menjarakkan diri.

"Sayang, sayang, jangan pukul abang" rayu Dean dan Fifie ketawa senang. Fifie memeluk erat Dean dan duduk di ribaan Dean.

"I miss all of this" bisik Fifie ditelinga Dean buatkan Dean ukir senyum pula. Fifie, masih lagi orang yang sama walaupun dah tak selemah dulu.

"I miss you too" balas Dean dan mencium dahi Fifie.

"We should take a loooongggg break" ujar Fifie senang dan Dean angguk setuju. Tiga minggu berpisah, azabnya umpama 3 ribu tahun.

"I love you" bisik Dean lagi dan Fifie tersenyum malu.

"I love you more" balas Fifie perlahan dan terus tersenyum.

"Lets begin again" pinta Fifie lembut dan Dean angguk.

"Great! Biarkan Z handle syarikat satu lagi dan let me be your assistant. I love gun, fight skill and so on. Ok?" Permintaan Fifie kedengaran berat kepada Dean dan Dean tak nak Fifie jadi terlalu ganas. Silap hari bulan, dia yang jadi ketua gangster.

"I love you to be a mom. Not my assistant sayang" Dean cuba untuk membatalkan niat Fifie.

"Tapi, sementara kita tak ada baby lagi, Fifie nak" rengek Fifie manja dan Dean terpaksa mengalah.

"Ok. But, bila Fifie mengandung je, stop. Ok?"

"Ok!" Jawab Fifie bahagia dan pipi Fifie dicium Dean.

Dean bawa Fifie bercuti luar negara pada keesikan harinya dan mereka betul2 luangkan masa bersama. Mereka lakukan semuanya bersama dan rasa seakan tiga minggu perpisahan mereka terbalas begitu sahaja. Tiga minggu mereka bersama di Australia dan menjelajah setiap sudut di negara itu sebelum kembali ke Malaysia.

Sebaik tiba di Malaysia, Fifie dah mula mencari pakaian yang berwarna putih untuk dipakai ke pejabat dan Dean mula risaukan isterinya.

"Sayang, esok kita rest kat rumah dulu, then kita pergi ya" pujuk Dean dan Fifie muncungkan mulutnya. Protes!

"Ok" balas Fifie perlahan dan terus batalkan niat nak sediakan bajunya. Dean gigit bibirnya sendiri bila dah buat Fifie sedih. Dean dekatkan dirinya pada Fifie dan bisikkan sesuatu.

"Esok kita pergi rumah parents kita dulu, nak bagi hadiah kita beli ni" bila Dean bisikkan ayat itu Fifie berpaling memandang Dean, dah tak merajuk dah pun.

"Betul jugak! Yay!" Ucap Fifie ceria dan memeluk Dean erat. Dean mampu lepaskan nafas lega bila Fifie mengalah dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience