BAB 1

Humor Completed 9352

Kau tahu disebalik muka aku yang handsome dan tubuh yang agak sasa ni, aku sebenarnya takut dengan beberapa perkara. Pertama sekali haruslah aku takut pada Allah, mak bapa aku, sah-sahlah juga kadang-kadang aku takut hantu, manusia penyangak durjana dan paling penting aku takut bini aku. Bukan bermaksud bini aku ni Queen Control, tapi kau kena baca dulu cerita aku ni baru kau faham.

Berdesup laju Fifie berjalan ke cafe sebab dia ada dua minit je lagi sebelum client dia sampai. Fifie berlari menuruni tangga tanpa hiraukan orang lain lagi dah dan dia terus berlari dengan kasut tumit tingginya.

"Kenapa la orang cipta kasut ni!" Rungut Fifie dan tetap terus berlari walaupun kakinya mula rasa sakit.

"Kalau tak aku mati" guman Fifie risau dan kakinya semakin laju menuruni anak tangga. Lagi susah turun tangga berbanding naik tangga rasanya.

Walaupun dah penat, udara pun tak sempat nak sampai ke otak dia tetap berlari. Ingat running man agaknya. Hehehe. Well, running man best kut! Bila satu lagi anak tangga untuk Fifie takluki, cewah!

Tiba2 kakinya tak cecah lantai tapi terapung di udara dan pinggangnya seperti dipeluk dengan kemas. Mata Fifie membulat walaupun dia dah kembali ke tanah dan masih lagi dalam pelukan seseorang. Belum sempat otak dia digest apa yang jadi dirinya seperti terapung apung kerana diangkat seperti anak patung. Tangan sasa itu masih lagi di pinggang Fifie.

Fifie cuba untuk melepaskan pelukan itu tapi tak berjaya dan dia sudah tahu punca dia bergerak tanpa kehendaknya. Dia dipeluk oleh lelaki yang sedang berlawan dengan beberapa lelaki lain. Bergaduh! Bertumbuk! Tapi, dia masih lagi dalam keadaan selamat dan lelaki itu masih lagi memeluk pinggangnya erat.

Mata Fifie terbuka luas melihat semua yang terjadi dan lelaki yang bersut hitam sudah terbaring di tanah. Mulut Fifie terbuka luas bila ada seseorang cuba menyerang mereka dari belakang tapi dengan pantas satu tendangan dikeluarkan lelaki itu dan orang yang menyerang mereka sempat terbang sedikit sebelum makan lantai.

Fifie memandang wajah lelaki yang lengkap bersut putih dan berkaca mata hitam itu. Matanya membesar dan dia menutup mulutnya perlahan lahan. Masih lagi dalam keadaan berpelukan, sorry! Pembetulan! Masih lagi dalam keadaan dipeluk mata mereka bertatapan lama. Walaupun hakikatnya Fifie hanya menatap cermin gelap itu.

"Gila" gumam Fifie perlahan tapi dapat didengar lelaki bersut putih itu dengan jelas kerana jarak mereka yang dekat.

"Lepaskan saya!" Bentak Fifie dan berusaha melepaskan pautan di pinggangnya. Dia menatap tajam wajah lelaki itu kerana dah peluk dia lama sangat dan buat aksi 007 dengan terbangkan dia sana sini. Kalau anda rasa Fifie terpegun, sorry to say. Fifie hates it!

"Kalau nak bergaduh pergi la bergaduh dekat lorong gelap ke, padang bola ke! Padang bola ke. Kenapa nak gaduh dalam hotel? Membahaykan orang lain tahu tak!" Bentak Fifie garang dan dia tak takutkan langsung lelaki bersut putih di depannya ini.

"Awak ingat awak gangster, awak hebat?!" Marah Fifie lagi dan dia ambil semua barangnya yang jatuh semasa aksi 007 tadi dan meninggalkan hotel dengan segera. Habis bajunya berkedut, tudungnya senget, kasut dia untung je tak tercabut dan hilang.

"Tak guna punya gangster!" Bentak Fifie lagi dan dia terus ke cafe untuk berjumpa clientnya, yang pasti, dia dah lewat banyak!

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini" pinta Fifie bersungguh dan dia masuk ke dalam cafe untuk berjumpa pelanggan yang telah menunggu dia, mungkin. Atau ada kemungkinan dia dah ditinggalkan dan dia akan dibuang kerja dengan sepantas kilat menyambar. Hahaha. Kisah sedih!

Dean masih lagi berdiri di tempat dia secara tidak sengaja memeluk seorang perempuan. Sangat asing baginya bersentuhan dengan seorang perempuan yang bukan darah dagingnya tapi dia...suka. mungkin. Dean terus tersenyum dan melihat lelaki2 yang dipukulnya sedang terbaring di atas lantai. Dia tersengih jahat dan memandang salah seorang yang berada berdekatan dengannya.

"Dia cantik kan?" Soal Dean pada lelaki yang lemah itu dan lelaki itu anggukkan kepala ketakutan dan kesakitan.

Dean puas hati dan berjalan pergi dari situ dengan bangga. Seorang lelaki yang juga bersut putih membuka pintu kereta kepada Dean.

"Gather, pukul 6" maklum Dean tegas dan seorang lelaki bersut putih anggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience