BAB 17

Humor Completed 9352

"Entah, nama dia pun pelik. Private number gitu" jawab Jiha lagi dan Fifie tergelak sikit. Hilang sekejap soal Dean dari kepalanya. Z yang ada di situ juga sedang mengukur kelembapan otak Jiha.

"Jiha, private number tu bukan nama orang. Tapi, nombor peribadi. Ngok!" Bidas Fifie dan tergelak lagi dan Jiha nganga luas. Dia dah jadi bodoh sebab private number je.

"Oh, aku mamai kut time tu" Jiha garu belakang kepalanya dan sengih sedikit.

"Lupakan semua tu, kau ok?" Soal Jiha pula.

"Aku ok. Tapi, Dean tak balik2 lagi" Fifie kembali sedih dan risau. Jiha dudukkan Fifie di sofa dan usap lembut bahu kawannya itu. Jiha cuba fikirkan sesuatu tapi tak dapat. Dia pandang kot putih di atas badannya dan dia melihat ke arah Z. Z hanya berdiri di sana dengan memandang ke arah mereka.

"Siapa tu? Stalker?" Soalan Jiha sekali lagi berjaya buat Fifie tergelak kecil.

"Z, kawan baik Dean"

"Oh" hanya itu balasan Jiha dan kembali bercakap dengan Fifie.

Dua hari, cukup untuk buatkan berat badan Fifie susut dua kilo kerana tak makan dan tak tidur. Apa yang Fifie tahu solat dan berdoa, itu sahaja. Jiha muka risaukan Fifie tapi dia tak mampu nak menolong banyak, tambahan pula dia sibuk melarikan diri dari Z. Dia malu!

"Fifie makan?" Soalan itu berjaya buatkan Jiha melompat sebab terkejut. Jiha tayang muka bengang pada hamba Allah yang tak pandai beri salam itu.

"Stalker!" Marah Jiha dan dahi Z berkerut. Dua hari ini hanya nama itu yang dipanggil Jiha kepadanya.

"What?!" Soal Z dengan suara yang tinggi sedikit daripada biasa. Jiha jeling Z sekilas dan dia berlalu masuk ke dalam rumah dan ke bilik Fifie.

"Fie, aku tak suka stalker tu" gumam Jiha geram dan senyuman kecil merekah dibibir pucat Fifie.

"Aku kenal kau. Kau malu sebenarnya, kan?" Tebak Fifie tepat dan Jiha tayang gigi. Fifie tergelak sikit dan saat itu Jiha sodorkan makanan ke mulut Fifie. Fifie makan sedikit dan Jiha lega banyak.

*******

Dean buka mata perlahan lahan untuk adjust matanya dengan bilik gelap yang hanya ada lubang2 kecil sekelilingnya. Dean rasa sesak tapi dia cuba untuk bertenang. Hanya wajah Fifie yang bermain di dalam benaknya sekarang ni.

"Baby! Dah sedar?" Soal satu suara manja dan lengan itu memeluk erat leher Dean. Dean nak menolak dengan jijik tapi tangan dan kaki dia dirantai kemas.

"Tengku Shakira! Let me go!" Dengan garang Dean menyuruh dan dia menjauhkan wajahnya dari disentuh Tg. Shakira.

"Dean, you are hot and sexy!"

Tg. Shakira tak hiraukan amaran Dean dan terus merapatkan badannya pada Dean. Dean rasa sangat jijik tapi tak ada apa yang boleh dia buat dalam keadaan terikat dengan rantai besi macam ni. Dia bukan wolverine dan dia bukan the hulk, captain america apatah lagi.

"Get lost!" Tempik Dean kuat tapi hanya hilai tawa balasan Tg. Shakira.

******

"Abang!!!" Fifie tersedar dengan mimpi buruknya dan dia terus terbangun dari tidur.

"Fifie" Jiha yang tidur di sebelah Fifie di sofa ikut sama terjaga dan Z mengetuk pintu rumah beberapa kali. "Aku mimpi dia kena seksa Jiha" air mata Fifie terus jatuh dan Jiha segera membawa Fifie ke dalam pelukannya. Fifie terus menangis dalam pelukan Jiha dan badan Dean yang dirantai bermain dalam benaknya.

"Kami ok!" Jerit Jiha kuat ke arah pintu kerana tahu yang Z tak dapat sabar nak tahu apa yang jadi kat dalam. Bila mendengar laungan Jiha Z kembali lega dan mereka yang lain kembali duduk dan cuba bertenang.

"Tengku Shakira" Fifie menyebut nama itu dan Jiha bingung.

"Anak raja mana?" Soal Jiha dan Fifie tersenyum lemah. Jiha selalu lembab macam ni ke? Entah.

"Aku rasa, Tg. Shakira yang culik Dean"

"Sure?"

"Yep!"

"Ok. Kau rest dulu, esok kita discuss" pujuk Jiha dan Fifie akur. Fifie kembali rebahkan kepalanya tapi dia takkan mampu terlelap. Jadi, Fifie hanya baring dan berdoa agar Dean ok.

******

Dean hampir menangis bila dia mimpikan Fifie yang sedang menangis dan menunggunya di depan pintu rumah. Dean menahan sebak dan dia berdoa agar Allah dengar doanya dan dia dapat kembali ke sisi Fifie dalam keadaan baik. Dia teringin memeluk Fifie lagi.

"Dean, you patut lupakan perempuan tak guna tu" dengan sinis Tg. Shakira bersuara dan Dean rasakan dia nak tampar mulut jahat itu kerana memanggil Fifie sedemikian. Bunyi rantai tertarik menguasai bilik itu bila Dean cuba untuk bergelut dan lepaskan diri.

"Oh, marah?" Soalnya lagi dan memyentuh rambut Dean yang basah dengan peluh.

"Dont touch me! Stupid!" Jerkah Dean kuat sehingga Tg. Shakira terkejut. Tg. shakira tersenyum sinis dan mendekatkan badannya pada Dean.

"I will!" Jari Tg. Shakira mula menjalar dari dahi, hidung, bibir, leher dan dada Dean. Wajah Dean panas dan merah kerana terlampau marah dengan tindakan Tg. Shakira.

"If you lay any finger on my body again, I will cut it all!!!" Tempik Dean dan Tg. Shakira tergelak besar. Tg. Shakira jauhkan badannya dari Dean sedikit dan berhenti ketawa.

"Oh Dean, you are so damn hot!"

"Jijik!!!" Jerit Dean lagi dan Tg. Shakira mula naik angin. Perkataan itu memanaskan telinganya.

"Dean, dont make me force you to sleep with me! I can do it to your Worker and I can do it to you too. Maybe pictures is not enough, how about videos? What will that woman do when she see, her husband have a good moment with other girl?"

Cabar Tg. Shakira dan Dean rasakan nafasnya naik dan turun tak senada. Dia bertambah marah dengan ugutan sebegitu. Dia tak nak Semua itu!

"Leave!" Jerkah Dean kuat dan Tg. Shakira dengan marah keluar dari bilik gelap itu. Dean bersandar pada dinding dan serba sedikit dia rasa takut dengan ancaman Tg. Shakira. Dia tak gentar jika dibunuh, tapi dia tak nak melukakan hati Fifie. Dia tak nak Fifie sakit hati dan terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience