BAB 14

Humor Completed 9352

Fifie termenung di sebelah Dean dan dia tak pasti apa yang dia sedang fikirkan. Dean membuka matanya perlahan dan bila dia melihat Fifie sedang termenung dia pautkan tangan di pinggang itu. Fifie memandang Dean yang sedang senyum manis kepadanya. Nampaknya orang deman dah sihat walafiat.

"Morning sayang" bisik Dean sambil menggeliat manja dan Fifie tersenyum lagi.

"Baru je pukul 4 pagi, tidur la balik" Fifie usap kepala Dean lembut. Dean terkejut dan matanya dilarikan ke jam dinding.

"Sayang dah bangun?" Soal Dean masih lagi jelas sedang terkejut. Fifie gelengkan kepalanya dan usap lembut rambut Dean pula.

"Tak tidur pun" jawapan Fifie berjaya buatkan kantuk Dean hilang terus dan Dean terus duduk di sebelah Fifie dan memegang kedua pipi Fifie.

"Sayang sakit?" Soal Dean khuatir dan Fifie terukir senyum lagi. Dia gelengkan kepala dan membawa tangan Dean ke bibirnya.

"Sayang ok?" Soal Dean lagi dan Fifie terus tersenyum dan peluk erat Dean. Tak sampai seminit pun Fifie dah lena dalam pelukan Dean. Dean tergelak kecil dan dia biarkan tubuh itu lena di atasnya.

Fifie tetap bertegas nak ikut Dean pergi kerja walaupun Dean berkeras minta dia berehat di rumah. Dean tinggalkan Fifie di pejabat kerana dia perlu uruskan hal di luar.

Fifie keluar dari pejabat Dean dan ke meja di mana ramai pekerja Dean sedang berbual. Bila Fifie sampai mereka semua terus berdiri dan kembali serius. Mereka hormatkan Fifie sama macam mereka hormatkan Dean. Lagipun, Fifie tak pernah berminat nak borak dengan pekerja Dean yang di anggap sebagai gangster ni, walaupun semuanya kacak bergaya dengan sut putih dan bertie hitam. Kenapa tak guna hitam? Well, tak sempat lagi nak tanya Dean. Nanti kita tanya sama2.

"Puan!" Mereka semua menyapa Fifie dengan nada tegas dan hal itu buatkan Fifie tergelak kecil. Kelakar habis.

"Saya nak milo sejuk" Fifie buat permintaan dan seorang berlari ke pantry dan bawakan segera apa yang Fifie nak.

"Duduklah, borak dengan saya" ujar Fiie dan mereka semua risau untuk duduk tapi mereka tetap juga dengar apa yang Fifie nak.

"Saya Fifie" Fifie perkenalkan dirinya dan yang lain hanya mampu angguk perlahan. Tak berani nak memanggil nama itu.

"Jangan la layan saya macam Dean. Saya jauh lagi mesra daripada dia" Fifie berkata dengan nada ceria walaupun dia tahu secara tak langsung dia dah kutuk Dean yang terlalu serius dengan pekernya.

"Kita kawan ok, bukannya boss dan pekerja" sambung Fifie lagi dan dengan terpaksa mereka semua angguk.

"Ok. Jadi, awak semua ni sebatang kara?" Soal Fifie langsung dan mereka semua jawab ya dengan kuat. Wow! Macam budak sekolah yang jawab bila cikgu tanya tentang kehadiran.

"Kenapa?" Soal Fifie lagi.

"Sir tak pernah cakap kenapa tapi, Z pernah cakap. Kerja kami berisiko dan pastinya libatkan orang ramai. Kami tak pasti siapa musuh kami dan musuh kami selalu bertukar tukar. Musuh client kami, musuh kami. Sir tak nak keluarga kami dalam bahaya kerana kami jadi, dia cari pekerja yang sebatang kara. Tapi, bila kami dah ada niat untuk berkahwin, sir tak pecat kami secara terus, sir akan berikan kerja lain kepada kami. Kerja di mana kami tak perlu bahayakan sesiapa. Kerja dengan Z." Fifie agak terkejut bila dengar penjelasan itu dan apa yang Fifie rajukkan soal distraction tu juga tak patut. Fifie rasa nak hantuk kepala dia di meja je.

"Macam mana dia layan awak semua?" Soal Fifie lagi.

"Ok. Memang dia tegas tapi dia ambil berat. Kami tak dibenarkan bercinta kalau kami masih lagi nak jadi bodyguard dan, sir bagi kami semuanya. Kami hanya perlu berikan khidmat dan komitmen." Fifie hanya mampu angguk dan faham semuanya.

Dean dapat rasakan yang Fifie mula berubah kerna sekarang Fifie lebih suka berbual dengan pekerjanya berbanding duduk di dalam pejabat atau ikutnya ke mana sahaja.

"Sayang, are you ok?" Soal Dean bila melihat Fifie tersenyum seorang diri. Fifie angkat muka untuk pandang Dean sekilas dan dia teruskan menatap skrin telefonnya.

"Abang, Fifie nak keluar kejap"

"Alone?"

"Yup! If you dont mind, two or three of your bodyguard"

"Sure. Just take them"

"Yes! Thanks!" Fifie berlari ke arah Dean dan mencium pipi itu sekilas sebelum berlari keluar. Dean hanya mampu gelengkan kepala bila melihat perangai kurang matang isterinya itu.

Setelah selesai berbelanja untuk barang masakan untuk lunch, Fifie dan pekerja Dean terkejut bila mendengar suara Dean menjerit kuat. Fifie berlari ke atas bilik dan bila dia buka pintu dia terkejut melihat Dean hampir menumbuk seseorang. Dean tak pernah menumbuk pekerjanya selama ini.

"Sa...sayang" Dean jatuhkan penumbuknya dan melihat Fifie yang sedang terkejut. Seorang pekerjanya hanya menunduk kerana takut dan rasa bersalah.

"Abang" lemah suara Fifie dan air matanya mengalir, dia tahu Dean tegas dan agak garang tapi dia tak pernah tengok Dean semarah ini.

"Keluar!" Jerit Dean kuat sehingga Fifie tersentak dan pada masa yang sama Fifie sedih. Baru sahaja Fifie ingin melangkah pergi tapi Dean mencapai tangannya.

"Bukan sayang, dia" Dean maksudkan pekerjanya dan Fifie kembali menangis. Dean menarik Fifie ke dalam pelukan eratnya dan rasa marahnya ikut sama berkurangan.

"Why?" Soal Fifie lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience