Fifie melompat keriangan setelah kerjanya selesai juga hari ini dan dia berjaya dapatkan pelanggan pertama! Yay! Selama sebulan bekerja ini kali pertama dia dapat seorang pelanggan dan kali pertama juga dia lewat seminit je. Apa yang susah sangat nak datang awal pun tak tahu la.
"Jom balik!" Dengan seceria habis Fifie menjerit di parkir kereta. Baru sahaja dia masuk ke dalam keretanya tiba2 dia nampak sekumpulan baju putih sedang bergaduh dengan beberapa orang lelaki dan bila seorang lelaki berada betul2 di sebelah keretanya Fifie kaku dan takut. Mereka terus berlawan dan bila seorang lelaki berbaju kuning membaling pisau ke arah Fifie seorang lelaki menghalang pisau itu dan melukakan dirinya.
"Ke...ketua...gang...gang..gangster" terketar ketar bibir Fifie menyebut nama itu dan matanya memandang Dean yang sedang serius habis.
"Pergi!" Arah Dean dan bukakan pintu kereta serta menolak Fifie masuk ke dalam kereta. Kalut Fifie menghidupkan enjin keretanya dan terus pergi dengan kadar segera.
"C! Ikut dia" arah Dean kepada C supaya ikut kereta Fifie.
******
"Dean! Kau buat apa ni?" Soal Z geram, bengang dan pelik pada masa yang sama bila Dean buat kali pertamanya cedera semasa berlawan. Selama ini dia tak pernah luka sebegini.
"Pak cik, aku cedera je kut" balas Dean malas bila melihat tangannya yang dibalut dengan kain putih oleh doktor peribadinya.
"Doktor, perlu ke hospital? Kerat ke?" Soalan Z kali ini buatkan Dr. Kevin tergelak kecil dan Dean naik angin.
"Agak2 la kau ni!" Marah Dean balik dan Z tersengih jahat.
"Teruk ke doktor?" Soal Z dalam nada selamba balik tapi jelas ada kerisauan di situ.
"Tak, no worries" ujar Dr. Kevin sambil tersenyum dan Dean ikut sama senyum. Z berpuas hati dengan keadaan Dean yang ok. Dia risau setiap kali Dean cedera sebab dalam dunia ini hanya Dean yang dia ada dan begitu juga sebaliknya.
"Man, I need a new suit" Dean membuka mulut lagi bila Dr. Kevin dah beredar.
"Aku dah settle. Dude, berbaloi ke?" Soal Z seakan tak faham kenapa perlu bahayakan diri demi orang yang langsung tak kenal Dean.
"Much! Lagipun, dia panggil aku ketua gangster kut. Cute" balas Dean sambil tersengih macam kerang busuk. Z gelengkan kepalanya sebab tak faham dan mungkin tak nak faham apa yang ada dalam otak Dean.
******
Fifie pula tak boleh lelapkan mata bila teringat kejadian petang tadi.
"Kenapa aku asyik ingat dia je ni?" Soal Fifie sebal dengan otaknya sendiri sampai dia rasa nak pergi benam kepala dalam lava gunung berapi. Amboi, ada berani ke??
"Ah! Dia luka kut" Fifie bersandar pada dinding biliknya dan dia menghantuk perlahan kepalanya kepada dinding.
"Kenapa ketua gangster nak selamatkan aku?" Soal Fifie sambil menggaru dagunya.
"Sebab aku cantik kut" kali ini sengihan lucu dan lebar muncul di bibir Fifie.
"Kau ingat kau miss world?" Minda Fifie melempang dirinya sendiri dalam angan dan Fifie jadi seram sendiri bila dia fikirkan hal tadi.
"Tapi, dia handsome" kali ini Fifie senyum lagi dan dia lompat ke atas katil dan masuk ke dalam selimut. Lepas tu, terus lena.
Share this novel