"Tapi, I prefer just us, two of us, alone" Dean bersuara perlahan kerana tak nak rosakkan plan Fifie, mungkin Fifie dah fikirkan idea tu dah lama.
"Ok! Tapi, still nak tidur dalam boat" Fifie mengalah dan Dean kembali bersemangat dan tersenyum. Apa yang Fifie sebutkan tadi hanyalah rancangan yang terlintas dalam benaknya lagipun, dia jugak nak claim Dean sebagai miliknya bila mereka bercuti nanti.
"Settle sayang" Dean jawab tenang dan dia mendail satu nombor.
"Z, sediakan aku bot"
"Ya, ya. Aku nak spend two night"
"Yup! Foods"
"No, aku gerak sendiri"
"Yeah, sure. Thanks dude. Dude! Service habis dulu"
"Ok. Thanks bro" Dean matikan telefon dan tersenyum pada Fifie.
"Settle? Mana dapat bot?"
"Settle. Bot? Erm, Dean BG-CORP punya" jawab Dean agak lambat dan Fifie angguk perlahan lahan. Sedarlah dia betapa kayanya suami dia sekarang ni.
"You have about, 4 white cars, 3 bungalows, a villa, 2 company, boat? Or boats?" Soal Fifie dengan habis semua jati dikeluarkannya.
"Boats, two actually" jawab Dean dan sengih sikit.
"Two? How about aeroplane?"
"Sayang, I am not that rich. Just a helicopter. Thats all"
Mulut Fifie terus ternganga bila dengar Dean cakap kenderaan yang dia ada. Fifie garu kepalanya dan dia telan liur pada masa yang sama.
"Itu semua harta syarikat. Bukan abang punya."
"Yeah, dan syarikat tu bukan abang punya, Syed Addin Zulkarnain yang punya" Fifie bagi balasan sarkastik habis dan Dean tergelak kecil.
"Ahmad Albab yang punya" Dean bersuara dan Fifie tergelak pula.
"Interview apa esok?" Soal Fifie beralih topik.
"Cari bodyguard baru. Seorang nak kawin"
"Kawin? So, bila dah kawin tak boleh dah?"
"Yup! Susah"
"Why?" Soal Fifie tak faham.
"Berisiko kepada keluarga dia nanti. Lagipun, abang tak nak ada distraction"
"You mean, a wife and a family is a distraction?" Soal Fifie dengan suara yang sedikit tinggi dan tak bersetuju dengan anggapan Dean. Dia tak setuju!
"Sayang..." Dean bangun dari kerusinya dan cuba untuk mendekati Fifie.
"No."
"No?" Soal Dean resah.
"No holidays! A wife is a distraction? I am a wife and I am your wife!" Fifie bercakap sambil mengetap gigi dan jelas dalam suaranya ada marah dan geram. Dean telan liur bila Fifie salah faham dengan maksudnya. Dan, no holidays? Dean kelu dan bertambah kelu bila Fifie menonong pergi dalam keadaan marah.
Dean bertambah resah bila Fifie langsung tak endahkannya dan Dean rasa susah hati.
"Sayang, sayang bukan distraction, you are my affection ok?" Dean masih lagi mencuba memujuk Fifie yeng berkurung di dalam bilik tidur mereka dan tak benarkan Dean masuk.
Dean ada kunci pendua untuk ke bilik itu tapi dia tak nak ambil risiko dan burukkan keadaan. Dean masih lagi lengkap bersut putih dan bertie hitam. Dean lepaskan keluhan berat dan bersandar pada pintu biliknya.
"Sayang, please" pujuk Dean lagi dan dia duduk bersandar pada pintu.
******
Paginya, Fifie menguap dengan luas dan dia rasa dingin bila tiada orang disebelahnya, tiada orang yang memeluknya, tiada orang yang berinya morning kiss dan dia rasa kosong. Fifie lepaskan keluhan sedih dan dia ke bilik air untuk bersiap untuk solat.
Selesai solat Fifie tengok jam dan masih lagi awal, 6.15 pagi jadi Fifie bercadang untuk ke dapur. Walaupun dia marahkan Dean tapi dia tetap ada tanggungjawab dan dia tak pasti mana Dean pergi. Fifie berjalan ke pintu dan bila dia buka pintu ada satu tubuh yang melurut terbaring di lantai.
DEAN! mata Fifie membesar bila melihat Dean yang masih lagi lengkap berbaju semalam lena di atas lantai depan pintu bilik mereka dan kepalanya betul2 di kaki Fifie. Fifie melutut disebelah Dean dan mengejutkan Dean.
"Abang"
"Sayang" serak suara Dean menyebut panggilan itu.
"Subuh" sambung Fifie dan Dean terus bangun. Fifie tinggalkan Dean yang sudah terjaga sepenuhnya dan ke dapur. Sepanjang berjalan ke dapur dia salahkan dirinya sendiri kerana mengunci pintu dan menyebabkan Dean lena di situ. Tanpa menukar pakaian, tanpa alas, kesejukan. Fifie salahkan dirinya tapi dia belum bersedia untuk maafkan apa yang keluar dari mulut Dean.
Fifie dah tak marahkan Dean tapi dia segan nak minta maaf daripada Dean dan Dean terlalu sibuk hari ini. Fifie pandang syarat2 untuk menjadi salah seorang bodyguard dalam syarikat ni dan Fifie boleh ukir senyum sikit.
Share this novel