Dean tahu walaupun dia memaksa pekerjanya cari perempuan yang menggelar dia ketua gangster itu peluangnya tipis tapi dia tetap nak mencubanya. Masih lagi lengkap dengan sut putih dan kaca mata gelap Dean berjalan bersama Z ke sebuah cafe untuk mendapatkan secawan kopi. Memang cafe yang Dean sangat suka kunjungi sebab suasananya dan bauan dalam cafe itu. Ada bau kopi dan susu yang sangat menarik.
Minat yang pelik tapi Dean sangat suka bauan kopi berbanding wangian lain. Kecuali, bauan yang menjadi mimpinya, bauan yang dia dapat daripada perempuan misteri itu.
"Kenapa senyum?" Soal Z, nama asalnya Zaidan. Dia bukan sahaja pembantu kanan Dean, tapi dia juga kawan baik Dean sejak kecil lagi. Mereka sama2 membesar di rumah anak yatim yang sama.
"Aku senyum?" Soal Dean dan senyumanya bertambah lebar.
"Ya! Since the accident, kau asyik senyum je. Dont say that kau angau" Z buat muka geli dan jelik kemudian Dean tergelak bebas sehingga beberapa mata memandangnya.
Dean tanggalkan kaca mata hitamnya dan letakkan ditepi cawannya. Dia melirik kepada beberapa orang perempuan yang duduk dekat dengan meja mereka dan dia mengenyitkan mata sehingga perempuan itu tersipu malu. Ugh! Dasar gatal.
"Dean!" Sentak Z bila Dean bermain mata dengan beberapa orang perempuan. Geram sungguh Z rasa. Dean memang suka mengusik dan cuba untuk mengurat tapi tak pernah walau sekali dia berbual panjang dengan orang yang dia usik. Dia cuma suka orang admire dia, pelik!
"Sorry dude! Aku nak usha je pun" jawapan selamba dan sama yang Dean bagi.
"Usha ke menggatal?" Marah Z lagi.
"Well, kalau dalam kamus sinonim, what can I say" Dean sengih bila dia dah buat Z naik angin dengan jawapannya.
"Kau serius nak budak2 cari that girl?" Soal Z minta kepastian daripada Dean. Dean talakan matanya pada Z dan angguk yakin.
"Yup!"
"Kau nak buat apa?" Soal Z lagi kali ini lebih tenang. Dia tak pasti apa sebabnya Dean begitu bersungguh mengenai perempuan itu.
"Aku nak kahwin dengan dia" Jawapan tenang Dean buatkan cawan kopi Z terbalik dan kopi tumpah keluar semuanya. Memang bukan cawan jatuh sendiri sebab terkejut, tu cerita hantu. Tapi, cawan ni terbalik sebab Z yang terlepas pegangannya. Terkejut teramat dengan apa yang Dean cakapkan.
"Man, gila?" Soal Z tak percaya.
"Well, I just a man dude, I can fall in love and aku jatuh cinta pandangan pertama. So what?"
"Syed Addin Zulkarnain. Is that you or some silly soul that lost in this body"
"Dude! It is me, myself and my soul. Aku just, terjatuh cinta. What can I do man? I cant help myself from falling" Dean tetap tegakkan apa yang dia rasakan dan Z semakin buntu tapi, dia pasti Dean serius mati dan tak bohong langsung. Dean tak pernah main2 dalam kata katanya walaupun hakikat sebenar Dean suka bermain.
"Man, we are 29! We should get married" sambung Dean beri cadangan lagi dan Z tersengih.
"Oh yeah? How about your word? Single mingle is always the best"
"Well, saying can change, same goes to me dude. Just let it open your heart and it will happen naturally"
"Ok. Dean, aku rasa kau patut balik rumah, mandi, solat dan fikir balik"
"Aku tak tidur kut fikir semua ni. Aku dah istikharah man, and thats why aku suruh team 5 cari dia. Bukannya aku nak bunuh dia, aku just nak kahwin" Dean tambah lagi dan Z bersandar lemah pada kerusi. Dia terpaksa mengalah dan terima apa yang Dean dah putuskan. Bukannya dia tak biasa dengar je apa yang Dean cakap.
"Ok. Just do by your own way"
"Yes man. Support me!" Dean sengih bila sahabatnya mengalah akhirnya. Bukan senang nak buatkan Z mengalah dengan apa yang Dean mintak.
******
Seperti yang dijangkakan, Fifie tak perlu kerja lama di cafe itu kerana interview dia dah berjaya. Kenapa dia memilih jawatan marketting manager ialah, dia memang expert bercakap dan meyakinkan orang tapi, susah sangat nak on time. Hanya masalah itu yang menyebabkan dia selalu dibuang kerja. At least, tahun ini sahaja dia dah dua kali kehilangan kerja. Tahun2 yang lepas tak payah cakap la dah berapa kali.
"I like this place!" Fifie dengan ceria letakkan punggungnya di kerusi di dalam pejabat barunya.
"Alhamdulillah" ucap Fifie dan meraup wajahnya dengan tangan. Dia selesakan diri dan amati setiap sudut bilik itu dengan wajah tersenyum senang.
Fifie ke pantry untuk meletakkan mug miliknya sendiri dan dia sudah arif mengenai aras yang dia perlu stay. Semua orang dia dah berkenalan dan semua orang ramah dengannya.
"Bro!" Seorang lelaki menarik tie kawan baiknya bila melihat Fifie berada di dalam pantry.
"Bukan ke tu la perempuan tu!" Lelaki yang menarik tie itu buka mulut dan lelaki yang hampir mati tercekik itu anggukkan kepalanya tak percaya.
"Panggil U!" Ujar W menggesa. Y keluarkan telefonnya dan mendail nombor U.
Bila mereka dah pasti akan beberapa perkara mereka kini berani untuk bersua dengan Dean.
Dean membelek file yang dibawa team 5 dan dia impress habis. Dia tersenyum senang bila melihat biodata itu.
Share this novel