Fifie sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Aiman dan dia sangat yakin hubungan itu akan berjaya. Sudah hampir dua minggu daripada hari Aiman melamarnya meminta jadi insan yang teristimewa jadi, Fifie tekad yang dia akan jawab 'ya' pada esok hari. Sekarang dia tak mampu nak lelapkan mata sebab tak sabar nak tunggu pagi.
Tanpa Fifie sedar dia sudah lena dan dia sedang bermimpikan seorang lelaki yang muncul dalam hidupnya. Seorang lelaki yang bersut putih dan dan sedang berjalan ke arahnya dengan langkah perlahan.
"Fifie!!!!"
Jeritan di telinganya buatkan Fifie jatuh tergolek atas lantai dan dia usap punggungnya yang terhempap.
"Sakit la Jiha!" Marah Fifie sebab dia tak sempat nak tengok wajah lelaki dalam mimpi dia tu.
"Sorry. Tapi, mak kau call" Jiha hukurkan telefon kepada Fifie dan Fifie menjawabnya dengan perlahan.
"Apa?!" Bagai nak terkelur anak tekak Fifie menjerit setelah mendengar berita yang disampaikan maknya, Puan Jue.
*******
Kalut betul Fifie bersiap untuk balik ke rumah abahnya. Dia tak rasa berita mengenai dia dah akan ditunangkan dan bakal berkahwin tak lama lagi boleh jadi berita biasa2 je. Ni berita yang panas dan boleh nak dicakap berita luar negara terus. Jiha belum sempat tanya apa2 lagi sebab Fifie buat kali pertamanya tak melengah dan mengejar masa dengan kelajuan cahaya.
Fifie terus ceroboh rumah abahnya tanpa salam dan dia juga belum sempat mandi dan solat subuh. Untung badan tengah bendera merah sekarang ni. Fifie mencari mak dan abahnya seperti mencari mangsa nak ditelan. Serius? Memang mengerikan tahap dewa.
"Ya Allah, budak bertuah ni. Terkejut mak" Puan Jue yang baru sahaja selesai masakkan sarapan terkejut dengan kemunculan anak perempuannya.
"Majlisnya lepas zohor. Kenapa awal sangat ni?" Soalan yang selamba dan tenang buatkan Fifie rasa dia nak meletup je.
"Mak, Fifie tak nak bertunang. Fifie tak kenal dia pun"
"Nanti kenal la. Lawa budaknya."
"Mak..."
"Abah berkenan betul dengan dia. Lagipun, Fifie sendiri yang cakap nak abah carikan jodoh"
"Tapi abah, at least tell me first"
"Ha! Tak payah nak bajet mat saleh sangat. Lepas zohor nanti pihak lelaki sampai" sambung Puan Jue tanpa hiraukan bangkangan Fifie. Fifie kesal yang dia dah mula ada perasaan sedikit pada Aiman dan pada masa yang sama dia akan ditunangkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal. Dia tahu yang perasaan dia pada Aiman bukanlah cinta tapi dia senang. Senang dengan sikap Aiman padanya.
"Abah, mak, kenapa buat macam ni?"
"Buat apa? Kami buat yang terbaik untuk kamu"
Fifie hanya mampu lepaskan keluhan berat dan dia beredar dari situ. Dia tahu tak ada apa yang dia boleh buat untuk membantah apa yang ibubapanya berkehendak. Dia terpaksa terima dan redha, pada masa yang sama dia terpaksa lupakan Aiman dan buka hatinya pada pilihan ibubapanya.
*******
Fifie hampir menangis bila sudah tiba masanya dan pihak lelaki telah sampai. Dia pelik jugak bila orang ramai duk bisik2.
'Tunang aku ni anak kerabat ke apa?' Soalan tu jugak yang jengah kepala Fifie kerana ramai orang tengah bercakap seperti tunang Fifie itu adalah orang besar dan berpengaruh.
"Kenapa?" Soal Fifie kepada Fariz, adiknya.
"Rombongan lelaki semua lelaki" jawab Fariz sambil tersengih dan otak Fifie mula berfikir. Padanya, tak ada apa yang pelik pun tapi dia cuba untuk anggap semua tu ok.
Majlis dimulakan dan Fifie tetap berada di dalam bilik. Dia juga tak berminat nak tahu siapa tunang dia.
"Kak, pihak lelaki dah nak balik" maklum Fariz dan Fifie lepaskan keluhan berat sebelum angguk. Dia masih lagi santai duduk di katilnya dan melihat cincin di jarinya.
"Aku kena lupakan Aiman dan selesaikan masalah ni cepat" Fifie tekad dan dia ambilkan fonnya. Dia menaip mesej kepada Aiman dan terangkan semuanya. Dia tak nak Aiman berharap lagi dah.
Share this novel