Dean hampir merempuh pintu keluar dila dia dengar semuanya, well, dia pasangkan recorder, gps pada telefon Fifie dan Fifie tahu semuanya. Fifie sengaja aktifkan recorder itu supaya Dean dapat dengar semuanya.
Dean tersenyum bila dengar semuanya dan dia lega sebab Fifie ada. Dean ambil motor dan mengejar kereta C. Fifie yang kebetulan berdiri di tepi jalan setelah C pergi dengan kereta tersenyum. Well, Dean ambil berat soal C. Fifie dan dua pengawal peribadi itu tersenyum senang.
"Jom kita pergi masak, mungkin Dean nak minta maaf dengan C" dengan sengihan lebar Fifie berjalan kembali ke pejabat Dean yang seperti rumah itu.
Jam menunjukkan pukul 10 malam dan Dean tak balik makan tengahari dan makan malam. Dean tak maklumkan apa2 langsung dan kini dia hilang. Fifie tak mampu nak lelapkan matanya dan tak mampu nak duduk dengan tenang. Telefon Dean ditinggalkan di atas meja di pejabat membuatkan mereka terputus hubungan.
"Kami tunggu di luar, Fifie tidurlah" ujar Z yang terus balik dari Jepun bila dapat tahu Dean tak dapat dihubungi. Z keluar dari rumah itu dan Fifie bersandar lemah pada sofa masih lagi menggenggam erat telefonnya dengan harapan Dean akan menelefonnya.
Z buat keputusan untuk hubungi Jiha untuk temankan Fifie dirumah besar itu. Lain dia harapkan lain pulak yang dia dapat daripada Jiha.
"Cik Nur Najihah Anis?" Soal Z dengan nada super seriusnya seperti biasa.
"Ya saya, ada apa call malam2 ni?" Soal Jiha yang tersedar dari lenanya.
"Saya..." belum sempat Z habiskan ayat dia sudah dipotong.
"Ya. Private Number. Apa peliknya nama tu" Jiha dalam mamai tak pasti apa yang dia bebelkan tapi Z afak terkejut. Private Number dikatakan nama. Takkan tak pandai bahasa inggeris kut, itulah yang menjengah otak Z. Sebelum dia kembali dengar dengkuran halus.
"Cik Nur Najiha Anis!" Dengan tegas Z menjerit sedikit kepada telefon dan Jiha buka mata luas sedikit.
"Ha, ada apa private? Bila masa aku ada kawan nama ni entah? Nak apa?" Bebel Jiha lagi.
"Saya nak minta tolong sikit"
"Macam mana dapat no ni? Stalker? Pervert?" Soalan Jiha kali ini buatkan Z terkejut besar dan rasa angin je tiba2. Tapi, ada betulnya jugak apa yang Jiha cakapkan, Z terpaksa ambil tahu semua tentang Jiha yang dikenali sebagai kawan baik Fifie.
"Pervert?!" Soal Z geram.
"Bukan? Nak apa ni? Saya tak ada masa nak layan budak lelaki macam awak ni" sekali lagi Jiha membalas pedas dan mulut Z terus ternganga. Kebanyakan pekerja Dean pelik bila melihat wajah Z berubah ubah sejak tadi.
"Puan Fifie, kawan baik cik perlukan cik di rumahnya sekarang. Saya minta tolong cik kerana cik masih single tak ada suami dan anak2 di rumah. Saya akan hantar kereta untuk jemput cik dengan kadar segera." Z matikan telefon dengan sebal dan dia menarik nafas panjang.
"Fifie?" Jiha terus melompat dari katil dan bersiap ala kadar. Bukan ala kadar tapi memang sangat ala kadar sebab masih lagi berbaju tidur, berselipar kartun dan hanya memakai tudung serta masih lagi memeluk patung minionnya. Oh! Dewasakah ini???
Z tidak mampu mengedipkan matanya saat terpandang Jiha yang seakan anak kecil baru turun dari kereta dari tadika. Z betulkan anak tekaknya dan berjalan mendekati Jiha yang masih lagi taksub dengan banglo putih elegen Dean.
"Saya yang call cik Anis" Z bersuara dan Jiha menoleh untuk pandang siapa yang tegur dia. Mata Jiha terbuka luas dan dia rasa muka dia panas sekarang ni. Malu! Jiha cuba berlagak selamba tapi tak berdaya.
"Cik Najiha Anis?" Panggil Z lembut dan Jiha menggeletar pula.
"Se...sejuk"
Jiha ni bila dia nervous memang dah gaya macam orang demam terus. Z dapat lihat badan Jiha yang shaking lalu dia berikan kot putih dan balut pada badan Jiha. Jiha bertambah terkejut dan dia terus merempuh masuk ke dalam rumah itu. Z bertambah pelik tapi, dia tersenyum kemudiannya. Jiha punya larian memang laju sampai Fifie tak perasan Jiha dah melewatinya semasa berlari tadi.
"Fifie, mana Cik Najiha Anis?" Soal Z pada Fifie yang masih lagi menatap skrin telefon. Fifie pandang Z pelik.
'Macam pernah dengar je nama tu' fikir Fifie sendiri dengan kerutan di dahi.
"Fifie!!!" Jerit Jiha kuat bila dia kembali ke ruang tamu setelah hilang berlari ke serata dunia tadi. Fifie terus berdiri dan teruja melihat Jiha ada di situ. Jiha berlari dan mencampak minionnya sehingga menghentam kepala Z. Jiha memeluk Fifie dan perhatikan keadaan Fifie dari atas sampai ke bawah.
"Private call aku, cakap kau perlukan aku" ujar Jiha risau.
"Private?" Soal Fifie sambil terkebil kebil.
Share this novel