BAB 9

Humor Completed 9352

Seperti yang dijanjikan, sebulan dan mereka akan dikahwinkan. Fifie mula rasa gelisah dan mimpi sama kepada lelaki bersut putih itu buatkan dia rasa tak tenang. Dia ingin tahu siapa lelaki yang berada di dalam mimpinya.

"Mak, Fifie nak tengok gambar bakal suami Fifie" pinta Fifie kali ini, selama ini dia menolak tapi kali ini dia terdesak sangat dan ingin tahu rupa lelaki yang bakal jadi imamnya. Puan Jue ambilkan gambar dan hulurkan kepada Fifie. Setelah puas doa dan jampi la kut, Fifie buka mata untuk melihat gambar itu dan mulut dia terbuka luas tiba2.

"Di...dia???" Soal Fifie seakan tak cukup nafas dan seakan nampak hantu.

"Kenapa dengan dia? Lawa ni" puji Puan Jue.

"Dia, ketua gangster!" Bentak Fifie dan dia terus berdiri. Inai yang dipakaikan kepadanya segera ditanggalkan dan dia bergegas masuk ke dalam bilik.

"Fifie!" Panggil Puan Jue bila Fifie mengamuk macam tu.

"Tak mak! Fifie takkan kawin dengan dia!"Fifie protes habis habisan dan terpaksa menolak untuk dengar pujukan sesiapa sekalipun.

Dean tak pasti kenapa tapi dia ikutkan je apa yang Z cakap. Buat kali pertama rasanya Dean biarkan Z buat keputusan terbesar dalam hidupnya. Dia bakal berkahwin dengan seorang wanita yang dia sendiri tak pasti siapa.

Apa yang dia yakin, perkahwinan dia pada hari ini adalah jalan yang terbaik. Mungkin sukar untuk mencintai bakal isterinya tapi dia pasti mampu menyayangi gadis itu. Dean lengkap berbaju melayu dan bersongkok serta bersampin. Dia melihat dirinya di dalam cermin dan ukir senyum bakal pengantin.

Suasana di rumah pihak perempuan pula gawat kerana Fifie tetap bertegas berkurung di dalam bilik. Pak Wahid tiada jalan lain selain menbuka pintu bilik Fifie dan masuk ke dalam. Fifie jelas tengah bengang dan marahkan ibubapanya.

"Abah tak buat semua ni kalau bukan untuk kebaikan Fifie" Pak Wahid bersuara lembut dan mata Fifie mula berkaca.

"Tapi, dia ketua gangster. Fifie tak nak dia"

"Ketua gangster? Siapa cakap dia ketua gangster? Ya Allah Fifie. Dia selalu pergi masjid, ramah, selalu derma kat masjid." Cerita itu buatkan Fifie mendongak memandang abahnya.

"Bukan sebab dia selalu ke masjid abah terima dia. Sebab abah tahu dia sayangkan anak abah"

"Macam mana abah tahu dia sayang Fifie?"

"Sebab dia pernah ceritakan seorang perempuan yang buatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Dia ceritakan betapa dia gembira mengenali gadis itu dari jauh. Dia gembira melihat gadis itu tapi dia tak mampu nak menggapainya kerana, Fifie bukan yang halal bagi dia. Dia sudah mahu mengalah bila dia cakap Fifie mungkin ada lelaki lain tapi kawan dia, boss kamu sendiri yang datang pinangkan kamu untuk dia tanpa dia tahu" Fifie terkedu, terkelu dan kehilangan kata2 bila dengar apa yang abahnya ceritakan dan dia seperti tak mampu untuk percaya semua itu. Semua itu seakan satu buah cerita dongeng.

"Jadi...jadi...dia tak tahu Fifie bakal isterinya?" Soal Fifie perlahan.

"Tak. Sebab dia nak pandang yang halal baginya dan kalau boleh atas izin Allah, dia nak jatuh cinta pandang pertama sekali lagi kepada isterinya"

"Abah, kenapa Fifie rasa berdebar dan bahagia pada masa yang sama. Fifie rasa Fifie mula sayang dia dengan dengar cerita tentang dia dari mulut abah je" Fifie kesat air matanya dan Pak Wahid tergelak kecil.

"Abah dah tua, dulu abah tak bercinta pun. Tapi, bila ayah abah nak kahwinkan abah dengan mak kamu, abah yakin, yang mak kamu tu jodoh abah"

"Abah ni! Sweet!" Fifie memeluk lengan abahnya dengan senyuman lebar.

'Ketua gangster pun ketua gangster la' fikir Fifie sendiri dan dia mula tersenyum.

Dean sudah berada di hadapan kadi dan dia mula rasa nervous. Dia tak lihat lagi pengantin perempuan tapi hati dia yakin.

"Aku terima nikahnya...." Dean tak habiskan ayatnya bila dia terfikir balik sebaris nama yang kadi sebutkan tadi.

"Nur Afie Aishah Bt Wahid" tuk kadi sebut lagi nama pengantin perempuan dan Dean seakan hilang di dunia seketika. Tapi, dia segera lafaz akad sebab dia teringin nak tengok dengan mata dia sendiri isterinya.

Selesai akad dan doa ditadah semua orang tersenyum bahagia dan aminkan doa. Pintu dibuka dan seorang perempuan keluar dari bilik dengan senyuman dan memandang lantai.

Dean tak mampu nak cakap apa2 malah dia terus berdiri dan mendekati Fifie. Dia terus memeluk erat Fifie sehingga orang lain terkejut gila dengan tindakan Dean. Semua mata membesar bila melihat Dean memeluk erat isterinya dan ada juga yang tergelak kelucuan. Z gelengkan kepala dan dia tersengih dengan tindakan Dean.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience