BAB 20

Humor Completed 9352

Siapa yang tak bahagia bila dapat hadiah? Betul tak? Dean berbual dengan Pak Wahid sementara Fifie di dapur tengah makan apa entah, mangga muda kut. Dipaksanya Dean panjat pokok jiran semata mata untuk dapatkan mangga muda.

"Pergi klinik, buat pengesahan" ujar mak Fifie kepada Dean. Dean berkerut pelik bila dengar macam tu.

"Kenapa?" Soal Dean.

"Mak rasa Fifie mengandung, pergi klinik"

"Mengandung?" Soal Dean teruja habis dan terus ke dapur dan menarik tangan Fifie supaya ikut dia ke klinik dengan segera.

Bila dah dapat pengesahan doktor apa yang Dean mampu buat ialah, bersyukur, kiss Fifie berjuta kali, senyum tak putus2 dan pandang Fifie tak jemu2.

"Abang, Fifie tahu abang happy, Fifie pun happy jugak, but, tolong fokus pada drive" pesan Fifie bila Dean asyik pandangnya dan tangan Dean genggam erat jemari Fifie.

"I'm so happy sayang" ucap Dean lagi dan Fifie mengeluh.

"Yes, I know it. Jelas kut tercetak atas dahi abang tu" ujar Fifie geram tapi Dean sentuh dahinya sendiri bila Fifie cakap macam tu. Fifie tepuk dahinya sendiri dan gelengkan kepala.

"Abang, just stay fokus ok. Nanti kita buat kenduri keayukuran dan doa selamat."

"Ya sayang. Love you sayang" ucap Dean masih lagi tersenyum tapi, semakin lebar.

"Love you too" balas Fifie perlahan tapi cukup jelas ditelinga Dean.

Fifie tetap ikut Dean pergi kerja walaupun Dean tak benarkan, well, Dean tak boleh menolak permintaan isterinya. Dean mula rasakan perubahan dalam sistem kawalan kerjanya sejak Fifie masuk campur.

Bukan memburuk tapi, bukan style Dean. Sekarang Dean dah tak boleh nak tinggikan suara pada oranf bawahannya kerana Fifie sangat sensitif dan akan menangis. Dean tak dapat buat apa yang dia selalu buat dahulu. Fifie dah jadi seperti kaunselor kepada pekerja2 Dean dan bila ada masalah mereka akan mencari Fifie. Ada kalanya, Dean dimarahi kerana memarahi pekerjanya sendiri. Dean tak pasti, pembawaan bayi atau, Fifie memang sengaja.

Jadi! Dean dah rancang sesuatu yang akan buatkan dia kembali berkuasa. Hahaha. Bukannya dia nak semua orang dengar cakapnya, tapi, dia tak nak orang bawahannya naik minyak! Hahaha. Entah apa yang Dean dah aturkan

Fifie tahu dia agak keterlaluan bila campur urusan di tempat kerja Dean tapi dia seronok dapat buat Dean naik geram. Mungkin pembawaan bayi kut.

"Puan, masalah besar!" Kalut sekali D buat laporan ringkas kepada Fifie. Semua orang akrab dan sukakan Fifie yang selalu selamatkan mereka bila kena marah.

"Apa?" Soal Fifie sambil tersengih sedikit.

"Sir, dia nak turun padang balik dan, semua request client perempuan yang nak sir, sir approved" G sambung laporan dan Fifie terngadah. Tiba2 dia angin cemburu dia datang dan dia terus bangun dari kerusi. Dia rempuh masuk ke dalam bilik Dean, Dean berpeluk tubuh menerima kedatangan Fifie dengan senyuman jahat.

"Apa maksud abang? Revenge?" Soal Fifie geram.

"What? Client perempuan? Well, high payment and they want me" Dean jawab selamba dan tenang. Fifie rasa dia hampir meletup. Dean tahu tak elok dia buat ibu mengandung macam tu tapi dia nak Fifie rasa apa yang dia rasa. Rasa geram. Hahaha.

"They want you and you are happy with that?" Soal Fifie dengan nada semakin tinggi.

"Yup! Because, when I want to handle it to my man, if they make mistakes, I can take any action. I have to do all of this by myself. What do you think? Do you have any best suggestion Mrs Dean?"

Soal Dean sengaja mengembalikan buah keras kepada Fifie. Fifie lepas nafas marah dan beredar dari pejabat Dean. Dia sangat geram kerana Dean balas balik dengan cara yang sama.

*******

Seperti yang semua orang tahu, Dean akan buat apa yang dia cakap dan Fifie dapat rasa angin cemburu dia dah melimpah keluar. Dean pasti yang dia dah berjaya, tapi dia nak Fifie yang mengalah terlebih dahulu. Dean tak sepenuhnya bekerja pun sebenarnya kerana dia ada satu team bernama ELITE. team ini team rahsia yang Dean tubuhkan dah lama. Dean berjalan bersama seorang perempuan, majistret sebenarnya dari korea untuk urusan jenayah berat di Malaysia. Team ELITE hanya handle kes luar negara dan penting sangat2.

Dean hanya turun padang untuk jumpa buat kali pertama dengan client nya. Prosedur yang sama dan biasa. Fifie dan beberapa pekerja Dean menjadi pengintip tak berbayar dan mengintip Dean. Fifie menangis bila melihat Dean bergelak ketawa dengan perempuan lain. Fifie keluar dari belakang tiang di mana mereka bersembunyi dan berlari ke arah Dean.

Bila Fifie buka pintu cafe dia teruskan berlari dan menuju ke meja Dean. Fifie terus duduk di ribaan Dean dan memeluk Dean erat sambil menangis teresak esak. Dean hampir hilang nafas sebab terkejut sangat tapi tak lama kemudian dia tersengih sendiri. Mrs Kim hanya mampu tersenyum bila melihat Fifie yang memeluk erat Dean. Dia kenal isteri Dean kerana melihat gambar perkahwinan mereka ada di mana2 sahaja. Termasuk dalam web page mereka.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Dean lembut dan mengusap lembut belakang Fifie. Dia pasti yang dia jadi tontonan ramai tapi tak pernah walau sekali dia peduli. Dia gembira sebab plan dia dah berjaya!

"Sorry ok? Fifie janji tak kacau abang lagi dah. Fifie janji tak masuk campur urusan kerja abang lagi dah. Fifie janji takkan buat abang marah lagi. Please, maafkan Fifie" rayu Fifie dan menatap mata Dean dalam dengan sepasang matanya yang merah dan berair.

"I will be in charge again?" Soal Dean sekadar menguji.

"Yes." Balas Fifie perlahan dengan nada menyesal habis. Dean lap air mata dari pipi isterinya dan mencium dahi Fifie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience