Dean menyemak beberapa fail di atas mejanya dan dia perlukan beberapa team untuk kerja yang seterusnya. Dia memanggil team 3, team 4.
"Ok, team 3, korang kena jaga anak orang kaya dari Brunei. Lucky you guys, that girl cantik gila kut" Dean tersengih sedikit bila maklumkan hal itu dan semua team 3 senyum dari telinga kiri ke telinga kanan. Memang semua orang tahu yang bercinta adalah kesalahan berat tapi, bercinta dengan misi, kesalahan yang tiada maaf lagi dah.
"So, fetch her at KLIA and, just bersabar banyak2. Anggap je la latihan menguji keimanan. Ni details dia" Dean serahkan satu fail putih kepada K. Ketua kumpulan 3.
"Ok sir!" Mereka berlima meminta diri dan Dean kembali memandang team 4.
"Ok. Korang tak bertuah mana pun. Just jaga anak orang kaya dari Berlin ni. Tak lama, lima hari je and, kecik lagi. 9 years old. Good luck! Blah" Dean menghalau pekerjanya dan dia kembali duduk di kerusi putihnya.
*******
Mood Dean menjadi kelam bila melihat Fifie bersama seorang lelaki dan mereka sangat mesra beberapa hari yang lepas. Lebih menyakitkan hati, lelaki itu adalah pekerjanya sendiri.
"Aku akan pecat that guy!" Marah Dean.
"Gila? Since when kau jadi tak profesional ni?" Soal Z dengan suara yang tak kalah tingginya.
"Z. Aku kecewa. Fine, pecat dia. Buat dia pergi jauh dari aku. Aku tak boleh tengok dia dengan lelaki lain" Dean tenggelamkan kepalanya ke atas sofa dan Z mengeluh. Z beradar dari situ dan berjumpa dengan beberapa pekerja Dean.
"Ok, tak perlu hantar apa2 report hari ni. Just, jangan kacau Dean kalau korang tak nak kena pecat. Clear?"
"Clear!"
Fifie di sudut lain seperti berbahgia di atas penderitaan Dean, orang yang dia langsung tak kenal itu. Fifie bahagia dengan Aiman. Aiman baik dan sweet dan Aiman selalu memaafkan semua kesalahan yang Fiie lakukan. Well, the best word is, Aiman is interesting.
Kebetulan Z ternampak kelibat Aiman dan Fifie yang sedang berbual dengan mesra di pantry. Dia juga rasa marah kerana sebab hal ini Dean berduka dan tak ada apa yang dia boleh tolong.
"Ya Allah, berikan aku kesabaran" Z cuba untuk tidak memarahi pekerjanya atas sebab yang tak munasabah dan dia pergi dari situ untuk selesaikan masalah kawan baiknya.
C dan Z sama2 naik bingung bila Dean dah kembali seperti dulu malah lebih parah. Dean suka naik angin tanpa sebab dan pekerjanya dikerah bekerja sepanjang hari. Dean juga sudah kurangkan waktu rehatnya da dia lebih suka bekerja atau berada di lapangan menembak, lapangan memanah, kolam renang, gym, boxing, hiking dan banyak lagi.
Z salah bila dia fikir yang Dean hanya alami perasaan crush atau suka seseorang tetapi dia sebenarnya cinta. Z tak percaya yang cinta itu boleh wujud walaupun kita tak mengenali seseorang itu dan cinta pandang pertama lagi mengarut tapi, bila melihat Dean yang alami semua itu dia percaya sedikit. Dean bertambah kecewa bila Fifie dan Aiman mula ikat satu hubungan dan Dean sudah mengalah sepenuhnya.
"Mana sir?" Soal Z pada beberapa orang pekerja Dean yang sedang berbual.
"Ladang kuda" jawab salah seorang daripada mereka dan Z mengeluh lagi.
"Kenapa dengan sir, Z? Sir nampak sedih" soal A ketua team 1.
"Well, that girl dah ada kekasih" jawab Z lemah dan ikut sama duduk bersama mereka. Mereka memang terkejut bila mendengar berita yang tak disangka sangka itu.
"Ada orang reject sir?!" Soal mereka serentak dengan nada terkejut.
"Bukan di reject. Sir tak pernah try pun" jawab Z dan yang lain angguk faham.
******
Dean pandang patung kayu didepannya seperti sedang memandang musuhnya dan dia sangat bencikan musuhnya itu. Berdas tembakan yang dia lepaskan dan kena tepat pada titik tengah sehingga orang ramai terpegun dengan kehebatan tembakannya. Majoriti penembak lain ralit memandangnya dan berikan tepukan yang gemuruh.
Dean tak berbangga dengan apa yang dia buat kali ini sebab dia tahu yang dia sedang kecewa. Dia tak pernah pedulikan apa yang orang cakap soalnya. Dean meletakkan pistol di atas meja dan mencabut ears cover ditelinganya. Dia pakaikan semula kaca mata hitamnya dan dia menonong keluar dari situ seorang diri. Dean ke keretanya dan dia segera ke masjid berdekatan setelah dia mendengar azan.
Dean letakkan keretanya dan dia sendiri tak pasti kenapa dia rasa sangat sedih bila cinta dia tak kesampaian kerana dia tahu cinta Allah sentiasa ada. Dia salahkan diri sendiri bila dia terlau terbua dengan rasa cinta kepada manusia.
Setelah solat maghrib dan isyak, ada sedikit jamuan di masjid itu kerana ada kuliah maghrib sebentar tadi. Dean ikut sama makan bersama jemaah lain. Usai makan, Dean tak bergegas untuk balik ke rumahnya walaupun dia tahu yang Z dah risau habis. Dean rasa tenang berada di rumah Allah dan kalau boleh dia nak menginap di situ.
"Encik, encik tak apa2?" Soal seorang lelaki separa abad kepada Dean yang kelihatan sedang termenung.
Share this novel