BAB 18

Humor Completed 9352

C kembali bila Fifie menghubunginya dan dia ikut sama risau bila mendengar berita kehilangan Dean.

"Tg. Shakira, saya nak jumpa dia" ujar Fifie dan mereka semua terkejut. Semua pekerja Dean, dari A sampai Z diminta tinggalkan tugas dan kembali ke office. Mereka semua berkumpul di pejabat Dean.

"Tak semudah itu Fifie. Tg. Shakira, anak kepada gangster dan awak takkan selamat bila berjumpa dengan dia"

"Tapi, saya yakin yang dia culik Dean" ujar Fifie sebak dan mula menangis lagi. Semua pekerja Dean memandang lantai bila melihat isteri boss mereka yang melayan mereka dengan terlalu baik menangis. Mereka tak sanggup.

"Bahaya untuk awak" Z sambung lagi. "Awak semua kan terel, boleh protect kami" Jiha buka mulut dan semua mata memandangnya.

"Ya. Tapi, kami takkan mampu dekat dengan Tg. Shakira." Balas Z dan C pula.

"Then, saya akan protect diri saya sendiri" Fifie menyampuk dan semua mata memandang Fifie terkejut.

"Ya! Kami pun boleh fight! Teach us! Saya akan ronyok muka Tg. Shakira macam kertas, slam dia dalam danau, hantuk kepala dia di dinding, tanam dia sampai leher!"

Dengan segala aksi ninja Jiha persembahkan dan semua mata memandang Jiha takut. Semua orang telan liur termasuk Z sendiri. Jiha sengih bila perasan yang dia telah melebih dan kembali duduk untuk berbincang dalam keadaan aman dan damai.

*******

Z simpan senyum bila melihat semangat betul Jiha menendang dan menumbuk punching bag. Walaupun Fifie dah cakap yang mereka hanya belajar pertahankan diri dan bukannya nak jadi fighter.

"Ark!!!"

Jerit Jiha dan terus terduduk bila dia tersalah tumbuk bag itu dan meringkuk kerana terlalu sakit. Fifie yang terkejut duduk disebelah Jiha dan risau dengan keadaannya. Z ikut sama duduk disebelah Jiha dan memegang tangan Jiha dengan niat untuk merawat. Z mengeluh berat dan menelefon doktor mereka.

Sementara menunggu doktor datang Fifie temankan Jiha yang sedang menahan sakit.

"Doktor" Z menyuruh Dr. Kevin memeriksa keadaan Jiha. Dr. Kevin tersenyum tawar dan mengeluh.

"Sorry, but, patah dan perlu pergi hospital" Jiha yang sakit terus berdiri tegak. Jari dia patah! Dua jari!

"Doktor buat lawak kan?"soal Jiha dengan wajah bengang sehingga menyebabkan Dr. Kevin telan liur seram. Z juga ikut sama naik angin dan menghantar Dr. Kevin pergi.

"Pergi hospital" pesan Dr. Kevin kepada Z lagi dan Z anggukkan kepala.

"Jom, pergi klinik" paksa Z dan Jiha keraskan badannya walaupun dah dipujuk Fifie.

"Saya boleh angkat awak masuk kereta. Now!" Z bersuara tegas dan Jiha kecut. Jiha bangun bersama dengan Fifie ke kereta. Fifie tersenyum bila melihat wajah terpaksa Jiha.

Jiha masih lagi bengang dengan Z dan dia tak nak makan. Dia juga geram bila dia tiba2 sakit macam ni dan tak dapat teman Fifie jumpa Tg. Shakira esok. Bukan dia tak nak pergi tapi Z yang tak bagi dan Jiha tenfag perang dingin dengan Z.

Dua minggu mereka berlatih dan untungnya Fifie ada darah pesilat dan pernah belajar silat dulu, jadi, kurang sikit bahayanya.

******

Dean bertambah risau bila tempoh dua minggu tamat. Tg. Shakira dah bagi amaran jika Dean bertekad tak nak ceraikan Fifie dia akan bunuh Fifie dan bunuh Dean sekaligus. Dean tahu ajal dan maut di tangan Allah tapi perasaan risau tentang keselamatan Fifie, isterinya.

Tg. Shakira melangkah masuk dan Dean telan liur. Wajahnya sudah berpeluh dan berbau, tiga minggu dia dikurung disitu tanpa dibenarkan mandi dan solat sekalipun. Hanya jemari Tg. Shakira yang menyentuh kulitnya dan dia jijik. Tapi, dia bersyukur Tg. Shakira tak melebih lebih selain mencium pipinya beberapa kali. Dean marah tapi dia tak mampu nak lawan rantai besi ini.

"Fine, you memang degil. I akan culik wife you dan bawa dia datang sini. Paksa dia tengok kita 'bersama' dan you akan layan I dengan baik or, she will die in front of you" bisik Tg. Shakira di telinga kanan Dean. Dean gigit bibir menahan marah dan nafasnya memberat.

"Just kill me!" Dean bersuara keras dan Tg. Shakira gelak seperti setan.

"I love to torture your wife first, then, both of you can die" ujar Tg. Shakira sambil tersenyum sinis dan Dean pejam rapat matanya.

Dean biarkan je apa yang dia dengar dan dia mula lemah kerana tak makan. Walaupun makanan dipaksa masuk di dalam mulutnya, itu tak pernah berikan kesan kepada Dean. Dean hanya fikirkan Fifie dan cara lepaskan diri dari cengkaman Tg. Shakira.

"Lepaskan aku! Aku akan bayar kau lipat kali ganda" offer Dean.

"Tinggalkan Tg. Shakira dan kerja dengan aku!" Offer kedua Dean dan semua orang Tg. Shakira tergelak besar termasuk Tg. Shakira sendiri.

"Pukul dia!" Arah Tg. Shakira dan satu tumbukam demi tumbukan yang mengenai tepat wajah Dean. Benerapa kali darah tersembur keluar dari mulut Dean.

"No! Not his precious face!" Tg. Shakira menampar seorang orangnya yang menumbuk wajah Dean. Dean menahan sakit bila belakangnya ditendang kuat.

"You nak beli orang I? Silly!" Rambut Dean direntap ke belakang dengan kuat. Dean telan liur menahan sakit dan dia dapat rasa pahit darahnya di kerongkongnya. Dean tak pernah rasa sakit macam ni tapi dia takkan mengalah walaupun dia mati. Mengalah pada Tg. Shakira, tiada dalam list rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience