BAB 11

Humor Completed 9352

"Kenapa ni?" Soal Dean pada Fifie.

"Fifie ok."

"No. You are not ok"

"Fine, let make it clear. I dont like this, I dont like the way you treat me" Fifie dengan senang membuka mulut. Dia dah lemas dalam kekangan Dean.

"What?" Dean menyoal dengan suara yang sedikit tinggi kerana terkejut dan air mata Fifie mula mengalir.

"Ok. Sorry, lets talk" Dean meraih tangan Fifie dan usapnya lembut. Fifie ikut Dean ke kurusinya dan Dean dudukkan Fifie diatas ribaanya.

"Apa yang sayang tak suka?" Soal Dean lembut.

"Abang terlalu mengawal Fifie. Fifie tak kisah kalau pengawal abang nak ikut Fifie mana je tapi, bagi la Fifie ruang untuk bersama kawan2 dan buat girl stuff. Fifie boring" luah Fifie dan Dean telan liur. Dia mula sedar salahnya dimana dan dia usap lembut pipi Fifie yang sudah basah dengan air mata.

"Abang minta maaf ok. Abang terlalu fikirkan diri sendiri dan terlalu risau. Ok, from now on, sayang boleh buat apa je yang sayang suka dan bodyguard abang akan ada jauh dari sayang. At least 20 meter. But, abang nak sayang selalu ada dengan detector, jadi, bila sayang ada masalah, just press it. Deal?" Dean mengalah dan senyuman mekar muncul dibibir Fifie. Dia memegang kedua pipi Dean dengan wajah paling ceria dalam bulan ini.

"Abang ingatkan sayang tak kisah"

"Awalnya ok je, lama2 rasa macam terkongkong" Dean tergelak kecil dan menggaru dagunya.

"Abang tak sangka dah pergi sejauh itu. I love you so much!"

"I love you so much too" mereka berbalas senyum dan Fifie memeluk erat Dean. Tiada lelaki yang lebih sesuai untuk Fifie kecuali Dean.

******

Fifie bertambah ceria sekarang tapi dia masih lagi dalam mode honeymoon dengan Dean jadi, dia tak terfikir soal anak dan! Bukannya dia tak nak anak. Soalan daripada orang ramai buatkan dia sedikit tak senang, maklumlah, Dean boleh dikatakan lelaki pujaan ramai jugak.

"Abang, perlu ke kita ada anak sekarang?" Soalan boleh dikatakan spontan oleh Fifie kepada Dean buatkan Dean tersedak kopi yang diminumnya.

Mata Dean membesar dan mukanya merah sedikit. Fifie tak pasti kesan daripada tersedak atau malu. Dean urut dadanya sendiri dan pandang dua orang pekerjanya yang hanya menunduk ikut sama segan dengan soalan itu. Lain yang Fifie maksudkan tapi, 'LAIN' yang lelaki2 ni semua faham. Perkataan sekarang tu yang membuatkan suasana jadi hangat walaupun dalam bilik ber air cond.

"Sayang, seriously? You are asking about that now?" Soal Dean dengan mata yang terbuka luas. Dengan wajah tak berdosa Fifie anggukkan kepala.

"Kami boleh keluar dulu sir" pekerjanya membuka mulut seakan mengerti tapi Dean jadi bertambah segan.

"Kenapa semua orang blushing ni?" Soal Fifie pelik menandakan dia tak faham keadaan sekarang.

"Sayang, baby? Now?" Soal Dean dengan suara perlahan kepada Fifie yang mendekatinya.

"Yup. Now tu bukannya sekarang atau esok, I mean, kita dah ready ke nak jadi parent and perlu ke kita ada anak sekarang?" Fifie bagi penerangan sebenar dan tiga lelaki itu bertambah malu dengan fikiran kuning mereka sendiri. Fifie pandang dua pekerja Dean sekilas dan tersenyum sikit.

"Apa yang awak semua fikir ni?" Soal Fifie dapat mengagak apa yang terlintas di benak tiga lelaki ini. Dean berdehem dan betulkan duduknya.

"Interview tu, esok" Dean habiskan ayat entah dari mana dan dua lelaki itu faham. Mereka minta diri dan berlalu pergi. Fifie tergelak kecil dan dia duduk diribaan Dean, tempat yang paling dia suka. Lebih dari dia sukakan sofa yang lembut dan mahal.

"Sorry sayang, abang salah faham"

"No, sokay."

"Kenapa tiba2 tanya soal anak?" Soal Dean yang memandang Fifie dengan penuh rasa sayang.

"Sebab, ada a few orang tanya Fifie, bila nak mengandung" jawab Fifie dan senyuman dia mula mengendur. Dean usap lembut jemari Fifie dan dia ukir senyum lagi lebar.

"Kita baru je kawin 4 bulan, abang tak cakap abang tak nak anak sekarang tapi, itu semua kerja Allah"

"ya. Fifie faham, Fifie just tak faham kenapa orang lain tak fikir macam tu"

"Ala, biasa la tu. Why not lepas je interview pekerja baru esok, kita cuti dua hari. Ok?"

"Serius?" Soal Fifie teruja habis. Kenapa dia teruja sangat?

1- tak kena berkurung dalam pejabat Dean.

2- Dean ada bersama dia sepanjang hari

3-tak perlu rasa bosan.

Sebab2 yang cukup untuk buatkan Fifie teruja sangat2.

"Ya sayang" jawapan Dean buatkan Fifie melompat turun dari ribaan Dean dan menari keriangan. Dean tergelak kecil dengan telatah isterinya yang tak pernah nak matang rasanya.

"Kita nak pergi mana?" Soal Fifie masih lagi dalam mode keterujaan berganda.

"Up to you, oversea, undersea, seaside, everywhere" jawapan Dean buatkan Fifie tersengih dan sekali lagi Fifie maju ke meja besar Dean.

"Tasik kenyir! Lets go there. Sewa rumah boat and ajak ramai2" Fifie beri cadangan dan Dean diam. Dia tak setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience