"Apa nak jadi ni Fifie? Dah kali ke berapa awak lewat jumpa client dan banyak kali awak gagalkan business kita." Tegas suara En. Adnan bila marahkan Fifie. "Maafkan saya" pinta Fifie dengan suara serak dan air matanya mula bergenang di tubir mata.
"Kemas barang awak dan minta last payment dengan accountant" En. Adnan habiskan perbincangan mereka. Fifie langsung tak terkejut dengan keputusan ini dan dia keluar dari pejabat bossnya dan ke mejanya.
Bukan sekali, tapi dah banyak kali dia kena buang kerja sebab dia cuai dan terlepas banyak peluang dengan client. Fifie bertahan di syarikat ini selama tiga bulan, well, agak lama daripada biasa. Fifie kemaskan barangnya dan berjalan keluar dari syarikat itu dengan wajah sedih.
Dia sedih dan geram pada masa yang sama. Kerana lelaki bersut putih yang dianggap ketua gangster olehnya itulah yang menyebabkan dia dibuang kerja.
******
Fifie rehatkan badannya di atas sofa di rumah sewanya bersama Jiha. Semakin dia ingat perkara yang berlaku di hotel itu semakin dia rasa geram dan sakit hati. Dia rasa nak je cari lelaki itu balik dan balun dia cukup2.
"Fie!" Jiha tepuk kuat betis Fifie yang tengah serabut dan normallah bila Fifie naik angin dan marahkan Jiha.
"Woo...aku tahu angin apa ni. Angin kena buang kerja lagi ke?" Soalan Jiha memang tepat dan Fifie buat muka sedih dan air mata mula bergenang.
"Jangan nangis Fie" pujuk Jiha serta merta sebab dia kenal sangat Fifie ni.
Bila dia dah mula nak menangis kena halang cepat2. Sebab, bila dia dah nangis, nak berhentinya sejam jugak. Fifie ni memang suka sangat menangis, seronok ke? Fifie tersedu dan dia kesat air mata yang belum lagi gugur. Jiha bernafas lega dan dia tersenyum memandang Fifie.
"Ketua gangster tu, dia yang buat aku lewat jumpa client. Aku kena pecat sebab dia!" Marah Fifie pula dan dia rasa nak je sepak orang sekarang ni.
"Ok. Sekarang kau marah. Ketua gangster apa ni?" Soal Jiha malas. Fifie ni kuat sangat tengok tv sebab tu mudah sangat terpengaruh dan fikir yang bukan2. Bila orang bergaduh dan berlawan sikit mulalah dia nak fikir gangster.
"Ketua gangster tu la!" Marah Fifie lagi dan Jiha ukir senyum. Fifie bila marah memang nampak comel betul.
"Ok fine. So, kau nak kerja kat mana pulak lepas ni?" Soal Jiha ambil berat sebagai seorang kawan.
"For now on, aku akan kerja di cafe hujung jalan tu. Aku dah apply. Untuk kerja tetap, ada a few interview yang aku nak pergi"
"Ok, great, mengikut firasat aku, kau akan ok dan tak ada lagi drama gangster kau" Jiha dah masuk dalam mode jauhkan diri dari Fifie yang suka buat drama dalam otaknya sendiri sampai semua benda dah jadi berlebihan. Bila Fifie masih cuba menegakkan ceritanya Jiha dah selamat melarikan diri ke dalam biliknya dengan gelak jahat.
******
Dean tersenyum senang sampai semua pekerjanya pelik tapi tak ada seorang pun yang berani nak tanya.
"Team 5 dah settle kerja?" Soal Dean pada Z, pembantu kanannya. Z menjawab ya dengan tenang dan Dean senyum lagi.
"Great. Panggil dorang" arah Dean dan berjalan ke mejanya dengan tangan sedang menyeluk saku seluarnya. Tak sampai dua minit semua ahli team 5 dah ada di dalam pejabatnya.
"Sir!" Mereka semua menyapa Dean sebagai ketua mereka dengan ramah.
"Ok. Aku ada kerja untuk korang" ujar Dean sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada meja. Team 5 sudah bersiap sedia dengan kerja yang bakal mereka diberikan nanti.
"Cari perempuan yang aku jumpa semalam. Aku nak tahu semua pasal dia. SEMUA! aku repeat, SEMUA. clear?" Soal Dean pada pekerjanya itu dan mereka kelihatan agak bingung sedikit.
"Tapi, kami tak pernah buat siasatan selama ni sir" ujar U sebagai ketua kumpulan.
"Aku ke kau boss?" Soal Dean dengan wajah kejamnya dan mereka kecut.
"Aku nak tahu SEMUA. mana dia tinggal, kerja, hobi dan semuanya termasuk keluarga dia" Dean sambung beri arahan lagi.
"Clear sir!" Team 5 terpaksa juga bersetuju walaupun selama ini mereka tak pernah buat kerja ni.
"Good. Now go!" Arah Dean dan duduk di kerusi kerjanya dan membuka laptopnya. Ada kerja yang dia perlu siapkan dalam kadar segera.
******
U, V, W, X dan Y pasti mereka buntu nak mula dari mana dan mereka sendiri tak berapa ingat wajah perempuan yang Dean maksudkan. Mereka seperti mulakan misi dengan mencari jarum di dalam jerami dan peratus nak jumpa balik jarum tu adalah. 0.1%. Betapa susahnya tapi pada Dean, tak ada maksud gagal dan kalau gagal, maksudnya bersiap sedia untuk 'pergi'. Huh, horror habis kan?
"Mana nak cari U?" Soal yang lain pada ketua mereka dan U hanya mampu angkat bahu. Mereka mula mencari di sekitar hotel di tempat kejadian tapi buntu.
Share this novel