1. Sebatang kara
2. Lelaki
3. Kacak
4. Ada skill fight
5. Pandai main senjata
6. Record clear
7. Single
8. Tough
9. Tiada trauma
10. Tiada alahan
11. Sihat
12. Setia
13. Jujur dan amanah
14. Solat penuh
15. Boleh jadi imam
Dan banyak lagi syarat lain. Fifie bangga dengan apa yang Dean nak dalam pekerjanya dan dia bahagia sangat dengan apa yang Dean cari dalam diri pekerjanya.
'No wonder la semua orang good looking' Fifie tersengih lagi dan dia duduk di sofa. Kepala dia memberat kerana terlalu mengantuk. Akhirnya dia mengalah dan terus lena.
Selesai menemu duga Dean berjaya ambil dua lagi bodyguard baru. Walaupun Dean langsung tak fokus tapi dia tetap memilih dengan pilihan C yang tentukan.
Dean melihat Fifie sedang lena di sofa dan nampak keletihan walaupun orang yang sepatutnya letih ialah Dean sebab tidur atas lantai, depan pintu bilik, kesejukan. Dean mengusap lembut pipi Fifie yang memang tidur mati terus.
'No holiday?' Fikiran Dean bergema dan senyuman senget terserlah di bibirnya. Dean arahkan pekerjanya sediakan kereta dan dia angkat Fifie seperti dengan kedua tangannya perlahan lahan supaya Fifie tak tersedar dari tidur.
Fifie membuka mata bila rasa ada angin yang menyentuh pipinya dan dia dapat rasakan rambut dia sendiri. Fifie tegakkan badan dan melihat sekelilingnya, tempat yang berbeza!
Fifie melihat tudungnya sudah tidak ada dan dia sedang tidur di atas tilam yang agak besar dan selesa.
'Aku kena culik ke?' Soal Fifie dalam benaknya dan well, as we know, Fifie ni memang banyak drama sangat. Fifie mula menangis dan dia memeluk lututnya sendiri.
'Abang...' hanya Dean yang mampu Fifie fikirkan sekarang ni dan dia mula menyesal sebab marahkan Dean semalam. Esakan Fifie semakin jelas kedengaran dan Fifie berlari ke arah tepi bot.
'Terjun! Then, berenang ke jeti' hanya itu idea yang ada dalam benak Fifie sekarang ni. Fifie memanjat palang tepian bot dan bila dia hampir berjaya dia ditarik sehingga terjatuh di atas orang yang menariknya di lantai.
"Sayang!" Jelas suara Dean sangat risau bila melihat Fifie tekad nak terjun ke dalam laut.
"Abang?" Soal Fifie tak percaya dan wajah pucat Dean Fifie perhatikan lama.
"Apa yang sayang buat ni? Kalau tak suka cakap je, abang boleh bawa sayang ke jeti" dalam nada risau dan marah Dean bercakap dan Fifie diamkan dirinya bila dimarahi. Fifie gigit bibir bawahnya dan dia perlahan lahan membalas pandangan Dean yang tajam.
"Sorry ok, Fifie ingatkan kena culik ke apa. Fifie takut" Fifie cuba untuk jelaskan kenapa dia nak buat macam tu dan Dean lepaskan keluhan. Drama Fifie lagi ni.
"Kalau penculik, dah ikat sayang dah" maklum Dean dan Fifie tersengih bila terfikir otak kartunnya. Fifie peluk erat Dean tanpa banyak bunyi dan jelas Dean sangat terkejut tapi dia tetap berlagak selamba dan biarkan tubuhnya dipeluk erat. At least dia tahu Fifie dah tak marah.
"Abang tak maksudkan distraction" Dean bersuara perlahan dicuping telinga Fifie dan Fifie angguk dalam pelukan Dean.
"Abang" panggilan Fifie tak menyahut bila Fifie melihat Dean sudah mula lena di atas lantai dengan memeluknya. Fifie pelik sebab Dean tak pernah tertidur macam ni jadi Fifie menyentuh dahi Dean.
"Demam!" Fifie kalut dan bila dia cuba untuk dirikan Dean dia ikut sama kembali terduduk. Dean berat sangat dan bukan daya Fifie untuk angkatnya.
"Abang..." Fifie cuba untuk kejutkan Dean dan berjaya. Dean bukakan mata dan dia menatap wajah Fifie yang jelas dalam mode risau habis. Fifie usap pipi Dean yang hangat dan Dean cuba keras untuk berdiri dengan bantuan Fifie. Fifie bawa masuk Dean ke dalam bot dan baring di atas tilam yang bersaiz sedang itu tapi cukup selesa.
"Stay" pinta Dean kepada Fifie bila Fifie ingin berlalu dari situ.
"Fifie nak ambilkan tuala je" ujar Fifie untuk tenangkan Dean. Dean lepaskan pautan dan biarkan Fifie pergi.
Dua hari cuti mereka hanya berada di tilam je sebab Dean demam teruk dan Fifie terpaksa mintak tolong Z untuk bawa mereka balik ke jeti. Siapa lagi nak bawa bot ni kalau Dean demam.
"Terima kasih Z" ujar Fifie bila mereka berdua dah sampai di depan rumah.
"Dean tak pernah demam lama macam ni" ujar Z pelik dan Fifie ikut sama pelik. Sepanjang mereka kawin ini adalah kali pertama Dean jatuh sakit da keadaannya memang teruk.
"Maybe kita patut pergi klinik"
"No, Dean tak suka klinik dan dia ada doktor sendiri. Saya akan call dia" ujar Z dan Fifie angguk setuju.
Share this novel