Sinar mentari pagi mula menerjah ruang kamar, lalu menyuluh lembut ke arah pipi merah sang puteri yang enak di ulit mimpi. Bilik yang sejuk menjadi hangat kembali.
Diatas meja.. tertulis nota di kertas berona merah jambu "8.00 pagi, jumpa Putera Kayangan ????!!"
Gadis yang putih mulus ini, masih lagi lena dibuai mimpi indah. Dan mungkin juga mimpi yang tak berapa nak indah..
.......Ngeeeee...
Keterlajakkan masa sudah menginjak angka 8.30 pagi. Matanya masih lagi berat, bagai dihimpap kayu balak. Persoalannya sampai bila sang puteri ni akan terus lena.
Rington BTS Fake Love mula menggema bilik yang sunyi sepi. Sungguh tenang sang puteri mengambil telefonnya dalam keadaan yang mamai. Sambil melaraskan biji bola mata, namun dia tetap tak dapat melihat nama siapa yang menelefonnya di pagi yang indah ini. Semuanya samar-samar di bola matanya.
"Assalamualaikum"... kedengaran suara yang seakan-akan pernah didengar, tapi siapa gerangannya tuan empunya badan.
" Walaikumsalam", tutur sang puteri tersekat-sekat, yang masih kekal puterinya, dan nampak sangat baru bangun dari mimpi yg lena.
"Kenapa lewat?
Awak tahukan, hari ni hari apa?
Pukul berapa kena sampai. Kenapa 8.30 pagi masih tak nampak bayang!! Dengan nada yang agak keras...
Hello puteri aka Fatimm.. ape dah jadi ni. Apa aku dah buat, sambil ketap gigi dan gugup untuk meneruskan perbualan. Akal makin memaksa mulut untuk berbicara agar dapat menutup murka si tuan budiman.
Aduhai..
Masing-masing senyap...
"Hello Fatimah Bt Abdullah, boleh berikan sebab awak tak hadir? Dan kenapa?" Glupp apa nak cakap ni. Takkan nak cakap aku terbabas, mampos aku kena marah.
"Minta maaf Tengku, sebenarnya saya tak berapa sihat, belakang saya sakit lagi selepas kemalangan hari tu, boleh tak saya datang esok saja," aduhai la sayang.. apa aku cakap ni.
"So you sakit lagi, tak pa, give me your location, i ambil you lagi 1 jam. Pack semua barang-barang you", tutur Tengku Adrian yang nampak sangat memerlukan aku, walau aku cakap aku tengah sakit. Dah kenapa dia ni, mengarah aku je.
"Baiklah Tengku, nanti saya siap," sambil lam hati aku *menyumpah beruk*..
Hello Timm!!.. bangunnn... Pergi mandi, apa yang kau mengelamun ni!!!
Again and again..aduh apa pasal la dia nak ambil lagi 1 jam. Satu barang pun aku tak siap lagi. Isyhhhh bencilah. Asik nak paksa-paksa ni. Kalau tak sebab janji, memanglah aku tak jadi pak turut.
Angkara diri sendiri nak buat macam mana.
iiiikkkkk dalam pada tu otak aku mula membuat pertanyaan.
Dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni, kenapa aku pulak. Kenapa aku. Kenapa aku!!! Arghhh nak nangis rasa. Memanglah dia elok rupa, tapi bukan tiket nak suruh aku buat macam-macam. Kalau emak kat kampung tahu, apa aku nak jawab. Habislah lagi teruk kena bebel.
Tapi dah namanya sedap, orangnya kacak, kau ingat dia bodoh. Dia ikut aku beb. Kantoi aku tengah sakan makan-makan KFC lepas tengok movie. Haduii dia datang kat meja kami lagi. Nak-nak masa aku tengah menyuap ayam dalam mulut. Nak tesembur balik gasanya. Nak tertelan tulang pun iya..Aku apa lagi mengelupurlah ikut dia. Risau muka dia merah tahan marah.
Dia siap warning aku.. sedih tau,orang handsome marah minah selebet cam aku. Aku rasa macam nak pukul dia dengan kayu panjang.. jahatkan aku. Sebab aku geram sangat. Patut plan aku menjadi, dapatlah aku balik kampung. Tapi hareeemm dia dah tahu. Habes akta pekejadah di baca dengan aku. Dia dapat menghidu penipuan yang tak berapa menjadi. Aku beria-ria cakap masih sakit lagi. Cuti pun ambil seminggu konon.. sekali kantoi... konon aku nak lari balik kampung cuti semester ni.. tapi apakan daya...
**************************************
Perghh penat aku, tercunggap-cunggap bawa beg semua turun bawah. Dah la beg aku berat. Aku memang sejenis semua barang nak bawa. Tak reti nak bawa sikit-sikit. Dari tingkat 5 beb. So kau redho jelah. Walau aku dah cakap berkali-kali yang aku tak nak kerja dengan dia, asbab tak sihatlah. Tapi memang dia tolak mentah-mentah alasan aku. Jadinya aku kena akur.
Sampai-sampai kat bawah dengan beg yang besar gedabak, aku terus duduk dibangku kosong. Sambil minum air kosong dalam botol mineral, aku perati je kalau-kalau dia dah sampai.
Tanjat gegurl tiba-tiba dia datang dari arah yang tak dijangka. Kalau ye pun sapalah hai dulu atau bagi salam..... kus semangat.
"Jom saya bawakan barang awak, ni sajakan?, sambil menaikkan kening .
" Ye Tengku, ni saja," sambil aku tertunduk-tunduk. Dah serupa apa aku ni. Adoii.. ni malu-malu ke atau segan, ke aku gatal.
"Dah masuk, tunggu apa lagi, ?" Arah dia bersahaja.
Aku angguk sahaja dan aku nak masuk duduk di bangku penumpang sebelahnya, tiba-tiba ada sejambak ros merah.
Allah.. Allah. Aku nak buat apa ni. Aku dah rasa dua, tiga macam. Seruislah,takkan aku nak ambil bunga ni.
"Oh..sorry, you ambil bunga ni letak kat sit belakang. Letak baik-baik ya. Jangan ada yang rosak," sambil menghulurkan jambangan bunga padaku.
Huh.. malunya aku, malu semalu malunya tapi apa daya....
Dia gelakkan aku, kurang asam betul. Muka aku dah merah padam ni. Aku tahulah perempuan macam aku ni cepat perasankan.
"Kenapa you nak bunga ke?", dia pandang tepat ke arah aku, sambil menupang dagu.. alahai pengsan aku kat sini kejap lagi.
"Kalau you nak, oder sendiri, bayar sendiri, okey", sambil naik kening dan terus pakai kaca mata hitam dia.
Aku rasa nak bagi penumbuk sulung je sedas dua kat muka dia kan. Tapi,tak pa.
"Ada lori ada bas,
Ada hari boleh balas.
Spontan siutt..aku bagi pantun.
"Aikk.. marah nampak", tuturnya sambil tersengeh-sengeh.
"Berapa dulang yang awak nak balas ni", sambil dia pandang ke arah aku.
Eii geram pulak.. geram la haiiii.., tapi kena kawallah kan.
"Ishhh tak marah la Tengku Adrian, ini nada biasa saya bercakap, ya santai aja ya..", sambil aku menjeling ke luar kereta.
Sebenarnya aku malu. Ingatkan untuk aku bunga tu. Rupanya untuk orang lain. Aku ni cepat sangat perasan. Sah-sah dia orang kaya, ada harta, rupa , pangkat dan segala-galanya. Aku ni apa yg ada. Mula dari hari ni aku kena ajar diri, supaya sedar yang dia buat ni semua ada makna, ya semua ada bayaran atas tiap kebaikannya pada aku.
Dan satu-satu perkara yang aku pasti dia ni baik pada semua orang. Ya, semua orang termasuklah perempuan, wanita, kanak-kanak, lelaki, sesiapalah. Jadinya, kalau kau tak kenal dia, kau akan salah faham.
Jadi dalam kereta masing-masing senyap. Sekarang ni aku dah tak la terkejut sangat kalau dia bertukar-tukar kereta, yelah orang kaya. Hari ni dia bawa GTR pulak.. aku santai aja, janji merasa juga naik. Kalau esok-esok dia jemput aku naik kapal terbang pun aku tak heran. Ke naik gajah ker kan. Kau rasa.
Nyampah aku tengok dia ni..nyampah. Buat aku malu, lepas tu termalu..lagi.. adus..
***************************************
Lama aku termenung, dari jalan yang lurus ke bengkang bengkok, dari yang lenggang jadi sesak, otak aku mula menerawang.
Aku mula teringat pada Fahsa anak mami Penang. Budak ni memang lawa, tapi sejenis darah sejuk bila jumpa lelaki.
Malam tu dia tanya aku macam-macam. Lebih-lebih lagi tentang Tengku Adrian. Jadi satu kerja pula, aku kena cerita dari awal sampai akhir pada dia. Cuma tentang perjanjian kami, tak la aku kepochi sangat nak cerita. Fasha ingat aku ada hubungan dengan Tengku Adrian. Heii takkan la. Kita kena sedar dirikan. Kita tak sekufu, itu belum lagi bab kekacakan dia. Apa sajalah budak-budak ni. Kenalan dan pacar itu kan beda.. kan.. che che..nak-nak sekarang majikan. Jadinya dia bos aku kuli. Benda boleh bagi paham, apa hal nak konpius..
Ni satu hal aku heran, apasal Prof. Amir tanya aku kenal ke tak dengan Tengku Adrian, sedangkan aku tak cerita apa-apa pada semua orang.
Sampai hari ni aku tak puas hati. Apa hubungan Prof Amir dengan Tengku Adrian.
Perlahan-lahan...
Aku biarkan diri ini hanyut dengan memori lama, dan cuti semester ni, adalah cuti paling tak kuharapkan....
Share this novel