ADRIAN COURT MEDICAL CENTER
Derapan kasut Pemilik ACMC memecah kesunyian ruang pejalan kaki. Tengku Adrian sedang menuju ke Bilik Mesyuarat. Semua kakitangan bahagian pengurusan dan sebahagian para doktor yang tidak terlibat dengan operasi atau sebarang pembedahan berbaris menyambut ketibaan CEO Muda, pemegang 100% saham syarikat. Tiada istilah *Share Holder*. Nampak macam tamak kan... tapi itulah cara Tengku, dia memang tidak suka mendengar arahan dari orang lain. Dan tidak suka berkongsi sebarang hak miliknya. So jangan mimpi nak jadi rakan kongsi. Never!! Andai sampai masa bila dia berkehendak sesuatu kau takkan terduga apa yang akan dilakukannya.
Mata-mata tertumpu pada sosok tubuh yang tegap, kalau kau tidak mengenalinya pasti menganggap Tengku Adrian artis KPOP, lantaran wajahnya yang putih mulus dan tinggi lampai. Sentiasa menjadi dambaan,kegilaan, igauan dan kegeletisan setiap mata wanita yang memandang. Tidak cukup dengan papparazzi mengejar, Tengku sentiasa menjadi perbualan hangat di media sosial.
Tak kenal maka tak cinta. Dah jatuh cinta lagi kemaruk peminat fanatik ni. Paling ngeri ada yang sanggup menghadiahkan mahkota masing-masing. Namun Tengku pandai memandu diri di saat popularitinya meningkat. Bukan semua insan boleh jadi siuman bila wanita berderet-deret menyatakan cinta. Itu belum video panas.. aksi live. Boleh gila layan mereka yang fanatik ni. Kalau tiada pedoman boleh viral macam isu baru-baru ni. Ikan cari kucing.. takkan kucing nak pandang. Sunnahtullahnya lelaki tu akalnya 8 nafsu 1. Tapi nafsu satu tu hanya pada wanita. Andai kau tak pandai kawal, habis semua terjun bangunan. Bisnes pun boleh melingkup gara-gara fitnah. Asbab tu Tengku amat hati-hati dengan peminat fanatik ni. Macam tarik rambut dalam tepung, rambut tak boleh putus, tepung tak boleh selerak.
Berbalik pada niat sang hamba pada Yang Maha Pencipta ,Tengku merasakan mereka ini(peminat fanatik) hanya cebisan dari kejayaannya. Dan pemilik sebenar apa yang dia miliki sekarang ialah Rabb Tuhan Yang Satu.
Dan guys.. apa yang paling gila.. dah namapun minat, peminat fanatik ni, so dia punya gila memang kau tak boleh sembang. Ramai yang sanggup beli apa saja yang dipakai atau diguna oleh Tengku. Model laku keras namanya ni. Sebab tu Tengku diam-diam buat jenama jam tangan sendiri. Ni memang memanfaat kan peminat. Adeh.. bisnes tetap bisnes. Dan jauh dari lubuk hati Tengku Adrian sentiasa mendoakan peminat fanatiknya mendapat hidayah. Budak remaja kalau terbabas hancur. Baginya lelaki kalau mencinta takkan sesekali menodai wanita yang belum menjadi haknya. Malah akan lebih menjaga kehormatan gadis atau wanita yang dicintai. Akan lebih prihatin. Bukan menjadikan tempat melempias nafsu dan paling parah kelahiran anak luar nikah yang amat ketara. So guys when u need girls. Akad nikah, bukan susah pun. Doa pada Allah yang satu. Halalkan hubungan. Weihhh.. tu pesanan ikhlas dari Tengku Adrian. Jangan tunggu kaya baru nak nikah. Nikahlah nanti akan ada rezeki buat isteri dan anak-anak. Betulkan niat nikah kerana Allah. .. satu dua hari ni Tengku Adrian asik memikir Fatimah, inilah jadinya.. nasib tak kupas isu nikah kahwin. Bab munakahat ni kalau kupas.. tak kunjung habis.
*************
Dah alang-alang berada di ACMC Tengku mula melakukan pemeriksaan secara rahsia. Dia memutuskan untuk menjaga Fatimah sambil menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan ACMC. Untuk melihat sejauh mana permasalahan yang ada.
Malam sebelum mesyuarat Tengku berjaga hingga larut malam untuk memeriksa keadaan hospital. Selain meneliti fail-fail yang ada dalam laptopnya. Memang salahnya kerana kurang memberi perhatian untuk pelaburan yang cukup besar ini. Sebarang kelewatan pemulihan akan menyebabkan lagi banyak kerugiaan.
Oleh sebab itu, Tengku Adrian buat meeting tergempar. Habis pengarah kena bambu(marah) dengan semua bahagian kena basuh kaw-kaw. Kalau kau perhatikan nampak macam dia nak sekolahkan pengarah dan pengurus, sebenarnya kualiti perkhidmatan kurang memuaskan. Banyak aduan yang diterima. Baginya adalah satu kebiadapan bila jururawat yang merawat, boleh berbual-bual dan tergelak-gelak tanpa segan silu dihadapan pesakit. Bercerita aib pesakit tanpa ada rasa bersalah. Ditambah lagi dengan kakitangan yang tidak jujur dalam menjaga amanah dalam hal peribadi pesakit. Isu lain yang Tengku perasan kadar sewa kedai per lot yang amat tidak masuk akal. Dan pemberian tender yang mencurigakan. Terutama dalam bahagian ubat-ubatan dan pembersihan. Rungutan pelanggan terhadap tahap perkhidmatan yang semakin menurun. Dan kemudahan yang kurang diselenggara dengan baik.
Tengku Adrian dalam Bilik Mesyuarat.
***************************************
"Saya ulang sekali lagi, sekiranya didapati depan-depan saya kamu menceritakan hal pesakit, pintu exit ada di belakang sana. Sila keluar 24 jam dari hospital ni. Apa-apa manfaat kamu dengan ACMC( Adrian Court Medical Center) hapus, faham!!!", rasa marah pada dua orang staf nurse yang tak profesional menjaga hak-hak pesakit tempoh hari masih membekas di hatinya.
"Bila ada pesakit masuk, jangan meremehkan sebarang hal, jangan meremehkan keadaan pesakit!"
"The purpose of business is to create a customer who create more customers, so kalau pesakit dapat perkhidmatan dari mulut kepochi, bising dalam wad, tak jaga tatasusila.. cerita hal pesakit, bila mereka ni balik, mesti akan bagi tahu kita punya "bad service" pada orang lain."
"Pelanggan ni merupakan aset kita, pelanggan kita siapa? Pelanggan adalah pesakit kita, kalau perkhidmatan tak berkualiti mereka tidak akan cadangkan hospital ini pada orang lain, faham?"
"Agen insuran pun takkan list Hospital kita antara pilihan terbaik untuk perkhidmatan mereka. Ingat ya Hospital-Pesakit- Insuran. 3 benda ni berkait rapat"
"Doktor pakar Hospital lain biasa dapat purata gaji RM350K per bulan. But.. di ACMC Dr. Pakar dapat sebulan around 750K to 800K.. what do you think??. So jangan buat kerja sambil lewa. Jaga kualiti. Jangan lagi berbual melainkan perlu. Dan tolong ya kalau nak berbual, tergelak, ketawa, nak mengumpat sila buat luar waktu kerja. Terutama yang perempuan ni. Ada je mulut nak cerita aib orang. Mulai hari ini, kerja baik-baik. Layanan kita wajib bertaraf VVIP. Sebab 70 peratus pesakit yang daftar masuk dari golongan elit. Make sure ini last meeting for this month. Faham," wah.. puas hati Tengku Adrian bila apa yang terbuku dapat diluahkan. Nasib dia tak buat meeting pukul 3 pagi. Yang pasti nurse dua orang tu dah dipecat. Tiada kompromi. Siapa suruh kacau kesayangan dia kan.
*****************
WAD GOLDEN ROSES, BILIK ADRIAN GOLD
Kemunculan wanita cantik persis model dari timur tengah memancing mata Fatimah.
Memakai kasut tumit 3 inci, beg LV, rambut hitam, hidung mancung, bulu mata lentik, mata ala-ala arablah..baju.... ermmm ya.. ya ya..ya.. bajunya amat menjolok mata. Amat.. amat... teramat menyeksa mata-mata yang memandang. Terseksa batin.
Dalam hati Fatimah siapa pulak yang sesat pagi-pagi ni dalam bilik dia. Nak kata Doktor tak ada ciri-ciri, ... siapa pulak minah ni. Kerek semacam sambil berpeluk tubuh. Dia ingat dia ratu cantik ke hapa.. ish.. ishh.. ish.. cobaannnn.
Dari kejauhan Tengku Adrian mempercepatkan langkahnya menuju ke Bilik Adrian Gold. Daun pintu dikuak. Muncul jejaka idaman malaya aka Tengku Adrian. Tengku Adrian mengerutkan dahi. Dalam hati dah menyumpah-nyumpah. Asal pulak perempuan ni ada sini.
Uitt tak ada ribut tak ada angin, laju mulut perempuan ni menyoal Tengku Adrian.
"Siapa ni, i ingat you yang sakit", tutur si pemilik wajah yang anggun. Tak cukup lagi anggun, baju pun kerlas kau jah.. lawa sikit dari orang atas pokok. Nak kata baju tapi, tak tertutup. Nak cakap karung macam buruk sangat. Kesian.. wanita selalu jadi mangsa fesyen. Walau apapun, wanita ni tetap pemegang nama khas *Bekas Kekasih Tengku Adrian* yang ke berapa tak tahu. Agaknya bertahan berapa lama pun tak pasti. So tahap bekas-bekas je ni.. jangan ambek kesah lah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Buang sisa kimia yang lama.. ambil kimia baru.
Sambil menguis-guis rambutnya yang berombak sempat mengatur bicara," Mak cik ni aunty you ke?, maaf ye, saya ingat kan you yang sakit". Ade ke Fatimah di "auntykan" nasiblahkan sapa suruh Fatimah pakai niqab. Apa memang orang pakai tudung dan niqab ni nampak tua sebelum usia ke macam mana. Aku confius ni..
"Siapa yang jadi mak cik? Siapa?
Kenapa kau datang sini? Siapa suruh?
Pergi! Keluar!", tempik Tengku Adrian. Dahla Tengku Adrian baru keluar dari Meeting Room, otak serabut dengan macam-macam hal, tengok muka minah ni, lagi bertambah amarah. Patut-patut dia tengah memadu kasih dengan Fatimah tapi lain jadinya. Potong betul.
"You ni", (sambil mengerutkan dahi )
i datang sebab dengar bilik ni berpenghuni, i ingatkan You sakit Adrian. Adrian sorry sebab",..tutur budak tak cukup kain ni macam tersekat di kerongkong.
"Sebab apa!!..sebab kau dah menyusahkan hidup aku! Puas!," tak pernah tengok Tengku Adrian marah macam ni. Fatimah yang berada dalam bilik jadi kecut perut.
Tiba-tiba daun pintu bilik di kuak, Dr. Harris masuk untuk buat pemeriksaan.
"Ni bukan ke Zana, sama satu Fakulti dulu, ", Dr Harris cuba menebak.
"Ya .. perkenalkan saya Zana bekas kekasih Tengku Adrian, kami nyaris bertunang tapi..." Zana mematikan ayat.
"Zana! bila kau jadi kekasih aku? Bila?
Bila zana?.. kau yang pandai-pandai menguruskan, lalu nak tuduh aku!!.. bilik ni dah jadi perang dingin. Tengku dah puas menahan sakit hati dengan budak tak cukup kain ni.
"Ada ke dalam dunia ni, perempuan menetapkan semuanya tanpa persetujuan. Kau yang memalukan keluarga aku, kau nak bertunang tanpa pihak lelaki risik dulu. Tahu-tahu nak umum kan aku tunang kau. Buku hikayat mana kau pakai ha!.. ke baru keluar gua. Baju pun elok dah.. macam flinston..", Tengku bersuara sambil mengepalkan tangannya. Kalau lelaki dah lama makan penumbuk. Ni perempuan. Dia cuba menahan sabar.
"Of course la sayang, i kan memang di takdirkan untuk you. You sampai hati buat i macam ni, apa kurangnya i. I cantik, gebu, putih, tinggi, kaya, pandai... ," sambil memandang tepat muka Adrian, Zana dengan muka tak tahu malu bersayang-sayang depan Dr. Harris dan Fatimah.
"Zana! gila-gila dan gila tu beza, paham!
Cantik tak berotak, ibarat hidup tanpa pedoman, You dah malu kan i satu keluarga, masih lagi berani nak tunjuk muka," dah muak rasanya Tengku nak berbahas dengan si Zana ni.
*******************
Tanpa mengendahkan Zana, Tengku terus berdiri di sebelah katil Fatimah.
"You okey sayang, macam mana hari ni, masih sakit lagi," Tengku menyuarakan kebimbangannya.
Dr. Harris terus menjawab, " Mestilah okey hero dah datang, ," sambil tersengih-sengih.
"Alhamdulillah okey sikit, terima kasih Tengku bawa saya ke Hospital", tutur Fatimah malu-malu.
"Dah jadi tanggungjawab i, so lepas ni jangan diam kan kalau sakit, faham," tutur Tengku sambil mengambil kerusi untuk duduk disamping Fatimah.
Zana melopong melihat momen didepan matanya. "Siapa dia ni Adry?, sambil menaikkan suara.
"Perkenalkan bakal isteri i, dan kami akan bernikah tidak lama lagi, jadi tolong jangan ganggu, sila beredar atau perlu i panggil pengawal atau polis", tutur Tengku bersahaja.
Zana berlalu keluar dengan muka geram. Pintu bilik dihempaskan.
Dr. Harris pun turut sama keluar mengejar Zana. Seperti ada yang tak habis dalam pemikirannya. Apa yang berlaku dulu, dan kenapa Harris tak pernah tahu yang Tengku Adrian nyaris bertunang dengan Zana.
***********
Dalam hati Fatimah biar betul Tengku ni, apa niat sebenar dia. Adakah Tengku bercakap atas dasar marah dan nak melepaskan geram pada Zana. Atau memang berniat untuk memperisterikan aku.
Tiba-tiba Tengku bersuara, " Kenapa,? awak meraguai saya?", tuturnya tepat melihat bola mata Fatimah.
Glups.. Fatimah menelan air liur. Dalam hatinya berkata, "Biar betul Tengku ni, kasyaf ke apa..boleh pulak baca isi hati aku.
Tengku tenung tepat muka Fatimah.
"Awak stay sini lagi dua hari untuk pemeriksaan lanjut," tutur Tengku.
"Saya nak balik la Tengku, nak balik kampung, cuti semester pun dah nak habis. Rindu mak ayah," Fatimah nak minta cutilah tu.. berkias-kias pulak..
"No.. you kena betul-betul sihat baru saya lepaskan," tutur Tengku.
"Saya bukan sakit pun, malulah Tengku masukkan saya dalam wad.. keadaan ni normal untuk perempuan," Fatimah meluahkan rasa tak selesa masuk wad sebab period pain.
" Awak tahu tak, sengugut kalau tak di rawat boleh membahayakan. Dan i nak bila kita nikah, ada zuriat dan make sure you subur. I nak anak ramai-ramai.," tiada gurauan pada riak wajahnya. Sepertinya ayat itu betul dan Tengku amat memaksudkannya.
Fatimah diam, tidak memandang Tengku, dan melarikan wajahnya ke arah lain.
"Saya tak main-main Fatimah, saya biasa bertindak dahulu terhadap apa yang saya suka, terserah awak terima saya atau tidak, sejujurnya saya sudah tidak mahu bermain teka teki dengan awak," ujar Tengku.
"Saya tak nak buang masa lagi, saya nak kita halalkan hubungan. Bukan lagi hubungaan majikan dengan pekerja. Tetapi hubungan suami dan isteri," perghh.. direct beb.. padu gila bagi ayat. Ni maunya group gelitis peminat Tengku ada yang pengsan.
Fatimah menelan air liur. Hati dah tak keruan. Dup dap dup dap..
"Awak tiada sebarang soalan nak tanya pada saya," soal Tengku pada Fatimah.
Fatimah hanya mengeleng. Tak sanggup dia mendengar pengakuan Tengku yang amat mendadak. Rasanya dia belum siap ke arah itu.
***********
Adakah Fatimah terima luahan hati Tengku.
Stay safe guys.
Benarkah cinta itu buta.
Jangan lupa sambungannya.
Share this novel