Fatimah
Jatuh cinta berulang kali bisa mendewasakan kau. Tapi jatuh cinta pada insan yang tak ada rumusan yang boleh kau ertikan.
X = y + {?×~}Z atau Cari Nilai a dari persamaan ab = c{ t }¿y .... arghhhh. Pening kepala aku. Jantan dan Lelaki tu tak sama. Jantan tu tak boleh dibuat suami. Lelaki tu boleh menjadi suami dan imam. Apakah Tengku Adrian Lelaki atau Jantan.. hahahaha... adakah aku jahat sangat . Namun memang wujud manusia yang berperangai binatang atau lebih tepat perangai syaitan. Maaf.. aku tersenyum hambar. Hari-hari ada sahaja kes haruan makan anak. Nafsu lah satu-satu makhluk paling payah nak ditundukkan. Satu cara yang baik ialah berpuasa. Fikiran aku dah kemana ni.. bosan betul duduk memerap. Muhasabah diri ni lebih baik dari mencari salah dan silap orang. Moga yang tersalah langkah kembali mencari sinar.
Arghh.. muaknya;
Tengok drama "Cinta Sekali Lagi" lagi macam hampeh. Teringat aku kat muka Tengku, terbayang awek keliling pinggang, hari-hari ada je hadiah, surat cinta, kek cinta, baju T-shirt print muka peminat dengan muka dia. Dapat ke aku bertahan dengan situasi macam tu. Boleh ke dia(Tengku Adrian) bertahan kalau orang pemaksa macam Zana tu datang merayu dan memujuk nanti.. mungkin bukan satu dan ramai. Tanpa Fatimah ketahui bahawa Tengku Adrian amat menjaga dirinya.
Jap jappp....drama ni pun satu hal.. tak memasal aku pulak yang risau. Amanda yang baik sampai tak gamak nak mengaku Amani adik sendiri yang perangai macam syaitonn. Rampas suami kakak sendiri. Weh tak bleh brain... baik aku tengok cerita lain. Tengok drama korean muka mamat(Tengku Adrian) tu pulak yang muncul.
*******
"Gedebuk," bantal unicorn dibaling ke muka Fatimah.
"Kau fikir apa," Azmil bersuara memecah sunyi.
"Sakitlah, benggong , patutlah dah tua tak nikah lagi," omel Fatimah.
"Alahai setakat wanita merenyam tak cukup sifat, buat apa aku buat bini, buat mesin atm cukuplah, sapa suruh menggatal," tutur Azmil
"Kau tu dah tunang tak nak pulak, merajuk konon, tulah pompuan ni, bila lelaki tak masuk meminang bising, dah di pinang banyak songeh," Azmil mengomel sambil menyuap keropok super ring.
"Kau banyak bunyi kan.. senyap tak boleh eh, Fatimah menjeling Azmil.
"Eh..eh..apa ni, kau gila ke apa," Fatimah mengambil segenggam super ring memasukkan ke mulut Azmil.
"Padan muka kau.. ambek ni, makan cepat, telan.. bercakap je keje mulut kau ni,"cepat-cepat Fatimah melarikan diri ke balkoni luar.
"Timahhhhhhh.... kau melampau kan. Mentang-mentang abang kau ni baik, membuli aku je kejenya. Budak bertuah!!," super ring dah penuh jatuh atas baju Azmil.
"Nanti kau Timahhh, sambil berlari mengejar Fatimah.
****
Luar Veranda
"Wei 'az'(nama timangan Azmil) kau tengok bulan tu, cantikkan," jari telunjuk Fatimah menghala ke arah bulan.
"Cantiklah... SubhanAllah,".. ciptaan Allah mana ada yang tak cantik.
"Ni sampai bila nak terperap kat rumah aku, bil air, bil api... kena bayau tau,"Azmil mencebik.
"Kau tak payah risau, ikut je plan aku, aku ada kad biru, 100K dalam tu, memang aku nak perabeh bagi licin licau, padan muka dia," Fatimah membulatkan mata sambil mengangkat kedua belah kening.
"Timah, kau perasan tak masa kat airport malam tu, siapa lelaki yang tumbuk muka aku, ke kau kenal dia, nasib tak pecah rahang aku," soal Azmil.
"Mana aku tahu, kan ke kau suka atm(kad atm/credit card) kan budak perempuan, entah-entah tu ahli keluarga mereka, aku mana tahu," tutur Fatimah mengagak. Dah macam detektif conan.
"Ishhh kau ni, buat takut aku je.. mana ada aku mainkan hati perempuan, yang aku jumpa tu kawan-kawan je," tutur Azmil sambil memikir kalau-kalau ada yang sakit hati padanya..
"Ke ada orang dengki dengan dady, tapi kau dapat tempias," Fatimah mula menebak.. walhal tunang dia punya angkara.
"Dah la ... jom tidur.. ", Azmil menarik baju Fatimah.
"Orait kang aku datang bacakan surah Al-Mulk dekat kau.. kau gielah baca dulu, aku kan tengah frust ni.. kenalah bagi ruang... ruang untuk aku berpikir..," Fatimah malas nak melayan Azmil
"Kau mati pun tak payah pikir.. tahu-tahu dah dalam kubur.. jom la kita baca sama-sama. Rindu masa mak jaga dulu, tiap-tiap malam mak bagi bayan, ajak baca Surah Al-Mulk sebelum tidur," ajak Azmil...
"Tu kau rindukan mak.. bukan aku.. nafsi-nafsi dah la.. kau ni kan.. tak padan tua manja memanjang.. apa kurang sangat ke kasih sayang orang Langkawi ni. Tu aku cakap cari bini, boleh belai-belai kau.. ," Fatimah berjalan menuruni anak tangga sambil memegang bahu Azmil.
Mereka membaca Surah Al Mulk dan sedikit tazkirah pedas buat Fatimah. Kena bebel... sebab serumah dengan Tengku Adrian. Semua bab hukum hakam di baca oleh Azmil.
Fatimah menjeling ke muka Azmil.
"Ni kau marah aku ke apa? Aku bagi tahu apa yang Allah dan Rasul suruh. Mana yang boleh mana yang tak boleh. Kau faham tak?sambil meletakkan Al-Quran ke rak,"
"Situasi kau dua orang bahaya, gila lah.. sebaik kau tak kena rogol," dijegilnya mata ke arah Fatimah.
"Aku tahulah, membebel je kerja kau.. harap kau dapat bini pendiam, kalau tak haree," tutur Fatimah sambil mencebik.
"Dah la.. tido, dah malam kan..," Azmil melarikan telefon Fatimah. Fatimah dari tadi asyik dengan telefon ditangan. Azmil naik rimas melihatnya.
.....
Telefon Fatimah
"Tok tok tok tok...",
Wasap masuk..
Azmil tersengih-sengih membaca wasap Fatimah dari Tengku Adrian.
Sambil melaung kuat-kuat, Azmil membaca ayat-ayat cinta dari Tengku Adrian.
"Sayang, i minta maaf. Please angkat phone.. i rindu nak dengar suara you. Please sayang.. Abang rindu sangat.."
"Eiii geleman aku baca ayat tunang kau ni," sambil melarikan handphone Fatimah.
"Weiii bagilah phone aku.. woii.. doh la kau ni..", pekik Fatimah
"Oooo kau bodoh kan aku ehhh..", jegil mata Azmil
"Mana ada, aku cakap 'doh' je.. kalau kau terasa bodoh, bukan salah aku, tu mainan perasaan kau..", Fatimah terloncat-loncat nak ambil telefonnya dari Azmil.
"Kau tarik balik apa yang kau cakap", Azmil tak puas hati.
"Yelah-yelah budak bijak.. bijak bistari," malas Fatimah nak layan. Dia terus melajukan langkah ke bilik. Telefon sudah kembali ditangannya.
Rasa malas nak balas wasap dari Tengku Adrian. Hatinya masih terluka.
*******
Rumah Inap Bonda
Tengku Adrian bermalam di rumah neneknya. Rumah banglo 6 bilik terletak di tepi pantai, lengkap dengan kolam renang, gim dan gelanggang tennis. Ketibaanya amat di nanti-nantikan oleh Nek Zahrah.
Kedatangan Tengku di sambut pembantu rumah bernama Ella. Rasanya Tengku tak pernah jumpa maid ni, dia agak terperanjat sebab Ella amat seksi. Pakaiannya amat tidak sesuai untuk seorang bibik. Ya ampunn.. apapun Ella amat muda dan amat-amat cantik fikir Tengku. Arghh.. gila sungguh. Fatimah help me.. jerit Tengku dalam hati. Mungkin jiwa ku kosong. Gerutunya.. atau sudah tidak mempercayai Fatimah yang sewenang-wenangnya bermesra dengan lelaki lain. Kalau ikutkan hati di pecah-pecahkan muka jantan keparat tu.
"Nenak mana?" Soal Tengku Adrian
"Nenek ada sini Adry, lama tak jumpa.
Alhamdulillah terubat rindu nenek," nenek Zahrah menghampiri Tengku Adrian dan duduk di sebelahnya. Lama mereka berbual, banyak hal yang di kongsikan, diselangi tepuk dan tawa.
Nenek Zahrah mengurut belakang cucunya, "Adry makin tampan, makin handsome, makin kaya, hati-hati dengan zaman muda, ingat Allah, dan kalau dah suka pada satu-satu anak gadis jangan sakiti hatinya," pesan nenek.
Tengku mengangguk tanda faham, dan melemparkan pandangannya ke kolam renang. Bayu yang bertiup lembut menyapa tubuh, malam ini dirasakan sepi tanpa Fatimah di sisi. Tengku menghela nafasnya perlahan-lahan. Hatinya membatin ingin bertemu Fatimah. Dia amat risau jika bidadarinya bertindak nekad meninggalkannya. Pasti hancur jiwanya. Sedari awal memang dia sudah memasang niat untuk mendekati Fatimah, secara peribadi dia amat menyukai gadis itu. Di awal perkenalan,dalam banyak-banyak perempuan, boleh Fatimah cool je depan Tengku. Walhal kalau perempuan lain dah tergedik-gedik. Rasa macam Fatimah ni tak mengikuti perkembangan arus perdana ke macam mana. Hi.. takkan tak kenal aku. Sebab itulah Tengku jadi tertanya-tanya siapakah gadis yang ditemuinya. Ternyata memang istimewa.
Tengku tersenyum sendiri bila memikirkan cara dia dan Fatimah bertemu.
Sedar hari makin larut, dia memanggil Ella.
"Bibik.. bawa nenek ke bilik", arah Tengku Adrian.
"Baik Pak", sambil berlari-lari anak Ella menghampiri Nenek Zahrah.
"Siapa bapak kau, bila pulak aku jadi bapak.. lain kali bagi panggilan biar sepadan dengan aku. Apa kamu fikir aku orang tua," tutur Tengku Adrian keras.
"Maaf Pak," Ella cemas tengok Tengku yang emosi. Selagi tadi emosinya meluap-luap namun ditahan. Lagi-lagi bila memikirkan rindu pada sang puteri.
"Pak lagi", gerutu Tengku
"Baik-baik, maaf Mas", Ella jadi kaget.
"Ya gitu, apa-apa an kamu, mahu di pecat!!," Tengku menajamkan pandangannya. Mahu dia tak marah, selalu kena panggil tuan, sekali di bapak-bapak kan," neneknya hanya tersenyum dengan gelagat cucu kesayangan.
"Ngak usah lah mas... saya butuh wangnya. Mahu kirim ke Medan," mata Ella berkaca.
"Emangnya kamu naik tongkang ke Malaysia?," soal Tengku yang macam polis.
"Ngak mas naik itu kapal terbang", Ella rasa tak selesa diasak dengan soalan.
"Aku masih tak percaya, orang secantik kau hanya nak jadi orang gaji, apa ada motif disebalik pekerjaanmu?", mendadak soalannya.
"Aku dihantar oleh Paman yang menyuruhku bekerja untuk Nenek Zahrah", tutur Ella.
"Siapa paman mu, nama, nombor telefon,gambar, serahkan pada aku," dah .. dah...dia buat lagi.. memang suka maklumat sedetail mungkin.
****
Di bilik.
Tengku membuka suit. Lelah seharian menjejaki Fatimah. Cuma neneknya tidak dikhabarkan. Biarlah semuanya diselesaikan sendiri. Mesej pun Fatimah tak balas. Rasa luluh hati.
Tengku Adrian menuju ke bilik mandi. Dia membersihkan badannya. Gemercik air dari pancuran terdengar deras dan memenuhi ruang. Fikirannya amat kusut. Senyuman Fatimah berlegar-legar di kotak fikirannya. Lama dia membiarkan air mengalir dibadannya, tanpa sebarang gerakkan. Hanya terpaku di situ. Dia mengaku yang dia jadi bodoh kerana seorang wanita dan hampir-hampir membuatkan diri keluar dari medium kewarasan. Ikutkan hati nak saja dia suruh Ray culik Fatimah..
Fatimah!!!! Jerit Tengku di dalam bilik air. Satu tumbukan dilepaskan ke dinding. Sedar akan dirinya sudah tak terkawal, Tengku mula kembali menarik nafas perlahan-lahan dan menghembuskannya.
Tengku keluar dari bilik mandi hanya bertuala. Sosok badan yang kekar boleh buat sang rupawan meninggal. Ya meninggalkan hati padanya. Cia..cia.. tapi bukan Fatimah. Fatimah yang jinak-jinak merpati, jinak dan cabut lari. Pasrah memikirkan gadis kesayangan.
*****
" Hoii kau buat apa dalam bilik aku," jerkah Tengku pada Ella.
"Maaf Mas, saya pasang cadar baru, Nek Zahrah suruh," Ella terperanjat.
"Kan aku sedang mandi, ketuklah dulu, apa kau tak da tangan, jari dah patah ke?," tutur Tengku dengan bengis.
"Tuan.. tuan kacak sekali, bisa ngak saya jadi..," ayat Ella terhenti.
Tengku Adrian menghampiri Ella.
"Kau nak jadi apa?", Ella jadi gugup kerana Tengku Adrian hanya bertuala. Badannya yang tegap dan rambut yang basah amat seksi di mata Ella.
"Aku.. aku sudah lama minat dengan Mas. Boleh ngak di photo gambarnya", sambil memegang handphone di tangan.
Serabut betul Tengku, dalam rumah nenek pun ada peminat.. ya ampun.. peminat dari indonesia.
"Kamu keluar dulu, saya nak pakai baju. Perempuan seharusnya ada sifat malu. Lepas ni pakai baju yang elok. Tutup tubuh kamu," sambil memandang tajam pada bibik Ella.
"Baik Mas", mata Ella masih tak lari dari memandang Tengku Adrian.
"Pintu.. pintu..", Tengku mengeleng kepala.
"Brak.," Bunyi daun pintu bilik dilanggar Ella.
Hi dalam rumah pun aku kena kacau. Nak cakap lebih-lebih kang, dihantar hantu jenglot mampus aku. Kena hati-hati bercakap dengan peminat fanatik ni.
Fatimah jom lah nikah sayang, abang dah tak larat kena goda. Hari-hari sayang oii..
Bibik ni dah la cantik nak mampos.. rasa abang, dia ada darah campuran belanda. Cakap lemah lembut. Apesal pulak bibik lawa macam model ni. Ujian apa buat aku. Gerutu hatinya.
Ya Allah aku lelaki normal. Sebab aku normallah aku takut. Takut dengan wanita-wanita gila ni. Tengku Adrian meraup mukanya.
*******
Tengku Adrian usai mengerjakan solat isyak. Dia masih berteleku di atas tikar sejadah. Rasa menyesal membuat keputusan yang terburu-buru tanpa berbincang dengan Fatimah. Panggilan dan mesej semua tak berbalas.
Apapun yang berlaku, Tengku Adrian akan usahakan agar majlis pertunangan berlansung mengikut adat. Malu kena bebel dengan maknya, di tuduh gelojoh sangat, walhal memang mak yang memaksa dia berbuat keputusan yang cepat dan betul. Ya itu mak.. panggilan ulung.. bukan mama atau momy.. that my emak.
Malam makin melabuhkan tirai, mata Tengku Adrian sukar dilelapkan, rindu yang datang bertamu merambat hati sanubari. Hadirlah seberapa cantik gadis dan wanita, hatinya hanya terpaut pada si pemilik nama Fatimah, sebuah nama yang indah.
******
Pagi di Rumah Inap Bonda.
Tengku Adrian mengenakan T-shirt Putih dan jeans biru. Jam tangan Audemars Piguet Royal Oak Offshore Tourbillon.
Jam tangan tu kalau kau tak kenal tengok biasa-biasakan. Tapi harganya RM1,146,087.83 sen. Memang kaya gila budak ni. Jangan tanya yang lain-lain. Pemuda terkaya masuk dalam senarai forbes ni pun kena reject dengan Fatimah. Bukan reject silap tu.. kena tinggal.
Ella yang berdiri tegak mematung mula menuang minuman untuk Tengku Adrian.
"Kamu kenapa pandang-pandang, dunia ni kan ke luas.. banyak lagi yang kau boleh tengok," Tengku mencebik lalu meneguk minuman teh o panasnya.
"Mas.. Paman EL bilang, nanti di Malaysia cari suami ganteng dan kaya, seperti mas Tengku," tutur Ella sambil tersenyum simpul di tepi meja.
Tengku tersedak air teh o. Haru betul fikirnya.
"Mas ngak apa-apa," Ella datang menunduk melihat ke arah mata Tengku Adrian.
Tengku Adrian melarikan matanya, pagi-pagi lagi matanya dah dijamu pandangan lagha. Ni bukan lagha.. dah sah-sah haram.
"Dah jangan menunduk.. berdiri-berdiri", pening Tengku dibuatnya.
"Nenek carilah bibik lain", Tengku menyandarkan badannya ke kerusi, sambil memicit kepala yang tidak sakit. Ella dipandangnya atas bawah.
Parah kalau aku duduk lama sini.
Selesai sarapan pagi, Tengku minta izin dari Nenek Zahrah untuk menginap di hotel. Dia canggung untuk berlama-lama di rumah neneknya.
"Adry tinggal di hotel ya nek, nanti apa-apa call," tutur Tengku Adrian sambil bersalaman. Tengku menyium tangan neneknya. Lama mereka berpelukan.
Nenek Zahrah sudah lali dengan prilaku yang ditunjukkan Ella. Dari sekolah menengah lagi Tengku Adrian sudah mula memiliki peminat fanatik yang ramai. Sampai ada yang sanggup tempah tiket penerbangan semata-mata nak jumpa cucunya. Nenek Zahran hanya tersenyum nipis mengingatkan zaman remaja Tengku Adrian. Ingatkan dah habis.. lagi teruk bila dah dewasa. Lagi-lagi Tengku Adrian makin hartawan dan berjaya.
**********
bersambung..
Share this novel