Bab 2

Romance Series 3705

Klinik Mutthu

"Beb aku ada kat Klinik Mutthu, sebelah kedai Seven 11, aku eksiden... sorry motor kau teruk.. langgar kete orang.."..teegagap-gagap aku bagi tahu Peah Rimau.

"What!!! kau cemana.. ???setakat awal je bi.. ujung dia behse melayu jugak..

"Aku okey, motor hantar workshop, siap nanti, kita ambil, ni dah nak masuk jumpa doktor, apa-apa, aku roger.. " tutur aku sambil menahan sakit. Pegang telefon pun tak larat. Badan dah mula rasa tak sedap".

...............

Dalam bilik Doktor; aku menghembuskan nafas perlahan-lahan. Dalam diam menahan rasa sakit, kaki macam kena hiris.. belakang macam kena pukul.. sah-sah aku tak masuk class hari ni... aku kena ambil cuti lagi. Tapi satu benda aku syukur.. Aku masih hidup. Alhamdulillah mamat ni memang banyak membantu. Walau dah berbakul-bakul aku ditazkirah; aku tahulah aku ni salah. Kok ye pun cubalah senyap seminit dua. Ni dia hentam aku tak cukup sudut. Dia ni lawyer ke apa. Akta pekejadahnya.. aku tak paham la... aku belajar bisnes. Hareee lah. Seumur hidup aku.. nilah pertama kali jumpa lelaki kuat membebel. Kalah nyah Diva AA kau.. Kau adee..

Pasrah bebb.. pasrah...??

Sekali Dr. Mutthu tanya dia..
"Ni adik you ke?? dia senyum kelat jawab.. " tak doktor"
Doktor menebak lagi
"oooo wifelah ni, sebulan dua ni u kena hantar dia pergi kerja, jangan izin lagi dia bawa motor, bahaya. you suami patut tahu tentang hal ni. ..".. mampus aku, rasa nak je aku cabut.. malu weii.. malu. Apelah doktor ni..sengih-sengih depan aku.
Dia pun dah malas nak jawab;.. " Ok doktor; wife saya ni degil, budak-budak, tak matang", sambil mata tenung aku.
Gluppsss. Panahan mata tu aku tak tahan. Rasa panas satu badan. Rasa nak minum air sirap limau nak sejukkan tekak ni. Asal di senyum simpul kat aku. Apa pasal.. arghhh.. aku dah tak keruan ni. Ada yang aku langgar dinding bilik ni.

Tak berhenti lagi, doktor tu tanya lagi, wife you kena langgar dengan siapa? ni aku tak rasa sweet dah.. aku dah rasa macam tertelan peria katak.

" Doktor, maaf ya, saya student sini, saya bukan isteri encik ni. Saya yang langgar kereta dia,", tutur aku dah malas nak dengar..perkataan *wife* tu, diulang suara.
......
Mamat kepochi ni minta buat X ray semua. Takut aku claim macam-macam nanti kan. Takut aku tipu. Tapi aku nak claim apanya.. aku tak berlesen.. insuran motor Peah Rimau yg hade.. abis macam mana ni. Sah-sah kena saman. Sebab lepas ni gie balai polis.. nak nangis...Apa nak cakap dengan Papa. Papa tu ayah Peah.. aku memang rapat giler dengan keluarga dia ni. Dah macam kembar siam. Tu yang barang-barang dia macam dah jadi harta pusaka kat aku. Habislah papa dah warning suruh ambil lesen. Aku mengelat pergi buat part time. Ya ampunn kena ngadap papa lagi.

******
Keluar bilik Dr Mutthu.. ada tangan memeluk ku..

"Kau selamat?
Ada apa-apa tak, yang Patah?
Ada apa-apa yg kau sakit?"
tutur Peah..

" Aku okey.Thanks *Rimau* , datang tengok aku. Ni namanya dah takdir. Terimalah Allah nak bagi. Badan-badan dah mula sakit ni. Harap jangan demam. Payah nanti." tutur aku lemah, sambil mengambil tempat duduk, menanti nak ambil ubat. Mamat tu mata meliar pandang aku.,sambil membulat kan mata..

Aku pandang dia, what?? sambil naik kening.. Dia bisik kat aku.. " Apesal awak panggil Rimau?".. apa dah tak da nama lagi teruk dari tu?..

Nak gelak kuat-kuat badan aku sakit. So aku senyum saja. Nak cakap lebih.. kang di kuntaunya aku kat Si Peah ni.

Usai Peah jumpa aku di Klinik dia terus bergegas ke kelas. Petang ni dia ada kelas Ekonomi, Puan Saadiah. Lambat masuk, kau hadap la nanti lagu nasihat ghazal.

************

Sampai-sampai balai polis.. Polis yang salam dia dulu, bagi tabik hormat.. Apakah ini.. ujian atau kebetulan. Aku dengan siapa ni? Anak siapa ni woii.. Tak keruan aku dibuatnya. Naya aku ni. Memang tak boleh lari. Jadinya buatlah report Polis. Aku salah. Tak tengok kiri kanan. Langgar lampu isyarat, tak ada lesen.. Ya Allah nak nangis kat balai ni malu. Kena saman nak bayar hape. Duit ada 200 je.. tu pun puas aku sukat. Duit part time aku kat Hotel Holiday Subang dah habis buat bayar beli buku. Aduhai.. insap aku.. insap bai.. tulah sakan sangat lam kolej. Mana lagi nak tutup muka malu kat geng Ketam Luku.. adus. Jatuh imej aku sebagai juara. Sebelum ni mereka tak tahu aku tak ada lesen. Mendapatlah aku. Sah-sah aku jadi bahan dalam group. Nak meletup kepala memikir.

Aikk.. aku mengelamun tahap tu.. kerisauan tak berbelah bahagi... rasakan Fatimm.

Baiknya mamat ni.. dia setel semua, tutur aku sensorang dalam hati. Jadi aku nak balik, aku ucaplah terima kasih. Dia naik kening , sambil mengingatkan aku.. tentang perbincangan awal. Aku lupa janji aku.. aduh.... sakit kepala memikir kan..

Memang orang kaya kalau buat keputusan semuanya sebab kos kerugian dan duit ya. Okey aku paham. Aku akur.

...............................

Suasana agak janggal, dari Balai Polis aku cadang nak jalan kaki kat perhentian bas, so balik naik bas. Sapa pulak nak hantar aku.

Tiba-tiba dia menarik tangan aku. Di ajaknya aku makan tengahari. Malu lah pulak. Banyak sangat menyusahkan dia. Takut pun ada, dah la tak kenal dia siapa. Dia perasan aku macam cuak, muka serba salah tu memang nampak sangat.

" Jom saya belanja awak makan, takut ke? Takut saya jual awak?" senyum sambil menyarungkan Rayban. Pintu kereta dibuka..aku disuruh masuk.

Terjegil mata aku " Saya rasa, tuan salah kereta ni, tadi kita datang naik BM.. ni keta lain ".. aku cuba ingat kan dia.

"Naik lah.. nak kena dukung ke?" malu-malu alam aku. "Kereta tadi saya dah hantar workshop", tutur dia, tapi dia ada je sama dengan aku. Pelik.

Tiba-tiba ada panggilan masuk;
" Ya.. betul, you uruskan, nanti dah siap hantar ke rumah i, pastikan cepat , sebab i nak guna kereta tu ." sempat pulak dia memandang aku,sebaik dia pakai kaca mata hitam tu, kalau tak malu dibuatnya. Mata bertentang mata.. masuk ke hati ngan hempedu.

Dia ajak aku makan tengahati kat Hotel 5 Star weii.. Royal ape ntah namanya. Seumur hidup ni first time aku jejak kaki ke hotel, kereta pun dah tukar. Tadi bawa BMW F10, ni bawa Maserati Gran Turismo. Aduh.. aku jumpa putera raja ke ni. Sebelum aku turun kereta dia hulurkan beg kertas. Apa pulak ni.

" Pakailah, kasut awak dah koyak, kaki pun ada luka", tutur dia sambil memandang tepat ke mata aku. Aduhaiiii aku rasa semacam dua macam. Ke dah rasa macam-macam ni.

Aku pun sarung kan sandle yang dibeli. " Terima kasih encik," sambil mata aku alihkan ke sudut lain. Malulah..

Sampai di muka pintu hotel, kami disambut oleh kru yang bertugas. Kami dibawa ke satu bilik. Wow.. satu bilik khas untuk kami makan tengahari. Makanan dah siap terhidang di atas meja. Ya Allah inikah nikmat jadi orang kaya.

Masuk-masuk, aku dipelawa duduk di atas kerusi empuk, kerusi aku di tarik oleh staf yang kerja disitu, ada nama pada nametagnya. Ya, Cik Arisah yang menarik kerusi aku. Aku sempat menegah dia, tapi dia buat juga. Dalam pada aku menikmati keindahan hiasan dalaman dan hidangan. Muncul seorang wanita lingkungan 30 an menghampiri kami. Dia kelihatan amat berkarisma, cantik, tinggi, langsing, rambut disanggul elok, kulit putih gebu dan cantik. Beza sangat dengan aku bagai langit dan bumi.

"Selamat datang Tengku Adrian, kami amat berterima kasih kerana Tengku memilih hotel kami. Makanan yang di pesan telah dihidang dan dimasak oleh Chef Ariz, selamat menjamu selera buat Tengku dan Cik".. sambil dia memandang aku..
" Fatimah, tutur ku tersengeh-sengeh.
" Ya silakan Cik Fatimah." dia bercakap dan tunduk hormat pada kami. Seriuslah.. ape yg dia buat ni. Aku pulak yang kaget.

Aku seram dah ni.
Aku langgar siapa ni?
Aku makan dengan siapa?
Dia nak apa lagi dengan aku?
Kerja apa yang dia suruh buat?
Takkan minat dengan aku, aku ni dah la selebet, baju pakai hape ada, rupa besa, bedak pun secalit aku tak letak, dia nak apa ni.. aku rasa nak meraung dalam bilik ni.
Seumur hidup tak ada manusia baik nak layan makan macam dalam istana. Apa niat dia?
Kata orang bila orang buat baik, kita kena balas budi dia. Dah la semua bil-bil berkaitan dia bayarkan.

.........Aku rasa KELAM........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience