Bab 5

Romance Series 3705

Sampai di bilik, Tengku Adrian melepaskan badannya ke atas tilam yang empuk, sambil baring dia mencari nombor seseorang. Tertera nama Ray, dia terus buat panggilan.

"Dah dapat apa yang saya suruh?",
tuturnya dengan nada yang keras.

"Belum lagi Tengku, mohon bagi sedikit masa lagi", jawab Ray separuh takut.

"Saya nak semua maklumat ada atas meja sebelum pukul 8.00 pagi. Kalau lewat.. awak fahamkan apa yang saya boleh buat", nada berbau ugutan.

"Baik Tengku, saya faham, InsyaAllah akan diusahakan, tapi apa hubungan Tengku dengan dia", Ray cuba mencungkil rahsia.

"Buat kerja tanpa tanya tak boleh?,
Saya bayar awak bukan untuk disoal?,
Saya bayar untuk dapatkan maklumat," kali ni memang Tengku Adrian amat marah dengan pertanyaan Ray. Baginya Ray dah lebih-lebih. Perbualan dimatikan.

Matanya memandang siling, sambil memikirkan siapa gadis ni, Fatimah Binti Abdullah. Nama klasik, orangnya cantik, kulit putih, mata dia lawa, kening terletak elok. Bibir merah.. hidung mancung, tinggi dalam 170cm rasanya,dah boleh jadi model, sebab tinggi aku 180 cm. Dia tak perasan ke dia lawa. Ke buat-buat tak tahu dia lawa. Ada darah campuran ke. Apesal kalau senyum mata dia macam tak nampak.. macam aku je. Mata macam anak cina. Sekali pandang dah macam amoi korea, dua kali pandang macam dialahlahkan takkan rupa orang lain.

Kenapa muka dia macam pernah tengok. Dengan orang lain, tak la rasa teruk macam ni. Ni rasa tak keruan. Nak tenung lama-lama anak orang.

Betul ke apa yang aku buat ni. Mak Tom pun nak sangat ambil cuti sebab nak jaga anak dia kemalangan. Kalau lebih dari sebulan macam mana pula. Fatimah ada kelas. Takkan dia nak buat semua kerja. Dah macam suri rumah aku la pulak. Hehehe.. apa salahnya kan.

Petang-petang ni minum air teh-o madu best jugakan. Nak-nak orang yang hantar dia. Lama dah *rasa* ni hilang dari radar hidupku. Biasa orang dekat sebab duit, bukan sebab cinta. Adakah dia pun mata duitan. Isshhh.. tak baik buruk sangka.

*****************

Tengku Adrian adalah anak bongsu dalam keluarga. Yang sulung Tengku Hasan dan yang kedua Tengku Nadhirah.

Ayahandanya Tan Sri Tunku Nordin Bin Ahmad dan bondanya pula Puan Sri Aisyah Binti Omar. Mereka antara orang yang amat berpengaruh dan banyak menerima darjah kebesaran dan pinggat.

Keluarga Tan Sri Nordin juga merupakan pelopor syarikat bumiputra Malaysia pertama yang melibatkan diri dalam industri pembuatan kapal terbang ketenteraan.

MAS Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat MAS Su-30MKI buatan Malaysia. Ini adalah salah satu kebanggaan rakyat. Bercerita tentang latar belakang keluarga ini, hanya Tengku Adrian yang tidak minat sertai syarikat NA Group. Alasannya; kenapa perlu cipta kapal untuk berperang sedangkan ramai lagi manusia yang kurang makanan.

Jadinya, Tengku Adrian sahaja yang jalankan perniagaan yang lain dari keluarga. Dia lebih selesa memiliki sebuah pernigaan sendiri, di usia 25 tahun sudah memiliki rangkaian hotel sendiri, didalam dan luar negara.

Dan satu-satunya yang menjadi kebanggaan, pastilah perniagaan online Tengku Adrian, diberi nama Malaya Bazar dan sekarang telah menjadi pesaing rapat Amazon .Siapa tak kenal pemilik Amazon; Jeff Bezos, yang memang tak akan kurang kayanya. Banyak pusat beli belah tutup sebab portal ini berhantu. Ramai yang hanya mahu membeli secara talian. Dan tak hairanlah di usia baru 25 tahun, Tengku nombor satu antara yang terkaya di Malaysia. Ni bisnes anak dah lawan bisnes ayah sendiri.

Terbit dari rasa prihatin atas kesusahan orang ramai, Tengku wujudkan yayasan yang diberi nama Yayasan Kasih Malaya Bazar. Bantuan ditumpukan kepada pesakit kronik dan ibu-ibu tunggal.

Tapi hairankan orang yang sekacak ini, masih belum berpunya, tiada kekasih hati. Mungkin sebab sibuk dan tiada masa. Atau memang pernah dikecewakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience