Hi guys.Assalamualaikum !! Kenalkan nama aku Fatimah Abdullah.. tapi, tacing beb.. kawan-kawan bagi aku killer punya gelaran "taiko rempit". Setakat satu kolej matrikulasi aku stay .. sah-sah muka kena reject kalau nak join usrah. Ada je mata-mata sesuci embun pagi yang tak seronok tengok aku. Asal.. apeesal... ni sume sebab aku selalu merempit dgn motor Peah, siap menang tu beb.. kau rasa.Punyalah skill aku tinggi naik motor tapi kalau Allah nak uji aku..terer mana pun aku kalah..
Al kesah aku terlanggar kete mamat ni. Masa tgh rush nak ke kelas. Kau tahulah aku punya kederat. Selagi boleh pulas.. aku pulas la .. apa lagi tak dan nak break.. berdentum dengan kereta dia...??. Pew... bukan kaleng-kaleng beb.. dia bawak BMW 5 Series F10.. ape kejadahnya.. gila apa mamat ni bawak kete mewah dlm kolej, yg sah-sah jalannya sempit. Aku ni bawak motor je.. orang lain pun bawak beskal, motor.. adeh.. baik kau buat jalan sendiri.
Pagi yang ku sangka indah bertukar kelam. Aku tak da lesen bawa motor. Motor pulak pinjam, kawan punya beb.. mampus aku... mampus. Selalu mendajal org, hari ni ambekk..cash and carry... Apakah harus aku buat sesi soal jawab dengan 'Peah Rimau'. Biasa guna motor orang macam hak sendiri.. nilah padahnya.
Padahal lengan aku berdarah ni.. kaki kebas terhimpap motor... otak aku ligat memikir aku nak bayar pakai apa ni.. kereta dia kemek teruk bahagian depan. Bukan sebab aku langgar jadi kemek. Takat motor nak langgar body kereta dia, memang tak mendatangkan keremukkan. Ni sebab dia nak elak langgar aku.. lalu terlanggar tembok.. nangis beb.
Dalam pada aku kalut... keluar seorang manusia dari dalam perut kereta.. sambil membuka kaca mata hitamnya.. perghhhh.. Ape pasal handsome sangat ni...
Macam ada sinar.. kau tahu, sinar kebahagiaan... tiba-tiba kau rasa nak jadi surirumah tangga. Tengah syok bertentang mata;
"Woiii.. mata letak mana??.. Kau tak nampak .. Kereta sebesar-besar alam ni. Yang kau ni; dah lama nak mati ??? Mana signal.??. dah jom ikut aku. Pergi balai.. buat report polis..".. kena jerkah kat mamat poyos ni..
Aku.. sebutir kata yg keluar.." Maaaf".. sambil tangan aku terketar-ketar.. dan menahan sakit yang amat.
Tiba-tiba mamat jebon ni pegang tangan aku.." Awak ni luka teruk.. jom saya hantar ke Klinik yang hampir.. buat check up.. sebab motor awak melambung, cuma awak yg tak nampak parah,..takut kecederaan dalaman"..eh.. eh.. pandai pulak cakap lelembut. Budi bahasa rupanya si polan ni.
Aku telan air liur.. aku nak cakap apa kat Peah Rimau tu.. matilah.. motor dia rosak. Apa idea aku ada. Aku mula pikir ayat untuk atur bicara..
Dalam Kereta..
"Tuan, saya minta maaf, tolong jangan buat report polis sebab...saya tak ada lesen. Motor tu kawan saya punya.." tutur aku perlahan-lahan.
Tiba-tiba dia break mengejut..??,.. adeh.. Dia tenung aku macam nak makan.. seriuslah. Aduhaiii.. apa nasib aku..Dan kerosakkan kereta dia lagi...motor Peah Rimau .. adu du du du du.. ...
Dia berhenti tepi, terus minta no phone aku, email, alamat kampung,gambar ic aku dia nak. Dia cakap, "Awak kena kerja dengan saya!!! Untuk bayar semua kos. Saya boleh setelkan motor kawan awak.. tapi ada satu syarat.."..
Syarat apa ni.. Otak aku mula bekerja memikir yang dalam-dalam.
"Tolong senyum., saya nak simpan bukti orang yang buat kereta saya remuk..?", dia nak berwefie dengan aku, glupss... alahai hencemnya.. ia. Kalaulah tu telefon aku. Kalaulah..kan. Aku pun cubalah buat senyuman paling manis, manis menggoda.
Dia jegil mata wokk.. sabar ye .. dijegilnya mata kat aku.." Kenapa tersengeh-sengeh macam kerang busuk, tutup mulut, saya nak muka awak, bukan gigi awak.".. aduh malunya hakak.. serius malu weiii. Siot betul mamat ni. Kejung aku dalam keta ni. Rasa-rasa nak lari balik.
Dia gelakkan aku. Ala aku nak nangis ni. Benci.. benci... macam nak tumbuk-tumbuk dada dia tu. Macam acah-acah marah kan. Gelitis pulak aku ni. Bukan ke aku spesis tak suka sangat usha lelaki. Ni apa pulak yang jadi kat aku. Hello Fatim okey ke tak ni.. Hello.. aku anggau.
Dalam diam aku memikir permintaan dia. Apa dia nak buat? Adakah nak suruh aku buat kerja yang bukan-bukan? Oh no.. Fatimmm habislah kau. Habislah..
Aku meraup muka. Sambil memandang dia yang tengah kusyuk drive. Allahuakbar. Ya Rabb lindungi aku dari orang-orang yang zalim. Aku tak nak jadi anak ayam atau disugar dadykan. Help me.. teriak ku dalam hati.
Pandangan mula kosong. Aku tak hiraukan dia disebelah. Yang aku hiraukan, nasib aku selepas ni.
Masalahnya siapa dia ni.. dari tadi lagi nama satu pun aku tak tahu.. haduii
Kau siapa.. aku tak kenalll.. aku tak undi kau..Tetiba aku teringat minah super ring ni. Viral satu pelosok alam..
Hentiakan Fatimm. Fokus pada masalah yang ada.
Share this novel