Di dalam Pesawat Air Asia
Tengku tercari-cari tempat duduk yang telah ditempah. Rasa bersalah menerpa diri bila melihat wajah yang dirindui, rasa-rasa nak sahaja dia memeluk dan menghulurkan bahu pada gadis kesayangannya.
Air matanya masih tak henti mengalir. Apakah aku dah terlalu kejam padanya. Tengku memejamkan mata. Perlahan-lahan duduk di sebelah Fatimah. Dengan kaca mata dan rambut palsu, memang Fatimah tidak akan menyangka lelaki disebelah kanannya ialah Tengku Adrian. Tempat duduk tiga penumpang yang di tempah masing-masing di sebelah kiri bahagian kapal terbang.
Kerusi sebelah tingkap masih kosong, dan paling Tengku khuatir jika pemiliknya seorang lelaki.
Memang sah lelaki, rupa macam mat saleh, hidung mancung, siap pakai suit lagi. Gila handsome lelaki ni. Aduhai... jangan pulak dia tackel Fatimah.
Aku dan Fatimah keluar untuk memberi ruang pada lelaki yang duduk di kerusi paling tepi, senang cakap tepi tingkap.
"Tak pa, tak pa .. you masuk dulu, nanti tak selesa kan kena apit dengan dua jejaka," tutur penumpang yang sepatutnya duduk di tepi tingkap, sambil matanya memandang Fatimah.
"Baik, terima kasih ya," Fatimah akur lalu duduk di tepi tingkap sambil memainkan jari jemarinya. Nampak sangat macam orang yang ada masalah. Mata dah sembab, muka penuh sisa air mata.
"Awak ambil ni," tutur jejaka tampan di sebelah Fatimah.
Tengku Adrian yang melihat menjadi tak keruan.
"Tak perlu," Fatimah menggeleng kepala.
Tapi air mata masih lagi jatuh berjuraian. Bibir bawah di gigit, mata di lontar keluar tingkap, hanya terlihat lampu neon yang menerangi lapangan terbang.
Melihat keadaan Fatimah yang begitu, jejaka di sebelah mengelapkan air mata Fatimah dengan sapu tangannya.
"Nah ambillah, lap air mata awak, kenapa menangis, awak ada masalah," tutur jejaka tampan.
Fatimah geleng kepala dan terkejut dengan tindakan teman sebelah kerusinya.
"Baiklah awak rehat, kalau nak cerita saya boleh menjadi pendengar yang baik," tutur jejaka tampan itu lagi.
Fatimah hanya mengangguk. Dia memejamkan mata, baginya Tengku Adrian dan Zana(bekas kekasih Tengku) sepadan dan perangai pun sama.
Zana yang kemaruk nak bernikah dengan Tengku, walaupun tiada risikan dari pihak lelaki, tetap nekad dan tebal muka mengumumkan bahawa dia tunangan Tengku Adrian.
Tengku Adrian pula nak nikah dengan aku, tapi calon isteri langsung tak tahu, sarung cincin tunang kat tangan siapa agaknya. Gumam Fatimah dalam hati.
Tali pinggang keselamatan di pakai. Kapal terbang mula melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur Ke Langkawi. Masa yang diambil 1jam 5 minit.
Tanpa Fatimah sedari, dia belum lagi menempah hotel.
***************
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Tengku mengekori Fatimah, dari kejauhan dia melihat Fatimah berbual mesra dengan jejaka di sebelahnya. Dengan siapa Fatimah tersenyum manis, tercabar rasanya.
Tengku berlari menghampiri Fatimah, menepis tangan lelaki yang memeluknya. Satu tumbukan sulung di lepaskan tepat ke arah pemuda tersebut. Fatimah menjerit, meminta tolong.. Tengku Adrian melarikan diri. Dia takut penyamarannya terbongkar. Lebih parah bila jadi topik utama media dan portal. Baik dia larikan diri. Tengku Adrian sempat menyelamatkan diri dari dikejar pengawal.
"Pandu cepat," arah Tengku Adrian pada Rahmat.
"Baik bos," tutur Rahmat yang merupakan pembantu peribadinya di Langkawi. Cevrolet Camaro membelah laluan. Tengku Adrian menuju ke Rumah Inap Bonda(Rumah Peninggalan Nenek sebelah ayah).
"Rahmat!!!... ," nyaris kereta di pandu melanggar penghadang jalan.
"Maaf bos, sorry," tutur Rahmat takut-takut.
"Dah lama nak mati ke?," tutur Tengku Adrian dengan marah.
***Dalam perjalanan Tengku Adrian menelefon Ray.***
"Hello bos.. arghhhhhuarghh...eemm, ya bos..ya..siap," Ray menyatakan kesiap siagaan.
"Siapa suruh awak tidur?.. menguap tak cukup mulut, cepat akses location Fatimah," arah Tengku Adrian.
Lagi lagi Fatimah, Fatimah, Fatimah, Fatimah,..pukul 3 pagi aku kena kejut, ishh bos ni.. hal perniagaan pun tak sesulit ni. Ntah bila nak nikah. Aku nasihatkan tunang elok-elok tak nak, nak surprisekan Fatimah. Hah.. hambek kau surprise nak mamposs.. dengan aku-aku sekali bangun malam. Ray membebel dalam hati.
"Tengku, saya rasa Tengku boleh akses dari telefon," Ray semacam memberi arahan.
"Kau nak kena pecat, dia off handphone la.. kau ingat aku bodoh," padahal memang Tengku Adrian tak perasan yang dia boleh menjejak dari handphonenya. Dah kalut kan.. tapi tak nak mengaku.
"Baiklah Tengku kejap lagi saya bagi location, " suara Ray yang datar. Mengantuk mengantuk mana.. mengantuk mengantuk... saya nak tidur.. Ray mengomel lagi.. sambil jalan terpisat-pisat mencari laptop. Ray ni bukan sembarangan orang. Ray merupakan Team Risikan bagi syarikat Tengku Adrian. Setakat hack system dan melumpuhkan mana-mana web atau portel serah saja pada dia.
****
Di sisi lain, Tengku Adrian masih lagi tak puas hati dengan apa yang dilihatnya.
Ish Fatimah ni kalau aku dapat, siaplah. Sampai tak tentu arah hati aku ni kau buat. Main peluk-peluk dengan jantan lain. Perempuan jenis apa ni. Getus Tengku Adrian dalam hati.
Aku kejar kau Fatimah, mana nak lari. Lepas ni aku kurung kau dalam rumah. Sebelum kurung pujuk bagi cair. Itu denda sebab kau melarikan diri.
Tengku Adrian tersenyum memikirkan rancangan nakalnya.
************
Bersambung
Ni chapter paling pendek.. asal boleh namanya..
#jagaamal
Share this novel