Langkawi
Hotel Palace Of The Golden Roses.
"Selamat datang Tengku Adrian," Naim membongkokkan badan 70 darjah.
Naim Bin Borhan, Senior Manager di Palace Of The Golden Roses.
Tengku hanya melangkah laju, menuju pintu lif.
Naim masih disisi membawa beg Tengku. Dia perlu memastikan majikannya dilayan secara baik.
"Saya nak pelayan lelaki sahaja, faham," Tengku Adrian memberi arahan kepada Naim. Tengku cukup fobia menerima layanan dari staf perempuan. Amat merbahaya baginya.
"Sediakan keperluan saya seperti biasa", tutur Tengku Adrian lagi.
"Baik," jawab Naim sambil mengangguk faham.
"Ting," pintu lift terbuka, kaki di hayun melangkah ke kamar 7903. Satu-satunya Kamar milik Tengku Adrian yang tidak boleh di tempah oleh pelanggan. Satu-satunya miliknya. Hanya dia yang boleh menginap di situ.
Badan dihempaskan di atas tilam yang empuk. Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela. Pemandangan persisir pantai amat memukau mata. Diandaikan seakan saja boleh meredakan kekusutan dijiwa.
Disebabkan Tengku berasa amat tegang, dia suka mengamalkan mandi didalam tab dengan wangian lavender campuran susu dan madu.
Tengku masih berpakaian kemas. Sambil-sambil matanya terpaku pada satu posting Fatimah diinstagram.
"Tok..tok..," bunyi pintu di ketuk.
Ketukan pintu yang kuat membuatkan Tengku menutup layar telefon tangannya.
"Masuk", teriaknya..
"Tuan, saya Hazif akan melayani tuan", tutur pelayan yang sedikit gugup.
Tengku faham dengan pandangan mata itu, ia sudah lali.
"Kau kenapa?", Tengku Adrian menaikkan suara.
"Maaf Tengku saya tak sangka akan melayan super hero saya, dambaan pujaan hati", sambil malu-malu tersipu-sipu Hazif memandang Tengku.
"Apa maksud kau?," sambil Tengku meletakkan cawan yang masih berisi separuh lagi jus oren di atas meja.
Hazif memandang Tengku meneguk minuman, sambil terpegun melihat kekacakkan lelaki dibadapannya.
"Kulit Tengku amat cantik, dia memiliki ciri-ciri maskulin", fikir Hazif dalam diam.
Tengku menaikkan kening. Matanya kemudian dikecilkan memandang seraut wajah lelaki bernama Hazif.
"Lamanya nak bagi jawapan, apa kau tertarik pada aku," soal Tengku tanpa berbasa-basi. Direct to the point.
"Ermm.. macam ni Tengku.. saya mengidolakan Tengku, supaya suatu hari nanti saya berjaya seperti Tengku ," jawab Hazif sambil menunduk kepala.
Wow.. Tengku diminati lelaki dan perempuan. Perghhh kegilaan apakah ini. Tengku menghampiri Hazif baginya, Hazif tak kurang tampan.. macam Jackson Wang yang duet dengan JESSI.. lagu Nunu Nana.. ya..sebijik. Takkan lelaki sekacak ni.....
Tengku mengundurkan kakinya ke belakang.
"Betul ke ni? Ke ada niat lain," Tengku menebak.
"Aaaaa sudah..kat sini pun ada jugak," Tengku melepaskan tuala yang melingkar di bahunya. Tuala tu dibaling tepat mengena muka Hazif.
"Dah keluar sekarang, saya tak perlukan awak. Biar saya buat sendiri", dengan nada yg cukup tegas.
Lari dari bibik ingat dah boleh bahagia. Baru nak cari akal nak pujuk Fatimah. Muncul pulak lelaki dua alam ni..
*********
Perbualan Tengku Adrian dengan Naim.
_______________________________________
Tengku Adrian menghubungi Naim.
"Siapa lelaki yang kau hantar?"
"Tolong bagi detail, macam mana kau kerja!! Kau hantar gay layan aku. Kau dah gila ke apa?" Sergah Tengku.
"Nak saya pecat dia ke Tengku?", tutur Naim dah kelam kabut, peluh dingin mula terasa.
"Baik aku pecat kau, apa yg kau buat, ambil tahulah tentang hal ehwal pekerja", pukul 11 pagi kau dan dia jumpa aku di bilik.
Naim melihat jam di tangan lagi 15 minit. Sempat ke dia ke bilik Tengku Adrian.
"Mampos aku macam ni, manalah aku tahu dia gay ke gayah ke.. ," gerutu Naim dalam hati.
*****
Bilik 7903
Hazif merapati Tengku.
Satu pelukan kuat diberikan kepadaTengku Adrian. Tengku jatuh ke atas katil.
"Lepaskan saya.. apa awak buat ni!!!," jerkah Tengku Adrian.
"Saya sayangkan Tengku, terima kasih Tengku," sambil air mata Hazif mengalir laju. Dia tak kira apa pun..
"Lepaskan saya.. lepaslah.. ," Tengku Adrian menjerit.
........
Naim bergegas masuk ke bilik 7903.
Daun pintu bilik terbuka luas.
"Naim tolong saya.!!!..," Tengku menjerit.
"Ya Allah kenapa ni Hazif?.. awak bukan ke staf paling kanan di sini. Istighfar banyak-banyak",.. Naim dah tak keruan sebab Tengku Adrian berpelukan dengan Hazif.
Wanita misteri
***************
Masa yang sama....
Masa yang sama....
Kedaan yang sama...
Bilik yang sama....
Seorang wanita berpurdah memasuki kamar 7903. Wanita ini persis Fatimah.
Melihat keadaan Tengku yang menelangkup di atas katil sambil dipeluk erat lelaki asing dari belakang, membuat darahnya menyirap.
"Siapa lelaki ni?".. lepaskan Tengku sekarang", sambil mengambil tas tangannya memukul-mukul kepala Hazif.
Naim pula cuba menghalang wanita aneh ini dari naik kerasukkan.
Tengku Adrian mula bingung.. betul ke Fatimah ni..
"Fatimah maafkan saya.. ini bukan seperti yang awak lihat," Tengku melepaskan pelukan Hazif.
"Gedebuk", bunyi badan Hazif jatuh ke lantai.. cepat-cepat Tengku menolaknya. Fikirannya hanya satu. Fatimah.. ya Fatimah. Gadis yang dirindu.
"Bila you sampai", tutur Tengku.
"Baru saja.. i datang sebab i rindu you", tapi ayat tak seperti Fatimah, siapa wanita berpurdah ni.
"Siapa sebenarnya awak ni?.. Tengku Adrian mula ragu-ragu. Naim masih berdiri kaku. Dan Hazif masih menahan sakit di siku.. kerana terlanggar bucu meja ditolak Tengku Adrian.
"You tak kenal i ke sayang. I dah berubah. I berubah kerana you..", lagi serabut Tengku bila dengan ayat ni. Siapa pulak ni...
"I zana .. i tunang yang you nafikan," sambil membuka nikabnya.
Tengku terdiam, lemah rasa lutut.. ujian apakah ini. Yang baru belum selesai.. yang Fatimah pun tak jumpa.. alih-alih Zana pula tunjuk muka. Ya Rabb kuatkan aku.
"Zana..please kita tak pernah bertunang, you faham tak.. ," Tengku terduduk di birai katil. Tangan di letakkan di atas kepala. Muka di raup beberapa kali.
Zana menghampiri Tengku Adrian.
" I dah berubah demi you, i sanggup jadi isteri ke dua untuk you, tanpa you i sanggup mati, i sanggup minta maaf , sujud depan kaki mama dan papa".. sambil menangis teresak-esak Zana meneruskan bait-bait terpendam.
Adoiiii kes apa lagi ni..
Tengku menghampiri Hazif, di rangkul bahu Hazif.. di bawanya berdiri bersebelahan Zana.
"Zana kenalkan ini Hazif, bisnes partner i. So you boleh kenal-kenal dengan dia. Dia handsome kan. Masih belum berpunya, tadi i gurau-gurau kasar je dengan dia," tengku sempat membisikkan sesuatu pada Hazif.
Naim pula membulatkan mata bila Tengku bicara sebegitu.
Apa yang sedang Tengku rancangkan. Siapa pun tak tahu. Yang penting dia mesti terlepas dari cengkaman Zana.
______
Bersambung
Guyss.hari2 ingat nak smbg chapter. Tp x sempat. Doakan ya projek baru sy berjalan baik dan suksess. Dan dpt bagi masa menulis. Tq utk yg follow.
#jagaamal
#jagadiri
#staysafe
Share this novel