-VILLA Peribadi Tengku Adrian-
Langkawi
Villa yang super duper mewahhh...... gila mewah. Tengku Adrian harap kali ni last dia melarikan diri , tak sanggup lagi main kejar-kejar, asalnya nak stay Rumah Nenek alih-alih ke Hotel... tiba-tiba dah ada di Villa Peribadi...
Guys kamu fikir villa dimana? yes2 betul2 . Tepi laut....
5 Tingkat Beb... ada kawasan heli nak mendarat kat tingkat paling sayup..... tingkat atas.., and then.. wow.. the infiniti pool... guest what? mengadap ke laut Selat Melaka. Alah kawasan Pantai Kok Langkawi u all pun tahu kan. Kat tepian pantai tedampar bot mewah milik Tengku Adrian, Yang bestnya, betul-betul ada tempat heli mendarat juga. Apa nak hairan kan... orang kaya, lain lah mika-mika semua. Tahap-tahap kita ni ada Honda EX5 pun dah syukur, yang penting qanaah tak gitu.
Pendek kan cerita, Tengku Adrian baru sampai kat VILLA ni, setelah bersusah payah melepaskan diri dari Hazif dan Zana. So, penat ke? Opkozlah penat... mental plus fizikal. Asik kena kejar dengan wanita gila.
Dalam hati tu teringat je dengan Fatimah. Buntu akal dibuatnya. Kalah weii.. kalah buat bisnes Multi Juta-juta. Aipp...hampa jangan gelak sakan, bila dah kena kat batang idung... bodoh-bodoh alam jadinya. Tu namanya penangan Cinta :), kuasa wanita .
Infiniti Pool . Level 5.
Situasi damai dan santai. Tengku Adrian merehatkan diri di kerusi panjang , menghadap Laut Selat Melaka sambil menikmati secangkir kopi dari Barista Villa the one and only khidmat untuk Tuan Muda Tengku Adrian.
So kau bayangkan jejaka kacak ni tengah santai tiba-tiba...
Again..
Tengku Adrian tengah merehatkan minda di aras 5. Sambil minum air kegemarannya... Coffe latte.
Tiba-tiba.. dah dua kali tiba-tiba.. hahaha
Adoii ! Villa yang sunyi sepi menjadi hingar bingar.
Terdengar suara pembantu Tengku Adrian, Si Bob menjerit-jerit...
Tengku Adrian tak masuk campur. Dia dah letih, dia biarkan Bob selesaikan kalau ada apa-apa yang berlaku.
-Di hadapan Pintu Masuk Villa-
"Tunggu-tunggu, Tuan Puan, Villa untuk hari ni tidak dibuka untuk siapa-siapa sebab Tuan Muda ada disini. Kami minta maaf, kami tidak menerima pelawat, tutur Bob sambil merapatkan kedua belah tangan ke dada membuat isyarat memohon maaf.
" Puan dan Tuan tak boleh masukkkkk..., Tuan Muda tak mahu diganggu", tempik Bob sambil menggenggam buku lima. Main rempuh je masuk. Dalam hati dia dah mengutuk-ngutuk "mamposlah aku kena dengan Tengku lepas ni"
"Gilalah perempuan ni",
Sambil matanya menghelang memandang tajam pada satu susuk tubuh lelaki.
Hei kau... ya kau mari sini!!", jerkah bob pada susuk tubuh lelaki yang sorang lagi. Tak ada dah tuan puan, hilang dari kewarasan fikiran.
"Kau buat apa kat sini, keluar sekarang", sambil tangannya mencengkam kolar baju empunya badan.
"Maaf tuan...", jap... guys dia panggil Bob tuan?. Terjegil mata Bob, dia tak tahu ke Bob hanya pembantu di sini.
"Saya follow perempuan gila tu, saya ni di pihak Tengku Adrian, kami ada rahsia", sambil terketar-ketar menutur bicara, aikk lelaki ni main rahsia-rahsia pulak.
Mana tak takut bila tengok body builder depan mata. Silap-silap masuk icu, makan bubur sebulan.
Berkerut muka Bob, dilepaskan cengkaman.. lelaki misteri di seret ke satu bilik dan dikunci.
Perempuan Gila dah hilang wei. Dia main terjah je masuk Villa orang macam rumah dia.
Next step... kejar *Perempuan Gila*
Ye memang gila, perempuan ni tahu pulak selok belok Villa Tengku Adrian.
"Jangan lari... kalau awak nak selamat", arah Bob pada *Perempuan Gila* yang merempuh masuh Villa. Dah macam dialog Gerak-Gerak Khas.
"Hei u jangan main-main dengan i, seluruh Villa ni i yang punya, u tu dibawah tapak kaki i je. U know!!! Sambil dia menunjukkan kasut 3 inci jenama Fendi around 50 ribu pound. Perghh..
"Ini kalau kena kat kepala aku, maunnya berlubang..", Bob mengomel sambil buntu macam mana nak tangkap perempuan ni.
Bob melemparkan senyuman mengejek.
"Oi perempuan murahan, tolong keluar atau aku humban kau kelaut bagi makan ikan todak", ancam Bob.
"Hello, hello, hello call my Name..
ZANA.. I ADA NAMA.. faham!!!
Wow zana u memang keras, dah la terjah rumah orang muka tu memang selamba je. Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni.
"Baik.. Cik Zana, Sila keluar dari Villa Peribadi Ini, atau saya call polis atas pencerobohan Cik Zana, yang membuat ancaman pada Tuan saya", panjang lebar dah ni , Bob cuba berunding
"Hei tuan you tu ada nama, Tengku Adrian, i ni tunang dia, u gila ke nak lokapkan tunang Tuan you", belalak mata Zana memandang Bob.
"Owhh tunang.... rasanya you tunang dengan Tunku Dapur Kayu saya rasa..", Bob jeling menyampah dengan Zana, nak je di tangan-tangankan. Tapi sebab penampilan Zana amat ketara orang ada-ada, silap-silap dia yang masuk lokap.
Zana meradang sambil melemparkan kasut tumit tinggi ke arah Bob.
Bob apa lagi menyambut baik, lalu mematahkan tumit kasut Zana" Puas hati Bob.. bergelak sakan dalam hati, dapat mengenakan Zana. "Padan muka kau", gumam Bob.
"Heii you, damm kau buat apa dengan kasut aku"
"Kau yang bagi kat aku, aku sambutlah",
"Nanti aku akan datang balas apa yang kau buat!!! Marah Zana
"Yelah aku buat tak tahu je.. Ingat rumah ni ada CCTV, cubalah kalau nak viral", pesan bob.. sambil menahan gelak...
Zana terkial berjalan dengan satu kasut, niat nak mencari Tengku di batalkan..
" I hate u, baboon!!! ", pekik Zana ...
" Hei pintu keluar kat tepi tu.. ", berdekah-dekah Bob ketawa
"Tahulah!!!", sebab geram sangat dengan Bob, satu kasut ditanggalkan dan dibaling ke arah Bob, wow.. tapi Bob tangkas mengelak balingan ulung dari Zana.
"Dah la pakai baju sendat, kain nipis, terjojol sana sini, dia ingat cantik? Macam tak ada maruah. Murahan sangat!! ", omel Bob sambil mencampakkan sepasang kasut Zana ke dalam tong sampah.
Alamak baru dia ingat kat sorang lagi makhluk dalam bilik....
*********
Bersambung.
Salam Ramadhan Kareem.
Share this novel