Fatimah
**********
Apalah Tengku ni seharian aku termalu dengan dia. Dahla kantoi, dia belikan pula. Pertama kali lelaki belikan. Nak buat macam mana benda dah jadi. Sekarang fokus nak siap-siapkan juadah Putera Kayangan tu.
Jom ikut gie dapur. Sebenarnya tulus dan kudus aku bagi tahu, Kalaulah.. kalaulah Tengku Adrian ni makan kat luar, kan ke bagus boleh rehat sikit. Ni aku masak sambil menahan sakit. Ya... sakit sangat ni. Ni boleh tahan pun sebab makan ubat. Biasa aku tak ambil ubat ni. Sebab nak siapkan makan malam ni aku telan sebiji.
Alhamdulillah aku dah perap daging untuk Tengku. Aku buat banyak-banyak. Aku suruh Pak Mail belikan daging batang pinang atau daging teduh. 4 jam aku perap. Sos pun dah buat siap-siap. Bab pilih daging bahagian lain-lain aku tak tahu. Kalau dia nak steak daging mahal yg lain, aku tak reti. Maap ya, kampung people memang macam ni. Aku takut pilih bahagian lain kang keras kedengkang.. aku gak kena nanti. Syukur tak suruh aku masak kek dan macam-macam juadah berasaskan biskut. Memanglah aku gagal. Tapi ada resepi buleh le mencuba.. dah ghupe apa aku ni. Dah macam bibik.
********
Walahweiii kau tengok steak aku buat, punyalah aroma satu rumah. Beb Tengku dah balikk..... adudu dia ada terconggok depan aku ni, suka bagi senyuman dengan pandangan mata gatal. Aku cocok ngan garfu baru tahu.
" Assalamualaikum bidadari abang, dah siap?" lepas isyak ni bawa naik atas kita makan sama-sama ya," sambil Tengku melonggar kan tali leher buat muka manja-manja gitew.
"Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarokatuh waridwanuh," dah alang-alang tu,aku kena doakan yang panjang-panjang ayatnya
"Kenapa ni.. pandang-pandang abang, mesti geram kan.. maklumlah orang kacak macam abang memang buat orang anggau," ehhh ehhh Tengku ni bagi ayat berani mati, sah-sah mata aku mengeluarkan aura marah. Lain pulak dia bagi tafsiran. Berabang-abang pulak dengan aku. Adoii bisa pusing ini..pusing Pak...
"Tengku pergilah solat dulu, lebih afdal, jangan lewatkan solat, rezeki dah melimpah ruah Allah bagi, kena tarik nanti.. tak dapat naik lambo...," aku bebel kat dia. Malas nak layan, baik aku siapkan salad, lagipun kejap lagi dah nak makan.
"Orait..yunkk," ehhh gelitisnya la mamat poyo ni.. ade aku cili kan dari kepala ke kaki karang baru tahu.
"Aduh, .. ," aku mengaduh kecil, tulah dah terpotong jari, Tengkulah ni suka mengacau kat dapur getus aku dalam hati.
"Eh tangan you kenapa ni Fatimah, berdarah, Allahuakbar, you ni tahulah i ni handsome takkan sampai terpotong jari," Tengku ni kan, ade je aku suapkan cili nanti, molot tu..molot..tak ada insuran. Tapi kan guysss masa dia lipat lengan baju sebab nak tengok luka aku, walaweh berkarismatik betul, bergaya beb. Ishhh rasa-rasa aku nak gigit lengan dia tu. Woi Timah bangun dari lena. Bangunnnnnnn!. Aku mengelamun rupanya.
Sebenarnya, Tengku nak pegang ibu jari tangan kanan aku yang luka, sambil tu dia menatap tepat ke arah mata aku. Saja aku tenung bola matanya. Dah gatal sangatkan. Aku tepis tangannya, biar aku sahaja letak ubat, geram.
"Dah dah..Tengku penatkan, naik atas, kejap lagi saya datang bawa makanan, nanti kita borak santai kat sana, luka kecil je ni, tak sampai masuk hospital pun," aku dah la nak cepat siapkan juadah malam ni. Tu je ayat memujuk,supaya dia segera beredar dari dapur.
********
Tinggal air je tak siap lagi, nak buat air apa ya. Aku cuba buat air teh O ais letak daun pudina dengan perahan lemon. Baik aku buat sekarang, perghh memang best malam ni. Air ni kan kalau kau minum rasa macam nyaman and lembut tau, dia padan dengan steak. Atau apa-apa perapan.
Tada.. dah siap aku hias meja makan kat bilik Tengku Adrian ni. Lokasi santai nampak kolam lagi.. nampak langit gitew..
Dua steak, salad, pasta carbonara, lasagna.. air sesuci embun malam.. ni aku bagi nama. Hambek kau penuh meja.. aku gatal letak lilin bagai..apesalahnya kanns... Asbab malam ni, aku belajar lipat sapu tangan. Kau tahu dah tahap kerja hotel ni. Oiiit ada aiskrim tau.. kau tahu aku letak mana? aku bawak "ais cooler box". Aku simpan situ. Kau rasa sapa yang nak makan. Pandai,pandai..... memang aku yang nak makan.
So masa tunggu jejaka tampan ni keluar sempatlah aku melilau dalam bilik dia yang besar giler ni. Aku nampak gambar Tengku satu keluarga. Tapi ada satu gambar ni menarik perhatian aku. Rasanya gambar dia lepas belajar kot.. sapelah awek kat sebelah tu. Napa aku rasa cemburu ni. Hihihi...
Yelah nama pun jalan-jalan dalam bilik. Merayau-rayau aku tengok koleksi buku, mainan, dan apa-apa yang boleh menjadi halwa mata. Tapi aku tak berani usik nanti mampos kalau jadi apa-apa. Dah penat merayau, aku nak balik ke meja makan.
Aikkkk aikk.. sedang aku berpusing ke kanan tiba macam ada manusia kat belakang. Mak kauuuuu.. hidung aku rapat ke dada dia. Laju tangan aku menolak.. dia gie pegang tangan aku pulak..aaa sudah..
......Dua detik saling berpandang.......
**Tangan aku menolak dadanya ....dia pergi pegang tangan aku pulak. Kesudah dia jatuh kelantai.. muka aku tersembam ke dadanya. Tangan aku memeluk dia. Oh no.. no ..no no.... what happen..
Tolongggg pencabulan apakah ini. Biasa tengok dalam drama je, aku akan kondem kaw kaw kalau jumpa aksi macam ni dalam mana-mana drama. Tapi sekarang ni,situasi tu jadi betul-betul pada aku. Ni betul-betul atau lakonan. Apapun aku bingkas bangun, dan cuba buat muka macam tak ada apa-apa.
"Awak ni makan apa, berat semacam," Tengku bangun sambil menahan sakit, aku nampak dia pegang pinggang.
Nampak macam teruk sangat je. Alah jatuh sikit. Dah lambai-lambai tangan panggil aku, minta ambilkan bekas ubat. Dia suruh aku tampal apa ni.
"Awak tolong tampalkan," tutur Tengku sambil menahan sakit.
"Maaf Tengku saya tak perasan Tengku ada belakang," serba salah aku jadinya.
"Yang awak tolak saya buat apa? Bukan saya nak apa-apa kan awak, ni siapa nak tanggungjawab kalau saya tak pergi kerja.?" alah melampau sangat, aku yang sakit ni pun buleh tahan lagi, agak-agakla. Drama sangat..
Ish..serba salah aku nak selak-selak baju anak lelaki orang ni. Putih melepak belakang dia. Ayo fikir apa ni Fatimah oiii..
"Cepatlah awak tengok apa tu," Tengku mula bising kat aku. Apa aku mengelamun ke tadi.
" Awak ingat saya ni artis KPOP ke? Cepatlah tampal koyok tu," aku pelik je dengar perkataan koyok ni. Ishhh takkan teruk sangat, cepatnya dah lebam. Rasa serba salah aku makin menebal rasanya. Rasa cam kek coklat tebalnya..hahaha.. kek coklat pulak.. adoiii aku rasa aku dah lapar ni.
"Maaf Tengku, belakang ni nampak lebam, sorry ya, sebenarnya tindakan luar kawal tadi, saya terperanjat tengok Tengku tiba-tiba ada. Seram pun ya.., biasa hantu je muncul macam tu..." agak-agak dia terima tak permohonan maaf aku ni. Ke aku dah samakan dia dengan hantu. Dia jeling beb. First time lelaki jeling aku. Halah..halah.. marah le tu..
"Benda dah jadi, awak tak salah, tolong papah saya ke meja makan, lapar dah ni" ujur Tengku.
"Baik," sepatah tu je aku jawab, sambil pegang lengan dia. Berlapik ye.. dia pakai baju lengan panjang. Hampa jangan pikir lebih-lebih. Aku masih siuman lagi.
***********
"Nampak sedap, pandai awak masak ya, mana belajar ni, baju malam ni lain macam ya. Bugs Bunny. " Wah... Tengku puji aku beb. Rasa terawang-awang. Bab baju tu aku dah malas nak pakai jubah. Tak larat nak itu ini.
"Saya tanya Mak Tomlah,
Mak Tom pesan Tengku tak boleh bau sambal belacan, nanti tak balik rumah, lagi satu Mak Tom Pesan masak western food sahaja untuk Tengku, .. baju bunny ni kalau Tengku nak pakai, saya ada lagi satu pasang, dalam plastik lagi, belum tercemar. ", bicara ku pada Tengku... baru aku ingat dia suka karekter ni rasanya. Sebab tu aku pernah nampak dia pakai selipar Bugs Bunny. Geli hati aku memikirkan jejaka malaya suka Bugs Bunny. Dia tersengeh je dengan aku.
"Tapi kalau Mak Tom masak pun tak sesedap ni, apa yang awak bubuh dalam masakan, jangan mandrem saya sudah," sambil Tengku senyum-senyum sempat lagi syakwasangka dengan aku yang tulus mulus ni.
"Kenapa tak tanya dengan saya terus, lebih detail lagi saya boleh bagi,macam-macam tips untuk menawan hati Jejaka bernama Tengku Adrian, warna kesukaannya, minuman febret dia, ciri-ciri gadis yang dia sukapun saya boleh bagi tahu," Hai la Tengku ni penyakit mengeletis dah sampai. Tuan punya badan sendiri nak bagi tips.
"Sebenarnya, saya belajar online Tengku, ambil kelas PJJ. Resepi ni siap boleh buat jual tau," tutur aku macam orang penuh wibawa.
Tiba-tiba Tengku mengeliat sakit, aku jadi serba salah.. memang salah je lah.. tak de yang betulnya. Hehehe.. yelah tengok dia macam tu, penyebabnya akukan.
"Sakit ke Tengku?" tanya aku pada Tengku.
" Ni kalau malam pertama boleh patah pinggang saya, awak berat sangat," amboi Tengku ni tak sayang mulut, nak je aku luku kepala dia. Malu dah aku ni.. adoiii malu.
"Apa Tengku ni, suka melalut, ni dah kira serangan seksual tau, saya report baru tahu," aku mula memoncongkan mulut dan menahan marah. Benci aku, gatal sangat. Aku ikat dengan kerengge baru tahu.
"Apa pulak,betullah.. ayat saya tak habis lagi, tidur malam pertama selepas jatuh tadi, kan sakit lagi, jadinya malam ni saya menahan sakit la. Otak tu fikir apa. Sekolah pun tak habis lagi, budak-budak sekarang ni belom berakal sangat, inilah jadinya. " aish.. geram nya aku dengan si mamat poyo ni. Sebab geram sangat aku potong daging steak ni dah macam nak sembelih lembu sepuluh ekor.
***********
Suasana jadi hening seketika, hanya deruan angin bertiup lembut, dan malam yang diterangi cahaya bulan purnama. Mata Tengku masih kekal memandang wajah indah Fatimah. Tidak berganjak dari titik pandangnya.
"Fatimahhhhhh....... ", sekali Tengku panggil nama aku dengan nada yang amat lembut.
Apa kau rasa bila tiba-tiba lelaki tukar perangai. Dari biasa-biasa tetiba macam sweet gitu. Kejung aku beb. Dah la tengah menguyah daging ni, sebaik garfu ni aku tak kunyah sekali.
"IYa...ya.. TTTTTTeeeenggggkku...., kenapa?.. Ttttengkuuuuu .....okeyyyyy?"
Aku menyoal sambil risau apesal la lembut nau panggil nama aku. Gabra aku dibuatnya. Tergagap-gagap aku nak berbicara.
"Lepas ni awak panggil saya abang boleh tak? cuba awak panggil saya abang sekarang", ishh ishh ishhh.. lain macam permintaan Tengku ni.
"Tak yah la Tengku, saya selesa dengan panggilan Tengku yang sekarang", aku cuba mengelak.
"Berapa umur awak Fatimah?", Tengku tanya lagi kat aku.
"18," tutur aku malas.
"Berapa umur saya?" Adoii Tengku tanya pulak umur dia.
"25," Jawab aku acuh tak acuh.
"Beza umur kita berapa tahun?", kali ni muka Tengku serius tanya aku.
" 7 ," aku malas nak jawab soalan Tengku ni. Apa aku ada kelas tuisyen maths ke malam ni. Mata aku hanya memandang makanan. Mulut aku terus mengunyah.
"Beza umur kita jauh tau, sepatutnya awak panggil saya abang, cepat panggil ,"amboi di jegilnya mata kat aku.
"Tak nak.. tak nak la..," aku dah mula rimas.
"Panggil sekarang, ini arahan , siapa bos awak ke saya?" Tengku ni nak apa. Aku tak ada mood nak makan dah.
"Tengku saya gelilah nak panggil macam tu, tak nak la.. tak mo.. tak mo..", tiber mata aku bergenang, macam nak nangis tapi air mata dah tumpah. Kenapa pulak ni. Minggu minggu macam ni, memang ada je perubahan emosi. Faham faham sudah la.Maaf la Tengku kalau macam lelebih je aku ni.
"Its okey, dah dah.. lap air mata tu, baru suruh panggil abang dah mengalir air mata, kalau suruh panggil sayang tak tahulah apa yang jadi, awak ni manjakan. Baru gertak sikit dah nangis", sempat pulak Tengku ni hulurkan tisu, buat malu aku je.
"Fatimah awak tahu tak, kat luar sana ramai beratur nak beroppa dengan saya. Tapi awak terang-terang tolak saya. Sedih tau", Nilah jadinya bila level percaya diri tu lebih. Muka tak malu je ayat Tengku ni, bila dia puji diri sendiri.
*******
Tiba-tiba perut aku rasa sakit sangat, berkeringat aku menahannya. Aku minta maaf pada Tengku tak dapat teman dia makan. Rasanya aku tak makan ubat lagi untuk malam. Bergantung pada ubatan ni bahaya beb. Biasa aku menahan sorang-sorang je. Kalau kuliah memang aku terpaksa cuti. Dek dahsyatnya sakit aku ni. Rasa macam nak beranak. Ya betul, aku kena senggugut teruk. Tapi malu nak ke klinik atau hospital. Dia punya tahap sakit memang tak boleh tidur, posisi aku dah macam orang bersujud. Aku dah tak boleh diam lama kat meja makan. Maun jatuh depan Tengku nanti. Dah tak tahan, sakit sangat, aku terus berlari dari tingkat 3 ke lif untuk ke tingkat 2. Masuk dalam lif pun aku dah melutut ke lantai menahan sakit. Ya Rabb sampai-sampai tingkat 2, nafas aku dah lain macam, bukan buat-buat beb, mata aku pun dah macam kabur.. tapi aku kuatkan kaki melangkah ke bilik. Sampai sahaja ke dalam bilik, badan ku hempaskan ke atas tilam. Segala posisi semuanya sakit, baring, duduk, akhirnya aku ambil posisi sujud. Boleh bayangkan aku sujud atas katil.
Tudung pun aku dah campakkan ke tepi. Seriuslah kenapa sakit sangat malam ni. Habis cadar aku tarik, aku dah menangis teruk ni.
Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk, aku diamkan. Aku tak tahan sakit. So aku call je Tengku.
.....Telefon Tengku berdering......
Aku call tapi tak boleh bercakap. Aku sakit sangat. Aku diam di telefon. Cuma nafas aku yang berbunyi.
"Awak kenapa ni, marah saya ke? Saya minta maaf, Fatimah... please dengar tak saya bercakap ni. Paling tidak respon. Are you okey dear. I'm so sorry. Sayang.. I am so sorry for my awful behavior! I will not act that way again. Maafkan abang", kenapa Tengku ni beria-ia minta maaf.
" Ok Tengku.", satu kata, tapi ayat tu dituturkan dalam situasi aku yang sakit sangat. Badan pun dah berpeluh-peluh. Tangan aku dah sejuk. Telefon dah jatuh dari genggaman.
Perbualan terhenti. Tengku Adrian masih berdiri di depan pintu bilik Fatimah. Tangannya bertalu-talu mengetuk pintu." Fatimah you ok tak?"... Akhir sekali Tengku Adrian memberanikan diri membuka pintu bilik Fatimah.
Tengku Adrian
***************
Tengku terus meluru pada Fatimah. Saat itulah dia melihat kecantikkan bidadari yang memang wujud di dunia ni. Cantiknya kau Fatimah. Rambut ikal mayang, bewarna perang.. rambut mu panjang. Ya Allah.
"Awak kenapa ni sayang", sayang terus aku panggil.
Dia tak menjawab sepatah, tapi muka dah pucat, mata tertutup rapat, peluh dingin nampak disisi mukanya. Aku rangkul terus bawak ke Adrian Court Medical Center. Sampai disana Fatimah dimasukkan ke wad. Sebegitu teruk sakitnya bila datang bulan. Aku yang tengok pun tak sanggup. Sampai macam ni. Kenapa dia tahan sakit, masak lagi untuk aku. Ni lagi buat aku rasa bersalah.
ADRIAN COURT MEDICAL CENTER
Tengku Adrian
***************
Aku bergegas ke aras Ground Floor. Nama je Hospital tapi dalam ni macam-macam ada. Dah macam Mall aku tengok. Lama tak masuk. Ada satu butik jual pakaian wanita. Aku masuk beli tudung, dan lain-lain yang aku rasa perlu.
Barang-barang dah beli so aku nak naik atas. Risau tinggalkan Fatimah. Pintu lif terbuka, ada dua orang jururawat sama-sama naik dengan aku. Mulut kepochi betul. Tak reti diam.
"Kau dengar tak kes kat ER tadi, ada sorang patient ni datang-datang, terus masuk wad, kau tahu sebab apa?" Jururawat A mula bicara, aku tengok tag nama dia Asmah. Okey.. aku simpan nama dan screenshot muka dia, masuk dalam RAM aku.
"Mana lah aku tahu, kau ni pun", Jururawat B, nama dia Juliana.
"Alah period pain je pun, dengar cerita laki dia kot, beria-ia nak juga isteri dia masuk wad", Jururawat A, mula sebar berita palsu. Geram je Tengku yang tengah mendengar ni.
"Duduk bilik mana?", soal jururawat B.
"Lagi satu aku dengar dia dapat masuk Wad Golden Roses, Bilik Adrian Gold. Kau rasa macam mana. Lebih-lebihkan. Mentang-mentang ada duit," Ada je jururawat A ni aku telan hidup-hidup.
Pinti lif terbuka, dua pemilik nama Asmah dan Juliana terpahat kat otak aku ni. Rupa pun aku cam sangat. Memang mendapat sekejap lagi ni.
WAD GOLDEN ROSES, BILIK ADRIAN GOLD
Sampai-sampai di wad, ada jururawat yang minta aku daftarkan Fatimah. Manalah aku bawa ic dia. Aku bukan rancang pun benda jadi macam ni. Aku bagi tahu daftar nama aku, banyak cengkadak pulak.
Masuk dalam bilik Adrian Gold aku terus ke Bilik Mini yang di khaskan untuk Penjaga Pesakit. So ada ruang simpan barang, dan ada katil mini untuk rehat. Aku kena juga call Zaidi
**Perbualan Tengku dan Zaidi(PA yang tahan maki)***
"Hello, Di.. kau setelkan pendaftaran Fatimah, nak je aku pecat staf yang ada kat sini. Makan gaji buta ke apa. Dengan aku pun dia tak kenal," Aku mula membebel dengan Zaidi. Macam tak syok je bunyinye bila lelaki membebel ni kan.
"Tengku pakai penutup muka ke? Macam pelik je dia orang tak kenal Pemilik Hospital. Pecat je Tengku," Zaidi curah minyak. Ni namanya batu api.
"Bila nak sampai ni, barang saya dah pack ke belum? Barang Fatimah ambil dekat kak Nab. Cepat sikit.. apa yang payahnya.," kan aku dah bising ni, apesal si zaidi ni lambat ambil barang-barang.
"Tengku, ...saya tak jumpa satu barang lagi", tutur Zaidi.
"Apa lagi tu cepatlah, bawa laptop saya, senang nak uruskan staf yang tak ada value ni. Ade ke patut hal peribadi patient dia story satu hospital, apa lagi yang tak jumpa?", tutur aku sambil menahan geram.
"Seluar kocik Tongku mano, pueh den carik tak jumpo-jumpo, osah loteh eh. Rabak duduk dalam ni. Mano toboh eh. Ayo botolah", Zaidi dah geram, sekali keluar dialek Negeri Sembilan.
"Woi buat hal dengan aku eh, nak aku pecat, tak paham la kau cakap apa. Dekat dengan tali leher la. Suit aku bawak sekali, dah tu cepat sikit", tengah peningla tu. Sepatah pun aku tak paham. Benda senang je pun, bukan aku suruh cari benda yang tak ada. Harap ini telefon terakhir aku kat Zaidi.
******
Alhamdulillah dah tidur.
Rasanya doktor dah bagi ubat, nampak dia(Fatimah) tidur lena. Kasihan wanita ni, saat period menahan sakit, nak bersalin nanti sakit lagi. Aku cuba memahami hidup seorang bidadari. Yelah mana tahu kan berjodoh pula aku ngan dia. Cantiklah kamu Fatimah. Maaf aku terpaksa bawa dalam keadaan tak berhijab. Sesungguhnya aku memang dah panik gila tengok dia dah macam tu. Badan dia dah sejuk, berpeluh, muka yang merah dah pucat. Aku hanya fikir nak selamatkan dia. Aku rasa aku dah sayang kat dialah. I love you sayang. Abang rasa sayang ni dah full pakej. Pakej yang Allah hantar. Kalau tak ambil peluang rugilah kan. Abang akan tackel you sampai dapat.
***********
"Tuk tuk.," daun pintu di ketuk. Terpacul budak Negeri Sembilan ni. Bila dia rasa nak marah mesti cakap negori. Pening aku. Nasib baik kerja tip top.
"Mana baju Fatimah dengan barang-barang dia?" Soal aku, sebab dia bawa satu beg je.
"Ada dalam tu, Tengku carilah sendiri", tutur Zaidi PA paling hensome dan bijak di abad ni.
"Whattttt!!!! Are you crazy!!!", tak memasal aku menjerit nasib Fatimah tidur.
"Kak Nab cakap tak jumpa beg Fatimah, itu yang saya sekalikan dengan barang-barang bos. Maaf,... saya tak pegang pun barang-barang dia. Dan lagi satu yang bos kena ingat, saya tak nak bos marah macam kes X bos dulu, Si Nina, ingat tak saya bagi beg LV bos, bos tolak gaji saya 5K bulan tu.... Lagi satu bukan tak boleh beli dalam perjalanan tapi saya tak sanggup nak pegang untuk pindahkan barang-barang Fatimah ke dalam beg lain. Macam melanggar etika je. Kan bos, i go now..", uishhh panjang lebar Si Zaidi ni bagi hujah, memang dah plan agaknya. Tahu dia yang salah. Sampai aku dah jegil-jegil mata pun dia buat senyum-senyum kambing, nak menutup riak muka yang memang dah takut. Orang buat silap memang takutlah kan.
Belum sempat Zaidi keluar, aku dah pegang bahu dia, sambil berbisik " Deduct 2K for this month,"
Zaidi terpaksalah redha dengan bos dia ni. Kadang-kadang di tolak gaji, bila mood bos dia baik di tambah gaji. Tulah sorang bos yang lain macam, TENGKU ADRIAN.
************
Nanti sambung lagi ye..
Kalau byk salah ejaan tu kira halal...
masa tak da sangat nak menulis. Bakat pun tak berapa ada.. adoii.. main taram keromo je ni. Tq baca.
Share this novel