Bab 8

Romance Series 3705

Tengku Adrian memerhatikan Fatimah yang hanya mengenakan jubah dan tudung sahaja, niqab dibuka untuk keselesaannya membuat kerja-kerja di dapur. Tengku Adrian seperti biasa, tapi hari ni dia nampak seperti banyak waktu lapang. Duduk di meja perahu(table top) sambil memerhati Fatimah yang sedang sibuk memasak pelbagai menu.

Fatimah yang tengah asyik memotong daging, terperanjat bila Tengku tiba-tiba berada di sebelahnya.

"Sayang ni memang pandai masak ya,"? Aiseyman.. Tengku buat hal lagi. Ada jugak aku suapkan dia cili. Dia ni nak sangatkan goda aku. Nak try sangatkan. Biar aku mengayat kau. Baru tahu siapa yang cair dulu. Aku lepaskan pisau yang dipegang, sup gear box tengah tunggu lagi 2 jam.

Kali ni aku yang merapat dengannya. Hampir-hampir hidung ku mencecah dadanya yang sado. Aku pikir setakat jari letak kat dada dia ada lapik lagi. Baik.. now Fatimmm do it now!!. Biar dia tahu siapa kau.. hahahahah.. gelak jahatkan. Ni dalam hati jelah.

"Tengku you tak adil tau panggil i *sayang*, so from now can i call you *sayang* too, can i darling," sambil jari telunjuk ku mainkan di dadanya. Aku buat bentuk love. Kau nak sangatkan. Baru tau penangan aku. Aku ketap bibir sikit.. sambil bagi flying kiss dekat dia.

Dia cuak beb.. cuak gila. Apa dia ingat boleh membodoh-bodohkan aku. Mentang-mentang muka handsome. Habis semua perempuan kau nak sambar. Nasib ada surat perjanjian kalau tak, lama dah aku angkat kaki.

Mata dia berkelip-kelip, sambil menelan air liur, dia tersengih-sengih melempar raut muka yang cuak. Itulah berani-berani lagi mengorat anak Abdullah.

************

Makanan siap terhidang, ada gulai ayam kampung, ikan keli salai dan daging salai. Semuanya enak sekali. Sambal tempoyak, budu, ikan pekasam dan peneman dia ulam-ulaman. Petai, kerdas, jering, ulam raja, daun salom, kacang botol, pucuk ubi rebus, timun dan tomato. Satu bahagian sup gear box yang ditabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Aromanya menusuk hidung. Sedap weii.. meleleh air liur. Jangan risau sambal petai yang di minta Pak Su pun ada. Satu piring lagi sayur pucuk paku goreng pedas. Air limau sejuk. Dan Air kosong sejuk disiapkan. Buah tembikai dipotong dan disusun kemas di atas piring. Semua masakannya pedas dan padu. Harap Tengku dan Pak Su tak menanggis ketika menikmatinya. Taraaa... ni menu yang paling Fatimah suka, pencuci mulut versi dia, bubur pulut hitam. Dalam hati Fatimah padan muka Tengku, hari ni semua menu kegemaran aku, sambil tersenyum sinis.

************

Pak Su sampai di rumah Tengku Adrian tepat pukul 12.45 tengahari. Fatimah pula selesai menghidangkan makanan dalam 12.50 tengahari. Fatimah risau kalau terserempak dengan Pak Su. Kalau boleh dia nak diam di bilik sahaja.

Sampai di tingkat 2, kelihatan tiga orang pemuda menuju ke meja makan. Alamak aku siapkan untuk dua orang. Berlari-lari anak Fatimah dapatkan piring, cawan dan mangkuk untuk seorang lagi tetamu. Tak dapat nak lari dah. Mereka semua dah ada di meja makan.

"Wah nampak menyelerakan makanan ni, sebelum tu tak nak kenalkan Pak Su, siapa wanita disebelah ni," Pak Su mula kepochi.

******

Dalam diam, Fatimah cuba mengawal perasaan terkejutnya, dia berdoa agar Tengku tidak menyebut namanya.

Mati aku nanti. Nak luruh jantung bila mata Pak Su memandang aku. Kenapa Prof. Amir tu jadi bapa saudara pada Tengku Adrian. Ya Allah lindungilah aku. Sepatutnya aku tolong dia masa cuti semester, ni aku tolong makhluk sebelah ni. Kecilnya dunia Mu ini Ya Rabb. Syukur aku pakai niqab, kalau tidak habislah pecah rahsia. Dada aku dah turun naik. Tak tahu apa yang bakal diungkap oleh Tengku Adrian.

"Ni My Sayang, sayaaaanggg kenalkan ni Pak Su adik bonda saya dan ni Dr. Harris yang pernah merawat saya dulu," air mukanya amat serius, tak nampak yang dia main-main, tapikan dia banyak teman wanita. Ke betul-betul tak ada yang dia cintai. Kenapa selamba badak dia sebut aku, sayang dia. Dah nak nikah sangat ke. Tambah pening kepala. Nak sangat aku panggil tok kadi. Sah, sah.. ha.. semua saksi dah sah kan. Jadilah kami.... haiipp apa aku merepek ni. Cuba bangun dari minda bawah sedar Fatimah oii...

"Jemput makan Pak Su dan Dr. Harris, saya minta diri dulu", tutur aku tersekat-sekat. Benci betul dengan Tengku ni. Tak habis-habis nak malukan aku.

"Ni siapa yang masak, sayang tadi ke masak" soal Pak Su sambil mencebik. Buat muka loya dengar statment berani mati Tengku Adrian.

"Bila tunang ni, tiba-tiba ada bunga dalam rumah. Ke dah Kahwin senyap-senyap. Kenapa bonda tak bagi tahu Pak Su. Mak Tom mana, sunyi je," kan dah kena soal, padan muka kau Tengku Adrian mulut gatal sangat. Patut mulut tu di tenyeh dengan cili api bara.

"Fatimahlah siapa lagi yang ada, Mak Tom cuti," alamak terlepas pulak nama sayang aku ni. Tengku kalau boleh jangan sesiapa pun tahu tentang Fatimah.

"Ooooo Fatimah, kau biar betul Adry jangan kau kacau anak dara orang, tu berbungkus dalam rumah mesti takut dengan kau," tutur Pak Su sambil mengambil lauk. Habis dihirupnya kuah gulai. Nasib baik pinggan tu tak boleh makan. Macam tak pernah jamah nasi setahun je. Tengku memandang sinis ke Pak Su.

"Gurau jelah, tu PA Adry, Pak Su ni pun. Dia pakai macam tu sebab dia nak pakailah. Kalau Pak Su nak pakai jubah pun boleh, cuma niqab dan tudung tak perlulah. Lelaki tulen kan," Tengku dah malas nak bersoal jawab dengan Pak su. Saja dia buat ayat puitis mengeletis.. ehh.. apa-apalah.

Dr. Harris dan Pak Su tak habis-habis memuji masakan Fatimah. Dan-dan tu jugak mereka berdua setuju Fatimah adalah ciri-ciri yang sesuai untuk jadikan isteri. Memanglah dua orang ni suka sangat, sebab dua-dua memang hantu makan pedas. Tengku Adrian je yang terkulat-kulat. Dia kan makan jenis western semuanya. Mana jamah nasi. Dalam hati Tengku menyumpah-nyumpah.

Alah dia masak steak untuk aku lagi sedap. Dia punya masakan western memang kalah chef hotel five star milik aku. Getus Tengku dalam hati. Ikut hati Tengku, nak je dia lempang-lempang dua orang mamat ni. Ade ke patut *Fatimah nan ayu* nak di buat calon isteri mereka. Amboi datang dah la bagi makan, nak lebih-lebih pulak.

"Adry, sorry kalau tanya sikit, Fatimah tu dah ada boyfriend??, ke dia masih solo," Dr. Harris pun nak cuba nasib. Alah-alah bikin panas ni. Ada yang meja makan ni terbang. Sabar ya Tengku Adrian.

"Sejuklah hati i bila tengok PA you, bila makan, rasa semua sedap, i rasa puas, you tahukan makan dari air tangan orang yang solat ni beza tau macam makan kat tepi-tepi jalan atau restauran mewah. Dah lama i tak makan banyak macam ni. Sama macam wan i kat kampung masak. I kalau rindu nak makan lauk best-best, sanggup drive 3 jam jumpa wan kat kampung, semata-mata nak makan masakannya. You know what, i dah jatuh hati dengan masakan dengan tukang masaknya sekali, " Dr.Harris tak malu langsung menyatakan hasratnya. Baginya peluang hanya datang sekali. Takkan nak lepaskan kalau hati dah berkenan.

"Wow amazing, she's mine. Kan i dah cakap, she My Sayang. So you simpan hajat tu," keras bunyi ayat Tengku Adrian. Memang dia tak selera dengan hidangan Fatimah hari ni. Tapi bila dengar ayat Dr.Harris langsung terbantut, potong terus.

Dr. Harris menjegilkan mata
"Betul ke ni, ke you main-main," Masih tak percaya.

"Nanti dah confirm i bagi date, jangan tak datang pula," mak aii siap nak bagi tarikh, apa Tengku ni tak sihat ke? Macam dah ada panahan petir di meja makan. Bila ketua gengster mula menahan amarah, panahan mata masing-masing bertaut. Jap-jap... ni dah kenapa. Siapa lebih lama berkawan that girl atau kami. Cepat-cepat Tengku Adrian, mengawal emosi yang amarah.

Lepas makan mereka semua berbual seketika. Nampak janggal masing-masing. Ni semua sebab Fatimah nan ayu. Takkan lah sebab perempuan dah nak gaduh kan. Tengku Adrian berlalu seketika. Pintu bilik Fatimah di ketuk.

"Ya Tengku, ada apa," Fatimah buka pintu dengan memakai telekung, nampak muka baru bangun tidur, terpisat-pisat. Dia Letih sangat masak pelbagai jenis lauk. Lepas zohor terus mata layu. Sedar-sedar dah terlelap.

"You tak perlu kemas dapur, nanti i panggil Kak Nab, lagi satu jangan keluar bilik, tunggu sampai dua ulat bulu tu balik, faham tak," Tengku Adrian beria-ria beri arahan. Risau Fatimah keluar bilik nanti bertembung dengan dua pemuda rupawan yang gatal nak berbini.

"Baik Tengku," tutur Fatimah separuh sedar. Muka mamai.

Daun Pintu di tutup rapat, badan di sandarkan pada kepala katil. Telekung dibuka. Nampak bantal macam menang bonanza. Jadi Fatimah memilih untuk sambung tidur. Sambil melaraskan jam loceng untuk mengejutnya bangun solat asar nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience