"Tengku... Tengku.. oo Tengku.. ", Bob memanggil manja kat Bos Tersayang . Almaklumlah orang tengah patah hati, orang tak kena layan dengan tunang, si Fatimah nan ayu.. salah cakap nanti kayu golf pula yang melayang kat kepala. Tapi sebrutal-brutal Tengku ni, dia masih berhemah lagi bila bercakap... paling2 busuk dia maki2 manja je.. tu sudut paling baik dia ni. Setakat baling-baling ni tak pernah jumpa lagi.
"Ermmm, ada apa bob?", sambil berbaring di kerusi panjang yang terletal elok di depan kolam. Tengku melepaskan tuala lalu membuat terjunan macho ke dalam kolam.
Bob pulak dah nyaris2 nak masuk dalam kolam.. ayat tak habis nak cakap, Tengku dah mula berenang jauh.
"Ish Tengku ni, mengah aku dibuatnya, tak habis lagi tenaga batiniah aku digoda perempuan gila, ni kejar dia pulak", bob sempat mengomel sambil berlari-lari anak ditepi kolam mengikut pergerakan renang Tengku.
Tengku menghampiri sisi kolam. Air yang membasahi rambut, dah macam putera kayangan kau... .. sambil memusing-musingkan wajahnya lalu meraup air dimuka, ialah untuk memberi laluan pada bob yang termengah-mengah mengejar disisi kolam. Rimas pulak Tengku, elok di selesaikan kekusutan si Bob ni.
"Apa halnya Bob"
"Tengku saya ada kurung sorang budak lelaki ni, dia cakap dia orang Tengku, ada rahsia antara Tengku dan dia. Nampak gayanya macam model je Tengku", Bob mentautkan keningnya tanda musykil sangat dengan orang yang dikurung.
"Asal pulak kau kurung anak orang, tak pasal aku kena tuduh nanti, lepaskan lah", tutur Tengku.
"Tapi dia .. dia ... dia yang buat KACAU tadi Tengku!! Jerit Bob bila Tengku mula kan aksi renangnya semula.
"Bawa dia ke atas aku nak jumpa!! ", jerit Tengku
"Baik...baik..
Nyaris Bob terjatuh sebab licin, nak je dia luku kan kepala mamat yang terkurung tu... menyusahkan betul.
*Bilik Kurungan*
"Cepat keluar, Tengku dah tunggu kamu diatas", tutur Bob.
Lelaki yang ditangkap mengangguk2 tanda faham, dan terus mengikut Bob tanpa banyak soal. Sedar diri kan kamu tu penceroboh.
*Tingkat 5. Kolam Infiniti*
Mata Tengku Terhujam pada sosok tubuh yang amat dikenali. Dalam tempoh kurang 24 jam, dia masih lagi dikejar wajah yang sama di Hotel.
" Hazif, ya Hazif nama budak ni... ", Tengku melemparkan pandangan, sambil pening memikirkan apa ke halnya budak ni mengikut sampai ke Villa.
Hazif yang melihat Tengku di kolam renang mula melakukan sesuatu. Dia mencampakkan kasut, membuang tali leher.. terus terjun mendapatkan Tengku.
Tengku yang tengok dah mula seram.
"Arghh gila budak ni, apahal dia kejar aku sampai dalam kolam, parah dah ni.", gerutu Tengku.
Sampai-sampai ke Tengku, terus dipeluknya. Hai guys ni kali ke dua Hazif peluk Tengku, gila betul budak ni tak kurang gila dengan Zana fikir Tengku.
"Lepaskanlah.... lepaskan", Tengku dah termenggah2 dalam kolam. Bob nak turun berenang takut mengacau situasi, dia bingung ni... tiada arahan dari tuan.
"Bagi saya 5 minit, bagi saya 5 minit, saya nak peluk tuan, boleh saya cium dahi tuan?", Hazif dah buat kerja gila, fikir Tengku baik dia mati dari kena mandrem kat kolam ni.
Pergelutan dalam air pun berlaku. Tengku menahan nafas di dasar kolam. Tapi hujung-hujungnya seperti lemas.
Hazif terus mengapai tangan Tengku Adrian, dan berenang membawanya ke tepi kolam. Bob yang panik terus menarik dan menelentang Tengku.
"Tengku.. Tengku", ..... bob mengoncang badan Tengku...
"Tengku maafkan saya Tengku", Bob dah meraung.
Hazif yang naik ke darat terus melakukan CPR..
Bob masih lagi dengan momen nangis. Hazif dah pucat melihat situasi tegang. Tiada reaksi dari Tengku.
"Berkali-kali melakukan CPR baru Tengku mula sadarkan diri dan air sedikit keluar dari mulutnya.",
"Sorry Tengku, saya tak berniat buat Tengku macam ni. Ampunkan saya, syukur Tengku selamat. Apa-apa terjadi pada Tengku, saya takkan maafkan diri ini.", tutur Hazif.
Tengku mengosok mulutnya.. lelah yang tak disangka. Dia hanya diam, penat nak menguraikan tiap-tiap yang berlaku. Hanya matanya memandang langit, dalam hati bersyukur masih hidup. Tengku masih lagi terlentang di tepi kolam.
Masing-masing lega, Bob, Hazif dan Tengku sama-sama berpandangan.
Hazif memulakan bicara.
"Saya betul-betul minta maaf, dan saya betul-betul nak peluk dan cium Tengku, niat ni saya dah pasang 5 tahun lepas. Semunya bermula bila ibu saya sakit jantung dan memerlukan bantuan keuwangan yang banyak. Saya buntu, dan cuba memohon ke bahagian Bantuan Staf di bawah Yayasan Tengku. Akhirnya dari bantuan itu ibu saya pulih dari keadaan yang lemah, dari tak boleh berjalan dah boleh berjalan. Tak mampu urus diri dah boleh mandi sendiri. Saya tak sangka tahap pemulihan ibu amat-amat positif sebab dr pakar maklumkan harapan ibu hanya 50 peratus sahaja untuk pulih..", Hazif menuturkan sambil mengalirkan air mata.
Barulah Tengku faham kenapa Hazif begitu obses dengannya.
Walaupun tak larat nak bangun, Tengku hanya memegang pangkal lengan Hazif, tanda memahami apa yang dilakukan dan tindakan Hazif adalah satu ucapan terima kasih.
Hazif hanya memegang tangan Tengku dan melanjutkan rasa sebak didada. Setelah ketiadaan ayahnya, ibulah yang jadi seperti ayah mencari nafkah untuknya dan adik beradik.
Dalam diam Tengku merenung langit, dan dia bersyukur jika Yayasannya dapat membantu ramai insan-insan memerlukan. Kesihatan adalah nikmat yang paling berharga. Tiba-tiba terharu menyelubungi jiwa.
Bob, Hazif, Tengku
Masih berada di momen yang sama.
Sedih, Terharu dan Bersyukur
***********
Bersambung
Selamat Ramadhan
Jaga Amal. ;)
Share this novel