Mak aiiii.. terpempan aku tengok bangunan depan mata ni, Istana ke hotel? Besar semacam beb, tapi aku suka citarasa pemilik bangunan ni. Moden dan tak sarat.
Laju sangat tuan ni bawa kereta, cuba perlahan sikit, aku nak buat kajian senibina bangunan.
Okey dah sampai.. bacakkk.. hello Fatimm.
Kereta dipakir di ruang bawah tanah. Dah macam cerita James Bond atau cerita P.Ramle, "nyainsong mata kaji....." pintu gua pun terbuka luas.. ni lebih kuranglah kan.
Aku keluar je dari perut kereta mak aii.., tu dia bederet kereta mewah, ni pameran ke apa? Di tepi kiriku, perkenalkan kereta seberat 1.5 tan, Lamborghini Aventador sememangnya berkuasa tinggi. Dengan V12 6.5 liter, mencapai 60 mph dalam masa 2.9 saat dan kelajuan tertinggi 217 km/h, jangan sesekali terlintas di fikiran untuk beradu kepantasan dengannya hanya memandu kereta biasa atau kau akan tercungap-cungap mencari nafas. Agak-agak poket penuh bolehla sambar satu, harga pun cun sekitar USD400,000 - USD440,000. Ni harga tercekik tulang ayam namanya.. Aku rasa macam ada dalam dunia fast and furious je.
Jap-jap depan aku, kenalkan minah gerek ni..walahweiiii Maserati GranTurismo S. Enjin V8 4.7 liter dan 434 kuasa kuda. Mampu mencapai sehingga 62 mph dalam 4.9 saat. Kelajuan tertinggi adalah 183 mph, lebih daripada sesuai untuk kenderaan yang mempunyai berat 1.8 tan. Harga pasaran dianggarkan bernilai USD150,000.00, tukar duit Malaysia lebih kurang dalam RM630,00.00. Boleh buat belanja nikah dikk, tapau semua belanja hangus, belanja rentung dengan belanja-belanja mak pak mentua, nikah kawin adik-beradik yang lain pun lepas sangat. Kalau atok kau nak menikah 2 ke 4 orang, boleh lagi kau buat sedekah. Tu dia.. dasat sangat harga.
Alah-alah sana tu pulak...model merecik hawau Porsche 918 Spyder. Kereta hibrid ini mempunyai 135 kg 4.6-liter V-8 enjin, dan 2 motor elektrik. Kemampuannya memiliki 887 kuasa kuda (608 dari kuasa enjin dan 279 dari kuasa dua motor elektrik). Mampu mencapai sehingga 62 mph dalam masa 2.5 saat. Kuasa bateri mampu bertahan sehingga 12 batu perjalanan. Harga permulaan adalah lebih kurang USD 848,000. Apa lagi yang mampu digambarkan apabila melihat depan-depan. Aku macam tengok kekasih tengah senyum simpul. Tak larat aku cerita banyak cuma bawah tanah ni, ada dekat 20 buah kereta mewah antaranya BMW, Audi, Mercedes, Chevrolet, Mustang, Maserati, Ferrari, Bently ni yang aku sempat curi pandang. Cuma lori 10 tan, Bas, je tak da dalam ni.
Motorsikal pun walah weii.. ada je aku lempang muka aku ni kang. Motor yang aku suka tu. Alah alah.. mak tolonglah. Pakwe aku tu weii.. boleh aku cium tak sekejap, peluk pun jadilah. Bila aku nak ambek lesen ni. Boleh bawa motor besauu.. mulalah aku verangankann.. tersenyum tepi motor tu..
********************
Tiba-tiba ada tangan halus menepuk bahu aku, "Lama lagi ke?, barang-barang ni tolong bawa naik atas, " sambil Tengku memandang aku, dia buat muka poyo.
" Aihh minta maaf Tengku, saya ni terkena karen, lagi-lagi berjodoh dengan pakwe handsome ni. Depan mata pulak, tuan boleh saya pegang," sekejap tuan, sekejap tengku, kejap lagi kang aku panggil abang pulak..hahahaha.. apa salah ke. Elehhh..
"Awak nak pegang sapa ni, saya ke?, alah-alah dia ni pun..
Aku muncung kan mulut ke arah jejaka handsomeku.
" oooo ni yang handsome sangat ni, peganglah tapi jangan lama-lama, dia dah berpunya tu", senyum je tengku ni layan kerenah aku.
*******************
Dah habis sesi sapa menyapa dengan motor Tengku, Kami masuk ke satu lorong lalu Tengku sama-sama
masuk ke dalam perut lif, dia sebut, "Second floor", pergh..bagi arahan guna suara saja.
Sejuk siap dalam lif ni. Kali pertama naik lif dalam rumah, biasa dalam Mall je kan. Aku pandang dia, dia pandang aku, asal tajam sangat mata tu. Aku pusing kat lain. Alih-alih aku pandang dinding. Malu a.. dah la berdua dalam ni. Yang ke tiga kan ke syaitoonn.
Ting!! Pintu lif terbuka, aku terus cepat-cepat keluar. Dia tersenyum je tengok aku tergesa-gesa.
Wahhh dalam ni lagi buat aku kagum. MasyaAllah.. SubhanAllah dalam hati jelah kan. Nanti nampak sangat aku ni budak kampung, dah la tadi aku terkejut tengok deretan kereta dia, ni hiasan dalaman cantik memang tak boleh bawa bincang.
Lampu chandelier gah tergantung di tengah-tengah ruang. Lampu tu sahaja dalam 12 kaki tinggi, lebar dalam 20 kaki, dia sahaja memenuhi ruang tamu, yang begitu elegan. Mak aiiii melopong aku. Berjurai-jurai lampu kecil menghiasi rangkanya. Tinggi ruang tingkat dua ni sahaja, anggaran 30 kaki. Dan aku paling suka eleman cermin yang dibuat dengan ketinggaan 30 kaki, mencecah plaster siling yang aku kira.. kali pertama tengok rekabentuk ni. Plaster siling apa dipakai.. handmade ke homemade ni.. hehehe..
Tepi cermin tingkap gedabak ni.. aku mencuri lihat ke landskap luar.. walahweii.. aku nampak kolam renang dari sisi cermin. Maksudnya ni tingkat berapa.. duakan... aku blur yeyyy aku dah faham. Kau faham ke. Aku belum faham lagi ni. Apa banyak sangat ruangan. Jalan satu ruang ni rasa satu AEON aku rayau.
Tengah aku syok buat lawatan sambil belajar, Tengku Adrian panggil aku.
" Perkenalkan Mak Tom, dia akan ajar kamu. Dalam rumah ni ada peraturan, tidak dibenarkan keluar tanpa izin saya, jangan oder makanan fast food, tidak boleh guna perkhidmatan penghantaran makanan. Sebab ada kes, bekas pembantu rumah saya oder barang terlarang, sampai jadi kes polis. So apa-apa awak nak, bagi tahu Mak Tom atau saya. Nanti Pak Mail boleh hantar awak beli barang" tutur dia sambil pandang tepat pada aku.
"Boleh faham," dia tanya aku lagi. Aku mengangguk macam burung belatuk. Tapi dalam hati, takkan tak boleh langsung, kfc, mcd.. nak nanges ni.
"Bangun mesti pukul 5 pagi. Siapkan diri awak, solat subuh semua. Sarapan saya wajib ada atas meja pukul 6.30 pagi. Telur separuh masak dua biji, roti bakar dua keping dan air milo panas mug besar, nanti tanya Mak Tom. Roti tu bakar medium, letak marjerin firts layer, second tu letak kaya..".. Dia bagi arahan apa ni, terkejut aku pukul 5 pagi kena bangun, seumur hidup aku jarang-jarang buat.
"Yang lain-lain biar Mak Tom ajar kamu, saya naik atas", tuturnya lagi.
"Mak Tom tolong tunjukkan bilik dia", sambil matanya menghadap skrin telefon.
"Awak ada masa seminggu sahaja untuk belajar, Faham", bunyi ayat yang agak tegas dan jelas.Dia berlalu pergi naik tingkat 3 dengan lift. Mata aku melorot melihat dia pergi, aku suka tengok dia, walau nampak dari belakang.
Share this novel