Bab 9

Romance Series 3705

Pintu bilik Fatimah diketuk, CEO yang tampan mula memanggil nama Fatimah, pertama, kedua, ketiga dan kali yang keempat baru Fatimah membuka pintu biliknya. Dia tahu dia lewat menyiapkan sarapan Tengku Adrian.

Nampaknya Tengku Adrian dah siap-siap nak ke pejabat. Fatimah mengerling jam dinding biliknya 7.30 pagi. Alamak kenapa aku lewat, getus hatinya.

"Maaf Tengku saya lewat hantar sarapan",

"Boleh tolong siapkan sekarang, saya tunggu di meja makan, take your time," tutur Tengku.

Kacak sungguh makhluk depan ni, kemeja unggu cair nampak sesuai dengan Tengku. Baju yang membaluti tubuh Tengku betul-betul fit dengan badannya yang tinggi lampai dan sado tu. Di tambah rambut yang nampak basah disikat rapi. Sedikit kumis pun tak ada. Jam kat tangan tu .. rasa dia boleh jadi model jam tangan kot. Dah la tu Fatimah.. bawak-bawak istighfar.

"Jemput minum Tengku", tutur Fatimah yang sempat lagi mencuri pandang.

"Kenapa, saya kacak sangat ke pagi ni?, sambil tersenyum memandang tepat ke arah Fatimah. Roti yang disediakan disuapkan ke mulutnya.

"Mana air awak, minum sekali dengan saya," arah Tengku kepada Fatimah.

Fatimah akur lalu membancuh kopi panas dan sekeping roti dioles kaya. Dia duduk dihadapan Tengku, sambil menghirup air kopi. Tiba-tiba dia tersedak bila meneguknya . Muka memang tak boleh nak cover dah.

"Kamu ni kenapa, okey ke tak, air kopi tu kenapa?," ishh bertalu-talu Tengku soal.

"Lupa letak gula," Fatimah tersenyum malu-malu kucing. Besar ketawa Tengku Adrian, suaranya memecahkan kesunyian pagi yang damai.

"Awak fikir apa masa buat air, mesti fikir pasal saya kan. ", tutur Tengku sambil menghirup air milo panasnya.

"Betullah tu, saya memang fikirkan Tengku, itu yang mandi tak basah, tidur tak lena", ucap Fatimah sambil mencebik Tengku. Sambil buat-buat muka loya.

"Nanti Kak Nab akan buat kerja-kerja di rumah ni, menggantikan Mak Tom. Dia akan tinggal dibilik Mak Tom. Tapi bab makan minum saya, hanya awak seorang sahaja yang uruskan. Faham", tutur Tengku sambil menghabiskan tegukan yang terakhir.

"Kenapa awak nampak macam tak sihat?"
"Kalau apa-apa call saya",
"Malam ni buatkan saya menu yang macam biasa. Buat dua. Malam ni kita makan sama-sama. Lepas ni setiap kali saya makan awak temankan," tutur Tengku berlalu pergi. Dalam hati Fatimah dah kenapa Tengku ni. Selalu dia makan sorang-sorang je. Ni dah nak berteman pulak.

Dalam pada itu Fatimah mengucapkan rasa syukur pada Allah, sebab ada peneman dalam rumah agam ni. Dapat juga hindarkan fitnah.

******

Belum sempat tengahari, Fatimah dah menelefon Tengku Adrian untuk minta izin keluar. Dah macam pelajar nak minta outing dengan wardan asrama pula. Peraturan tetap peraturan dia akur sahaja. Apa boleh buat.

"Assalamualaikum Tengku", Fatimah memberi salam, lembut tutur katanya. Almaklumlah nak minta kebenaran.

"Waalaikumsalam, ya ada apa awak telefon ni," Tengku sedikit terperanjat sebab Fatimah tak pernah menghubunginya. Sambil tu Tengku sempat memberi isyarat tangan kepada setiaushanya untuk memberhentikan perbualan mereka sebelum ini.

"Saya perlu keluar beli barang, boleh tak saya call grab, Pak Mail tak ada hari ni, masih cuti lagi," tutur Fatimah meminta kebenaran. Dah macam kanak-kanak je bunyinya. Comel.

"Oh no no...tak boleh," Tengku tetap bertegas dengan peraturannya.

"Please Tengku, saya janji buat apa saja, tapi tolong izinkan saya keluar," pintanya sekali lagi.

"You siap, i hantarkan, sekejap lagi i balik ambil you ," Tengku risau jika Fatimah di apa-apakan. Bila ramai peminat ni, bukannya satu bonus. Paparazzi mengejar mencari maklumat. Ada yang sanggup menipu. Membuat fitnah.

"Tengku, tak perlu, biar saya sahaja, tolonglah, saya tak kemana-manapun, hanya nak beli barang-barang sikit," Fatimah merayu-rayu, tutur bicaranya juga makin lemah. Apalah nak dijawab bila disoal nanti nak beli apa. Terduduk Fatimah mendengar arahan Tengku suruh siap sekarang juga.

"Nanti saya ambil, kenapa ni, you nak pergi dating ke?", Nada Tengku Adrian mula menaik. Dan sedikit marah.

"Baik Tengku saya siap ya," akhirnya Fatimah mengalah.

"Good, dalam 15 minit lagi saya sampai", tutur Tengku nada puas, sebab Fatimah akhirnya mengalah.

*******

Fatimah mengenakan busana dari Butik Sofia. Jubah bewarna peach kosong dengan sedikit lace di bahagian kaki jubah dan juga di hujung lengan. Tudung labuh tiga lapis dikenakan dengan niqab yang sedondon. Kasut coach pemberian Tengku Adrian di sarungkan ke kakinya. Dia memilih untuk memakai sarung tangan bewarna putih yang berenda. Andai Tengku Adrian memegang tangannya adalah berlapik. Sikap Tengku Adrian tak boleh dijangka. Nak-nak bila duduk dalam kereta. Tapi kan kenapa bila pergi beli barang hari tu, Fatimah nampak cool, tapi hari ni dia bersiap-siap dah macam pengantin pula dan agak gabra.

Fatimah melangkah perlahan ke parking bahagian bawah. Pintu lift terbuka luas.
Langkahnya di pacu laju bila melihat sosok tubuh yang sudah sedia menunggu di dalam kereta. Hari ni Tengku pandu Lamborghini Aventador, nampak bergaya sungguh desis hati Fatimah.

Pintu kereta dibuka Fatimah, lalu memasuki perut kereta Lamborghini Aventador. Haruman Nuansa pemberian kawannya diguna pakai hari ini.

Jubah yang Tengku hadiahkan memang cantik. Lagi-lagi di pakai oleh orang yang sudah sememangnya lawa. Amat membantu menyerlahkan lagi keanggunan si pemakainya. Tengku Adrian jadi gugup bila menatap mata Fatimah. Rasanya ni kali pertama Fatimah bersiap begini. Dia nak kemana ya. Takkan nak jumpa buah hati.

"Awak nak pergi mana?," tanya Tengku.

"Ekhwan Mart, ", Fatimah menjawab dua patah.

"Okey, jom.. sebelum tu ikut saya, kita makan di satu tempat ni nak tak?," Antara tanya dan arahan, ke apa ni. Tengku mengajak Fatimah.

"Boleh ke saya cakap tak nak?," Jawab Fatimah.

"Saya menyoal meminta jawapan bukan soalan. Alang-alang dah pakai cantik-cantik ni jom kita pergi sana," laju Lamborghini Aventador membelah jalan raya.

Masing-masing senyap tak berbicara. Hanya pandangan mata Tengku Adrian yang kadang kala mencuri-curi tatap muka Fatimah. Hatinya mula berdebar-debar kembali. Mula rasa gemuruh. Kali ni dia yakin bukan mainan. Adakah rasa kali ini benar dan tidak menipu dirinya sendiri.

Kereta pakir di Valet Parking, sempat Tengku membukakan pintu untuk sang rupawan si Fatimah nan ayu. Macam keluar dengan kekasih hati pula, getus Tengku Adrian. Mereka jalan beriringan ke tempat makan yang dituju. Rata-rata mata-mata disekeliling tertumpu memandang pasangan ini. Ialah lagi-lagi melihat pemuda yang tampan keluar dari perut kereta Lamborghini Aventador, sah-sah akan mencuri pandang setiap yang berada disana.

Merasakan kelibat mereka berdua diekori, Tengku Adrian pantas menarik tangan Fatimah, dia mengarahkan Fatimah mengikut geraknya. Mereka laju menuju ke Butik LV lalu bersembunyi di balik patung. Dapat dilihat paparazzi sedang melepasi Butik LV. Tengku lantas memakai penutup muka, untuk mengelakkan kehadirannya diketahui oleh siapa-siapa. Lantaran melihat kejadian yang baru mereka lalui patutlah Tengku Adrian lebih suka memerap dirumah. Bila keluar ada saja yang mengekori. Fatimah pun dah naik muak menguruskan bungkusan bunga dan hadiah yang diterima Tengku saban hari. Orang popular la katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience