Tengku Adrian.
**************
Masing-masing masih kaku di butik LV ni.
Mata dia je aku nampak tapi kenapa dada aku berdebar-debar ni. Ya Rabb macam nak tercabut jantung ni. Duhai Fatimah kau ada ilmu guna-guna ke. Kalau tak asbab kau call aku. Takkan aku nak terjah keluar macam ni. Mati nak larikan diri dari paparazzi. Tak pernah aku keluar macam ni. Tak pernah sayang. You tahu tak 'i' ni dah kemaruk dgn you. Saje je you buat tak tahu. Aku ni dah macam apa ntah. Bercakap sorang-sorang dalam hati. Kalaulah muka aku ni tak malu, dah lama aku luah. Nasib masih ada rasa malu lagi.
Mata kami bertaut, air liur ku teguk perlahan. Ku gengam erat jemarinya.
"Ikut saya, ramai yang mengekori kita," tutur aku padanya.
Dia hanya mengangguk. Kami berlari-lari anak, dah macam pasangan lepas nikah lari-lari macam tu. Hahahaha.. sempat lagi otak aku buat nakal.. aku dapat rasakan lembutnya sarung tangan yang dipakai. Andai tak ada alas ni, tak tahulah adrenalin aku naik tingkat berapa. Silap-silap jumpa tok kadi terus. Masa lari-lari ala kuch kuch ho ta hay ni..sempat aku kerling kat mata dia lagi. Aduhhh... aku terkena panahan itu.. aikk.. jap.. mana nak pergi ni.. aku jadi 'blur' sekejap..
Satu dua detik....
"Masuk kat restaurant tu", sempat aku bisik manja kat tepi telinga dia,fatimah nan ayu.
*Restaurant Merak Kayangan*
Pintu restaurant telah siap-siap dibuka, berdiri seorang pekerja mengalu-alukan kedatangan kami. Papan tanda "CLOSE" di letakkan dihadapan pintu setelah kami betul-betul masuk ke dalamnya. Pintu hadapan di tutup rapat.
Tengku menarik kerusi, Fatimah hanya menurut dan terus duduk. Hanya kami berdua di sana. Sambil menikmati hidangan dengan alunan lagu.
Mata Tengku Adrian merenung tepat ke arah muka Fatimah.
Saat Fatimah melepaskan niqabnya untuk menyuap makanan amat teserlah kejelitaan Fatimah. Tak pernah Adrian melihat Fatimah merias mukanya. Cantik bisiknya dalam hati. Persis model. Alah.. kalah semua model. Tanpa sedar aku menupangkan dagu dengan dua tanganku dan merenungnya tanpa ada rasa salah. Wajahnya amat polos, tidak pernah berjumpa dengan wanita seanggun ini. Selalu dia garang je. Hari ni kenapa nampak lain. Kurang cakap, kurang bicara. Ke aku ada buat salah. Cuma bibirnya menguntum senyuman yang tidak lekang. Ada rasa bahagia di sisiku.
Kenapa aku rasa bahagia melihatnya?
Kenapa aku rasa rindu kalau tak mengusiknya barang sehari?
Kenapa aku rasa kurang kalau dia diam?
Makin lama ku fikir makin tak keruan.
Aku perhatikan si Fatimah ni dari tadi lagi, memang tak hiraukan aku yang handsome ni ke.. Hello its me. Puas aku senyum ni. Apesal muka dia bahagia sangat ...amboii seronok melihat makanan. Makanan denganya berpisah tiada. Sambil tak perasan yang dia direnungi si tampan pujaan anak dara Malaysia. Aku pandang lama-lama pun dia tak perasan. Memanglah kecanduan masak gulai lemak. Nasib la kan bertuan kan aku yg suka makanan western. Kesian pun ada.
" Aikk nanti-nanti, asal lapar sangat ke ni?", sempat aku mengusik dia.
"Takut orang nak pinang anak dara makan macam ni," tuturku. Dia mencebik je.. memang tak dilayannya. Makanan je dia nampak. Dalam hati aku tak sia-sia bawa dia ke tempat makan ni. Memang lauk pauk kegemarannya.
Dalam pada dia makan sempat lagi berceloteh kan.. tanya aku ni banyak masa pula nak teman dia makan. Walhal aku ni gila risaukan dia diapa-apakan. Tak tengok berita agaknya. Aku dengan dia dah jadi gosip hangat. Nasib boleh cover dengan keluarga. Kalau tidakk.. memang menikah la kita cik Fatimah oii..
"Stop kejap sayang, suap elok-elok nanti", sambil tu aku lapkan mulutnya yang comot.
Kau ingat drama korea je boleh buat macam ni, drama melayu pun bolehlah.
Tiba-tiba dia makan perlahan-lahan. Sah dah malu la tu.. itu baru lapkan mulut. Kalau suapkan agaknya pengsan..
Aku tersenyum sorang-sorang.
"Kenapa Tengku senyum, gelakkan saya ekkk?,".. tiba-tiba dia memecah kesunyian. Dah kenyang la tu. Tadi lapar senyap je makan.
Aku gelak lagi..
"Adoiii... adoii..sakit," teriakku..
Woit..di cubitnya lengan aku.. main cubit-cubit pulak.
"Awak jangan cubit-cubit saya, nanti saya pinang awak..saya cubit balas 4 kali.. nak?", tanya ku sambil merenung mukanya..
"Merah dah muka tu, kena simbah air sirap ye",
"Ke nak saya masuk meminang betul-betul," tutur aku sambil tersenyum
Muka dia merah dah, nak lari tak boleh, cepat-cepat dia pakai niqab. Melepas la momen comei dia aku nak tengok.
Lepas makan kami keluar ikut pintu belakang. Daun pintu tertera perkataan "EXIT".
Aku memakai penutup mulut. Memegang erat tangan Fatimah berjalan laju menuju kereta.
Saat membuka pintu, kereta mustang kuning yang dah siap siaga di pakir.. aku ternampak sesuatu yang tidak di sengajakan.
"You stay sini, berdiri sekejap ya", pintaku pada Fatimah.
Fatimah kaget
Aku tanggalkan suit dan mengikat di pinggang Fatimah.
"Kenapa ni Tengku," tutur Fatimah sedikit gugup.
"Dah boleh duduk, nanti saya belikan, patutlah awak beria-ia nak pergi mart, sorry saya ambil masa awak lama sangat," aku berbisik ditelinganya. Agaknya nilah sebab dia nak keluar. Tapi aku yang degil tak izinkan. Apalah jenis majikan aku ni. Rasanya aku dah kawal hidup dia lebih dari mak ayah dia sendiri. Kesian pulak tengok dia dah malu teruk macam ni.
Masing-masing diam. Dia diam. Aku pun diam. Mustang ku pandu laju.. rasa-rasa nak terbang cari kedai.
7Eleven*
First time beb aku nak beli benda ni. Ya ampun bisakah ku tebalkan muka. Kerana mu Fatimah ku mencemar duli. Alamak aku tak pakai penutup muka...
Sampai satu rak.. aku tengok banyak brand.. tapi yang biasa iklan kat tv tu ada jenis jenama ni. Ish banyak pulak saiznya.. ada 24... dan macam-macam rupa. Pening aku mencari mana satu. Ada yang untuk kegunaan malam hari. So aku ambil yang untuk harian dan untuk malam. Pandai tak aku.
Bila nak bayar, cashier ni tersengih-sengih malulah aku. Adoii..rupanya nak mintak wefie sama aku. Mahu tak mahu aku terpaksa jugalah mengalah. Nyesal pulak aku tak pakai penutup muka. Payah kan jadi jejaka popular.
*****
"Ambillah, saya minta maaf sebab tak izinkan awak keluar," sambil aku hulurkan barang yang aku beli untuk dia.
Dia ambil tak cakap satu patah apa pun, mata dia memandang ke luar tingkap.. aku rasa dia malu sangat. Tak patut aku buat dia duduk rumah aku, macam dalam penjara. Ibarat dalam sangkar emas. Kau rasa macam mana. Aku ni kejam ke?
Masa hantar Fatimah balik, sempat lagi aku pesan untuk menu malam ni. Dan aku nak makan dengan dia. Berdua. Yelah.. kena temankan aku. Dah la separuh hari aku tak masuk office. Sah-sah malam ni aku buat kerja kat rumah. Tapi bila Fatimah ada temankan jiwaku berona pelanggi.. mana tahu ada idea baru dia boleh kongsi kan kan. Aku senyum-senyum dalam kereta dah macam kerang busuk.
Telefon berdering*
"Assalamualaikum Tengku Adrian, lamborghini dah hantar rumah," tutur Zaidi merangkap PA dan macam-macam kerja kuli yang aku suruh memang dia tak bantah. Gaji sebulan pun dah 10K aku bagi. Jadinya dia ni pak turut aku.
"Waalaikumsalam. Okey Di.. thanks," macam biasa aku akan jadi more islamic dengan zaidi ni. Dia memang jaga tata bahasa bila berkata-kata. Berani berani dia tukar nada, aku berhentikan.
Malam ni aku tak sabar nak diner dengan kesayangan. Dia malu ke tak aku tak kira. Aku nak dia. Kerna dia.. heiii kerna dia..
Makkkk anak mu dah kemaruk..
____________________________________________________
Maaf lama x update.
Moga kita selamat dari wabak covid19
Pls doakan kerja saya berjalan lancar.
Share this novel