13

Romance Series 3705

Fatimah.

"Kenapa Tengku beria-ria, adakah Tengku memanfaatkan aku didepan kekasih lama atau dia memang benar memaksudkannya. Jarang aku tengok dia memberikan riak muka yang amat serius," Fatimah monolog dalam hati.

Fatimah masih belum percaya dengan apa yang diungkapkan oleh Tengku Adrian. Baginya Tengku pasti ada maksud lain.

**********
Bilik Tengku Adrian

Fatimah menghantar secangkir kopi yang diminta oleh Tengku. Minuman ini menjadi tanda yang Tengku akan berjaga malam. Kopi di letakkan berhati-hati di atas meja kaca agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi geseran.
Tengku masih tetap dengan pembacaanya. Sebuah buku terlihat berada di tangan.

Niat dihati hendak menanyakan sesuatu pada Tengku, tapi rasa malu melebihi segalanya. Dia ingin sekali menanyakan hal yang Tengku ucapkan di ACMC tempoh hari.

Melihat keadaan Tengku Adrian yang tekun membaca, dia memusingkan badan untuk terus beredar, namun Tengku terlebih dahulu bersuara.

"Ada yang sayang ingin bincangkan dengan abang," ayat yang Tengku Adrian berikan seakan bom jangka buat Fatimah. Hayunan kakinya terus terhenti , jantung berdetak laju, malu menyelubungi diri, kaget dan tak tahu frasa ayat seperti apa yang harus dikeluarkan. Fatimah masih lagi tertanya-tanya, kenapa Tengku suka sangat memanggil dirinya sayang. Walau selalu diperlakukan sebegitu, namun malam ini Fatimah merasakan amat berbeda sekali penerimaannya.

Tengku Adrian menutup buku yang dibaca, lalu berdiri dan merapati Fatimah.

"Sila duduk, abang nak sembang dengan sayang," ni dah lain macam aku rasa. Biar betul Tengku ni, dia main-main ke apa ni. Perlukah aku lari atau menanti di sini.

"Duduklah, kenapa, takut dengan abang eh?", rasa tercekik dengar lantunan ayat ni.

Aku angguk-angguk dah macam burung belatuk. Tengku tarik kerusi suruh aku duduk. Dia pandang aku tanpa senyuman. Malu pula aku. Rasa macam lebih-lebih.

"Apa yang sayang nak tanya," soal Tengku.

Fatimah menarik nafas lalu menyusun ayat.
"Kenapa Tengku pilih saya," tutur Fatimah sambil memandang cermin meja. Dia tak sanggup bertentang mata dengan Tengku.

"Awak lelaki atau perempuan?" Tengku buat dah...

Dengan malas aku menjawab.
"Mestilah perempuan, Tengku ni kan..," sambil aku buat muka merajuk. Ntah apa-apa soalan dia.

"Baik, saya ni Lelaki ke Perempuan," Apa punya soalan Tengku ni tanya.. adoii ai.. soalan SPM pun tak susah macam ni.

"Lelaki", tuturku malas,..

"Biasanya sunnatullah Lelaki suka perempuan atau lelaki?," dia buat lagi dah kelas tuisyen.. ni subjek sains agaknya.

"Mestilah lelaki suka perempuan," jawabku acuh tak acuh.

"So normal la kan abang suka pada sayang, apa yang peliknya, inikan aturan yang telah Allah siapkan," Tengku jawab macam tu je. Aku ingat dia nak cakap sebab aku ni cantik ke kan, lawa ke..comel ke.. apa-apalah.. sekali jawapan dia, ermmmm.. malas nak tanya lagi. Benci aku.. main-main ke apa. Aku dah tak ada mood.

"Betullah tu.. Lelaki memang diciptakan untuk perempuan, Pak Mail tu pun lelaki, ke dia diciptakan untuk saya, ,".. ucap ku geram.

"Kenapa ni, kalau nak bagi cemburu pun carilah lelaki yang muda dan kacak, ini Pak Mail, ke memang betul-betul berkenan," Tengku tersenyum melihat gelagat Fatimah.

"Nanti sampai masa abang bagi tahu kenapa abang pilih sayang, tapi buat masa ni, biarlah rahsia dulu, dah nikah abang bagi tahu," tutur Tengku.

"Bila masa saya setuju nak nikah dengan Tengku, saya masih belajar," tutur Fatimah yang cuha menafikan kata hatinya sendiri atau sebenarnya tak pasti apa yg dia mahukan.

"Belajarlah seperti biasa, cuma tambah satu lagi kerja, jadi suri dihati abang, boleh tak?" ucap Tengku sambil merenung muka Fatimah.

"Kalau saya tak setuju boleh ke?," antara soalan dan penolakan.

"Awak boleh sahaja tak setuju, tapi awak tetap akan bernikah dengan saya, faham," tutur Tengku dengan sedikit marah. Mana tak marah kesayangan tolak mentah-mentah.

"Nak bagi awak senang faham.. saya dah hantar rombongan meminang sebelum awak di masukkan ke Hospital. Saya sendiri pun dah berjumpa dengan ayah awak. Mak ayah saya tiada masalah dengan pilihan anaknya. Semuanya dah saya maklumkan, dan mereka menerima pinangan saya, jadi awak kena bersiap sedia dari sekarang," mendengar ucapan Tengku, Fatimah jadi kelu, kenapa ibu dan ayah tidak memberitahu dia., kenapa perlu sembunyikan hal ini. Tiba-tiba manik-manik halus keluar dari matanya. Rasanya Tengku amat-amat diktator.. sudah la pergerakkannya dikawal ketat, sekarang hal paling penting dia sendiri tidak dimaklumkan. Menyusup rasa benci dengan Tengku Adrian. Baginya Tengku belum menjadi sebahagian hidupnya namun telah mula mempengaruhi keputusan ibu dan ayahnya. Macam mana mereka boleh terima pinangan ini. Langkah kaki dihayun laju menuju ke bilik.

Fatimah malam itu hanya memakai seluar panjang, sweater,stokin dan tudung sarung. Tanpa memperdulikan sesiapa, dia bertindak sendirian. Tidak lagi takut atas ugutan Tengku diatas sehelai kertas kontrak. Dia sudah tidak peduli tentang apa dan siapa.

Fatimah mencari-cari handbag, dokumen penting dan beg untuk membawa pakaian. Langkahnya laju berlari ke luar pintu gerbang. Hatinya bagai di robek bila hal sebegini pun dia langsung tak tahu. Bagaimana jika sudah bernikah nanti. Tak sanggup hidup dengan lelaki yang mengawasinya 24 jam. Baik dia melarikan diri. Rasa diri tak berguna. Di tipu oleh ahli keluarga sendiri , dan di tipu oleh majikan yang paling disanjungi.

Dalam Grab.. Fatimah menempah tiket kapal terbang ke Langkawi. Hatinya dah tak keruan. Yang nyata dia perlukan masa untuk dirinya. Semuanya terlalu mendadak. Dan tak masuk akal. Jubah dan niqab semuanya hilang dari radar.

*****************

Tengku Adrian

Tengku Adrian sengaja tidak mengejar Fatimah, dia cuba mengelakkan pertengkaran berlaku antara mereka.
Di bilik dia membuka laptop dan mengakses nombor telefon Fatimah. Dengan 5 saat semua pergerakkan Fatimah telah dibuka. Setakat mencari kekasih hati yang hilang apalah sangat. Pemilik rangkaian 7M memanfaatkan kelebihannya.

"WHAT!!! dia beli tiket ke Langkawi 12.30 malam berangkat, ishh.. Fatimah ni, dah la perempuan pergi sorang-sorang", getus Tengku Adrian, meyelinap rasa marah dan lebih pada merisaukan keadaan tunang yang dah merajuk gila.

Di sebabkan tiada pilihan lain, dia terpaksa menempah tiket di baris yang sama dan agak ketara sekali tempat duduk di sebelah Fatimah.

Telefon Ray Berdering

"Hello bos, apa yang boleh saya bantu,' tutur Ray yang memang dah bersedia 24jam untuk Tengku.

"Awak hantar saya ke Lapangan Terbang KLIA," Tengku memberi arahan.

"Bawa sekali rambut palsu," tambah Tengku lagi. Tengku terpaksa menyamar nak elak paparazzi dan si tunang yang tengah marah.

*****************

Bersambung....
Main lari-lari pulak.. jodoh dah depan mata kan.. hahaha.. macam-macam betul.
#staysafe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience