Bab 7

Romance Series 3705

Morning guys...pagi Ahad yang indah, Tengku Adrian senyum sendirian bila mengingatkan momen malam tadi. Terbayang muka Fatimah yang merona merah, rasa seronok pula menyakat budak ni. Kadang-kadang nampak brutal, tapi yang pasti comel je bila dia bercakap. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Kalau tak tahan iman aku cekau je dia malam tadi.

**********

Seperti biasa setiap pagi Fatimah akan menghantar hidangan ke bilik Tengku Adrian. Pintu bilik di kuak, hidangan di letakkan di atas meja. Ya.. meja berona emas. Memang bilik orang kaya. Macam itulah hiasannya. Bilik Tengku tidaklah sarat dengan hiasan berat. Sesuai dengan jiwanya yang suka sesuatu yang ringkas dan moden. Dan setiap hiasan begitu rapat dengan hidupnya.

Kalau diperhatikan terdapat sebuah lukisan kanak-kanak di dinding, itulah lukisan tangan Tengku Adrian ketika berumur 4 tahun. Fatimah merasakan sesuatu yang damai apabila melihat lukisan itu.

Belum sempat Fatimah memalingkan badan, Tengku Adrian sudah berada dibelakangnya. Fatimah jadi kaget. Mahu kemana pula aku nak lari ni, getusnya dalam hati.

**********

"Assalamualaikum," sapa Tengku pada aku. Pagi ni Tengku berpakaian casual hanya t-shirt putih levis dengan seluar panjang yang bewarna biru. Tapi kan aku sempat curi tengok selipar yang dia pakai dalam rumah. Lawa siott... bunny.. ya.. selipar tu ada telinga arnab yang besar dengan mulut serta gigi bunny yang dua batang tu. Seriuslah.. pink tau.. pink kaler. That one..i suke.. tiba-tiba aku rasa Tengku Adrian ni seksi plus comel gitewww.. aww.

Kalau dah geletis tahap ni, buat apa kau pakai niqab dengan jubah, dah la persis wanita arab. Baik kau niqab hati kau. Fatimah monolog sendirian. Yelah takkan nak cakap dengan bunian.

"Waalaikumsalam", tuturku sambil memandang ke arah lain. Lambat-lambat aku menjawab ucapan salamnya.

"Saya ingatkan tadi, bidadari mana yang datang, rupanya awak. Awak pakai macam ni buat saya fokus pada dua bola mata tu.
Ohh..anak mata awak coklat ya, bulu mata lentik..." Tengku mematikan ayat sambil memandang tepat ke dalam mata Fatimah.

"Tengku kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu," aku mula rasa tak selamat ni.

"Kenapa awak pakai niqab ni?,"
Lama Tengku mematikan diri, untuk menyambung ayat.

Dirapatnya badan ke arah Fatimah.
"*Sayang* rasa tak selamat ke bila bersama abang, jawablah abang tanya ni," iishhh Tengku ni dah gila ke apa panggil aku sayang berabang-abang, geli geleman satu badan.

"Sayang look at me, why..", ishhh aku tampar je muka Tengku ni, ke nak aku ketuk kepala dia. Baru tahu langit tinggi rendah. Tahulah handsome. Apa pasal pagi-pagi syahdu ni kau melalut labu. Aduhh.. ni test market lagi ke.

Apa aku nak jawab ni. Dia makin mendekat, perlahan-lahan aku undurkan diri.
" Ermmm ..ini adalah cara nak menyelamatkan diri dari anasir jahat Tengku," itu je ayat yang sempat keluar dari mulutku, cool fatimmm, cool okey, tarik nafas hembus nafas, rileks lah kan..yelah takkan pulak aku nak mengelabah. Dalam hati aku ni dup dap dup dap.

"So you maksudkan i jahat la ni?,".. dia tgk aku lagi.

"Alang-alang jahat tu, i nak bagi tahu, bila tengok you berpurdah dan berjubah, semua hitam ni, i jadi tak tentu arah tau.... i rasa u seksi, baik you buka purdah tu," Tengku cuba menguji Fatimah.

"Seksi apanya Tengku, saya tak nak kejadian malam tadi berulang lagi, elok satu muka semua tutup, baru selamat, sepatutnya saya pakai tudung periuk, ke esok saya pakai tudung saji pulak" tuturku berlalu pergi. Malas nak layan Tengku yang rasa-rasanya macam ulat bulu naik daun. Seingat Fatimah, Tengku yang dia kenal bukanlah perangai macam ni. Elok sopan santun sikitlah, tapi yang ada pagi ni macam pelik je.

Dalam diam Tengku ketawa, gelihati dia tengok gelagat panik Fatimah.
Sempat lagi Tengku menyanyi lagu lagend.. sambil jari-jarinya mengetuk meja dan pandangan dihamparkan ke kolam renang.

Mulutnya mula menyanyikan bait-bait lagu..

" Oh Mas Ayu, Fatimah nan ayu
Parasnya indah suara merdu
Senyum membawa hati rindu
Buat jiwa bimbang ragu"..

Ish.. dah naik syeikh ni.. Tengku capai pen terus berdiri, sambil menghayunkan tangan dan kaki menyanyi bait seterusnya..

"Oh Fatimah gadis Palembang
Pinggangnya ramping leher jinjang
Pakainya cantik istimewa
Budi bahasa sungguh indah"

Dia berpusing pulak..sambil berjalan-jalan di tepi tingkap.. sambung lagi nyanyi..

"Oh Fatimah gadis ayu
Indah sungguh parasmu Mas Ayu
Kasih mesramu…"
"Adoii.. huhuhu.. sedapnya..", kaki dia tersepak kerusi. Nak-nak kerusi kayu balau. Elok je mendapat. Mengongoi tahan sakit.

Ini semua Fatimahlah punya pasal. Dia merungut dalam hati. Selipar bunny yang kiut pun tak dapat menahan sepakan percuma dari sudut penalti.

*******

Lagu kesukaan ayahandanya ini dinyanyikan oleh A.Ramlie; selalu berkumandang dalam kereta waktu kecil-kecil dulu. Jadi, kalau Tan Sri bercuti ke luar negara, bila menginap di Hotel Bunga Raya milik Tengku di Londan, dia akan pastikan bilik ayahandanya dipasang lagu ni sesaat sampai disana. Memang jadi tugasan Mr.Mark. Mat Saleh ni pun dah boleh hafal lagu ni. Pantang jumpa minah melayu.. "ooo.. fatimah". Tergelak Tengku memikirkan kerenah staf dia yang sorang ni. Tapi kesetiaan pada Syarikat itu yang utama.

Sakit-sakit juga kaki, tapi tetap senyum bila minum air milo buatan tangan Fatimah nan Ayu. Senyuman meleret-leret sangat ni. Hati pun berbunga-bunga.

********
Di Bilik Bacaan.

Sedang elok Tengku menatap laporan kerja-kerja berkaitan rangkaian yang akan diperluaskan,
Tengku menerima satu panggilan.
"Assalamualaikum,"sapa satu suara.

"Waalaikumsalam,"
" Ha..busu, lama tak dengar kabar, ", tutur Tengku sambil telefon diletakkan di cuping telinga.

"Alah busu duduk jauh, tu yang payah kamu nak datang jengukkan. 30 minit je pun tak sampai-sampai, ni kamu ada nak kemana-mana?," soal busu.

"Hari ni Adry ada rumah. Datanglah boleh borak," Tengku mengajak, rindu rasanya dengan adik bongsu maknya. Selalu ada masa terluang memang mereka akan bertemu, mengisi masa lapang bersama-sama. Beza umur pun tak jauh. Tengku Adrian 25 tahun, manakala Pak Su aka Busu 27 tahun. Sama - sama kacak dan berjaya dalam bidang masing-masing.

********

Dalam pada mereka berbual, Pak Su sempat menyampaikan permintaan.
"Satu lagi, tolong jangan masak western food, minta Mak Tom tu masak makanan style kampung, gulai ayam kampung ke.. gulai daging salai," Minta Pak Su, memang muka tak malukan. Kalau datang rumah anak buah dia yang kaya raya ni, macam-macam dia minta. Kalah orang mengidam.

"Yelah-yelah, nanti pesan Mak Tom suruh masak Pomodoro Pasta, Calamari, Bruschetta.. hahahah.. okey tak..," Tengku mula mengusik Pak Su.

"Jangan main-main ye.. tak payah nak italian sangat, petai kena ada, apa lagi ha.. buat sambal petai,".. beria-ia memesan makanan.

"Baiklah yunkkk.. nanti Mak Tom masak hokeyyy," gelak sakan Tengku, dia tahu Pak Su anti makanan barat. Kau tak payah la hidang kat dia western food, dia dah lama makan benda-benda macam tu. Lama belajar di negara orang bukan setakat ilmu dapat, makanan luar pun dia pakar masak.

"So dalam pukul 1 nanti busu datang, kau jangan merayap pulak dengan koleksi sabtu dan ahad. Kata dah insap kan. Tulah cari-cari calon sangat,.sekali bini orang, padan muka", tak sayang molot eh mamat ni. Dalam hati tengku kalau tak sebab ada pertalian darah, mahu saja dia tutup pintu suruh Pak Su nya balik, tak perlu datang hari ni. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Eh bukan ke Mak Tom dah mula cuti minggu ni. Jadi siapa yang masak. Fatimah!!! Biar betul, budak tak cukup umur tu nak masak lauk pauk kampung. Dari berteka teki baik aku panggil dia.

********

"Hari ni awak masak makanan kampung boleh?,' tengahari ni ada tetamu istimewa nak datang," pinta Tengku.

"InsyaAllah boleh," kataku bersahaja.

"Betul ni boleh, kalau tak tahu saya oder luar, lupa yang Mak Tom dah mula cuti",

"Boleh tengku cuma bahan mentah tak ada, jom saya masakan yang sedap-sedap, gulai ayam kampung campur daun puding, gulai ikan sembilang pula, campur belimbing buluh, gulai daging salai campur terung telunjuk", tuturku bersemangat. Inilah masanya aku nak makan banyak-banyak.

"Sempat lagi ni kita beli bahan di tepi stadium, hari ni ada Jualan dari FAMA, banyak sayur-sayur kampung. Tetamu istimewa makan petai tak?", soalku,.. ni semangat membara..dari puncak ke angkasa.. hahaha.. aku mula nyanyi lagu Faizal Tahir dalam hati.

Pelik Tengku Adrian nak menjawab, macam pro je si Fatimah ni.
"Makan..dia memang suka petai", sambil Tengku mengaru-garu mukanya yang tak gatal.

"Okey jom kita shoping barang dapur," Tengku mengangguk dan sedikit konpius. Biar benar dia ni, tetamu aku ke, tetamu dia, lain macam tenaga, dia pulak yang meluru ke parking, nyaris-nyaris aku ditinggalkan.

Hai... dah siap-siap tunggu tepi Maserati.. aduh-aduh.Dia masih lagi berpakaian sama. Berpurdah dan berniqab. Aku rasa mahal baju dia beli ni. Cantik. Alahai macam bidadari aku. Ku ambil topeng muka warna hitam, dari jenis kain lalu ku pakai. Dia dengan niqabnya. Kalau aku keluar tak pakai tutup muka, kejap lagi ada je paparazzi yang kejar. Jenuh nak menjawab dengan ayahanda dan bonda.

**************

Eh.. bidadari aku ni. Jalan menonong je. Ambil-ambil aku bayar.. ambil-ambil aku bayar. Aku tengok dia macam tak keruan. Dia cakap kat aku elok hidangkan sup gear box pada tetamu. Ni aku musykil dia nak makan ke tetamu nak makan. Lengoh dah tangan aku ni pegang barang kiri kanan. Dia dah macam mak datin lenggang kangkung. Aku ni dah macam pembantu. Agak-agaklah sikit, aku kan CEO Malaya Bazar. Aduyai.. kalau perempuan lain sanggup berpanas berdiri 24 jam nak jumpa aku. Sanggup menangis-nangis, menjerit-jerit, dia ni hati ikan masin ke apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience