TAKDIR AKU 1

Short Story Completed 77128

BUNYI dentuman petir yang berada di luar itu mengejutkan seseorang yang sedang tidur di katil itu tersedar perlahan-lahan matanya itu di buka matanya terus  meliar ke arah tingkap bunyi titisan air hujan itu mulai kedengaran. Hujan lebat yang turun itu serentak dengan air matanya yang kini lebat mengalir perlahan membasahi pipinya.

Kalau lah masa itu dapat di putar dia tak mahu melakukan semua itu, kerana sudah takdir aku dan aku tak mampu ubah apapun.

  “maafkan saya Irham” ujarnya bersama derain air matanya ketika itu. Maaf. itu sahajalah yang mampu wanita itu katakan saat itu walaupun dia tahu semuanya takkan berubah dan akan masih sama.

*******

“Am jangan cabar papa ya ! Am ingat Am dah hebat sangat ke !” Pekik Dato Hisham dengan kuat. bergema suara lelaki berusia 50 tahun itu di dalam rumah itu.

“Apa yang Am cakap semua papa tak percaya kan? , apa yang budak tu cakap semua papa dengar!” balas Irham dengan kasar.

“budak tu ? Hey dia tu abang am lah ! hormat sikit ehh ! ”

Irham tergelak sinis, beg yang hampir jatuh itu segera di tarik untuk di kemaskan, perlahan-lahan dia berjalan ke arah Dato' Hisham.

“hey ! Am tak der abang lah ! dia tu anak angkat je lah! yang papa nak lebihkan budak kutip tu buat apa ! ” Jerkah Irham.

PANG !

Datin Hazimah yang berada di situ terkejut melihat kelakuan suaminya itu, Irham memegang pipinya itu yang mulai terasa hangat dia mengetatkan giginya itu.

“Kau keluar daripada rumah aku sekarang! keluar aku cakap ! kau jangan balik selagi kau tak minta maaf dengan abang kau!” Jerit Dato Hisham dengan kuat.

“papa ingat Am nak duduk sini sangat ke hah! ,”

“Abang dah lah tu, am pun dah lah Am jangan keluar pergi naik bilik sekarang biar mama bincangkan dengan papa je”

“Biar lah papa sayang sangat dengan anak pungut dia tu!, sampai sanggup naik tangan dekat anak kandung dia ! bagus paa! bagus sangat! ” Irham terus mengatur langkah kakinya laju keluar daripada rumah banglo tersebut.

“Irham! Am!” panggil Datin Hazimah namun Irham hanya mengendahkan sahaja panggilan daripada Datin Hazimah.

“Biarkan budak tak kenang budi tu!, anak kurang ajar! langsung tak hormat saya sebagai ayah dia!awak lah ni manjakan sangat budak tu! dah besar langsung tak berguna!” degus Dato' Hisham.

“sebelum abang nak salahkan Am sepenuhnya,abang tanya diri abang dulu lah! tak habis-habis cari masalah!” balas Datin Hazimah.

Terus wanita itu melangkah pergi meninggalkan Dato' Hisham terkulat-kulat keseorangan di ruang tamu itu itu, lelaki itu hanya melepaskan keluhan kasar.

LANGIT yang gelap itu di pandang tanpa rasa jemu, benar-benar dia rasa tidak puas hati saat itu. Papanya itu sanggup melebihkan orang luar daripada anaknya sendiri. Apa lah agaknya abang angkatnya itu sudah menghasut papanya itu.sejak kehadiran Daniel hubungan anak-beranak itu semakin renggang apabila papanya tidak habis-habis melebihkan abangnya itu daripada dirinya.

“teruk sangat ke aku ni, kalau nak dibandingkan dengan dia? hebat sangat ke dia tu? papa tak habis-habis agung-agungkan dia! apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke apa! ” omelnya sendiri.

telefonnya yang berdering itu menyedarkan dirinya yang sedang mengelamun jauh itu nama yang tertera Nazim. Irham melepaskan keluhan perlahan.

“yer hello,kau nak apa!”

 
“MACAM mana keadaan mak kau Hani?, dia dah sihat ke?” Soal Mellisa.

“Belum lagi, aku sebernanya berat hati sangat nak tinggal mak aku lama-lama kat kampung tu yer lah kalau jadi apa-apa macam mana kan? tapi sekarang kan minggu peperiksaan” Balas Hani.

Sambil tangannya itu menarik kerusi,dia terus melabuhkan duduknya di kerusi. Mug yang berada di sebelahnya itu di ambil lalu di minum untuk basahkan tekaknya itu.

“Kau dengan Daniel ada apa-apa ke Hani?, ” Soal Mellisa selamba.

“uhuk-uhuk!, ” Hani terus terbatuk dadanya itu di tepuk berkali-kali. Mug yang berisi air Milo itu terus di letakkan di atas meja. Wajahnya sudah berkerut seribu mendengar soalan yang di beri oleh kawannya itu.

“Daniel?, aku dengan dia kawan je lah lagipun kau ingat dia pandang ke orang miskin macam aku ni hah? ramai tahu tak yang tergila-gila kat dia kalau dia pilih aku memang nasib malang lah hidup dia” Hani menggelengkan kepalanya itu.

“Kau ni rendah diri sangat lah Hani, tapi kenapa aku rasa dia suka kau? dari cara dia pandang kau cakap dengan kau”

“Dah kau tak yah nak mengarut, dah pukul berapa dah ni aku gerak dulu ehh kang lambat pulak kau tak masuk kelas ke hari ni?”

“eheh,aku tak sihat lah demam sikit ni”

Hani hanya menggelengkan kepalanya itu,itu lah dia Mellisa tadi bukan main sihat bila ajak pergi kelas terus sakit! Beg yang tersangkut di kerusi itu terus di raih kakinya terus mengatur langkah keluar  daripada hostel tersebut.

Nanti kalau sembang lama-lama dengan Mellisa,sampai ke besok pulak nanti. Mellisa mengangkat tangannya itu sambil melambaikan tangannya itu pada Hani. Hani turut membalas sebelum dia beredar.

     “IRHAM!” panggilan itu menyedarkan Irham yang sedang berjalan untuk ke kelas Puan hayati bersama Nazim. Terus dia mengalihkan pandangannya ke belakang dan dia melihat Daniel berada di hadapannya itu.

“Asal kau tak balik rumah semalam hah?, kau tahu tak mama dengan papa risau kat kau!” ujar Daniel.

“ehh sukahati aku lah nak balik ke tidak apa kaitan dengan kau?, kau tak yah berlagak abang-abang lah kat sini kau jangan ingat aku tak tahu kau buat apa belakang mama dengan papa!” Balas Irham kasar.

“aku buat apa?, kalau kau tahu aku buat apa kenapa tak bagitahu mama dengan papa? asal kau takut mama dengan papa tak percaya kau ke?” sinis Daniel bertanya.

“Kau diam lah!, kau bukan anak kandung dia pun lah! kau jangan nak perasan sangat lah! kau tu anak kutip je lah!”

 “aku anak kutip?,kau ke aku sebenarnya anak kutip? sebab aku rasa papa yang layan kau macam anak kutip!”

Irham mengetapkan giginya dengan ketat,kolar baju Daniel itu di tarik wajahnya sudah merah padam memendam perasaan marah. Hani yang berada tidak jauh dari situ memerhati adegan itu mahasiswa dan mahasiswi lain turut memandang ke arah mereka.

“Asal kau nak tumbuk aku?, tumbuk lah kau ingat kau kuat sangat ke? sekarang kat sini semua ingat kau jahat tahu ke tak? ”

Irham memandang sekeliling nya itu, memang kesemua sedang memandang ke arah mereka berdua namun apa dia Heran!

   BUM!

Irham terus melepaskan tumbukan ke wajah Daniel dengan kuat, sebaik dia ingin menumbuk wajah Daniel kali kedua. Nazim segera menarik badan Irham dengan kuat untuk meleraikan pergaduhan itu.

“dah lah tu Am,jom! tak payah layan orang gila ni!” Nazim terus menarik lengan Irham dengan kuat untuk beredar daripada situ dengan cepat. 

anak mata Hani hanya mengekori jejak langkah Irham dari jauh, dia sendiri tidak pernah nampak kehadiran lelaki itu di dalam kolej ini dan kenapa dia bergaduh dengan Daniel? Setahunya Daniel tidak pernah cari masalah dengan sesiapa.

Daniel terus mengelap dengan kasar di tepi bibirnya itu yang sudah berdarah, anak matanya terhenti apabila dia melihat Hani yang berada tidak jauh daripada situ. Kakinya terus mengatur langkah ke arah Hani dia melihat wajah wanita itu benar-benar sedang terkejut.

   “Tu siapa?,kenapa awak gaduh dengan lelaki tu?”

  Daniel hanya menggelengkan kepalanya itu, seperti sudah agak mesti Hani ingin bertanya soal itu.

  “Tu Adik saya, biasalah adik kan? kerja nak memberontak je kerja dia”

  “Adik?,kenapa macam sebaya je awak dengan dia. korang kembar tak seiras ke?”

  “pfttt,kembar? awak nampak muka saya sama macam dia ke? saya tua setahun daripada dia saya abang angkat dia tapi saya dah anggap dia macam adik saya sendiri dah”
 
“Ohhh,ehh mulut awak berdarah tu ”

  “Sikit je ni tak per lah,jap lagi baik lah tu jom lah masuk kelas nanti lambat pulak”

Hani hanya mengangguk, mereka terus mengatur langkah pergi nanti terlambat pula.

  SKRIN telefon bimbitnya itu di tatap wajah seorang wanita itu di pandang dengan lama, matanya mulai berair. dia langsung tidak sangka wanita itu sanggup berlaku curang dengannya itu

IMBAS KEMBALI....

  “Betul ke you sayangkan I Niya?” Soal Irham.

Raniya mengerutkan dahinya seribu mendengar pertanyaan daripada Irham itu,tangan Irham itu di raih lalu di genggam dengan kemas wajahnya pula di tatap sambil mengukir senyuman.

   “Mestilah I sayangkan you,soalan apa you tanya I ni Am? you tahu kan I tak boleh hidup tanpa you? why you tak cintakan I lagi ke?” wajah Raniya terus berubah.

   “No,Not like that I just sangsi tu je you tahu kan I terlalu cintakan you I tak tahu apa akan jadi kalau you tinggalkan I”

  Raniya hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya itu.

****

  “SAYANG betul kau dengan Niya tu kan, apa lah yang dia dah buat sampai kau cintakan sangat dia ehh?" Soal Nazim sambil dia mengacau air yang berada di dalam cawan itu.

Irham hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya itu, benar-benar dia telah jatuh cinta dengan Raniya wanita itu lah yang selalu berada di sampingnya itu. Dia sendiri tidak tahu apa akan jadi kalau wanita itu meninggalkan dirinya itu. Dia tidak pernah mencintai seseorang seperti dia mencintai Raniya.

    ”Aku dengan dia nanti nak berlajar kat luar negara sama-sama, aku tak boleh berpisah dengan dia lah nanti rindu pulak so aku buat keputusan aku nak ajak dia berlajar kat luar negara sekali“

  ”Ohh,pasal Niya je lah habistu aku?siapa nak teman aku hah?“ balas Nazim geram.

  Irham melepaskan tawanya itu, bahu Nazim itu di tepuk dengan kuat.

  ” Kau tak payah nak mengada lah“

TING !

  UNKNOWN NUMBER: Location ..

Irham mengerutkan dahinya seribu apabila melihat seseorang menghantar lokasi di sebuah hotel,

  ”Niya lah tu kan?“

  ”huh?,ehh tak ermm aku kena pergi dah ni nanti jumpa ehh“ Irham terus bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu. Nazim hanya menggelengkan kepalanya itu melihat kawan baiknya itu yang sedang seperti terburu-buru itu.

   IRHAM memandang pintu coklat di hadapannya itu, entah kenapa hatinya tiba-tiba tidak sedap. Seperti akan terjadi sesuatu. perlahan-lahan dia terus dia mengetuk pintu bilik hotel tersebut.

bunyi tombol pintu di pulas mulai kedengaran, sebaik sahaja pintu di buka Irham mengerutkan dahinya seribu apabila dia melihat Raniya kini berada di hadapannya itu. Wajah Raniya pula sudah pucat semacam.

  ”Niya?,you ke yang hantar meseg ni kat I? kenapa pakai nombor lain? you change number ke?“

  ”Er..Am y..you buat kat sini?“ Soal Raniya terketar-ketar.

Wanita itu pelik, bagaimana Irham boleh ada di sini dan bagaimana dia tahu Raniya di sini.

  ”Sayang!, siapa tu cepatlah datang sini“ bunyi suara seseorang daripada bilik hotel itu membuatkan Irham tergamam. Iya itu adalah suara lelaki.

  ”Niya?,siapa tu hah? “ suara Irham mulai serius.

Sebaik Irham ingin masuk Raniya mulai menghalang daripada lelaki itu terus masuk, namun dengan kasar Irham menolak Raniya ke tepi.

   ”Am! Irham ! “ tergopoh-gopoh Raniya membuntuti Irham dari belakang dengan laju.

  LANGKAHNYA terhenti apabila dia melihat seorang lelaki sedang berada di atas katil tanpa berbaju, dan hanya mengenakan tuala. dia benar-benar tergamam saat itu. Hatinya turut sakit,

   ”Am I can explain to you please dengar“ Rayu Raniya sambil tangannya itu memegang tangan Irham.

   ”Kau memang perempuan tak guna!,“ mendatar Irham berkata dengan kasar Irham menepis tangan Raniya yang sedang memegang tangannya itu.

    ”kau nak sangat jantan ni kan?, jadi mulai hari ni aku dengan kau dah tak der pape! jangan berani kau tunjuk muka kau depan aku lagi Raniya! “ Irham terus menolak Raniya dengan kasar ke dinding.

Kakinya terus mengatur langkah keluar daripada bilik hotel itu,dengan perasaan begitu hampa!

   
  ”Irham!, kau kenapa ni?“ Soal Nazim yang baru sahaja sampai ke kelas.

Suara itu mengejutkan Irham daripada lamunan.

Irham terus mengesat air matanya yang sedikit menitis itu, Nazim mulai perasan Irham sedang menatap wajah Raniya di skrin telefon nya itu.

  ”Dah lah Am kau lupakan lah perempuan tak guna tu!, kau akan dapat yang lebih baik daripada dia tu! “ ujar Nazim.

Nazim tahu segalanya tentang kawan baiknya itu, bukan dia tak tahu Irham amat mencintai Raniya tapi ini adalah cara Raniya membalasnya. Sejak itu lah, Irham benar-benar menjadi dingin hingga sekarang lah dia tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa dia tidak mahu lagi terluka. Luka yang lama pun masih belum lagi sembuh.

  ”Aku jadi macam ni pun sebab dia Zim, kau ingat aku suka ke hidup macam ni? ni yang dia  balas dekat aku lepas apa yang aku dah buat dekat dia?“ serak suara Irham ketika itu.

   ”Aku percaya satu hari nanti pasti akan ada seseorang yang lebih baik untuk kau, yang akan sayang dan cintakan kau lebih daripada Raniya tu“ pujuk Nazim.

TING !

PAPA:Balik Malam ni!

   ”siapa pulak tu?“

  ”papa aku, padahal dia yang halau aku semalam ni tiba-tiba je suruh aku balik malam ni“

  ”so kau balik ke?“

  ”balik lah, nanti kalau aku tak balik dia cari aku pulak nanti kang tak pasal-pasal kau pulak kena dengan dia tu!“

  ”sampai bila kau nak hubungan kau dengan papa kau renggang macam ni Am?,“

Irham hanya mengangkat bahunya itu,dia bukan tak nak berbaik tapi tu lah bila berjumpa ada je benda yang ingin gaduh dan benda kecik di perbesarkan.

   TOMBOL pintu di hadapannya itu di perhati dengan lama, gementar pula ye lah semalam dah lah gaduh besar ni tiba-tiba suruh balik dah kenapa pulak? tombol pintu itu terus di pulas perlahan-lahan.

Melangkah masuk  sahaja ke dalam rumah itu, kelihatan Dato' Hisham,Datin Hazimah dan Daniel turut berada di ruang tamu. masing-masing berwajah serius.

   ”assalamualaikum papa“ Irham menghulurkan tangannya itu pada Dato' Hisham sambil menundukkan badannya itu tanda hormat.

salaman itu di abaikan,Dato' Hisham terus bangun daripada sofa dia memandang wajah Irham dengan ketat.

   ”Kenapa Am tumbuk muka abang?,apa yang Am tak puas hati sangat dengan abang hah?“ Soal Dato' Hisham.

Irham melepaskan keluhan kasar, rambutnya itu di raup dengan kasar kalau dia tahu ini lah sebab papanya itu menyuruh dia pulang! memang tidak lah dia akan pulang!

   ”papa tanya am kenapa Am tumbuk muka dia?, Papa tak tanya dia ke punca Am tumbuk muka dia?“ sinis Irham bertanya.

   ”Papa tahu Daniel macam mana,dia takkan cari gaduh dengan orang kalau orang tak cari gaduh dengan dia! di sebabkan kamu tumbuk muka abang kamu ni! berdarah mulut dia tahu ke tak!“

Irhammembuat wajah bengis, tangannya di silangkan. Dia sempat mengerling ke arah Daniel yang duduk di sofa itu

  ”Papa tak kira apa alasan kamu nak bagi Am, sekarang ni papa nak kamu pergi minta maaf dengan abang kamu sekarang!“

  ”kenapa pulak Am yang kena minta maaf dengan dia?,dia yang salah patutnya dia yang kena minta maaf! Am takkan pernah minta maaf dengan dia lah! “ ujar Irham dengan suara tinggi.

   ”Hey Irham kau jaga sikit mulut kau ehh, yang kau kena tinggi suara kau depan papa kenapa? kau tak reti hormat papa ke?“ soal Daniel lalu bangun daripada sofa kakinya mengatur langkah ke arah Irham dan Dato' Hisham.

  ”ya Allah sudah lah tu, kamu berdua ni memang tak boleh berjumpa kan! sampai bila hah nak macam ni!“ ujar Datin Hazimah geram.

   ”Kau kalau depan papa memang kuat berlakon kan!, kau ni memang tak reti sedar diri kan? datang daripada keluarga mana entah pastu tiba-tiba kau berlagak macam ni Keluarga kau!“ herdik Irham.

    ”Sudah Irham!“ Jerit Dato Hisham dengan kuat.

  ”Cuba lah untuk kali ni je papa dengar cakap Am!, Siapa sebenarnya anak papa hah! Am ke dia!“

  ”sepatutnya kau ni tak di lahirkan dalam keluarga ni tahu tak!, anak tak di untung! aku jaga kau dari kecik sampai kau besar ni yang kau balas dekat aku! susah sangat ke kau nak minta maaf dengan abang kau ni!“

  ”Hey papa kalau Am salah, Am akan minta maaf tapi dia ni yang ni salah! Papa tak habis-habis agung-agungkan dia kan? semua ni sebenarnya salah papa tahu tak! Papa ni tak der guna pun dalam keluarga ni!“ Semakin tinggi suara Irham.

   PANG!

  ”kurang ajar punya anak!, kau ni memang tak guna tahu tak! hidup menyusahkan orang je! tak boleh ke kau jadi macam abang kau hah?“

    ”Abang sudah lah tu!, tak habis-habis nak naik tangan lah! Am pergi naik bilik sekarang!“ Tengking Datin Hazimah.

  Irham hanya mengendahkan panggilan daripada Datin Hazimah kakinya terus mengatur langkah untuk keluar daripada rumah banglo tersebut.

  ”mama kata naik bilik Irham Zahriq!, kamu keluar daripada rumah ni jangan panggil mama dengan panggilan mama lagi dengar ke tidak ni Irham!“ Datin Hazimah sudah hilang sabar.

   langkah lelaki itu terus terhenti, ugutan itu benar-benar memberinya tamparan hebat, dia terus mematah balik dan naik ke tangga untuk naik ke bilik.

    Datin Hazimah memandang ke arah Daniel yang berada di sebelah suaminya itu, wanita itu hanya menggelengkan kepalanya itu.

BERSAMBUNG....

happy reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience