TAKDIR AKU 10

Short Story Completed 77129

"A..apa apa awak cakap ni Daniel?,awak tahu kan saya sekarang dengan Am?"

Daniel membuat muka menyampah, rambutnya itu di raup ke belakang dengan kasar setiap kali mendengar nama lelaki itu benar-benar dia benci! Kalau boleh hendak sahaja Irham mati!

"Pilihan ada di tangan awak Hani, saya dah tolong pun awak? awak pun dah janji dengan saya kan yang akan balas budi? lagipun saya janji saya takkan sesekali sakiti awak" pujuk Daniel.

"Kami dah tolong kamu Hani, di sebabkan kami nyawa mak kau terselamat jadi salah ke kalau kami minta balasannya? Lagipun uncle bukan Hani buat benda bukan-bukan just kahwin dengan Daniel tak payah lah bazirkan masa tunggu Irham tak guna tu" celah Dato Hisham.

"Maafkan saya uncle, Daniel saya tak boleh terima mungkin benda lain saya boleh lakukan tapi bukan ini saya cintakan Irham dan saya akan tunggu dia balik" Tolak Hani.

"What?, Uncle tak sangka Hani macam ni setelah kami tolong Hani dan ini yang Hani balas pada kami"

Hani menundukkan pandangan nya itu, benar-benar dia buntu saat ini. Namun pada masa yang sama dia berasa amat terhutang budi pada keluarga Dato' Hisham 100K! Terlalu banyak mereka habiskan duit untuk dirinya itu.

"Hani?,are you hear me?"

"Err..., Daniel kenapa awak buat Irham macam ni? apa salah dia pada awak?" bergetar saat ini suara Hani.

"Pasal kita,tak der kaitan dengan Irham! jadi awak setuju? "

Hani mengangkat wajahnya itu,dia melihat wajah ketat Dato' Hisham kini berada di hadapannya itu. Matanya itu di alihkan pada Hajah Saleha yang masih sedang terbaring di atas katil yang belum sedarkan diri. Irham maafkan saya..

Hani menganggukkan kepalanya itu,kalau itu sahaja yang mampu Hani membalas budi Hani sanggup air matanya yang jernih itu mulai menitis satu persatu membasahi pipinya itu namun segera di kesat.

Daniel mengukir senyuman lebar, akhirnya! Kau kalah Irham kerana Hani adalah milik aku dan tiada sesiapa boleh rampas dia daripada aku termasuklah kau!

SUDAH lama Hani tidak menelefon dirinya itu, panggilan juga tidak di angkat benar-benar Irham risau keadaan Hani. Apabila menelefon Mama pula tidak di angkat jugak. Entah kenapa semua yang dia telefon tidak mengangkat.

"Haihh,kenapa dengan Hani ni?" soalnya sendiri dia cuba lagi mendail nombor telefon Hani namun masih lagi tidak di angkat.

Namun Irham tidak puas asa, dia terus menelefon Hani dia amat berharap Hani akan mengangkat panggilan daripada nya itu dia sudah mati kutu merindui Hani. Meseg,call, e-mail semua Hani tidak membalas.

Benar-benar dia hairan dengan sikap wanita itu sejak kebelakangan ini. Adakah dia mempunyai masalah. Irham cuma berharap keadaan wanita itu baik sahaja Dia takut kalau ada sesuatu yang buruk terjadi pada Hani semasa ketiadaan dia.

Telefon yang berdering daripada tadi di perhati sahaja, ikutkan hatinya hendak sahaja dia mengangkat benar-benar dia rindu dengan Irham. Namun kerana larangan daripada Daniel kerana tidak manis tunang orang bercakap dengan lelaki lain.

IMBAS KEMBALI...

Cincin mulai tersarung di jari manis wanita itu, Datin Hazimah memandang wajah sayu Hani saat itu terus dia membawa wanita itu ke dalam pelukannya itu. Dia faham perasaan Hani saat ini. Dia juga tahu tentang hubungan Hani dan Irham.

"Hani sabar ya, mungkin Hani tak der jodoh dengan Am" pujuk Datin Hazimah.

"Am akan benci Hani ke aunty?, Hani takut kalau Am benci Hani.. Hani sayangkan Am aunty" air jernih mulai membasahi pipinya saat kini.

Kedua belah pipi Hani itu di pegang oleh Datin Hazimah, segera wanita itu menggelengkan kepalanya itu.

"Am mesti akan tahu satu hari nanti,kenapa Hani lakukan semua ni dah lah menantu Aunty jangan nangis tak cantik nanti“

Hani hanya mengukir senyuman nipis, ya allah kau kuatkanlah aku! Aku amat berharap ini adalah pilihan yang betul aku tak mahu kalau aku tersilap langkah.

"Kenapa tak makan?" Soal Daniel apabila melihat Hani hanya merenung sepinggan nasi goreng di hadapannya itu.

"Saya tak der selera,lagipun saya tak lapar"

"Haihh, awak kena lah makan saya tengok awak makin kurus sekarang"

Hani hanya sekadar mengangguk, dia hanya merenung pemandangan di hadapannya itu, ya di rindu Irham! amat rindu!

"Irham ada call awak lagi ke?"

"Ada,tapi saya tak angkat awak jugak yang suruh kan?"

"Hurmm, jap lagi ikut saya"

Hani mengeluh, ikutkan hatinya hendak sahaja dia pulang ke rumah dan berehat tidak mahu berlama-lama di sini.

"Kenapa?, nak ke mana"

"Saya nak awak tukar nombor awak, biar Irham tak call awak lagi saya tak suka awak berhubung dengan dia" tegas Daniel.

Hani hanya mengangguk.. ,, Bersama wajah sayunya saat itu. Dia tidak mahu bagaimana ingin berdepan dengan Irham nanti. Dia pasti lelaki itu akan membenci dirinya. Maaf itu sahajalah yang mampu wanita itu katakan saat ini.

"Abang, kalau Daniel berkahwin dengan Hani macam mana dengan Irham? Abang tau kan yang am sayangkan Hani takkan kita nak pisahkan mereka" Datin Hazimah tidak setuju.

"Biarkan dia, orang macam tu tak layak lah nak rasa bahagia lagipun dia langsung tak layak untuk Hani yang layak untuk Hani adalah Daniel anak saya"

Datin Hazimah melepaskan keluahan,dia sudah buntu ingin katakan apa lagi pada suaminya itu.

"Habistu Am bukan anak awak ke?"

"Dia tu anak tak reti di untung tahu tak, dah baik awak setuju je apa yang saya mahukan! saya dah tak nak dengar awak sebut nama Irham lagi dalam rumah ni!", Kaki lelaki itu terus mengatur langkah daripada arah ruang tamu.

Datin Hazimah melabuhkan duduknya di sofa, dia pasti sebaik Irham tahu tentang perkara ini pasti anak lelakinya itu akan kecewa buat kali kedua. Telefonnya mulai berdering dan dia melihat nama anaknya itu yang tertera.

Ikutkan hatinya memang dia ingin mengangkat,tapi suaminya iaitu Dato' Hisham sudah berkeras jangan sekalipun mengangkat telefon daripada Irham sekiranya dia menelefon. Walaupun benar-benar dia sudah rindu akan anak tunggalnya itu.

"Maafkan mama,sayang..", ucapnya perlahan matanya mulai berair.

ANGIN yang agak kuat saat itu menyejukkan suasana saat itu, Irham hanya duduk termenung di bangku itu dia masih tidak faham kenapa Hani tidak mengangkat panggilan daripada nya dan mama. Adakah mereka telah melupakan dirinya di sini.

"Ataupun Hani..dia.." laju Irham menggelengkan kepalanya itu.

Tidak mungkin,dan tak mungkin! Wanita itu akan lakukan perkara yang sama seperti Raniya lakukan terhadap dirinya!

telefon bimbitnya itu terus di bawa keluar,nombor Nazim itu di dail. Dan panggilan sudah di pasangkan.

" Hello, Assalamualaikum, Zim kau ada kat kolej ke sekarang ni?" Ujar Irham di corong telefon.

” waalaikumussalam, haah asal? aku nak on the way balik hostel dah ni.

"Ohhh,kau ada nampak Hani tak aku tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni aku call dia tak angkat meseg tak reply"

"Hani?"

Nazim terus memandang ke arah depannya itu,dia melihat gadis itu sedang longlai berjalan di hadapannya itu.

"Dia ada kat depan aku ni "

"Hah depan kau?, pass telefon ni dekat dia sekejap", Tergopoh-gopoh Irham berkata.

"Hani!" Panggil Nazim yang sedang melihat Hani sedang meluru jalan untuk pulang ke hostel. Hani menghentikan langkahnya itu kakinya terus mengatur langkah ke arah Nazim.

"Yer kenapa Nazim?" Soal Hani.

suara Hani itu dapat di dengar daripada corong telefon, benar-benar Irham merindui suara itu.

"Ni am nak cakap dengan awak?" Nazim terus menghulurkan telefonnya pada Hani.

Hani terkejut, dia hanya merenung telefon yang di hulurkan oleh Nazim waktu itu.

"Ambik lah, Am nak cakap dengan awak",

Hani menoleh ke arah kiri dan kanannya takut-takut, Daniel tiba-tiba sahaja berada di kawasan itu. Namun kosong, perlahan-lahan Hani meraih telefon yang berada di tangan Nazim saat itu.

"H..hello" ujar Hani serak.

"Hello, Hani mana awak pergi? kenapa awak tak angkat call saya? meseg tak reply? saya risau keadaan awak" ujar Irham terus dia bangun daripada bangku yang sedang dia duduk kini.

"I..Irham.., " air matanya mulai mengalir perlahan membasahi pipinya saat itu.

"Kenapa ni Hani?, awak ada masalah ke? ke awak sakit?" Irham mulai perasan suara Hani seperti serak kedengaran.

"M..maafkan saya, saya minta maaf untuk segalanya" ujar Hani lagi semakin laju air matanya membasahi pipinya saat itu.

Irham hairan,mengapa wanita itu katakan seperti itu pada dirinya. Dia tidak marah pun kerana Hani tidak call ataupun meninggalkan pesanan dia cuma risau itu sahaja.

"Saya sayangkan awak Am, salamualaikum" Hani terus menutup panggilan telefon bimbitnya itu lalu segera di serahkan pada Nazim.

"H.. Hani", belum sempat selesai bercakap Hani sudah menamatkan panggilan telefon.

Sebaik Hani ingin mengatur langkah pergi, lengan Hani itu di tarik oleh Nazim sehingga langkah kakinya itu terhenti.

"Awak kenapa ni Hani?, ke Daniel ada buat apa-apa dekat awak cakap dengan saya Irham dah suruh saya untuk jagakan awak dekat sini",

"Nazim, kalau Irham telefon lagi ke ataupun tanya pasal saya awak cakap je awak tak tahu"

Nazim pelik, mendengar permintaan daripada Hani saat itu.

"Kenapa?,"

"Saya dah nak kahwin dengan Daniel, jadi saya tak boleh berhubung dengan Irham lagi sebab tak lama lagi saya nak jadi isteri orang"

Membulat mata Nazim saat itu mendengar kata-kata wanita itu,Daniel? bukankah wanita itu sedang bercinta dengan Irham tapi kenapa wanita itu perlu mengahwini Daniel? dia sangat ingin tahu.

"Kenapa awak buat Irham macam ni Hani?,awak nak dia terluka lagi ke?, awak nak dia buat kerja bodoh macam dulu ke? saya tak sangka awak sanggup buat macam ni Hani" ujar Nazim.

"Maafkan saya,saya minta diri dulu", Hani terus mengatur langkah kakinya beredar daripada situ dengan segera.

HANI Terus melabuhkan duduknya di perhentian bas, kereta yang lalu-lalang di hadapannya itu di perhatikan Hani terus menghemburkan tangisannya pada itu. Kalau boleh dia juga tidak mahu untuk melukakan hati lelaki itu. Namun dia tiada pilihan.

"Awak telefon Irham tadi?" suara itu mengejutkan Hani yang sedang berlamunan jauh itu.

perlahan-lahan Hani mengangkat wajahnya itu, kelihatan Daniel berada di hadapannya itu. Segera wanita itu bangun memandang Daniel yang kini berada di hadapannya itu.

"Tak"

"Awak jangan tipu saya Hani, ingat awak tu tunang saya sekarang",

",Cukup lah Daniel,apa lagi awak nak? saya dah ikutkan apa yang awak nak saya cuma nak cakap dengan awak walaupun kita kahwin nanti saya tak dapat janji dengan awak yang saya akan cintakan awak macam mana saya cintakan Irham", tutur Hani.

Lengan Hani itu di pegang oleh Daniel dengan kasar, dia menjegilkan matanya ke anak mata Hani.

"Mulai hari ni,saya tak nak nama Irham keluar daripada mulut awak lagi faham!" Tegas Daniel.

"S..sakit Daniel" apabila semakin kuat cengkaman lengan Daniel saat itu. Daniel dengan segera melepaskan tangannya itu yang sedang mencengkam lengan Hani pada itu.

"Saya ikhlas cintakan awak Hani, sekarang awak milik saya" ujar Daniel sambil mengukir senyuman.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Shera Hanim
2021-08-25 13:03:50 

Daniel ni hati busuk.hani ni cam lembab lain kali ada masalah.mintak tolong kat nazim


NovelPlus Premium

The best ads free experience