HANI merebahkan badannya itu pada katil senyuman nya langsung dari tadi tidak lengkang, tidak pernah dia rasa sebahagia ini. Tangannya yang di pakai gelang itu di tatap.
Imbas kembali...
"Ermm ambik lah ni, kau..errr..awak bagi saya jam kan? so ni untuk awak" Irham menghulurkan sekotak gelang pada Hani. Perlahan-lahan Hani meraih gelang yang kini di tangan Irham itu.
Hani terus membuka kotak gelang tersebut bibirnya mengukir senyuman,sungguh cantik sekali gelang yang di hadiahkan pada dirinya itu.
"Terima kasih,awak bagi saya barang mahal tapi saya bagi awak murah je"
Irham tergelak kecil,dia menggelengkan kepalanya itu. Hani benar-benar terasa bahagia melihat lelaki itu tersenyum.
"Harga je pun,terima kasih sebab awak dah hadir dalam hidup saya yang gelap ni saya sayangkan awak Hani" Ujar Irham sambil mengukir senyuman.
Pipi Hani mulai merah padam mendengar luahan hati lelaki itu, Irham hanya tergelak sendiri melihat wajah wanita itu sudah merona merah.
"AMBOI,siapa bagi?sampai nak terkeluar biji mata tengok gelang tu" Tegur Mellisa yang baru sahaja pulang. Tersedar terus Hani daripada lamunannya itu.
Mellisa terus melabuhkan duduknya di katil yang bersebelahan dengan katil Hani itu, gelas yang berada di meja itu di raih lalu di minum.
"Irham" balas Hani teruja.
terkejut Mellisa mendengar jawapan yang di beri oleh Hani itu, tersedak di buatnya. Terbatuk-batuk wanita itu. Hani hanya tergelak melihat kelakuan kawannya itu.
"Irham?,Irham Zahriq si panas baran tu ke?" Mellisa tidak percaya dia ingin kepastian adakah dia salah dengar.
"Ishh jahat lah mulut kau ni, panas baran apanya dia baik tahu tak kau jangan nak kutuk-mengutuk dia ehh"
"Asal dia bagi kau gelang tu?,"
"Aku dengan Irham sekarang ni"
Mellisa benar-benar terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh Hani itu, biar betul? Hani mampu mengubah hati beku lelaki itu siap jadi pasangan biar betul?
"Kau biar betul Hani?,takkan kau nak berpasangan dengan orang macam Irham tu? kalau Daniel aku setuju lah"
"Aku sayang dia Mel,aku nak selalu ada dengan dia sampai bila-bila" turut Hani lagi.
Mellisa hanya mampu mengeluh perlahan,
"Tak per lah kalau tu yang kau nak,aku sebagai kawan kau akan selalu support kau dan aku harap hubungan kau dengan Irham akan kekal sampai bila-bila ehh sekejap Daniel macam mana?" Baru Mellisa teringat akan lelaki itu.
Setahunya lelaki itu menaruh perasaan pada Hani,
"Aku dengan Daniel kawan je lah, lagipun aku dah bagitahu dia yang aku hanya anggap dia sebagai kawan je"
Mellisa hanya sekadar mengangguk, tangan wanita itu di raih sambil di genggam dengan kemas.
"Aku tak tahu apa yang kau dah buat Hani,tapi kau memang hebat lah! mampu buat Irham si kepala singa tu suka kat kau"
Hani melepaskan tawanya itu, melihat kelakuan kawan baiknya itu.
"ALHAMDULILLAH, akhirnya Am dapat jugak ni jugak yang Am nak kan?" ujar Datin Hazimah sambil membaca surat tersebut.
"Tapi Am rasa,Am tak pergi lah maa"
Datin Hazimah mengangkat wajahnya itu, dia mengerutkan dahinya seribu bukankah ini yang Irham terlalu inginkan.
"Kenapa?,bukan ke Am yang memang nak dapat tawaran ni?"
"Entahlah mama,"
Tangan anaknya itu di pegang, Datin Hazimah menatap wajah anaknya itu yang sedang duduk di sebelahnya itu wajah lebam anaknya itu di tatap.
"Mama minta maaf ya sebab tak datang hospital waktu Am sakit hari tu," turut Datin Hazimah lembut.
Irham terdiam seketika,jujur dia katakan memang dia sangat terasa hati dengan Datin Hazimah itu, lagi-lagi dengan Dato Hisham yang langsung tidak peduli akan dirinya itu.
"Anak mama sakit ya, sakit kat mana? bagitahu mama" ujar Datin Hazimah sambil memegang pipi anaknya itu matanya mulai berair.
"Mama jangan risau pasal Am, am sihat sakit sikit je" suara lelaki itu mulai bergetar.
"Mama sayangkan Am, biarlah papa nak cakap pun pasal Am mama tetap akan ada di pihak Am. Am jangan ambik hati dengan perangai papa ya?" Pujuk Datin Hazimah.
Terasa hati?, bukan hanya sekali Irham terasa hati dengan sikap bapanya itu namun dia sebagai anak tidak mahulah menyimpan dendam pada ayahnya itu sendiri. Dia tahu ayahnya tidak menyukai dirinya pun sebab Daniel. Daniel terlalu istimewa di mata Dato' Hisham.
"HANI" tergesa-gesa lelaki itu berlari anak ke arah Hani yang sedang berjalan bersama Mellisa itu.
"Hani aku pergi dulu lah ehh,kau cakap lah dulu dengan Daniel tu" Mellisa memberi ruang kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ.
"Ya awak nak apa?"
"Awak marah saya ke Hani?"
"Marah?,buat apa saya nak marah awak bukan ada buat salah dekat saya pun" polos Hani menjawab.
"Ermm,saya harap kita masih boleh jadi kawan? saya tak nak lah sebab hari tu kita putus kawan"
Hani menganggukkan kepalanya itu sambil mengukir senyuman.
"Saya tahu awak lelaki yang baik Daniel, mungkin akan ada seseorang perempuan lebih baik daripada saya untuk awak"
Daniel menganggukkan kepalanya itu,sambil mengukir senyuman.
TING !
bunyi pesanan di hantar yang berada di dalam tas tangannya itu di ambil dan dia melihat nama Irham yang tertera. Daniel hairan melihat Hani tersenyum sendiri melihat telefon bimbitnya itu.
IRHAM: Lepas habis kelas kita jumpa dekat tempat biasa ehh, saya ada hal penting nak cakap.
"Hal penting?" omelnya sendiri.
"Siapa tu?" Soal Daniel ingin tahu.
"Hah?,err someone special" balas Hani sambil tersenyum.
Daniel hairan sejak bila Hani sudah berpunya, setahunya Hani masih tiada sesiapa.
"Okey lah Daniel saya nak masuk kelas dah ni,jumpa lagi ya nanti" Hani terus mengatur langkah kakinya pergi daripada situ
"Hurhh, kau milik aku Hani! tak der sesiapa boleh rampas!" ujarnya sendiri.
SEBAIK tamat sahaja kelas Puan Hayati Hani terus bergegas keluar daripada bilik itu, langkahnya itu menjadi pemerhati oleh Daniel nampak sangat wanita itu sedang tergesa-gesa. Daniel dengan pantas mengemaskan buku-bukunya itu dengan segera dan mulai mengikut jejak langkah Hani. Dia ingin tahu ke mana wanita itu pergi dengan keadaan tergesa-gesa seperti itu.
Irham yang sedang duduk di bangku di sebuah pohon pokok itu dapat memerhati Hani yang sedang mengatur langkah ke arahnya itu, tidak tahu ingin dia katakan bagaimana dengan wanita itu soal sambung berlajar itu.
"Sorry awak saya lambat, kelas habis lambat pulak tadi awak dah lama ke sampai?" Soal Hani sambil dia melabuhkan duduknya di sebelah Irham yang sedang duduk di bangku itu.
Irham menggelengkan kepalanya itu, sambil tersenyum nipis. Hani perasan wajah lelaki itu agak muram seperti tidak bermaya sahaja.
"Awak sakit ke Am?" Hani meletakkan tangannya itu di dahi lelaki itu.
"Ermm tak,saya sihat errr saya ada benda penting nak cakap dengan awak terlalu penting"
"Hal penting?,hal apa?"
Irham meraih begnya itu di buka zip lalu di bawa keluar sepucuk surat tawaran sambung berlajar yang dia dapat semalam. Hani hairan,surat apa pulak yang Irham serahkan kepada nya itu. Hani itu terus mencapai surat itu. Sampul surat itu di buka, dan dia membaca isi kandungan surat itu.
Selesai sahaja membaca surat itu, Hani terdiam membisu sendiri jadi Irham akan pergi meninggalkan dirinya selama 5 tahun? adakah mereka akan berpisah?
"Saya takkan pergi kalau awak tak bagi, sebab saya dah janjikan yang saya takkan tinggalkan awak saya nak selalu ada dengan awak" Ujar Irham apabila dia melihat wajah wanita itu kelihatan sedih.
"Takkan saya nak halang cita-cita awak kan?,lagipun ni adalah yang awak nak kan? kalau awak nak pergilah saya okey je" Ujar Hani walaupun kalau ikutkan hatinya dia tidak mahu lelaki itu pergi.
"Saya tak kisah pun semua tu, tak per lah macam ni saya tolak tawaran sambung berlajar tu lagipun kat sana tak der awak nanti kalau saya rindu macam mana?" Ujar Irham seloroh.
Hani tergelak kecil,pantas dia menggelengkan kepalanya itu.
"Tak per awak pergi je lah Am,lagipun 5 tahun je kan?pejam celik pejam celik dah 5 tahun kan? " Hani menyedapkan hatinya sendiri.
"Awak boleh ke tunggu saya Hani?5 tahun tu waktu yang lama"
"Saya akan tunggu awak Am, awak pegang janji saya ya?"
Irham bukan tidak percaya,tapi dia tidak sanggup berjauhan dengan Hani lagi-lagi pada waktu yang lama seperti ini.
"Jadi bila awak pergi Jepun?," Soal Hani.
"Ermm,lusa ni" Balas Irham.
"Lusa?"
Tanpa sedar air mata Hani mulai menitis satu persatu membasahi pipinya saat itu, Irham terus mencapai tisu yang berada di dalam begnya itu dia terus mengesat air mata wanita itu yang semakin menitis laju itu.
"Awak janganlah sedih,saya akan sedih kalau awak macam ni" Sambil tisu yang di pegang olehnya itu mengesat air mata gadis itu.
"Balik je nanti saya daripada sambung belajar, saya akan lamar awak jadi isteri saya. Saya nak hidup dengan awak habiskan masa dengan awak hanya awak Hani" ujar Irham lagi.
Hani menganggukkan kepalanya itu,sambil mengukir senyuman.
"Saya sayangkan awak Am," ujarnya lagi suaranya mulai bergetar saat itu.
"Saya pun sayangkan awak, boleh awak janji dengan saya yang awak akan tunggu saya balik? boleh awak jangan mungkir janji pada saya?" Soal Irham lagi.
"Saya janji Irham, saya akan tunggu awak. saya nak awak pegang janji saya ni. Awak pun kena janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya" ujar Hani.
Irham senyum sambil menganggukkan kepalanya itu.
"Nanti kalau ada awek Mat Saleh mengorat saya ke, nanti saya reject. awak jangan risau ehh" usik Irham untuk membuat gadis itu tersenyum.
Hani tergelak kecil,dia menampar lembut bahu Irham itu.
"Dah jangan nangis, nanti cepat tua tau" usik Irham lagi.
"Ishh dia ni, mana ada"
Irham melepaskan tawanya itu, walaupun dia sendiri sebernanya tidak sanggup untuk berjauhan dengan wanita itu.
Daniel yang sejak tadi mengekori jejak langkah Hani panas membahang matanya dibuatnya melihat kemesraan Hani dan Irham saat itu. Ranting kayu yang berada di tangannya itu tanpa sedar sudah patah di genggam olehnya itu.
"Kau memang tak guna Irham!" Ujarnya sendiri.
IRHAM yang sedang duduk di hadapan rumah itu, memerhati langit yang gelap itu angin sepoi-sepoi pada malam itu membuatkan suasana agak dingin. jam tangan yang berada di pergelangan tangannya itu di tatap.
"Macam mana aku nak berjauhan dengan kau Hani?" Soalnya sendiri.
"Aku dengar kau nak ke Jepun sambung belajar betul ke?" Suara itu mengejutkan Irham yang sedang duduk bersantai di situ.
Gelas yang berada di tangan Daniel itu di letakkan di atas meja, kerusi pula di tarik dan terus dia melabuhkan duduknya itu.
"Kalau nak pergi pun apa kaitan dengan kau?,aku ada ganggu hidup kau ke?" Balas Irham dengan kasar.
"Haihh abang tanya je, takkan tu pun Am nak marah? sebernanya abang dah lama nak berdamai dengan Am tahu tak" suara Daniel mulai lembut tidak sekasar seperti selalu.
"Kau tak payah nak beabang lah kat sini mual lah, kau ingat aku tak tahu niat kau?"
"Ni lah kau Am, bila aku cakap baik-baik kau suruh aku cakap kasar-kasar by the way luka dekat muka kau tu dah sembuh ke?lepas aku tumbuk muka kau hari tu kan tiba-tiba rasa bersalah pulak" sindir Daniel.
"Kau diam lah, senyap!" Sebaik Irham ingin bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu.
"Macam lah perempuan macam Hani tu boleh suka lelaki macam kau ehh?, apa lah yang istimewa sangat kau ni di mata dia?" Sindir Daniel sambil dia mencapai mug yang berisi air Milo lalu di minum.
langkah Irham terhenti sendiri, Irham terus memalingkan wajahnya ke belakang menghadap Daniel yang sedang duduk di kerusi itu.
"Apa masalah kau dengan aku sebernanya ehh?,"
Daniel terus bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu, kakinya terus mengatur langkah ke arah Irham dia berdiri betul-betul di hadapan Irham.
"Kau pasti ke perempuan macam Hani tu takkan luka kan hati kau macam Raniya buat?, kau tak cukup kenal lagi Hani tau"
"Silap-silap, kau balik daripada Jepun tu Hani dah kahwin yer lah takkan dia nak buang masa tunggu lelaki tak berguna macam kau ni kan?"
Irham mengetapkan giginya dengan ketat, dia cuba menahan sabar dengan sindiran pedas daripada Daniel itu.
"Kau ingat perempuan macam Raniya tu layak ke nak di bandingkan dengan Hani?kau ingat aku bodoh macam kau ke? kau saje cakap macam ni sebab kau nak aku tinggalkan Hani kan?"
"Yer lah Hani kau tolak cinta kau,dan dia pilih aku betul kan? kau tu sedar lah sikit diri orang dah tak nak tak payah terhegeh-hegeh Hani pun tak pandang oleh bertopengkan syaitan macam kau ni" Irham terus mengatur langkah kakinya beredar daripada situ.
"Kau tunggu Irham!, aku akan buat hidup kau merana! dan terseksa!" ujarnya sendiri.
BERSAMBUNG....
Happy Reading!!
Share this novel