TAKDIR AKU 17 ( AKHIR )

Short Story Completed 77128

PERLAHAN-LAHAN Hani mendaki tangga kayu itu, badannya kini sangat lemah! Terlalu lemah belum sempat dia memulas tombol pintu terus badannya itu jatuh ke lantai. Air matanya tidak putus-putus mengalir membasahi pipinya itu. Sungguh teruk Daniel belasah dirinya ini. Rumah yang dulu riuh-rendah dengan suara Hajah Saleha kini sunyi tanpa sebarang suara. Perlahan-lahan Hani menyesot masuk ke dalam rumah itu sungguh dia tidak larat lagi saat ini.

Lengan dan kakinya mulai berdarah berbirat, kerana pukulan tali pinggang kuatnya itu. Hampir mati wanita itu kerana di pukul oleh Daniel.

Perlahan-lahan Hani bangun daripada lantai dengan sekuat daya tenaganya untuk berdiri, kakinya mengatur langkah ke arah bilik Hajah Saleha. Hani terus merebahkan badannya di katil milik hajah Saleha itu air matanya mulai membasahi bantal tersebut. Esakkan tangisan mulai kedengaran, tiada sesiapa yang berada di sisinya kini.

Semua telah meninggalkan dirinya itu, dia amat merindui Hajah Saleha kini. Terlalu rindu...sangat rindu!

Biji manik-manik, gelang yang berada di genggaman tangannya itu di tatap air matanya semakin laju mengalir membasahi saat ini. Dia gagal menjaga gelang tersebut dengan baik..

Kerana terlalu penat menangis, akhirnya wanita itu tertidur sendiri, hanya air matanya sahajalah yang menjadi teman baiknya saat kini...

BERKALI-KALI Irham cuba untuk menelefon Hani namun wanita itu tidak langsung angkat, dia benar-benar buntu ingin mencari wanita itu di mana.. Di tanya Mellisa, wanita itu tidak datang ke tempatnya itu. Nombor Mellisa di dail olehnya, dia benar-benar risau dengan keadaan Hani saat kini..

"Hello Am, kau dah tahu Hani kat mana ke?", Soal Mellisa terlebih dahulu.

"Tak, puas aku cari dia Mel tapi tak jumpa aku dah tak tahu nak cari dia kat mana lagi aku takut kalau jadi apa-apa dekat Hani"

"Haihh,aku pun dah banyak kali call dia tapi dia tak angkat ermm.. hah..kau dah cuba tengok dekat kampung? dari sini ke sana tak jauh sangat pun aku rasa dia ada kat sana" ujar Mellisa semangat.

"Aku ikut kau jumpa Hani ya Am" Ujar Mellisa.

"Okey,cepat sikit aku ambik kau sekarang"

Tak terfikir pula Irham, betul kata Mellisa tak mustahil Hani berada di kampung arwah Hajah Saleha itu.. ke mana lagi wanita itu ingin pergi, selain tempat itu. Talian dengan pantas di tamatkan, kunci kereta berada tidak jauh dengannya itu di capai.

"Am nak ke mana ni?" Soal Dato' Hisham.

"Am tahu Hani kat mana paaa" Irham dengan Tergopoh-gopoh keluar daripada rumah banglo tersebut itu.

KERETA di pecut dengan laju, pedal minyak ditekan dalam perjalanan ke kampung Hani itu hujan mulai turun membasahi bumi. bersama bunyi guruh amat kuat. Ya dia perlu sampai dengan cepat! Dia pasti Hani sedang kesepian...

"Aku risau lah pasal Hani, aku tak sangka langsung Daniel boleh buat macam ni dengan Hani..aku harap dia tak tak der apa-apa"

"Aku rasa bersalah sangat dengan dia Mel,aku tak bagi di peluang untuk jelaskan aku memang kejam Mel" matanya mulai berair.

"Kau jangan salahkan diri kau, ni semua salah Daniel tak guna tu! Dasar jantan dayus!", Degusnya geram.

"Tunggu saya Hani.." ujarnya perlahan..

Irham dengan pantas memandu kereta dengan agak laju, dia harus menemui Hani dan meminta maaf.. dia pasti wanita sedang merana!

BUNYI dentuman petir yang berada di luar itu mengejutkan seseorang yang sedang tidur di katil itu tersedar perlahan-lahan matanya itu di buka matanya terus  meliar ke arah tingkap bunyi titisan air hujan itu mulai kedengaran. Hujan lebat yang turun itu serentak dengan air matanya yang kini lebat mengalir perlahan membasahi pipinya.

Kalau lah masa itu dapat di putar dia tak mahu melakukan semua itu, kerana sudah takdir aku dan aku tak mampu ubah apapun.

  “maafkan saya Irham” ujarnya bersama derain air matanya ketika itu. Maaf. itu sahajalah yang mampu wanita itu katakan saat itu walaupun dia tahu semuanya takkan berubah dan akan masih sama.

matanya mulai perlahan-lahan kabur, dia sudah tidak dapat bertahan saat ini. Mungkin ini adalah Takdir yang harus dia tanggung. Cinta kita yang terkurung dalam rahsia takdir dan tiada sesiapa tahu hanya dia sahaja yang tahu..

Biji manik-manik gelang berada di genggaman tangannya itu, terus satu persatu jatuh ke lantai.. Dan akhirnya matanya tertutup buat selamanya...

SEBAIK sahaja tiba di hadapan rumah Hajah Saleha, Irham melihat sebuah kereta berada di hadapan rumah itu pasti itu kereta yang di gunakan oleh Hani untuk ke rumah ini...

"Aku pasti Hani ada dalam rumah ni" ujar Mellisa tergopoh-gopoh wanita itu ke arah tangga kayu.

Mellisa menoleh ke belakangnya itu dia melihat Irham masih berdiri di belakang, tegak. Kenapa hatinya tidak sedap..

"Am cepatlah masuk, hujan ni lah!" Ujar Mellisa.

"Ni semua perasaan kau je Am, " Irham terus membuntuti Mellisa daripada belakang.

Jejak sahaja kaki mereka ke dalam rumah itu, kedua-dua mereka mencari Hani. Berkali-kali mereka memanggil nama Hani namun tiada sesiapa menyaut.

"Hani!, Am Hani kat sini" suara panggilan Mellisa itu mengejutkan Irham yang sedang mencari Hani di sekeliling rumah. Lelaki itu terus mengatur langkah ke arah bilik yang mendengar suara Mellisa.

"HANI, Hani aku Mellisa ni Hani bangun Hani" kejut Mellisa.

Namun tiada sebarang sahutan yang di beri, jantung Mellisa seakan terberhenti apabila sesuatu yang terlintas di kepalanya itu. Tidak mungkin!

Dahi, dan tangan Hani di pegang satu badannya itu sejuk! Irham yang berada di muka pintu bilik itu masih tidak faham.

"Hani, kau kenapa ni? Hani! Bangun Hani aku kat sini Hani bangun Hani!" Badan Hani itu di gerakkan namun keadaan masih sama tiada langsung sahutan.

Perlahan-lahan Hani mengangkat tangannya itu lalu di letakkan di denyutan nadi, nadi tidak memberi sebarang respon. Air mata wanita itu mengalir perlahan membasahi kini.

"H..Hani, a..am Hani.." Mellisa menoleh ke arah Irham yang berada di muka pintu itu. Wajah lelaki itu sudah pucat lesi, jantungnya berdegup sangat kencang kerana ingin mendengar perkataan seterusnya daripada Mellisa.

"Hani dah.." belum sempat Mellisa berkata Irham memotong.

"Jom lah kita balik, Hani tidur tu dia penat jangan kita buat bising kat sini dia nak tidur tu", bergetar saat ini suaranya itu tanpa sedar air matanya sudah membasahi pipinya kini.

Air mata Mellisa terus membasahi pipinya saat ini, Mellisa terus membawa Hani ke dalam pelukannya itu dia menangis semahu-mahunya saat itu.

Irham yang masih lagi tergamam, fikirannya kini kosong bunyi hujan lebat di luar itu membuatkan suasana lebih menyedihkan. Sebaik dia ingin mengatur langkah kakinya ke arah Hani kakinya terpijak biji-biji manik dia melihat ke lantai dan itu adalah manik gelang yang di berinya pada Hani pada 5 tahun selepas sebelum dia berangkat ke Jepun.

Lemah lututnya saat ini, perlahan-lahan badannya jatuh ke lantai langsung dia tidak terdaya kini. Air matanya kini membasahi pipinya saat ini. Sebaik dia memandang meja yang berada di sebelahnya itu dia melihat kertas yang berada tidak jauh dabgan dirinya seperti tertulis sesuatu.

“Kalau masa boleh di putar saya tak nak semua ni jadi Am , dan perkara pertama yang saya akan lakukan adalah saya takkan bertemu awak kalau saya tahu ini adalah pengakhiran nya yang akan buat awak terluka"  Hani Nasreen.

Kertas yang di tulis oleh Hani itu, kini di basahi dengan air mata lelaki itu. Sakit amat sakit! Untuk dia tanggung saat kini.

Lelaki itu menyandarkan badannya itu di dinding, air matanya itu semakin laju saat kini.

"H..Hani.." bergetar suaranya itu menyebut nama wanita itu. Wajahnya itu sudah lencun dengan tangisan dia tidak sangka kisah cintanya bersama Hani akan berakhir seperti ini.

Mellisa terus menarik selimut lalu menutupi wajah wanita itu , Dia melihat Irham di sebelahnya itu sedang menangis.. air matanya turut tidak berhenti-henti menitis membasahi pipinya itu.

KUBUR yang masih merah itu di perhati, kesemua yang berada di sebelahnya itu pun sudah beredar air hujan mulai turun membasahi bumi saat kini. Banyak kali Dato' Hisham dan Datin Hazimah menyuruh Irham segera beredar namun lelaki itu berkeras.

Batu nisan yang berdiri tegak di hadapannya itu pegang, air matanya mulai mengalir perlahan daripada tubir matanya itu.

"Saya akan selalu doakan awak Hani, terima kasih sebab awak dah hadir dalam hidup saya, awak dah tolong saya untuk teruskan hidup walaupun sedang dalam kekecewaan. saya reda kalau ini yang di tentukan oleh allah... awak berehat lah di sana ya" ujarnya perlahan.

Kakinya itu terus mengatur langkah beredar daripada kawasan perkarangan kubur tersebut, kalau benar ini adalah  suratan dan ketentuan yang harus  hadapi. Aku tidak pernah menyalahi takdir. Kerana Takdir itu adalah rahsia Allah.. apa yang di takdirkan Allah adalah yang terbaik buat hambanya itu...

-cinta kita yang terkurung dalam rahsia takdir-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience