TAKDIR AKU 14

Short Story Completed 77128

HANI memandang wajahnya itu di cermin, pipinya agak lebam kerana tamparan kuat daripada lelaki itu kedua belah lengannya pula sudah mulai kemerahan kerana cengkaman lelaki itu. Dia tidak sangka Daniel adalah sepanas baran ini! Air matanya mulai bercucuran membasahi pipinya saat ini.

Cincin perkahwinan nya yang tersarung di jari manisnya itu, perlahan-lahan di tanggalkan lalu di letakkan di atas meja.

BUNYI bising daripada luar itu membuatkan Irham benar-benar serabut, kakinya itu terus mengatur langkah ke luar rumah kelihatan Daniel yang buang bising daripada tadi dah macam monyet aku tengok! Orang sakit jiwa memang macam tu lah!

"Kau nak apa hah datang sini?, boleh tak kau jangan tunjuk muka kau kat sini aku menyampah lah!" Ujar Irham sambil menyilangkan tangannya itu.

"Kau ni memang tak tahu malu kan kacau isteri orang, ehh wake up lah Hani tu isteri aku sekarang lagi sekali aku nampak dia dengan kau mati kau aku kerjakan" Daniel menekan suaranya.

Irham tergelak sinis, kepalanya itu di gelengkan melihat kelakuan lelaki itu.

"Kau ingat aku takut ke dengan amaran kau?,kau nak mati kan aku? Kau siapa? sudah lah Daniel aku ni malas dah nak bergaduh dengan kau tahu tak kau ingat aku hadap sangat dengan Hani tu! kalau kau nak dia ambil! kau ingat aku kisah ke? ",

Makin panas membahang cuping telinga lelaki itu mendengar balasan lelaki itu, Namun Irham hairan apabila dia melihat lelaki itu tiba-tiba tergelak sendiri.

"Kau dengar sini ya, Irham kalau kau tak nak jadi benda buruk kau jangan sesekali tunjuk muka kau depan Hani kalau tidak kau tahu kan apa aku mampu buat pada Hani?"

Irham mengerutkan dahinya dia tidak faham dengan perkataan lelaki itu sebentar tadi. 

"Kau buat je lah apa-apa dengan dia,kau ingat aku kisah?" Irham terus menjeling kakinya itu terus mengatur langkah masuk ke rumahnya itu semula.

Daniel hanya mampu menggenggam penumbuk nya itu dengan kemas! Memang dia langsung tidak puas hati dengan lelaki itu saat ini!

SEBAIK menjejakkan kakinya ke rumah banglo itu, dia melihat sekeliling rumah itu sunyi sepi tidak pula dia nampak Hani. Makin bertambah geram Daniel di buatnya itu apabila wanita itu tidak menyambut kepulangannya saat ini.

"Hani!,Hani!!!" Pekiknya dengan kuat.

Hani yang sedang terbaring di katil, itu terus tersedar baru sahaja dia ingin terlelap dengan segera dia bangun daripada katil Tergopoh-gopoh dia turun ke bawah nanti kang kalau lambat mula lah nak cari gaduh!

"Ya awak nak apa Daniel?"

"Awak ni memang tak hormat saya kan?, Saya ni suami awak tahu tak!"

Hani hairan,dah kenapa tiba-tiba naik angin.

"Saya baru balik,awak tak reti ke tunggu saya kat sofa tu apa awak ingat awak mem besar ke dalam rumah ni?"

"S..saya minta maaf, saya penat sikit hari ni"

"Penat?,penat fikir pasal Irham?"

Lagi sekali,lelaki itu menyoal tentang Irham! Dia benar-benar sudah penat dengan perangai lelaki itu tidak habis-habis dengan cemburu buta!

"Kenapa setiap kali kita macam ni,awak nak kaitkan Irham? cukup lah Daniel sampai bila awak nak kita bergaduh soal ni banyak kali saya cakap saya dengan Irham dah tak der apa-apa!" tanpa sedar suara Hani mulai kuat.

Dia benar-benar tiada niat untuk meninggikan suaranya pada Daniel, Daniel terus menarik lengan Hani dengan kuat lalu di tolak ke dinding dengan kuat.

"Arghh..s..sakit",

"Kau dah berani tinggi suara dekat aku sekarang ehh!, ni sebab kau bergaul dengan Si Irham tak guna tu! kau faham tak aku bencikan dia! kalau boleh muka dia pun aku tak nak tengok tahu tak! Jadi aku tak nak kau ada kaitan langsung dengan dia!" Jeritan kuat Daniel mulai kedengaran.

"Saya dengan Irham tak der apa-apa lah!, awak nak saya jelaskan macam mana lagi hah!"

"Kau jangan tipu aku lah!!!!" Pekik lelaki itu dengan kuat satu penumbuk terus singgah di wajah Hani sehingga wanita itu jatuh.

"Aku tak nak dengar kau sebut pasal Irham lagi faham tak!!!!!" Jerit Daniel lagi.

Hani sudah lemah, di tepi mulutnya mulai berdarah sungguh kuat sekali tumbukan lelaki itu. Air matanya sahaja yang mampu mengalir saat ini dia tidak mampu melawan lelaki itu.

BUK!

Mak Cik Kiah yang sedang duduk ruang tamu terkejut apabila mendengar bunyi hentakan kuat, dengan segera kakinya melangkah ke arah bunyi kuat itu terkejutnya saat ini apabila dia melihat Hajah Saleha sudah terbaring di atas lantai kepalanya sudah berdarah.

"Ya allah Saleha!" Kelam-kabut Mak Cik Kiah melangkah ke arah Hajah Saleha.

Mungkin kerana permukaan lantai yang licin itu membuatkan wanita itu jatuh, sehingga kepalanya itu terhentak!

"Tak guna punya perempuan!!!" Tengking Daniel kakinya itu terus mengatur langkah beredar daripada situ meninggalkan Hani yang sudah terkulat-kulat di lantai. Badannya itu sudah terbaring di lantai,

Bunyi telefon bimbitnya itu mulai kedengaran perlahan-lahan Hani cuba mencapai telefon bimbitnya itu namun dia gagal apabila dia langsung tidak larat untuk mencapai telefon bimbit itu.

matanya mulai kabur,dan perlahan-lahan matanya itu tertutup Hani benar-benar lemah saat ini. Dan Hani sudah tidak sedarkan diri...

IRHAM mengerutkan dahinya seribu, apabila dia melihat ada nombor yang tidak di kenali menelefon dirinya itu namun dia mengangkat ye lah takut penting ke kan?.

"Assalamualaikum, Irham" ujar pemanggil..

"Waalaikumussalam,siapa ni?", acuh tak acuh sahaja Irham membalas.

"Ni Mellisa, kawan Hani",

Irham melepaskan keluhan perlahan,dah kenapa tiba-tiba kawannya itu menelefonnya itu dia sudah tidak ada kaitan dengan Hani.

"Kalau kau nak cakap pasal Hani,aku tak nak dengar apa-apa pasal perempuan penipu macam tu! dah aku nak letak dulu"

"Aku nak mintak nombor Daniel, kau ada nombor dia kan?"

"Nombor Daniel,apahal kau nak mintak nombor dia?"

"Aku call Hani dia tak angkat, aku nak bagitahu Hani yang mak dia baru je meninggal tadi tapi sekarang ni Hani masih tak tahu"

Terkejut di buatnya Irham saat ini mendengar berita yang di sampaikan oleh Mellisa saat itu. Daripada posisi duduk segera dia berdiri.

"Innalillahiwainnalillahirajiun"

"Tolong bagi nombor Daniel, Irham"

MELLISA berdegus kasar apabila Daniel tidak mengangkat panggilan telefon daripada dirinya itu, sudah berkali-kali wanita itu menelefon Daniel namun masih juga gagal mengangkat. Mellisa cuba menelefon Hani sekali lagi.

bunyi deringan itu mengejutkan Hani daripada pengsan, perlahan-lahan dia cuba bangun daripada lantai lalu di mencapai telefon bimbitnya itu dia melihat nama Mellisa yang tertera.

"Hah,hello Assalamualaikum Hani ya allah angkat pun kau aku call"

"S..sorry, Mel a..aku t..tertidur tadi" lemah sahaja Hani menjawab.

Mellisa hairan mendengar suara lemah daripada Hani saat ini, namun dia ketepikan yang penting sekarang Hani perlu tahu!

"Hani aku nak bagitahu kau tapi kau bawak bersabar ya Hani, "

"K..kenapa Mel?",

"Mak kau.. mak kau baru je meninggal dunia Hani sebab hentakan yang terlalu kuat mak cik Kiah yang bagitahu aku" tutur Mellisa.

Hani tergamam saat ini, terkedu fikirannya kini kosong! Air matanya secara automatik mengalir membasahi pipinya saat itu.

"M..mak..mak!!" esakkan tangisan mulai kedengaran.

"Aku dekat luar rumah kau ni Hani, cepat kita kena bertolak sekarang sebelum terlambat" ujar Mellisa.

Nasib baiklah jarak kampung Hani tidak terlalu jauh,

Hani segera bangun daripada lantai walaupun dia dalam keadaan lemah dia cuba memaksakan dirinya itu saat ini. Tombol pintu itu di pulas dengan segera kakinya itu terus mengatur langkah keluar daripada rumah.

Kelihatan kereta berwarna merah milik Mellisa sudah kelihatan, dengan segera Hani masuk ke dalam perut kereta itu. Mellisa mengerutkan dahinya apabila dia melihat wajah Hani lebam, lengan turut lebam wajah pula sudah sembap. Namun dia tidak bertanya lagi, dia tidak mahu soalannya itu membebankan Hani.

"C..cepat Mel,"

Segera Mellisa menganggukkan kepalanya itu, terus dia mulakan memandu dengan cepat!

SEBAIK kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu, kelihatan sekujur tubuh sedang baring wajahnya sudah di tutup dengan kain putih dan sudah mengenakan kain kapan. Tersentak Hani saat itu, kakinya longlai melangkah ke arah jenazah Hajah Saleha saat itu.

"Allahuakbar, ya allah" ucapnya air matanya sudah laju mengalir membasahi pipinya saat ini.

Dia tidak dapat lagi membendung tangisannya saat ini, perlahan-lahan dia mengangkat kain putih yang sedang menetupi wajah Hajah Saleha.

"M..mak, Mak jangan tinggalkan Hani mak..bangun mak Hani ada mak je mak bangun mak" ujar wanita itu semakin laju air matanya menitis saat ini.

Mellisa yang berada di belakang Hani,segera mengatur langkah kakinya ke arah Hani yang sedang menangis di sisi Hajah Saleha.

"Hani sudah Hani, jangan macam ni tak baik" ujar Mellisa sambil menggosok-gosok belakang kawannya itu matanya sudah turut sama berair.

"M..mak tinggalkan aku Mel, aku ada mak je dalam dunia ni hanya mak je Mel tapi mak pun dah tinggalkan aku" teresak-esak sendiri dia menangis saat ini..

Benar-benar dia rasa seperti keseorangan, dia rasa seperti dia sudah hilang semangat nya saat ini. Ya allah kau kuatkanlah aku walaupun aku benar-benar lemah saat ini....

"KAU dah kenapa Am?, ada benda tak kena ke?" Soal Nazim apabila dia melihat kawannya itu daripada tadi mundar-mandir di hadapannya itu.

"Mak Hani baru je meninggal Zim, aku tak tahu kenapa dengan aku ni aku dah kata dengan diri aku untuk jangan ambik tahu pasal dia tapi aku tak tahu kenapa aku masih sibuk nak tahu pasal dia"

"Innalillahiwainnalillahirajiun, ya allah mesti dia tengah sedih sangat sekarang ni kau pergilah melawat dia"

"Aku mana tahu kampung dia, kalau aku tahu sekalipun aku tak der hak nak pergi sana Zim kau nak ke aku gaduh dengan Daniel lagi? aku dah penat sangat tahu tak gaduh dengan dia biarlah dia ada suami. Biar suami dia je yang ada dekat sisi dia" Irham terus mengatur langkah kakinya masuk ke dalam biliknya itu.

Malas lagi ingin berfikir lagi, dia sudah penat!

KUBUR yang masih merah itu di perhatikan,semakin laju air matanya itu mengalir membasahi pipinya saat ini. Ya allah bagaimana dia ingin menerima semua? Benar-benar dia rasa tidak kuat saat ini.

"Mak..,mak jangan risau pasal Hani ya? Hani akan jaga diri Hani walaupun mak dah tak der di samping Hani.. Hani.." tidak sempat habis berkata air matanya semakin laju mengalir saat ini.

Mellisa terus menggosok belakang kawannya itu, dia tahu Hani sangat bersedih tentang kematian maknya saat ini. Dia tahu Hani kuat,dan mampu tanggung semua ini! Dia percaya!

Namun perkara ini masih lagi tergiang-giang di kepalanya itu, kenapa wajah wanita itu lebam seperti di pukul. Adakah Daniel memukulnya? Hey!tak mungkin Daniel bukan begitu dia bukan kenal Daniel semalam. Sudah lama!

SEBAIK membuka matanya itu Daniel terus merenggangkan badannya itu sampai terlelap di buatnya, terus dia turun daripada katil kakinya itu terus mengatur langkah turun daripada katil matanya melilau mencari kelibat Hani. Namun tidak kelihatan,banyak kali dia memanggil nama Hani namun tiada sesiapa menyaut.

Telefon bimbit yang berada di dalam poketnya itu di ambil, lalu di dail nombor Hani namun masih wanita itu tidak mengangkat panggilan.

"Mana dia pergi ni!, memang tak reti hormat suami! keluar tak bagitau kau tunggu balik ni biar aku ajar kau cara nak hormat suami!",

Namun dia terhenti sendiri apabila, nama Irham yang muncul di kepalanya itu.

"K..ke..,dia jumpa Irham?"

BERSAMBUNG....

Happy reading!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience