TAKDIR AKU 2

Short Story Completed 78115

IRHAM menutup pintu biliknya itu dengan kuat, tanda protesnya itu terhadap Dato' Hisham ni lah dia malas untuk pulang ke rumah pasti ada sahaja yang akan terjadi antara dirinya itu dan Dato Hisham.

  “Tak habis-habis, Daniel² nama Daniel tu je lah yang tak habis-habis keluar daripada mulut dia! macam lah anak angkat dia tu baik sangat! memang lah sekarang ni aku je nampak jahat!” ujarnya sendiri.

bunyi pintu biliknya itu di ketuk menyedarkan Irham, namun dia hanya mengendahkan ketukkan pintu itu Irham terus merebahkan badannya itu di katil.

  “Am,buka lah pintu ni mama nak cakap dengan Am ni buka pintu Am” ujar Datin Hazimah lembut.

Namun anak lelakinya itu langsung tidak membuka pintu dan hanya mengendahkan panggilan daripada mamanya itu, Datin Hazimah melepaskan keluhan perlahan. Dia sendiri buntu bagaimana lagi ingin pulihkan hubungan keluarga nya itu yang semakin renggang.

   

  HANI melabuhkan duduknya di pondok sambil dia membuka buku lalu membaca nota-nota berlajar yang di tulis nya semalam. Dia harus bersengkang mata semalam untuk menyiapkan  nota.

  “Hai Hani” sampuk satu suara lalu terus melabuhkan duduknya berhadapan dengan Hani.

“ehh,Daniel err bila sampai? saya tak perasan pun?” soal Hani pelik.

“Lama dah, awak tu je yang tak perasan, hurmm rajin betul awak berlajar ehh pelajar cemerlang lah katakan? ” Daniel melepaskan tawa kecilnya itu.

  Hani hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu,

“Kau ni tak faham bahasa ke apa?, lagi sekali kau letak barang-barang bodoh kau ni bawah meja aku nahas kau!” Jerit seseorang yang berada tidak jauh dengan Hani dan Daniel yang sedang duduk bersembang itu.

JERITAN kuat itu menyedarkan Daniel dan Hani yang sedang duduk tidak jauh daripada kejadian itu kedua-dua mereka mengalihkan pandangannya ke arah suara jeritan itu. Rupanya itu adalah suara Irham yang sedang memarahi seorang gadis.

    “Hey!, kau dengar ke tidak aku cakap ni hah! aku nak kau kutip barang-barang murah kau ni sekarang!” Ujar Irham sambil kakinya itu memijak kotak-kotak yang di balut dengan pembalut hadiah itu.

Terkebil-kebil wanita itu memandang Irham yang berada di hadapannya itu, air matanya itu turut menitis satu persatu.

Bukan dia sahaja jadi mangsa amarah Irham, sudah banyak wanita! Siapa yang tak mahu menjadikan Irham teman hidupnya itu berbekalkan rupa yang kacak, Kaya, cuma itu lah dia dingin dan beku! kadangkala baran dia tidak boleh tahan!

Menelan air liur Hani melihat kejadian itu berada di hadapannya itu, pada masa yang sama dia kesian melihat nasib perempuan yang di jadikan pelepas kemarahan lelaki itu.

  “Kau cermin lah diri kau tu dulu, ada hati nak dekat dengan aku? lagi satu perempuan macam kau ni mula-mula je sayang bagai end the end curang! tu je lah dalam kepala otak korang kan! Bodoh!” ujar Irham dengan kasar.

kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ, semakin laju air mata wanita itu menitis membasahi pipinya benar-benar dia terluka dengan kata-kata Irham sebentar tadi.

  “Ermm,adik awak memang macam tu ke Daniel?” Soal Hani gerun.

Wajah Irham kalau di pandang memang menyeramkan, tidak pernah pula Hani nampak dia tersenyum walaupun sedikit benar-benar dia dingin seperti yang di katakan oleh Daniel.

  “Tu baru sikit awak nampak perangai dia, banyak lagi perangai teruk dia tau! mama dengan papa pun mana dia hormat dah! dia fikir dalam dunia ni dia sorang je yang betul!” ujar Daniel.

Hani hanya mampu menggelengkan kepalanya itu, mendengar cerita daripada Daniel. Benar-benar dia berharap dia di jauhkan dengan manusia begitu.

Perempuan lain pun sama juga dah tahu perangai Irham macam tu, nak jugak luahkan perasaan! Memang pelik! ni lah namanya cari penyakit!,

  “Untuk study hari ni berlajar kat rumah saya lah ehh, jangan risau mama dengan papa ada kat rumah” ujar Daniel terlebih dahulu. Dia tidak mahu Hani salah faham.

  “errr, Ir..Ir..irham ada ke kat rumah?” terketar-ketar Hani menyebut nama lelaki itu.

Daniel melepaskan tawa kecilnya itu, pantas dia menggelengkan kepalanya itu.

  “Irham biasanya balik lambat ataupun tak balik langsung, ye lah faham-faham je lah perangai dia tu jangan risau dia tak der kat rumah”

Hani menghembuskan nafas lega, dia tidak tahu apa akan jadi kalau dia bertembung dengan Irham. wajah gerun lelaki itu mulai bermain di dalam fikirannya itu.

MELLISA mengerutkan dahinya seribu melihat Hani sedang bersiap-siap seperti ingin pergi ke satu tempat, badannya itu di sandarkan di kepala katil. Handfone yang berada di tangannya itu di matikan.

  “amboii,lawa-lawa siap nak gi mana?  nak dating dengan Abang Daniel pujaan kau ke?” Usik Mellisa sambil ketawa kecil.

  “Ishh mengarut betul lah kau ni, aku nak pergi study  lah aku tak der masa lah nak berdating bagai ni tahu tak!” Ujar Hani sambil dia menyikat rambut panjangnya itu.

Hani baru teringat dia ingin menanyakan sesuatu pada Mellisa,dengan tergopoh-gopoh dia melabuhkan duduknya di katil Mellisa. Mellisa pelik dengan kelakuan kawan baiknya itu.

   “yang kau ni dah kenapa?, ”

  “Aku nak tanya kau ni, kau kenal tak Irham?” Soal Hani.

“Irham?, Irham Zahriq ke yang anak Dato' Hisham tu ke?” Soal Mellisa ingin kepastian.

  “Irham Zahriq?, ohh nama panjang dia Irham Zahriq?”

  Mellisa mengangguk,dia pelik dah kenapa Hani tiba-tiba nak tanya pasal lelaki itu tidak pernah pula Hani menanyakan apa-apa tentang lelaki ini adalah kali pertama.

  “Kau gila ke aku tak kenal dia tu?, dia tu famous kot kat sini tapi dia famous bukan sebab apa pun sebenarnya tapi dia famous dengan mulut kurang ajar dia tu” cerita Mellisa.

  “Kurang ajar?,dia tu jahat sangat ke?”

    “Dia tu hishh aku tak tahu lah nak cakap macam mana dengan kau!, dah lah suka marah orang tak tentu hala! kerja dia nak menyakitkan hati perempuan je dengan mulut celupar dia tu! mentang-mentanglah dia tu anak orang kaya!” Sesi membawanya sudah bermula.

   “Senang citer dia tu lelaki baran tahu tak!, aku dengar dia dengan Daniel adik-beradik pelik kan abang punya lah baik tapi adik hampehh” Mellisa membuat muka ingin termuntah.

  “Mesti ada sebab dia jadi macam tu kan?”

   “aku dengar citer kan dia jadi macam tu sebab sorang perempuan ni tak silap aku nama dia Raniya disebabkan perempuan tu lah Irham berubah tapi tak tahu lah betul ke tidak”

Hani hanya mengangguk, Raniya?siapa Raniya?

  “Ermm tak per lah weyhh aku minta diri dulu ehh makin aku dengar cerita pasal Irham ni makin seram tahu tak” Hani terus meminta diri.

Tidak sanggup lagi dia ingin mendengar cerita Irham yang menyeramkan itu, semakin lama semakin seram! Baran! Uishh!

TING !

IRHAM melepaskan keluhan perlahan, buku yang menetupi wajahnya itu di letakkan di tepi terus dia mencapai telefon bimbitnya itu dia melihat nama yang tertera Nazim.

NAZIM: Am jom keluar, aku bosan doh kat rumah.

IRHAM: malas!

    Send!

handfone yang berada di tangannya itu terus di baling ke katil, tak der masa nak keluar Plus malas!

  “Tak der mood aku nak keluar,kenapa lah hari ni semua orang nak bagi aku naik angin? ” bebelnya sendiri.

Irham mencapai gelas yang berada di atas meja lampu itu,entah kenapa tekak tiba-tiba terasa kering.

   “aduhh habis lah pulak,malas betul lah aku nak turun! rumah ni pun besar je lebih tapi bibik satu pun tak der! ” dengan terpaksa dia pun harus bangun kang tak pasal-pasal mati kehausan pulak nanti.

    “AWAK masuk lah dulu, tunggu dekat ruang tamu sekejap ehh nanti saya datang saya nak ambik buku sekejap” ujar Daniel meminta diri.

“ermm,awak sekejap err.. boleh tak saya nak air tekak saya haus lah” ujar Hani ye lah dekat luar panas terik dah lah dia naik teksi ke sini.

  “ada sekejap saya ambik kan ehh”

  “ehh tak per lah awak pergi je ambil buku,biar saya ambil sendiri ehh” ujar Hani tidak mahu menyusahkan Daniel.

  “hurmm ye lah, awak pergilah ambil air tu dalam peti ais ” kakinya terus mengatur langkah naik pergi daripada situ.

KAKINYA terus mengatur langkah untuk ke arah dapur sesekali dia memandang sekeliling nya itu sungguh cantik rumah itu besar dan mewah! dia tidak pernah termimpi akan dapat masuk ke rumah seperti ini. Pintu peti ais itu di buka, Matanya meliar mencari jug yang berisi air itu. Tekaknya sudah kering, sebaik dia ingin mencapai jug yang berada di dalam peti ais itu.

Dia seperti terdengar seseorang sedang melangkah ke situ, dia tergamam sendiri. Irham menghentikan langkahnya itu apabila melihat seseorang berada di peti ais.

  “Kau siapa hah!”

Hani tergamam, perlahan-lahan dia menutupi pintu peti ais itu, dia tercengang sendiri apabila dia melihat Irham berada di hadapannya itu sungguh dekat sekali jarak mereka berdua.
Irham memandang wanita itu,tidak pernah pula dia melihat gadis itu di mana-mana. Dan yang paling penting bagaimana wanita itu berada di rumahnya itu.

Jug yang berada di tangan Hani itu, serta-merta jatuh ke lantai berderai kaca itu di cium lantai.Dia tergamam ketika itu apabila melihat lelaki itu berada di hadapannya itu.  Bahu Hani itu di tolak dengan kasar oleh Irham.

   “ehh kau ni dah kenapa hah!”

  .“err..,m..maaf s..saya tak sengaja s..saya kutip..” cepat-cepat Hani menundukkan badannya itu lalu mengutip serpihan kaca itu.

“arghh!” dia menjerit kecil apabila jarinya itu terkena serpihan kaca itu.

  “bodoh!” ujar Irham dengan sinis sambil tangannya itu di silangkan.

  “Ehh apa yang bising ni hah!, ” Ujar Daniel yang baru sahaja sampai dari tadi lagi dia mendengar bising-bising daripada bawah. Dan kini dia melihat Irham dan Hani berada di situ.

lagi membuatkan dirinya itu terkejut apabila melihat jari Hani itu berdarah, cepat-cepat dia mendapatkan Hani.

   “Hey Am,kau buat apa ni hah! kau boleh tengok je pergilah ambil first aid tu!” arah Daniel .

   “Asal aku pulak yang kena ambik,dah dia sendiri yang buat jari dia luka jadi pandai-pandailah dia nak buat dia tak der kaitan dengan aku! dan kau siapa nak arah aku?” Ujar Irham sinis kakinya itu terus mengatur langkah pergi daripada situ.

Namun langkahnya itu terhenti sendiri apabila dia melihat gelas air yang berada di atas meja itu, dia memandang ke arah Hani semula. Irham mengukir senyuman.

Hani pelik melihat kelakuan lelaki itu yang tiba-tiba berlainan. Irham perlahan-lahan menundukkan badannya itu di pandang wajah Hani yang berada di hadapannya itu.

Entah kenapa jantung Hani itu berdegup dengan sangat laju,apabila anak mata Irham tepat memandang anak matanya itu.

   “Kau datang dapur ni sebab kau haus kan?, ”

Gelas yang berada di tangan Irham itu terus di curahkan air pada wajah Hani, Hani terkejut dengan kelakuan lelaki itu habis basah kuyup bajunya itu di buatnya. Irham memang sangat biadap!

    “Hey Irham kau dah kenapa hah!” Bahu Irham itu di tolak dengan kasar.

     “Dia haus kan,aku bagi dia air salah ke? kau nak rawat sangat dia kan? so rawat lah! bising je lebih!” Irham terus melangkah pergi daripada situ.

Sebaik Daniel ingin bangun kerana tidak puas hati,segera lengan Daniel itu di tahan oleh Hani dia tidak mahu jadi punca antara pergaduhan adik-beradik itu. 

IRHAM yang sedang duduk bersantai di ruang tamu itu hanya membuat wajah tidak bersalah. Tiada langsung Hani menerima permohonan maaf daripada lelaki itu.

  “Apa yang bising-bising kat bawah ni hah, Daniel! ” ujar Datin Hazimah.

  “Tu lah apa yang bising ni!” ujar Dato' Hisham pula.

Irham hanya  mengendahkan sahaja suara kedua-dua ibubapanya itu, malah sengaja dia membesar suara televisyen.

dia mengerutkan dahinya apabila melihat seorang wanita berada di hadapannya itu,tidak pula dia mengenali wanita yang berada di hadapannya itu.

   “Assalamualaikum Datin, saya Hani kawan Daniel” Hani terus menghulurkan tangannya itu dan menyalam Datin Hazimah.

   “waalaikumussalam,ohh kawan Daniel tak pernah pulak Daniel ajak mana-mana kawan dia datang rumah” ujar Datin Hazimah mesra.

Hani hanya sekadar tersenyum,Hani turut mengukir senyuman pada Dato' Hisham iaitu papa Daniel.

  “ehh,kenapa baju Hani basah ni? ”

   “ohh baju Hani..” belum sempat Hani menjawab Daniel segera memotong.

  “Anak kesayangan mama tu lah yang basahkan baju Hani, dah lah dah basahkan lepastu tak reti minta maaf” sindir Daniel sengaja suaranya itu di kuatkan agar Irham dapat mendengar dengan jelas.

   “Irham!,sini kamu!” arah Dato' Hisham.

Irham hanya mengendahkan panggilan daripada anaknya itu, remote tv itu terus di capai lalu dia menutup televisyen kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ.

  “Kamu dengar ke tidak papa panggil ni Irham!” suara Dato' Hisham semakin kuat.

Irham berdegus kasar,dalam keadaan terpaksa kakinya mengatur langkah ke arah papanya itu sempat dia menikam anak mata Hani yang kini berada di hadapannya itu.

  “Apa?”

  “Kenapa kamu basahkan baju Hani?, ”

  “Hani?,siapa Hani? Am tak kenal sesiapa nama Hani” jawab Irham selamba.

  “Kau jangan buat bodoh ehh Am!, kau minta maaf sekarang dengan Hani!” ujar Daniel geram.

  “Kalau aku tak nak?,kau nak buat apa?” sinis Irham bertanya. Sengaja dia ingin mencabar kesabaran abangnya itu.

  Hani mulai rasa bersalah,kerana dirinya itu Irham dan Daniel bergaduh dah lah sedia maklum hubungan diorang memang tidak baik di tambahkan lagi masalah akibat dirinya itu.

  “Tak per Daniel lagipun memang salah saya, Irham tak salah pun ermm Datin,Dato' saya balik dulu ” Sebaik Hani ingin meminta diri.

  “alahaii, berlagak baik pulak kat sini! kononnya kat sini kau lah nampak baik kan? aku pulak yang nampak jahat! halus betul permainan perempuan ni ehh” sindir Irham dengan sinis.

  “Kamu dah kenapa Irham!, dah lah salah kamu lepastu Hani yang minta maaf ni kamu pula yang nak melenting kenapa!” marah Dato' Hisham.

“Baik lah sangat!, nampak je baik tapi kita tak tahu isi dalam hati dia tu! mungkin luaran nampak baik tapi dalam hati dia tu bau bangkai!” ujar Irham geram.

  “Ehh Irham kau jaga sikit mulut kau ehh,kau jangan nak samakan Hani dengan Raniya diorang berbeza tahu tak!” Ujar Daniel.

  Irham terdiam sejenak, perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya itu mengadap Daniel. Perlahan-lahan dia mendekati Daniel.

  “Siapa bagi kau kebenaran sebut nama dia hah?, kau tak tahu apa-apa baik kau diam lah!” mendatar Irham berkata. suaranya mulai serak.

  Irham terus mengalihkan pandangannya Hani, Hani pula hanya menundukkan pandangan itu lemah semangat dia ketika itu. Melihat wajah bengis Irham saat itu.

   “Aku tak habis lagi dengan kau!, siap kau perempuan!” Kakinya terus mengatur langkah pergi daripada rumah itu sebelum beredar sempat dia melanggar bahu Hani dengan kuat.

Hampir sahaja wanita itu ingin terjatuh, Kalau ikutkan hatinya yang sedang panas ini ingin sahaja dia melayangkan satu penumbuk di wajah adiknya itu. Irham benar-benar sudah melewati batas!

   “Awak tengok anak awak tu mah, langsung tak reti hormat orang apa dia ingat dia sorang je ke ada masalah dalam dunia ni! Tak habis-habis dengan perempuan tu! ” ujar Dato' Hisham dia terus beredar daripada kawasan ruang tamu itu.

  “Siapa Raniya?, yang dah buat dia jadi macam tu?” bisik hatinya sendiri. Entah kenapa dia benar-benar ingin tahu siapakah wanita yang sudah mengubah personaliti lelaki itu.

 

   “KAU Jangan nak samakan Hani dengan Raniya!, diorang tu langsung tak sama!” suara Daniel masih lagi tergiang-giang di telinganya itu.

 
  “Korang senang je cakap, tapi korang tak der kat tempat aku! aku yang rasa sakit tu! walaupun benda tu dah lama jadi tapi aku pernah lupa setiap detik tu!” ujarnya sendiri.

Tasik biru yang jadi pemandangannya saat itu di pandang, rambutnya itu terus di raup dengan kasar! Sejak kejadian Raniya personaliti dirinya benar-benar berubah dia bukan lah dirinya yang dahulu!

   “sebab kau!,aku jadi macam ni Raniya! aku takkan maafkan kau sampai bila-bila! Jangan kau muncul lagi depan aku!” matanya mulai berair.

IRHAM melabuhkan duduknya di pondok bacaan sementara menunggu Nazim dia bermain dahulu telefon bimbitnya itu, seseorang mulai datang dan melabuhkan duduknya berhadapan dengan Irham. Perlahan-lahan Irham mengangkat wajahnya itu dan dia mengerutkan dahinya itu buat apa gadis itu ke sini.

   “errr..,Hai” sampuk Hani sambil tersenyum nipis.

Sebernanya dia sendiri takut saat itu,namun dia cuba untuk terlihat biasa walaupun jantungnya itu sudah ingin gugur sahaja di buatnya itu. Namun dia cuba memberanikan diri.

    “kau nak apa hah?,boleh tak kau pergi daripada pandangan aku ni semak lah mata aku” selamba Irham berkata dengan wajah bengisnya itu.

   Hani hanya tersengih malu, beg yang sedang di sandangnya itu di letakkan di atas meja lalu dia membawa keluar coklat lalu di hulurkan pada Irham. Irham pelik!  Dah kenapa tiba-tiba bagi dirinya coklat dah lah aku tak kenal perempuan ni.

   “ermm,ambik lah ni tanda minta maaf semalam maafkan saya sebab dah buat awak kena marah dengan Dato saya betul-betul minta maaf” Hani masih lagi menghulurkan coklat itu.

Namun Irham hanya buat tidak endah,dia hanya tertumpu pada skrin telefon bimbitnya itu. Hani buntu bagaimana lagi dia ingin lakukan.

   “Ambik lah coklat ni, ”

   “berambus sekarang, boleh tak kau jangan rosakkan mood aku pagi-pagi ni! apa masalah kau sebernanya ehh! kau bawak coklat kau ni berambus dari sini aku tak nak! baik kau pergi sebelum benda lain yang akan jadi” ujar Irham memberi amaran.

    “Ambik lah dulu coklat ni baru saya pergi, awak ambik je kalau awak tak nak awak buang je lah ataupun bagi orang” Hani masih tidak berputus asa.

    “kau ni tak faham bahasa ke apa, kau pergi sekarang! kau ambik coklat kau ni sekali pergi!” Coklat yang berada di tangan Hani itu di ambil lalu di campakkan ke lantai. Lalu di pijak-pijak sehingga coklat itu penyek dan kotor akibat terkena tanah.

Hani benar-benar tergamam saat itu,dia sangat tidak sangka lelaki itu akan membuat dirinya sedemikian.

   “berambus aku cakap!,” Tengking Irham dengan kuat terus dia bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu sebaik dia ingin pergi.

   “Mungkin saya belum cukup  kenal awak, tapi saya nak cakap sikit dengan awak jangan sebab sorang perempuan yang pernah buat awak kecewa. Awak nak layan semua perempuan lain dengan teruk! dan janganlah sebab Raniya awak sia-siakan hidup awak” tutur Hani lembut.

Dia bukan ingin membuat Irham terasa hati,cuma dia ingin cakap apa yang tersirat di hatinya berkaitan dengan hal Raniya. Irham terus mengalihkan pandangannya itu perlahan-lahan dia mengatur langkah kakinya ke arah Hani.

   “Kau siapa hah nak nasihat aku?, berani kau sebut nama dia ehh! aku tanya kau! kau siapa berani nak sebut nama dia hah!” Jerit Irham dengan kuat. Irham menjegilkan matanya itu ke arah Hani.

 

SEMUA yang berada di sekitar situ memandang ke arah mereka, masing-masing sudah terdiam membisu. dan ada juga yang merakam! Hani hanya menundukkan wajahnya itu. Dia sudah ketakutan.  Lengan Hani itu di pegang oleh Irham.

    “Kau lebih baik diam lah, kau tak der kat tempat aku! jadi kau tak tahu apa aku rasa! dan jangan berani kau sebut nama dia! ini hidup aku dan tiada kaitan pun dengan kau! ” semakin kuat Irham mencengkam lengan Hani.

   “a..arghh,s..sakit s..sakit Irham” Hani mengerang kesakitan. matanya mulai berair.

      “Sakit kan!,macam tu lah sakitnya hati aku! jadi jangan berani kau tunjuk pandai depan aku! aku memang jahat! aku tak sebaik lelaki kau yang puja tu! Daniel adalah Daniel dan aku adalah aku! jangan kau ganggu hidup aku lagi!” Irham terus menolak Hani hingga jatuh ke lantai dengan kuat.

      “Aku bagi kau amaran ya!, jangan dekat dengan aku! kalau tidak kau tahu lah apa aku nak buat!” Irham terus mengatur langkah pergi daripada situ meninggalkan Hani terkulat-kulat keseorangan di situ.

air matanya mulai menitis satu persatu membasahi pipinya ketika itu, lengannya itu di lihat kesan merah mulai kelihatan. Sakit! memang sakit!

BERSAMBUNG.....

 

Happy Reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience