TAKDIR AKU 15

Short Story Completed 77128

JAM sudah menunjukkan pukul 8 pagi, sebaik membuka matanya itu dia melihat Hani masih belum kelihatan berkali-kali dia memanggil nama wanita itu namun masih tiada jawapan.

"Dia tak balik semalam!" omelnya sendiri.

telefon bimbitnya itu di raih, lalu di dail nombor Hani namun masih gagal! Wanita itu tidak mengangkat telefon. Rambutnya itu di raup dengan kasar ke belakang bermacam-macam perkara yang berlegar di kepalanya saat ini dan semuanya berkaitan dengan Irham!

Bunyi enjin kereta daripada luar itu mengejutkan Daniel yang berada di situ saat ini, terus bergegas dia bangun daripada sofa yang sedang dia baring itu lalu kakinya itu terus mengatur langkah ke arah pintu.

"Betul kau tak nak aku hantar sampai dalam Hani?" Soal Mellisa.

Hani menganggukkan kepalanya itu.

"Aku masuk dulu rumah ya, mesti Daniel dah lama tunggu aku tu" Namun belum sempat wanita itu ingin keluar Mellisa segera menarik lengan wanita itu.

"Kau okey ke tak ni Hani sebernanya ni?,kau bahagia ke dengan perkahwinan kau ni? aku nak tanya kau kenapa muka kau ni lebam-lebam mulut kau luka? Kenapa Hani bagitahu aku" Ujar Mellisa dari tadi dia ingin bertanya soal itu.

air matanya mulai bertakung di kelopak matanya itu, namun Hani mengunci mulutnya itu takkan dia ingin membuka aib suaminya itu sendiri kan? Dia hanya menggelengkan kepalanya itu sambil mengukir senyuman nipis.

"Aku jatuh ermm, aku okey kau jangan risau pasal aku ya aku masuk dulu assalamualaikum" Hani terus keluar daripada perut kereta. Mellisa hanya memerhati wanita itu daripada jauh kenapa dia rasa dia langsung tidak sedap hati dengan keadaan kawannya itu.

SEBAIK tombol pintu di pulas kelihatan Daniel kini berada di hadapannya itu sambil bercekak pinggang, dari wajah bengis lelaki itu Hani sudah mengagak apa yang bakal terjadi sebentar lagi.

"Siapa hantar kau tadi?, Irham kan?"

Hani mengeluh perlahan, dia tidak mahu lagi katakan apa pada lelaki itu tidak habis-habis ingin mengkaitkan lelaki itu dalam hubungan mereka.

"Saya minta maaf sebab keluar tak bagitahu awak..saya pergi..", belum sempat Hani menyambung ayatnya itu segera Daniel memotong.

"Yer lah kau nak jumpa Irham kan?,sebab tu kau tak bagitahu aku kan! kau ni memang tak der maruah ke apa? tak habis-habis curang belakang aku!" rambut panjang itu di tarik dengan kuat lalu di tolak ke dinding.

"Arghh,s..sakit Daniel sakit tolonglah lepas" air matanya sudah bertakung di kelopak matanya itu.

"Kau tahu pun sakit!, hati aku lagi sakit tahu tak layan perangai perempuan si*l macam kau ni! dasar perempuan tak tahu malu boleh kau jumpa lelaki lain ehh!" Satu penampar terus di hayunkan di wajah wanita itu sehingga wanita itu tersembam jatuh ke lantai.

Mengigil satu badan Hani apabila melihat baran Daniel sudah mulai hebat, bergegas dia bangun daripada lantai tidak sanggup lagi dia di bantai oleh Daniel kakinya dengan pantas mengatur naik ke tangga namun belum sempat dia naik ke tangga.

Daniel dengan pantas menarik kaki wanita itu sehingga Hani jatuh ke lantai, ya allah sakit! Amat sakit!

"Kau nak pergi mana hah!,aku tak habis lagi dengan kau! Dasar perempuan curang! Tak guna!!!!" Beberapa penampar di hayunkan di pipi Hani sehingga wanita itu tidak terdaya untuk bangun lagi.

"M..mak,t..tolong Ha..h..Hani.." Hani yang semakin lemah itu seperti dapat merasakan Hajah Saleha berada di sebelahnya kini. Hani menghulurkan tangannya itu pada Hajah Saleha.

"T..to.. tolong h..Hani mak.." esakkan tangisannya mulai kedengaran.

Rambut Hani itu dengan kuat oleh Daniel, benar-benar dia sedang melepaskan kemarahannya itu pada Hani saat ini. Berkali-kali Hani meraung namun langsung Daniel tidak heran! Namun lelaki itu masih berkeras dengan wanita itu.

Hani mengumpul segala kekuatan nya itu, akhirnya dia berjaya menolak lelaki itu sehingga terjatuh waktu itu kepalanya itu sudah sakit! Amat sakit!

"Sudah lah Daniel!, sampai bila awak nak cemburu buta macam ni! saya tak sangka langsung Daniel yang saya kenal selama ni adalah jantan yang dayus! Awak dayus tahu tak!" Entah kenapa Hani berani berkata begitu saat ini.

Mungkin dia tidak dapat menahan lagi kesakitan itu!

"Kau panggil aku dayus?, Hah! kau cakap lagi sekali" jerkah Daniel satu penumbuk terus hingga di perut Hani sehingga wanita itu jatuh dan dia tidak terdaya.

Daniel terus mengatur langkah kakinya ke arah Hani,dia menundukkan badannya itu Hani kini sudah terbaring di lantai dan di lemah. Daniel mengukir senyuman sinis. Rambut panjang itu di belai secara perlahan-lahan.

"Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak Hani, saya takut kalau satu hari nanti Am akan ambil awak daripada saya...saya tak nak kehilangan awak Hani..sebab awak milik saya!" Ujar Daniel lalu dia memeluk Hani yang sedang terbaring di lantai sudah lemah itu. Dia memang psiko!

Air matanya sahaja dapat menggantikan kata bicara saat ini, hanya dia dan dia yang mampu mendengar luahan hati ini... Kerana ini Takdir aku yang harus aku tanggung walaupun sakit dan pahit...

DATIN HAZIMAH memerhati bingkai gambar Irham di tangannya itu, tanpa sedar air matanya sudah mengalir daripada tubir matanya itu. Ya allah rindunya dia pada anaknya itu sudah tidak terkira sejak pergaduhan suaminya itu dengan Irham..Irham sudah tidak pulang ke rumah dan tidak telefon. Dia pasti anaknya itu masih marahkan nya soal Daniel dan Hani.

"Sudah-sudahlah tu, pandang muka anak kurang ajar macam tu!" Suara itu mengejutkan Datin Hazimah itu segera dia mengesat air matanya saat ini. Bingkai gambar Irham itu di letakkan di meja sebelah terus wanita yang berpakaian baju berwarna merah gelap itu memandang Dato' Hisham dengan rasa tidak puas hati.

"Awak takkan faham sebab bukan awak yang mengadung kan dia, saya ni yang lahir kan dia saya jaga dia daripada kecik! bukan macam awak! sejak Daniel masuk keluarga ni awak langsung tak pedulikan Am lagi! Padahal Am anak kandung awak sendiri! Daniel? dia bukan anak kandung awak tahu tak!" Pekik Datin Hazimah dengan kuat air matanya sudah bergenang.

Dato' Hisham terdiam sejenak, kata-kata daripada isterinya itu memang sungguh pedas!

"Bila dia rasa tersisih macam tu lah jadinya!, awak tak habis-habis puji Daniel! lebihkan Daniel depan Irham! Bila dia kurang ajar dengan awak tahu pulak awak marah kan!, saya tak faham lah papa jenis apa awak ni! awak lebih rela percaya kan Daniel!, ikut segala anak angkat awak tu nak! siapa anak awak sebernanya hah Irham ke Daniel!" Jerit Datin Hazimah.

Dato' Hisham tidak mahu katakan apa saat ini, memang segala kata-kata Datin Hazimah itu memang betul! Sejak Daniel menjejakkan kakinya ke rumah dia selalu pinggirkan Daniel! Dan sejak itulah hubungan anak-beranak itu retak!

"Sampai bila abang nak anggap anak kita tu orang asing?,kenapa abang benci sangat dengan Am sebab apa?sebab dia selalu kurang ajar dengan abang? abang tahu kenapa punca dia jadi macam tu? dia jadi macam tu sebab abang! abang yang desak dia! sisihkan dia!"

Kata-kata Datin Hazimah tadi memang menjentik hatinya itu kini, dia tidak mahu katakan apa saat ini lagi.

"Tolonglah sekali je saya minta dengan awak, tolong jangan buat anak saya macam tu dia pun layak untuk bahagia saya tahu dia marah-marah abang sekali pun dia sayangkan abang setiap kali saya sembang dengan dia pasti dia akan tanya saya kenapa papa benci Am?apa yang Am dah buat?" semakin deras air matanya mengalir saat ini.

Perlahan-lahan Dato' Hisham menjatuhkan dirinya ke sofa, dadanya itu pegang saat ini. Kenapa dia rasa dirinya sudah gagal menjadi seorang ayah? adakah benar selama ni apa yang dia lakukan?

"Tolonglah jangan buat dia terseksa lagi,dia dah cukup terseksa bang" ujar Datin Hazimah lagi.

PINTU bilik Irham itu di ketuk, agak lama juga Nazim mengetuk barulah lelaki itu membuka pintu. Nazim memandang Irham dari atas sampai bawah. Memang lelaki ini tidak terurus dia faham lelaki itu masih lagi bersedih tentang Hani.

"Ada apa?,cakap lah cepat aku nak tidur"

"Hah tidur?, pukul 3 petang macam ni tidur kau gila ke apa? kau ni berapa kali tidur sehari hah?" Ujar Nazim sambil menggelengkan kepalanya itu.

Irham hanya mengendahkan sahaja kata-kata kawannya itu,mimpi lagi indah daripada realiti sebernanya...

"Kau nak apa ni hah sebernanya cepat lah,"

"Ni aku nak mintak tolong kau sikit lah, "

Irham menjongketkan keningnya itu.

"Aku kena hantar mak aku ke klinik, mak aku tak berapa sihat boleh tak kau gantikan shift aku hantar makanan"

Irham mengerutkan dahinya seribu.

"Sejak bila pulak kau jadi foodrider ni hah?, aku tak tahu pun"

",Kau tu bila nak kerja hah, berlajar tinggi pastu kau habiskan masa kau duduk terperap dalam bilik?"

"Aku malas lagi nak fikir,lagipun keadaan aku masih tak elok aku takut kalau aku dah start kerja aku tak boleh nak fokus.. ehh aku nak tanya kau bila kau start jadi foodrider hah?"

"Macam mana kau nak tahu kalau kau asyik terperap dalam bilik 24 jam, yer lah sementara tengah hantar result kerja kat company lain sementara ni buat je lah kerja tambahan aku bukan macam kau daripada keluarga kaya" ujar Nazim.

"Keluarga?,aku dah tak der keluarga Zim Keluarga aku dah buang aku" balas Irham hampa.

Nazim menepuk mulutnya sendiri, dia terlepas cakap pasal Keluarga pulak! Aduhaii kau ni Zim memang cari nahas lah!

"Aku boleh je tolong kau, kau pergi je lah hantar mak kau tu. jap aku siap" ujar Irham.

Nazim mengukir senyuman, nasib baiklah Irham sudi menggantikan tempatnya itu. Kalau tidak habislah!

PERLAHAN-LAHAN Hani membuka matanya itu dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 4 petang,agak lama juga dia pengsan dia melihat sekeliling rumah kosong nampaknya Daniel sudah keluar perlahan-lahan dia bangun daripada lantai dia merebahkan duduknya di sofa dia tidak bermaya lagi saat ini.

Cermin yang berada tidak jauh daripada nya itu di tatap, wajahnya semakin di penuhi dengan lebam dan luka-luka. Hani memegang perutnya itu sakit! kerana tumbukan kuat daripada Daniel tadi. Perit rasanya kini.

Stickey note yang terlekat di meja kaca itu, di cabut lalu di baca ayat yang di tulis oleh Daniel itu.

Sayang jangan keluar ya,abang nak beli makanan kejap nanti abang bawak balik sayang makan ya..abang tahu sayang lapar i love you sayang...

-daniel-

Sticky note yang berada di genggam tangannya itu di konyokkan lalu di campak ke tepi, air matanya mulai menitis membasahi pipinya saat ini.

Hani terus menyeluk poket seluarnya saat ini, lalu dia membawa keluar seutas gelang pemberian Irham itu memandangkan Daniel tiada di rumah barulah wanita boleh memakai gelang itu. Hani menatap gelang itu, perlahan-lahan bibir mengukir senyuman.

TOK! TOK! TOK!

bunyi ketukkan pintu itu mengejutkan Hani,pasti itu Daniel kelam-kabut Hani memasukkan gelang itu ke dalam poketnya semula air matanya itu segera di kesat kakinya terus mengatur langkah ke pintu. Tombol pintu itu pulas, sebaik pintu di buka masing-masing tergamam. Terkejut Irham melihat wajah Hani saat ini yang seperti baru sahaja di pukul.

"I..Irham?" Ujar Hani matanya sudah berair.

gelang yang berada di poketnya itu jatuh ke lantai, anak mata Irham memerhati. Seutas gelang yang jatuh ke lantai, itu adalah gelang pemberian Irham. Ya Hani masih simpan!

Namun Irham tidak pedulikan gelang itu,namun dia hairan apabila melihat wajah wanita itu lebam-lebam dan luka seperti baru sahaja di pukul.

Macam-macam bermain di dalam fikirannya sekarang,tidak mungkin jatuh kalau jatuh tidak akan seteruk ini! Ke Daniel?..

Irham turut memandang ke arah tangan Hani,dia melihat lengan wanita itu turut kemerahan seperti baru sahaja di cengkam.

Hani mengerutkan dahinya apabila Irham seperti memandang nya semacam, baru dia ingat wajahnya lebam-lebam dan luka pasti lelaki itu memikirkan soal itu. segera Hani menutup wajahnya itu dengan tangannya itu.

Irham terus menyerahkan pesanan bekalan makanan itu di tangan Hani, segera kakinya mengatur langkah beredar namun langkahnya itu terhenti apabila mendengar suara Hani.

"Am, saya minta maaf..." ujar Hani dari muka pintu air matanya sudah mengalir perlahan membasahi pipinya saat ini.

Irham mengengam penumbuknya itu dengan kemas, kakinya terus mengatur langkah ke arah motor terus dia menaiki motosikal nya itu lalu beredar daripada kawasan perkarangan rumah Hani saat itu. Dia langsung tidak tahu kalau ini adalah rumah Hani.

"I..Ir..Irham" suaranya bergetar.

DANIEL yang sedang duduk di restoren itu terkejut apabila dia melihat Irham tiba-tiba sahaja datang, dengan wajah bengis belum sempat Daniel katakan apa-apa Irham terus menghayunkan helmet  di wajah Daniel sehingga lelaki itu jatuh ke lantai.

Semua orang yang berada di restoren itu saat ini terkejut melihat perbalahan mereka itu, Daniel tidak faham kenapa sahaja lelaki itu tiba-tiba mengerang dirinya itu saat ini.

"Kau apahal hah!" Tengking Daniel.

Irham terus menarik lengan Daniel dengan kuat, dia membawa Daniel keluar daripada restoren itu dia tidak mahu membuat masalah di dalam restoren ini.

"Kau ni memang bukan manusia tahu tak!" Jeritnya dengan kuat satu penumbuk terus singgah di wajah Daniel sehingga lelaki itu jatuh ke lantai sekali lagi.

Irham terus duduk di badan Daniel, lalu dia melepaskan beberapa penumbuk ke wajah lelaki itu. Daniel cuba melawan tetapi tidak terdaya! Lelaki itu benar-benar sedang marah saat ini.

Orang ramai yang berada di sekeliling cuba untuk menghentikan namun gagal, Irham menarik kolar baju Daniel dengan kuat dia melihat Daniel sudah lemah.

"Kau dengar sini ehh, kalau aku tahu sekali lagi kau buat! mati kau aku kerjakan aku bunuh kau Daniel! ", Jerit Irham dengan kuat Irham terus memijak perut Daniel dengan kuat.

"Arghhhh!!!" Daniel mengerang kesakitan.

"Bodoh!", Helmet yang berada di tangan Irham itu terus di campakkan di wajah lelaki itu.

"Tak guna kau Irham!, S*al! " Jeritnya dengan kuat.

MELLISA pada masa yang sama berada di situ terkejut dengan kejadian itu,nasib sempat dia merakam. Terus Mellisa menghantar video itu pada Hani dengan segera. Tapi Mellisa masih tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu memukul Daniel.

Sedangkan Daniel tidak melakukan apa-apa kepada dirinya itu, sungguh jelas tadi Irham yang tiba-tiba datang ke Daniel dan menyerang Daniel.

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience