P R O L O G

Short Story Completed 78115

SEBAIK sahaja berhenti di hadapan pintu rumah itu dia mengerutkan dahinya seribu apabila dia melihat orang ramai berada di kawasan rumahnya itu. Tiada pula mamanya itu memberitahunya yang akan mengadakan majlis.

Perlahan-lahan Irham terus keluar daripada perut kereta,anak matanya masih lagi mencari susuk tubuh seseorang dari tadi tidak kelihatan. Macam mana nak jumpanya dah ramai sangat datang rumah pun.

   “Haihh ni mesti Hani punya kerja lah ni,haihh aku dah cakap tak yah buat majlis apa-apa nak jugak buat tapi macam mana dia tahu aku balik hari ni ” ujarnya sendiri sambil tergelak kecil.

  “Am!Ehh bila kau sampai?tak bagitahu aku pun ” ujar seseorang daripada belakang iaitu Nazim kawan baiknya itu.

Sudah 5 tahun Irham tidak pulang ke tanah air,dan kini baru lah lelaki itu pulang.

   “Weyhh Nazim, aku baru je sampai ermm asal rumah aku ni ramai sangat orang ? ramai sangat ke Hani jemput ? ” Soal Irham teruja.

Nazim mengerutkan dahinya seribu, dia pelik bagaimana boleh keadaan lelaki itu baik sahaja. Takkan lelaki itu tidak sedih dengan apa bakal ingin terjadi sebentar sahaja lagi.

Irham mulai perasan wajah kawan baiknya itu agak berubah dia hairan,bahu Nazim di tampar dengan lembut dia tidak faham apa yang sedang terjadi ni.

  “Macam mana kau tahu Hani nak buat majlis dia hari ni ? , setahu aku dia nak rahsiakan ? ”

  “Hah?, rahsiakan? buat apa dia nak rahsiakan ni kan majlis aku. kan aku baru balik ni majlis sambut kepulangan aku kan ? ” soal Irham lagi.

  Nazim menggelengkan kepalanya itu, tidak sanggup dia ingin katakan perkataan seterusnya nampaknya Irham masih belum tahu apa yang ingin terjadi sebentar sahaja lagi.

   “Ni majlis perkahwinan Hani, Am Hani nak kahwin hari ni ” ujar Nazim tenang.

Irham terkedu mendengar kata-kata daripada Nazim itu,dia tergelak sendiri bahu Nazim itu di tampar dengan lembut.

  “Haihh Zim,tak payahlah kau buat lawak kat sini aku nak masuk dah ni mesti Hani dengan mak aku dah lama tunggu aku tu” Sebaik kakinya ingin melangkah pergi lengannya itu di tahan oleh Nazim.

  “Hani memang kahwin hari ni Am, kalau kau tak percaya kau boleh masuk ”

  “kau cakap apa ni hah! Aku tahu Hani takkan buat macam ni kat aku ! ,” Irham terus menepis lengan Nazim yang sedang memegang tangannya itu.

KAKINYA dengan pantas mengatur langkah masuk ke dalam rumah yang di penuhi dengan orang ramai itu, langkahnya terhenti apabila dia melihat Hani sedang duduk di pelamin yang sudah di hias dengan cantik itu dan Daniel pula sedang duduk di kerusi pengantin untuk mengakad nikah. Dia tergamam.

  “Daniel Hakim bin Azhar aku nikahkan dikau dengan Hani Nasreen binti Faizul dengan mas kahwinnya Rm 500 ringgit tunai”

  “Aku terima nikahnya Hani Nasreen binti Faizul dengan mas kahwinnya Rm 500 tinggit tunai” Balas Daniel semangat.

   “sah?”

  “alhamdulilah”

BUK !

Beg yang berada di tangan Irham terus jatuh dia seperti tidak percaya apa yang barusan sedang terjadi di hadapannya kini.

  “I..Irham?” tergagap-gagap Hani menyebut nama lelaki itu sebaik sahaja kelihatan lelaki itu di depan muka pintu.

air matanya mulai bertakung di kelopak matanya itu,dia seperti tidak percaya apa yang sedang dia lihat kini. Anak matanya tepat memandang Hani yang sedang duduk di pelamin itu di samping Datin Hazimah.

  “Penipu ! ” mendatar Irham berkata. Matanya sudah berkaca-kaca.

Dia tidak sangka perempuan seperti Hani akan melakukan dirinya seperti ini,setelah dia membuka pintu hatinya untuk mencintai wanita itu Benar-benar hatinya terluka saat itu. Dan dirinya benar-benar terasa di permainkan.

TAKDIR AKU

-Cinta kita yang terkurung dalam rahsia takdir-

Haiii!! bertemu lagi kita heheh, Terima kasih masih sudi baca novel Hairah (≧▽≦) stay tuned next chapter ya (✿^‿^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience