TAKDIR AKU 3

Short Story Completed 78115

IRHAM yang sedang duduk di kerusi bersama Nazim hanya berbual kosong, Irham mulai terkejut apabila seseorang sedang menarik lengannya itu sehingga lah Irham terbangun.

“Hey kau apahal hah!” badan Daniel itu terus di tolak ke belakang. Gila agaknya! tiba-tiba datang nak serang orang.

“Kau tu yang apahal,apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku! kau kalau tak puas hati dengan aku cakap dengan aku yang kau kacau Hani kenapa!” Jerit Daniel dengan kuat.

“aku buat apa hah?,boleh tak kalau sehari kau jangan tunjuk muka kau depan aku! aku mual lah! nanti kau mengadu dengan papa pulak kan?macam budak-budak” sindir Irham sambil menyilangkan tangannya itu.

Panas membahang cuping telinganya itu mendengar sindiran daripada Irham itu, tangannya itu sudah di genggam dengan kemas dia sedang menahan sabar.

“Kau nak tumbuk muka aku ke?,tumbuk lah sini tapi jangan pulak orang ingat kau jahat kau tak nampak ke kat sekeliling kau ni ramai orang! kalau kau sentuh muka aku reputasi kau dekat kolej jatuh tahu tak” ujar Irham dengan nada mengejek.

Hani yang baru sahaja tiba di kejadian itu, dengan tergopoh-gopoh dia berlari anak ke arah Irham Dan Daniel yang sedang berbalah itu. Hani terus menarik lengan Daniel untuk meleraikan pergaduhan di antara mereka itu.

“Hah sampai dah girlfriend kesayangan kau kan?,kau suruh boyfriend tak guna kau ni jauhkan diri dia daripada pandangan mata aku ni! semak la” Irham menjeling tajam ke arah Hani yang kini berada di hadapannya itu.

“Daniel dah lah tu jom kita pergi, lagipun saya tak apa-apa jom lah Daniel” paksa Hani namun Daniel hanya mengabaikan dia memang tidak dapat lagi menahan sabar dengan perangai teruk Irham itu. Untuk kali ni dia tidak mahu lagi beralah.

“Aku takkan beralah lagi dengan kau Irham!, kau ni kan memang tak reti di untung kan! kau ingat kau siapa? kau fikir kau hebat sangat ke hah sampai kau boleh layan orang  ikut kepala kau je” sinis Daniel berkata.

“Hidup aku memang macam ni, so ada masalah dengan kau ke hah! and kau perempuan kau siapa hah sebernanya tiba-tiba nak masuk campur hal aku dengan si tak guna ni? ” tegas Irham bertanya sambil dia menjegilkan anak matanya ke anak mata Hani.

“S..saya minta maaf,saya tak der niat pun nak masuk campur hal awak maafkan saya kalau awak rasa saya sibuk tentang hal awak”

Entah, kenapa Irham berasa menyampah mendengar kata-kata Hani sebentar tadi. Memanglah mula-mula baik lepastu? jadi setan!

“kau tak payah bercekarama lah kat sini aku nak muntah tahu tak! baik lah konon kau dengan si tak guna ni sama je tak der beza depan orang memanglah baik belakang orang perangai macam setan!”

Daniel terus mengatur langkah laju kakinya ke arah Irham,kolar baju Irham itu di tarik dengan kuat anak mata mereka masing-masing penuh dengan kebencian lagi-lagi Irham.

“kau jangan cabar kesabaran aku Am!” suara Daniel mulai meninggi.

Masing-masing memandang ke arah mereka berdua, ada juga Yang berbisik-bisik kemarahan seperti tidak percaya melihat Daniel mengamuk. Selalunya lelaki itu akan bersabar dengan sikap Irham Yang bengis itu.

“Kau yang jangan cabar kesabaran aku!,berambus lah kau daripada pandangan aku! tapi sebernanya kan aku tak boleh salahkan kau 100 peratus jugak kan? yer lah kau kan tak der mak bapak tu lah sebab kau tak reti sedar diri!  kesiannya hidup kau kan!” ujar Irham lagi. sambil dia tergelak sinis.

BUM!

Badan Irham terus jatuh ke lantai, apabila penumbuk Daniel hinggap di pipinya itu darah dari tepi mulutnya itu mulai menitis. Daniel terus mengatur langkah kakinya dengan pantas ke arah Irham yang terbaring itu satu penumbuk lagi di hadiahkan pada perut lelaki itu.

“Ya allah Daniel,sudah lah tu” Ujar Hani yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua beradik itu. Namun Hani gagal. Apabila masing-masing mulai bergelut.

perlahan-perlahan Irham bangun daripada lantai itu,terus dia melepaskan penumbuknya di wajah Daniel berkali-kali. Irham terus mengunakan kakinya itu menyepak perut Daniel dengan kuat.

“Am sudah Am, sudah Irham aku cakap!” Nazim terus menarik kawannya itu ke belakang. Hani pula ke arah Daniel yang sudah terbaring di lantai sambil darah mulai mengalir daripada wajahnya itu.

“bodoh!,Tak guna!” Jerit Irham dengan kuat.

*****

PANG!

“KURANG AJAR punya anak!, kau nak bagi aku malu ke apa hah!” Jerit Dato Hisham dengan kuat. Daniel yang sedang duduk di sofa itu hanya mengukir senyuman sinis ke arah Irham.

“P..papa memang kejam! ” mendatar Irham berkata matanya mulai berair.

“Aku kejam kau cakap!, kau ni Irham tak habis-habis buat masalah kan! agaknya bila kau nak mati hah! hidup kau ni hanya tahu menyusahkan aku je lah!” semakin tinggi suara Dato Hisham memarahi anak tunggalnya itu.

“kau tengok muka Daniel habis lebam siapa nak tanggung?” Soal Dato Hisham.

Irham hanya diam membisu,malas dia ingin berkata lagi kalau dia cakap sekalipun bukan papanya ingin percaya pun baik diam.

“Dato sudah lah tu Dato,saya suruh Dato datang sini bukan untuk marah macam ni Kita berbincang” ujarnya.

“Kalau papa rasa Am ni menyusahkan papa bunuh je lah Am!,lagipun itu yang papa nak kan! Am pun tak nak lah jadi sebahagian daripada keluarga ni!” Irham terus meraih begnya itu terus dengan pantas dia keluar daripada pejabat itu.

“nampak tak Daniel!,budak ni memang nak kena dengan aku!” degus Dato Hisham.

IRHAM melabuhkan duduknya di bangku yang berpandangan dengan tasik di hadapannya itu, wajahnya itu di raba perlahan-perlahan. sambil dia menjerit anak sedikit.

“Tak der pun dia tanya aku pasal muka aku yang lebam dengan luka-luka semua ni yang dia tanya Daniel. ” ujarnya sendiri dia terus mendongakkan kepalanya itu.

Seseorang mulai melabuhkan duduknya di sebelah Irham, Irham tersentak perlahan-perlahan dia mengalihkan pandangannya itu ke arah sebelahnya itu dan kelihatan Hani yang berada di sebelahnya itu sambil mengukir senyuman.

“Kau?,kau buat kat sini hah?boleh tak kau jangan kacau aku! aku serabut tahu tak” degus Irham bersama dengan wajah bengisnya itu.

“Awak silap, ada orang yang kisah pasal awak sakit ya luka kat muka awak tu ermm kejap ya” Hani terus meraih beg tangannya itu lalu membawa keluar beg kecil,yang dalamnya berisi ubat-ubatan untuk merawat luka.

KAPAS yang berada di tangan Hani itu terus di basahkan dengan air, perlahan-lahan hani mulai mencuci luka di wajah Irham. Anak mata mereka mulai bertemu.Irham benar-benar terkejut melihat tindakaan wanita itu.

“ehh kau dah kenapa hah!” Tangan Hani itu terus di tepis dengan kasar oleh Irham.

Hani berdegus perlahan,namun dia hanya mengabaikan larangan yang di beri oleh Irham itu. Plaster yang berada di tangannya itu di buka plastiknya itu lalu terus Hani menampal plaster itu di tepi mulut Irham itu serta ubat luka sebelum meletakkan plaster.

“okey dah siap,nampak sekejap je benda ni awak tu yang buat benda ni jadi lama” ujar Hani.

“jangan cabut tau selagi tak baik,ni semua pun untuk kebaikan awak jugak”

Irham yang menjeling tajam, terus Irham bangun daripada bangku yang sedang dia duduki itu kakinya terus mengatur langkah pergi daripada situ meninggalkan Hani terkulat-kulat keseorangan di situ.

“haihh kenapa lah dia tu garang sangat” ujarnya sendiri. Hani terus menyimpan semula barang-barang rawat itu ke dalam begnya semula.

CERMIN yang berada di hadapannya itu di tatap, plaster yang di letakkan di tepi mulutnya itu di pegang wajahnya itu di tatap.

“hurhh,jangan cabut konon! kalau aku nak cabut jugak? sibuk hal aku!” ujarnya kasar plaster yang sedang membaluti tepi bibirnya itu di cabut dengan kasar lalu terus di campak ke lantai.

“Kau ingat kau siapa,aku nak dengar cakap? datang dari mana entah pastu tiba-tiba nak ambil berat pasal aku!” ujarnya lagi.

telefon bimbit yang berdering itu menyedarkan dirinya namun tiada nama sesiapa yang tertera, namun Irham tetap mengangkat mungkin urgent kan?.

“Hello, ya siapa ni?” soal Irham sambil kakinya mengatur langkah ke arah katil terus Irham merebahkan badannya itu di katil.

namun talian senyap,Irham terus melepaskan keluhan perlahan! Tadi nak cakap sangat! Sekarang ni senyap pulak!

“kalau tak nak cakap,tak payah lah call!” Irham terus meletakkan telefon bimbitnya itu di atas meja lampu itu.

MELLISA mengerutkan dahinya seribu, hairan di buatnya wanita itu melihat kawan baiknya yang dari tadi lagi tersenyum-senyum sendiri. dah macam orang sedang bercinta pun iya kan?

“Hani Nasreen!” nama itu meniti di bibir Mellisa. Terkejut teruk Hani di buatnya mendengar suara panggilan kuat daripada kawannya itu.

“Ya allah, Mel kau ni terkejut aku haih! kau nak aku mati terkejut ke apa ehh” Hani menampar bahu kawannya itu.

“kau tu dah macam orang tak siuman aku tengok,dari tadi lagi tersenyum sorang-sorang” ujar Mellisa kerusi yang berada di hadapannya itu di tarik lalu di labuhkan punggungnya itu.

Hani tersengih, kepalanya yang tak di gatal itu di garu. Perasan ehh?

“Tak der pape lah,kenapa salah ke kalau aku senyum?”

“Memanglah tak salah, cuma pelik dah macam orang di lamun cinta hah! ke Daniel bagitahu yang dia suka kau? aku kalau Daniel suka kau aku terima! Daniel tu memang sesuai dengan kau” ujar Mellisa sambil tersenyum manis.

“Ishh,kau ni mengarut betul lah! dah lah aku nak tidur esok ada kelas kau tu tidur awal nanti bangun lambat pastu tak datang kelas” ujar Hani lalu merebahkan badannya itu di katil.

“Haihh yer lah” balas Mellisa acuh tak acuh terus dia mengatur langkah kakinya ke arah katilnya sendiri dan di labuhkan badannya itu dan akhirnya sama-sama terlena.

MEE goreng yang berada di dalam kuali itu di letakkan ke dalam bekalan yang ingin di berikan pada seseorang. Mellisa yang berada di belakang Hani itu memanjangkan lehernya itu untuk melihat apa yang kawan baiknya itu memasak.

  “wahh,untuk Daniel ke?” Soal Mellisa.

“bukan lah, ada lah dah lah aku pergi dulu bye assalamualaikum” Hani terus meraih begnya yang berada di kerusi itu kakinya terus mengatur langkah keluar daripada rumah tidak sabar ingin dia berikan bekalan mee goreng ini pada seseorang.

“ITU LAH kau Am,nak berlagak macam mafia apa kau ingat kau vincenzo! sekali mendapat muka lebam kan?sedap kena penumbuk sulung Daniel?” sindir Nazim.

Irham hanya menjeling tajam ke arah kawannya itu, kang tak pasal-pasal si Nazim pulak dapat penumbuk sulung dari dia baru tahu. Kang tak pasal-pasal putus persahabatan dari sekolah rendah pulak nanti heheh.

“Zahriq” nama itu membuatkan langkah Irham terhenti. Terus dia mengalihkan pandangannya ke belakang kelihatan Hani berada di belakangnya itu sambil melambaikan tangannya dan mengukir senyuman manis.

“dia panggil kau Zahriq?,bukan dia mak wer abang gila kau tu ke?” soal Nazim.

Irham terus mengatur langkah kakinya ke arah Hani yang kini berada di hadapannya itu, dia meraup rambutnya itu dengan kasar. Apa lagi lah wanita ini inginkan benar-benar dia tidak suka dengan kehadiran wanita itu.

“kau nak apa ni hah!,aku malas lah nak ada masalah dengan Daniel kepujaan kau tu!” ujar Irham tegas.

“Luka awak dah baik ke?,” soal Hani. Lain yang di tanya lain yang di jawab itu lah Hani!

“Kau tak payah sibuk lah,kau jaga je diri kau!kau tak payah sibuk ambik berat pasal aku!kau jaga je Daniel tak guna tu”

Hani hanya mengendahkan sahaja kata-kata yang di lemparkan oleh Irham itu, walaupun tipu lah kalau dia tidak terasa dengan kata-kata pedas lelaki itu tadi. Bekalan yang berada di tangannya itu di hulurkan pada Irham. Irham mengerutkan dahinya seribu.

“Ambik lah ni,makan”

“aku tak nak,dah bawak benda ni jauh dari aku!” Irham terus menepis bekalan yang di pegang oleh Hani itu.

“Ambik lah penat saya masak, saya tahu awak tak makan lagi kan?”

“kau tak faham bahasa ke?,aku cakap aku tak nak!aku tak nak lah ke kau pekak!” suara Irham mulai meninggi bekalan yang di pegang oleh Hani itu terus di tepis hingga di cium lantai.

Tersentak Hani di buatnya melihat tindakan lelaki itu, Namun Irham hanya membuat wajah tidak bersalah! Apa dia kisah tentang perasaan orang lain.

“Boleh tak kau jangan berlagak baik!,sebab aku paling benci kalau perempuan yang berlagak baik ni! ” Tengking Irham kakinya terus mengatur langkah kakinya pergi daripada situ.

Hani menatap mee goreng yang sudah di cium lantai itu, matanya berair itu segera di seka menggunakan ibu jarinya itu.

“Kenapa dengan kau ni Hani?,kan dia dah tak suka kenapa kau masih lagi nak dekat dengan dia?” ujarnya sendiri.

BERSAMBUNG...

 

HAPPY READING!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience